Isnin, 21 November 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Uisyyy.... Nak bodek ler tu!!

Posted: 21 Nov 2011 05:00 AM PST


Pekan and Pagoh.... NO ENTRY!!

But why.... ?? Why not Pekan and Pagoh??

Ek ele.... Takkan itu pun tak tahu?? Weh.... Dia nak bodek ler tu. Mana ler tahu kot-kot dapat jemputan masuk balik ke dalam tong taik. Ikan..... pasti rindu dan nak pulang ke luboknya. Demikian jugalah taik. Ke mana masuknyer taik, kalau tidak ke dalam tong taik.

Whatever ler.... mampuih pi la kamu!!

KITA Zaid tak akan bertanding di Pekan, Pagoh
4:33PM Nov 21, 2011
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) tidak akan meletak calon untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan dan Pagoh pada pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

Ahli parlimen Pekan disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sementara ahli parlimen Pagoh disandang oleh Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zaid berkata walaupun KITA mahukan perubahan kepada rakyat, ia hanya akan meletakkan calon di kawasan yang difikirkan sesuai dan mampu dimenanginya.

"Ini bererti KITA tidak akan letak calon di Pekan atau Pagoh. Perubahan kapada saya bukan bererti Perdana Menteri baru atau tukar tampuk pemerintahan.

"Kalau BN berubah kepada dasar lebih terbuka dan demokratik, ia akan mendapat sokongan parti KITA. Yang kita mahu rakyat mendapat manfaat daripada perubahan tersebut," tambahnya.

Beliau berkata KITA akan mengumumkan calon secara berperingkat dan akan menumpukan untuk bertanding di kawasan di mana pengundi tidak berpuas hati dengan wakil rakyat sedia ada.

- Bernama

[sumber]

Utusan AHLEE fitnah

Posted: 21 Nov 2011 03:00 AM PST


Sapa yang percaya berita dalam Utusan memanglah berotak senteng dan berakai kering. Dengan lain perktaan... mereka bingai al bangang!!

Dah tau kredibiliti Utusan memang berda dalam lubang tandas kerana suka menyebarkan menyebarkan fitnah dan berita tak benar, maka tonggong ler manusia yang menjadikan berita dalam utusan sebagai bahan rujukan untuk sebar dan panjangkan fitnah khususnya tentang isu air Kelantan yang dikatakan kotor.

Sudahlah peruntukan ke negeri tersebut disekat oleh kerajaan pusat... tabur fitnah pulak. Ajernya h**** j****. Mintak maaf ler. Bahasa kasor sikit. Bukan tak disengajakan tapi memang teman sengaja guna bahasa kasor sikit. Ggrrrrraaaammmm!! Sori bebanyak ler... tapi, puak-puak ni memang patut kena dibahasakan sikit.

Yang syoknya, analogi yang Tok Guru Nik Aziz gunakan. Mereka guna air Kelantan untuk cuci taik lembu mereka. Kah... kah.... kah.... Tepat sekali. Surat khabar propaganda UMNO cuba nak alihkan isu yang sedang hot di pasaran. Hahahaha.... nak redakan sikit serangan ke atas lanun-lanun parti keris telanjang.

Oooooo.... kuman di seberang laut, lu orang korang cuba magnifying glass-kan, tapi gajah depan mata cuba di-'invisible-kan, ek?? Mengata dulang paku serpih.... rupanya negeri yang diperintah komer lagi lebih banyak kandungan E-colinya.

Ini dia fakta yang terkandung dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.....

"Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis.

"....... kandungan e-coli yang terdapat dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88 peratus. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12 peratus), Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus)"

Tahap yang tidak memuaskan ialah 4 peratus. Kandungan E-Coli dalam air di Kelantan baru 0.88%. Ok ler tu. Tapi.... negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO@BN lagi dahsyat, kan??

Sudah-sudahlah nak tabur fitnah. Terbongkar jugak akhirnya. Sekarang.... sapa yang nampak bodoh??

Kah kah kah kah.... Hanya mereka yang berotak senteng dan berakai kering.... ahlee penyibar saja yang percaya dan boleh diperbodohkan oleh Utusan Meloya@Mingguan Malaysia.

Padan muka!!

[sumber]

Dahsyat...!! More hanky-panky dibongkar

Posted: 21 Nov 2011 01:15 AM PST


Dahsyatnyer cara puak-puak lanun rembat duit rakyat untuk kayakan diri dan keluarga. Dan.... dahsyat PKR, yang mampu korek skandal ini hingga sampai macam tu sekali.

Yes!!. Gali... gali dalam-dalam. Dah korek semua taik mereka, tanamkan pulak mereka dalam lubang tersebut. Biar mereka 'innalillah'...

PKR dakwa dana NFC biaya umrah, syarikat keluarga Shahrizat di Singapura

November 21, 2011

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membuat pendedahan terbaru sambil berkata dana Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) digunakan untuk membiaya pakej umrah dan dua syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Singapura.

Tiga pemimpin parti itu berkata pada 2010, NFC telah membelanjakan RM31,580 untuk membiayai pakej umrah di atas nama pengerusi eksekutifnya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Shahinur Izran.

"PKR mempunyai bukti jelas bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam ini datangnya dari pejabat pengerusi eksekutif NFC sendiri," kata mereka dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kenyataan hari ini dibuat oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi Rafizi Ismail.

Selain perbelanjaan bersifat peribadi yang tidak sepatutnya dibiayai oleh dana awam seperti itu, kata mereka, lebih membimbangkan adalah pelbagai urus niaga dan pemindahan wang yang melibatkan syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura.

"Justeru, PKR menggesa supaya (Jawaatankuasa Kira-kira Awam Negara) PAC dan (Polis Diraja Malaysia) PDRM menyiasat segala urus niaga antara NFC, NMLC dan RFC dengan syarikat-syarikat di Singapura," kata mereka.

Dua syarikat tersebut ialah Global Biofuture Pte Ltd dan Meatworks Singapore Pte Ltd.

Global Biofuture Pte Ltd terlibat dalam urus niaga makanan dan bahan api. Semakan awal menunjukkan syarikat ini dalam proses menubuhkan pasar raya di Singapura dan disyaki juga terlibat sebagai ejen untuk mengimport lembu dari luar negara melalui Singapura untuk dibekalkan kepada NFC.

Kata mereka, semakan PKR juga menunjukkan sehingga akhir Jun 2010, Global Biofuture berhutang dengan RFC sebanyak RM939,495.

"PKR percaya bahawa sejumlah wang disalurkan dari pinjaman asal RM250 juta kepada pelbagai syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat, termasuklah untuk menubuhkan dan membiayai Global Biofuture di Singapura.

"Meatworks Singapore Pte Ltd pula bertanggungjawab menguruskan beberapa restoran mewah milik keluarga Datuk Seri Shahrizat di Singapura. Semakan penyata kewangan menunjukkan bahawa pada akhir Jun 2010, Meatworks Singapore berhutang dengan RFC sebanyak RM2,416,815," katanya lagi.

Sehubungan itu kata mereka, bukti-bukti awal tersebut sudah cukup untuk membolehkan satu siasatan terperinci dibuat dalam menentukan sama ada penyelewengan berlaku, apabila wang rakyat yang disalurkan untuk projek nasional berimpak tinggi digunakan bagi tujuan peribadi termasuklah membuka pelbagai syarikat milik keluarga yang menyimpang dari tujuan asal pinjaman diberikan.

Kata mereka, skandal ini akan terus terbongkar dan Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan memandangkan beliau yang bertanggungjawab mengkaji cadangan projek dan meluluskan dana awam sebanyak RM250 juta.

"PKR menyeru supaya Perdana Menteri segera membuat kenyataan mengenai skandal ini, lebih-lebih lagi apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengejutkan negara apabila mengesahkan bahawa kelulusan projek ini tidak dibawa ke peringkat Kabinet.

"Sebaliknya, projek berjumlah RM250 juta ini khabarnya diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri," katanya lagi.

Mereka juga percaya bahawa unsur penyelewengan yang mungkin berlaku dalam NFC dan syarikat-syarikat yang berkaitan melangkaui pendedahan yang mengejutkan rakyat Malaysia selama ini.

Ketiga-tiga pemimpin itu juga mengalu-alukan siasatan yang akan dibuat oleh PAC dan PDRM terhadap pelbagai urusniaga melibatkan NFC dan Projek Fidlot Kebangsaan seperti yang diumumkan mutakhir ini.

"Bagaimanapun, isu paling pokok adalah persoalan pertanggungjawaban awal yang bermula dari Kabinet dan menteri-menteri kanan Barisan Nasional yang terlibat menganugerahkan projek bernilai RM250 juta ini kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman langsung.

"Dana awam berjumlah RM250 juta pun disalurkan tanpa ada sebarang jadual pembayaran seperti mana kebiasaannya," katanya lagi.-MI

Zul Nordin PENCUCI CAWAT??

Posted: 20 Nov 2011 11:30 PM PST


Allahuakbar!! Allah Maha Besar!!

Allah SWT anugerahkan dia otak dan dia berjaya menggunakan otak tersebut dengan baik hingga boleh menjadi seorang lawyer. Alhamdulillah...

Tapi, dia tak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan padanya. Dia jadi pengkhianat. Ya... mengkhianati perjuangan... kawan dan juga amanah yang diberikan kepadanya. Kerana lebih cintakan nikmat dunia.... dia sanggup menjadi seorang hipokrit@munafik.

Setelah dia 'ditelanjangkan' oleh Syed Husin, dia cuba mempertahankan dirinya dari segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya. Malangnya.... segala hujahnya, ibarat hujah sang badut. Lawak beb!! Hujah yang hanya mampu bikin orang ketawa terbahak-terbahak dan terguling-guling.

Sapa mau percaya Zulkifli Nordin?? Antara Zul Nordin dan Syed Husin, siapa lebih berintegriti?? Sapa lebih dipercayai dan diyakini?? Sang katak atau pejuang yang terus istiqamah dalam perjuangan??

Lu orang pikirlah sendiri.

Apa-apa pun, hujah-hujah balas si Zul Nordin untuk mempertahankan dirinya, nampak macam orang yang tak ada ilmu kepeguaman. Hujahnya seems so bangang!! Cara dia mempertahankan diri ialah dengan menuding jari dan merawitkan pihak itu dan ini. Tak der kelas langsung si katak Kulim ini!!

Apakah Allah SWT telah menarik balik ilmunya hinggakan dia nampak begitu dungu?? Wallahua'lam....

Tapi, aku percaya.... Allah SWT berkuasa memberikan kita ilmu tapi DIA juga berkuasa untuk menarik balik ilmu tersebut jika kita tak bersyukur dengan-Nya.

Pelik.... jika dakwaan Syed Husin itu fitnah, sebagai peguam, mengapa dia tak saman?? Biar kebenaran terdedah. Tapi, mengapa bertindak menjawab dakwaan dengan tuduhan?? Apakah dia takut lebih banyak pekungnya akan terdedah??

Dan.... setelah aku baca N3 TT di sini, maka aku pun setuju bahawa Zul Nordin sesuai benar menjadi PENCUCI CAWAT. Ya.... sesuai sangat dengan sifat buruk lakunya itu

[Sumber ilham N3:sini dan sini]

Hentaman maut buat Noh Omar

Posted: 20 Nov 2011 09:30 PM PST


DUN Selangor tidak akan dibubarkan jika PRU 13 diadakan sebelum Jun 2012.

Kenyataan MB Khalid Ibrahimitu telah bikin UMNO Selangor libang-libu, macam orang sembelit.... tak berak berminggu-minggu. Salah sorang pemimpin UMNO Selangor itu ialah si Noh anak Omar. Katanya...

".... tindakan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Keadilan Rakyat itu jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan di Selangor."

"Bila tiada pilihan raya tahun ini, mereka canang tidak akan bubar DUN tahun depan. Jika sampai pertengahan tahun depan masih tidak berlaku pilihan raya, mereka akan kata pula tidak akan bubar (DUN) sampai lima tahun."

Weh.... kerajaan PR punya kerajaan, dia orang punyer suka ler. After all mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013.

So... lu apa masalah?? Banyak songeh pulak dia. Adei gundu.... Poooraahh!!

Ekoran kenyataan si bangang tu... hari ini dia dihentam oleh SU Politik MB Selangor. Hentaman maut beb!! Hentaman berbisa yang buat telinga berdesing mendengarnya. Tapi... padan muka Noh anak Omar.

Antara hentaman maut yang diberikan oleh Faekah ke muka Noh Omar ialah....
  • PR tidak mahu mencontohi amalan Umno-BN pada 2008 bila mana pilihan raya diadakan pada Mac 2008 semua peruntukan ADUN Umno-BN pada tahun tersebut telah habis digunakan walaupun bajet baharu sahaja dibentangkan pada November tahun sebelumnya.- Ingat PRU12, ingat kegelojohan UMNO Selangor!!
  • Sejak isu penyalahgunaan dana untuk projek menternak lembu dibongkar, Noh menjadi tidak keruan. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau langsung tidak menunjukkan pemikiran seorang menteri. - Ingat lembu NFC, ingat kebodohan Noh!!
  • Agenda sebenar Noh adalah untuk menonjolkan dirinya di mata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya beliau dilantik menerajui Selangor.- Ingat Noh Omar, suruh dia pergi cermin muka dia!!
  • "Noh telah membuktikan dirinya gagal selaku menteri malah cetek ilmu dalam pengurusan kewangan. Noh nampaknya lebih ghairah bermain politik untuk menonjol diri dengan harapan dapat menerajui Umno Selangor.- Hello Noh Omar... Orang bangang mana boleh jadi MB!!
Apa macam??

Masalah kementerian sendiri pun tak boleh dapat nak setel, ada hati nak jadi MB dan memerintah negeri.

OMG.... Ya Allah. You FAILED as a Menteri and yet you want to be an MB?? Ugly joker betoi la kau ni, Noh Omar. You really make me us laugh la....

Kah kah kah kah....

[Sumber penuhnya di sini, sini dan sini.]

Pagar laknat makan padi??

Posted: 20 Nov 2011 07:45 PM PST


Pagar sepatutnya menjaga padi tapi apa sudah jadi??

Pagar yang diamanahkan menjaga padi telah mengkhianati tuannya. Habis padi dikerjakanya. Laknatlah mereka yang mengkhianati amanah yang diberi. [sini]

Seorang lagi pemimpin UMNO Selangor yang kaki putar alam telah ditelanjangkan. Bukan dakwaan kosong tapi dakwaan yang siap dengan bukti dan dokumen.

Hahahaha....

Dulu anak Toyo, Kini anak Diman
Yang lain-lain... tunggu giliran

Tahniah MB Selangor. Gagap.. gagap Khalid Ibrahim, sekarang dia sudah tunjuk taring. Ngap!! Ngap!! Ya.... Ngap sama mereka!!

Kepada Satim Diman... Bon Voyage!! Selamat masuk kubor.

From bodoh to sewel

Posted: 20 Nov 2011 06:01 PM PST


Ekonomi Malaysia lebih baik berbanding negara maju?? [sini]

Ya Robbi... kalau nak tunjuk bodoh pun, berpada-pada ler. Jangan sampai memalukan diri sendiri dan negara. Malu kita mempunyai piem yang perasan dan bangang.

Ya Allah.... kalau nak torak rakyat pun, bior ler guna kewarasan akai. Janganler cakap macam orang sewel jer. Cakap biar macam orang ada maruah. Jangan membebel macam orang tak boleh pakai.

Ituler masalah piem kita, dia ingat..... rakyat khususnya orang memuda ni bangang dan boleh diperbodoh ikut suka mak bapak dia jer. Negara kita boleh maju menjelang 2020 ler... Kemajuan ekonomi yang dicapai la ni telah dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan ler.... Weh... don't talk bullshit la. Ya Allah.... dia tak sedor ke yang bertimbun dan berlambak-lambak anak-anak muda tak ada kerja. Pengganguran di Malaysia tinggi weh oiii!!

Kalau kerja banyak pun, tapi kalau gaji ciput dan tak berbaloi dengan kerja yang dibuat dan setara demgan kelulusan yang dilimiki, tak der maknanya. jugak. Hidup rakyat merempat juga. Nak hidup terpaksa hutang keliling pinggang, buat apa.... Tak der maknanyer.

Inilah realiti keadaan kehidupan rakyat marhaen di Malaysia. Keadaan macam ni yang dikatakan nak capai taraf negara maju menjelang 2020. Usah berangan ler.... Orang bodoh dan sewel jer yang akan percaya, ini akan berlaku. Orang yang waras dan cerdik.... takkan peduli dengan wawasan negara maju 2020. Orang yang cerdik dan waras hanya mahu fokus pada menjatuhkan UMNO@BN yang terus-menerus menghancurkan negara dari segala aspek pemerintahan.

Ya.... dengan jatuhnya UMNO@BN, barulah kita dapat menyusun strategi baru yang lebih dinamik dan realistik bagi membaikpulih keadaan negara yang amat pincang dan menyedihkan ini. So... Wawasan 2020 can go to hell!!

Pendekkan citer.... kerajaan UMNO@BN pimpinan Piem 1Malaysia is a FAILED GOVERNMENT!! Barisan kepimpinannya yang haprak dan korup.... is an EMBARRASSMENT to the country.

That's why.... demi rakyat dan negara, UBAH.... SELAMATKAN MALAYSIA!! Tanpa UMNO@BN, negara makmur dan rakyat sejahtera.

Tiada ulasan: