BRIGED MP SEGAMBUT |
- MB INI DAH TAK LAMA LAGI?
- Pakatan racun peminat Indonesia benci M'sia
- PKR: Suami Shahrizat 'guna' dana NFC untuk umrah
- MASALAH DALAMAN UMNO MASIH BERAT
- INIKAH YG BUAT UMNO DAN BAKAL MB BEGITU TAKUT?
- PAS JANGAN HANYA MENGANDALAK MUJAHIDIN SEMATA MATA
- PERHATIAN SEMUA
- BAKAL MB SELANGOR?
- UMNO AKAN ADAKAN PRU SORANG SORANG?
Posted: 21 Nov 2011 06:30 AM PST PAS Pahang menganggap kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa kerajaan meluluskan projek pembinaan loji nadir bumi Lynas kerana tidak membahayakan nyawa orang ramai, hanyalah untuk menutup kelemahan setelah mendapat bantahan penduduk. Kata Ketua Penerangannya, Suhaimi Saad, bahkan Adnan cuba menutup isu sebenarnya iaitu tempat buangan sisa pemprosesan berkenaan yang menjadi keresahan penduduk kerana kesannya amat berbahaya. "Apa yang menjadi kebimbangan penduduk ialah kesan sisa buangan daripada kilang berkenaan kerana setakat ini pihak Lynas masih gagal mengemukakan pelan pengurusan sisa buangan dan yang penduduk tahu sisa tersebut akan ditanam di Gebeng. "Bayangkan dalam tempoh 20 tahun ribuan tan sisa akan terhasil dan sisa buangan inilah yang membawa bencana kepada penduduk di Bukit Merah, Perak. Tetapi isu ini tidak dijawap. "Pada 1986, Menteri Besar Perak kata kilang proses nadir bumi selamat, Menteri Alam Sekitar pun kata selamat. Tetapi apabila berlaku bencana akibat sisa buangan itu, akhirnya penduduk yang mendapat musibah dan kerajaan kena keluar belanja berjuta ringgit menguruskan sisa buangan," katanya sebagai respons kepada kenyataan Adnan di akhbar hari ini. Adnan ketika berucap dalam satu majlis di sini berkata sebagai Menteri Besar, beliau terlebih dahulu meneliti dokumen laporan mengenai pembinaan kilang itu sebelum ia diluluskan dan kerajaan tidak akan membahayakankan nyawa orang ramai kerana loji itu dibina bagi tujuan pemprosesan sahaja. Soal Suhaimi, kenapa diberitahu tentang pemprosesan sahaja tetapi tidak diberitahu kemana sisa prosesan itu dilambakkan. "Menurut kenyataan CEO Lynas sendiri, kerajaan Malaysia yang akan menguruskan sisa prosesan. Maknanya Lynas akan berlepas tangan, tapi kerajaan pula tidak pernah dedahkan pelan pelupusan sisa nadir bumi itu. "Akhirnya rakyat juga yang akan menanggung bencana. Jika sisa pemprosesan kilang tersebut dibawa balik ke Australia, rakyat tidak akan membantah," tambah Suhaimi. Kata Suhaimi, pada hakikatnya pihak Kerajaan Pahang dan menteri besar sendiri sentiasa mengelak apabila persatuan penduduk cuba untuk bertemu dan berunding berkaitan Lynas. "Masa saya bersama Badan Bertindak Anti Rare Earth (Badar) menghantar memorandum ke pejabatnya dulu, MB melarikan diri dan arahkan kakitangannya dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tak terima memorandum. "Begitu juga dengan dialog yang sepatutnya diadakan 8 siri, hanya dibuat dua kali sahaja apabila tidak tahan dengan rakyat yang menyoal. Ini membuktikan kerajaan seolah-olah menyembunyikan sesuatu," katanya. Sementara itu Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, yang didakwa Adnan (dalam berita berkenaan) telah memperbesarkan isu Lynas untuk tujuan politik, berkata Adnan membuat kenyataan begitu untuk mewajarkan pendiriannya sendiri. "Jika dia (Adnan) tuduh saya sengaja mempolitikkan isu Lynas walhal ia (Lynas) tidak bahaya, saya sebagai pemimpin yang dipilih rakyat sedia untuk berdialog dengan sesiapa saja mengenai isu itu. "Bagi saya kenyataan beliau bahawa agensi kerajaan negeri sedia membeli rumah di Gebeng jika penduduk di kawasan itu ingin menjual rumah mereka disebabkan pembinaan kilang Lynas, itu kenyataan yang ego dan tidak betanggungjawab. "Bila dia bercakap masih ramai yang memerlukan rumah (untuk tinggal di Gebeng), seolah-olah nyawa orang miskin tiada nilai manakala yang berkemampuan ada pilihan tinggal di tempat lain," katanya. Kata Fuziah, sepatutnya Adnan yang membeli rumah dan duduk di situ bagi membuktikan projek itu tidak bahaya bukannya menjadikan orang lain mangsa. |
Pakatan racun peminat Indonesia benci M'sia Posted: 21 Nov 2011 01:10 AM PST Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta. "Mengapa mereka pendam kebencian sebegitu terhadap kita? Kenapa tidak Thailand? Mengapa tidak orang lain? Ia bukan kerana persepi penganiayaan terhadap rakyat Indonesia. "Pada pendapat saya, ia adalah kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini. "Mereka melabel perkataan buruk terhadap Malaysia, umpamanya 'Maling' yang dalam bahasa Indonesia bererti pencuri," kata Razali semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini. Semalam, pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno bagi perlawanan akhir malam ini. Beliau berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu dalam menghadapi kira-kira 100,000 penyokong yang mahu melihat Malaysia ditundukkan. |
PKR: Suami Shahrizat 'guna' dana NFC untuk umrah Posted: 20 Nov 2011 11:21 PM PST PKR hari ini mendedahkan lebih banyak berhubung apa yang didakwa mereka sebagai penyelewengan dalam pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada projek penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan. Kali ini, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata bahawa NFC memperuntukan RM31,580 bagi ketua pegawai operasinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran menunaikan ibadah umrah. Saifuddin juga mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan. Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Dalam bidasan terbarunya itu, Saifuddin berkata PKR mempunyai bukti kukuh bahawa arahan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 itu dikeluarkan oleh pejabat Mohamad Salleh, sendiri. "Ia (dana awam itu) juga digunakan untuk menubuhkan Biofuture Global (M) Sdn Bhd dan Meatworks Singapore Pte Ltd," katanya. Sehubungan ini, Saifuddin menggesa polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat transaksi dan urusniaga NFC dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti perniagaan dengan National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) serta dua syarikat dari Singapura itu |
MASALAH DALAMAN UMNO MASIH BERAT Posted: 20 Nov 2011 10:06 PM PST Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sependapat dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno masih menghadapi percakaran dalaman, tetapi katanya, masalah itu sedang ditangani. "Kita semua tahu bahawa selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan daripada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, terdapat pelbagai masalah, antaranya, pertengkaran dalaman. "Bagaimanapun, untuk mengatakan bahawa Umno tidak berusaha menangani masalah itu adalah tidak tepat. Tetapi bagi saya, tidak cukup apa yang sedang dilakukan. Lebih banyak perlu dilakukan," kata Muhyiddin kepada pemberita pada sidang akhbar di Kajang hari ini. Bagaimanapun, Muhyiddin mengalu-alukan krtikan tajam dan pedas tetapi berterus terang daripada Mahathir, yang mengetuai parti itu selama 22 tahun sebelum menyerahkan kepada Abdullah pada tahun 2003. Muhyiddin berkata Mahathir masih mengambil berat tentang Umno dan mahu melihat parti itu kekal relevan dan menerajui pemerintahan negara |
INIKAH YG BUAT UMNO DAN BAKAL MB BEGITU TAKUT? Posted: 20 Nov 2011 08:00 PM PST Pengumuman kerajaan negeri Selangor untuk hanya membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas Jun tahun depan mengundang kegusaran pelbagai pihak, terutamanya di kalangan BN dan Umno, kata setiausaha politik, menteri besar, Faekah Husin. Katanya, ramai daripada mereka itu melenting dan pelbagai tuduhan pula dilemparkan. Menurutnya, kerajaan negeri melihat tiada sebab pilihan raya awal diadakan kerana mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013. "Alasan yang diberikan oleh menteri besar amat jelas bahawa kita tidak mahu mencontohi amalan Umno-BN pada 2008 bila mana pilihan raya diadakan pada Mac 2008 semua peruntukan ADUN Umno-BN pada tahun tersebut telah habis digunakan walaupun bajet baharu sahaja dibentangkan pada November tahun sebelumnya. "Menteri besar juga menegaskan kerajaan negeri mahu memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2012 benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan akan datang," katanya dalam satu kenyataan media. Menurut Faekah, seperti dijangka, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang juga adalah timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor mempertikai keputusan berkenaan. Malah, katanya, Noh juga menuduh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai cuba tunjuk dan gila kuasa dan takut menghadapi pilihan raya. "Sejak isu penyalahgunaan dana untuk projek menternak lembu dibongkar, Noh menjadi tidak keruan. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau langsung tidak menunjukkan pemikiran seorang menteri. Ghairah main politik "Noh tiada kredibiliti untuk mempertikaikan keputusan kerajaan negeri Selangor ini. Selaku menteri kabinet, beliau telah gagal melaksanakan tugas malah terlalu banyak isu kontroversi yang gagal ditanganinya. "Isu lembu-NFC misalnya, sebagai anak syarikat yang diletak di bawah kementeriannya, Noh bertanggungjawab untuk menjelaskan bagaimana geran RM250 juta dibelanjakan termasuk untuk membeli kondomonium," katanya. Menurut Faekah, agenda sebenar Noh adalah untuk menonjolkan dirinya di mata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya beliau dilantik menerajui Selangor. "Noh telah membuktikan dirinya gagal selaku menteri malah cetek ilmu dalam pengurusan kewangan. Noh nampaknya lebih ghairah bermain politik untuk menonjol diri dengan harapan dapat menerajui Umno Selangor. "Noh begitu ghairah untuk menonjol di mata perdana menteri serta cuba untuk menenggelamkan peranan Datuk Satim Diman selaku ketua pembangkang, apatah lagi ketua pembangkang itu sendiri turut bergelumang dengan skandal," katanya. Faekah berkata, dengan tidak semena-mena pula Noh turut menuduh kerajaan negeri tidak mahu bekerja sama dengan pusat dan berpolitik dalam isu pertanian. Noh, ujar beliau sepatutnya menjadi orang yang terakhir untuk memberi pandangan jangan berpolitik dalam isu rakyat. |
PAS JANGAN HANYA MENGANDALAK MUJAHIDIN SEMATA MATA Posted: 20 Nov 2011 06:00 PM PST Datuk Seri Najib Razak berkata antara kriteria "winnable candidates" (calon boleh menang) Barisan Nasional (BN) adalah mereka yang diterima oleh generasi baru yang merupakan penentu pilihan raya umum akan datang. Perdana Menteri berkata selain itu, calon BN juga perlu memanfaatkan teknologi baru untuk menyampaikan mesej kepada rakyat, terutama golongan generasi muda ini yang menggunakan saluran alam maya untuk menerima maklumat mengenai perkembangan semasa baik di dalam atau di luar negara. Pengerusi BN dan juga Presiden Umno itu berkata pemimpin dan calon BN yang aktif dalam menggunakan teknologi baru ini serta saluran alam maya akan diberikan markah bonus. "Kita kumpulkan bonus poin ini. Kita hendak 'winnable candidates' jadi calon, termasuk yang diterima generasi baru, kerana generasi baru penentu pilihan raya," kata Perdana Menteri dalam ucapannya semasa melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur, semalam dan dihadiri lebih 2,000 pengamal media sosial. Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Kelab Sukarelawan Media Sosial 1Malaysia MyVoice yang dianggotai oleh para pengamal media sosial yang diiktiraf beliau "sebagai para pejuang dan bala tentera baru BN, yang bergerak di alam maya". Najib berkata pemimpin BN perlu manfaatkan teknologi baru untuk menyampaikan mesej kepada rakyat. "Saya ada blog sendiri, facebook dan twitter. Sebahagian besar saya tweet sendiri, dan ada orang sangsi. Kerana apa? Kerana saya hendak sampaikan dari hati saya kepada rakyat. Saya hendak berhubung terus dengan rakyat. "Kalau dulu kita terpaksa turun padang, tetapi hari ini, di mana saja kita berada, kita boleh berhubung dengan rakyat. Hatta semasa saya mengerjakan ibadat haji pun, saya berhubung dengan rakyat, kerana saya rindu (dengan rakyat Malaysia)," katanya. Beliau berkata zaman ini, "Kalau kita tidak tahu bagaimana hendak meniti gelombang, kita akan dipukul gelombang dan akan tenggelam". Untuk itu, pemimpin BN perlu melakukan perubahan, terutama dari atas ke bawah, dimana mereka dapat merasai denyutan nadi rakyat yang telah menyuarakan ingin melihat perubahan dalam negara, katanya. Najib juga berkata kerajaan telahpun menggunakan pendekatan dari atas ke bawah ini untuk membawa perubahan kepada negara terutama melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pelan Transformasi Politik (PTP). "Apabila sudah muktamad nanti, akan berlaku perubahan yang besar pada negara kita dimana daripada sebuah negara yang dikatakan negara pertengahan, Malaysia akan muncul dan dinobatkan sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi," katanya. "Selain itu, dari sebuah negara yang demokratik kepada sebuah negara yang boleh dilihat lebih progresif dalam amalan demokrasi, lebih terbuka, inklusif, melalui transformasi politik yang kita perjuangkan. "Inilah agenda perubahan yang diperjuangkan kerajaan hari ini. Semua ini mestilah bersandarkan pada sokongan rakyat. Kita tidak mungkin berjaya kalau rakyat tidak sokong," katanya. - Bernama |
Posted: 20 Nov 2011 05:13 PM PST Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang akan menggantikan Seksyen 27 Akta Polis akan dibentangkan minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz. "Pembentangan akan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu depan... Bagaimanapun tarikh pembentangan rang undang-undang itu masih belum ditetapkan," katanya. Dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia September lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis dan diganti dengan akta baru serta cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Kediaman Terhad. Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri telah dimansuhkan bulan lalu manakala ISA dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Mac 2012. Bercakap kepada pemberita selepas majlis berkhatan beramai-ramai di Padang Rengas, semalam, Nazri yang juga ahli parlimen Padang Rengas berkata parlimen telah menetapkan empat hari iaitu 24, 29 dan 30 Nov serta 1 Dis ini bagi perbahasanan rang undang-undang baru itu. Dalam perkembangan lain, Nazri menyambut baik cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh supaya semua negeri mengambil ketetapan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum (Parlimen). Menurutnya, selain menjimatkan kos, cadangan itu memang dibolehkan tertakluk kepada pentadbiran negeri masing-masing. - Bernama |
Posted: 20 Nov 2011 04:00 PM PST Nampaknya pengumuman Kerajaan Negeri Selangor untuk mengadakan pilihan raya selepas bulan Jun pada tahun 2012 yakni setelah empat tahun memerintah, menggusarkan Umno BN. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin (gambar) berkata, ramai yang melenting dan berbagai tuduhan pula dilemparkan. Katanya, kerajaan negeri melihat tiada sebab pilihan raya awal diadakan kerana mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013. "Alasan yang diberikan oleh Menteri Besar amat jelas bahawa kita tidak mahu mencontohi amalan Umno BN pada 2008 bila mana pilihan raya diadakan pada Mac 2008 semua peruntukan Adun Umno BN pada tahun tersebut telah habis digunakan walaupun bajet baharu sahaja dibentangkan pada November tahun sebelumnya," ujarnya dalam satu kenyataan. Perkara itu, ujarnya didedahkan Menteri Besar di dalam sidang Dun baru-baru ini dan tidak seorangpun Adun BN yang mampu menjawabnya. Menurutnya, Menteri Besar juga menegaskan kerajaan negeri mahu memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2012 benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan akan datang. Seperti dijangka, kata beliau Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar turut mahu mengambil bahagian di dalam isu itu dengan mempertikai keputusan tersebut dan menuduh Menteri Besar menunjuk dan gila kuasa; takut menghadapi pilihan raya. Baginya, sejak isu penyalahgunaan dana untuk projek menternak lembu dibongkar, Noh menjadi tidak keruan. Katanya, jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau langsung tidak menunjukkan pemikiran seorang menteri. Tambahnya lagi, Noh tiada kredibiliti untuk mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Selangor itu. "Selaku menteri kabinet, beliau telah gagal melaksanakan tugas malah terlalu banyak isu kontroversi yang gagal ditanganinya. "Isu lembu NFC misalnya, sebagai anak syarikat yang diletak di bawah kementeriannya, Noh bertanggungjawab untuk menjelaskan bagaimana geran RM250 juta dibelanjakan termasuk untuk membeli kondomonium," katanya lagi. Selain gagal, ujarnya Noh juga cetek ilmu dalam pengurusan kewangan. Beliau menambah, Noh nampaknya begitu ghairah untuk menonjol di mata Perdana Menteri serta cuba untuk menenggelamkan peranan Datuk Satim Diman selaku Ketua Pembangkang, apatah lagi Ketua Pembangkang itu sendiri turut bergelumang dengan skandal. Menurutnya, dengan tidak semena-mena pula Noh turut menuduh kerajaan negeri tidak mahu bekerja sama dengan Pusat, berpolitik dalam isu pertanian. Noh, ujar beliau sepatutnya menjadi orang yang terakhir untuk memberi pandangan jangan berpolitik dalam isu rakyat. |
UMNO AKAN ADAKAN PRU SORANG SORANG? Posted: 20 Nov 2011 10:32 AM PST Keputusan sama ada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan dibubarkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Dewan Rakyat akan hanya dibuat selepas perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat. Justeru, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beliau tidak akan tergesa-gesa membuat sebarang keputusan kerana keadaan mungkin berubah mengikut senario semasa. Lim berkata, sebaik sahaja Najib mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke-13, beliau akan bermesyuarat dengan parti-parti komponen pembangkang dan juga barisan kepimpinan pusat Pakatan. Beliau yang juga setiausaha Agung DAP tindakan itu supaya fokus dapat diberikan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pemilihan di peringkat persekutuan. Lim yang ditemui wartawan di Kuala Lumpur selepas melancarkan konvensyen tahunan ke-16 DAP Selangor, berkata Pulau Pinang tidak akan membubarkan DUN jika pilihan raya diadakan tahun ini. Khamis lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga mengumumkan bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sehingga sekurang-kurangnya Jun tahun depan. Mengulas keputusan itu, Lim berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu dan katanya, ia adalah keputusan dan prerogatif Khalid. "Saya ambil pendekatan berbeza. Saya mahu berunding dengan rakan-rakan Pakatan yang lain," kata Lim. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan