Rabu, 30 November 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Khairy Melalak Lagi.. Ada Orang Peduli Ke??

Posted: 29 Nov 2011 10:13 PM PST

Khairy kecam kelompok muncul di ambang p'raya

PETALING JAYA: Pemuda Umno hari ini memberi amaran keras bahawa pergerakan itu kesal dengan sikap sesetengah kelompok yang beria-ia menunjukkan muka di ambang pilihan raya.

Ketuanya Khairi Jamaluddin berkata, apabila harapan tidak kesampaian, sokongan serta sumbangan terhadap parti dibiar mati bersama angan-angan yang tak menjadi.

"Ini bukan bentuk mentaliti yang kita mahu.

"Kalau masih ada golongan sedemikian yang bukan sahaja terang-terang menyokong pembangkang tetapi juga memboikot secara senyap – yang langsung tak buat kerja, yang membawa diri merajuk sepi, yang menghilangkan diri, yang tak keluar mengundi – kita minta tindakan tegas terhadap mereka ini sebagai pembelot kepada parti," katanya berucap di Perhimpunan Agung parti di PWTC hari ini.


Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, sungguhpun Pemuda menaruh harapan untuk diberi peluang tetapi yang paling penting adalah untuk memenangi pilihan raya umum (PRU13).

Katanya, walau apa jua pun keputusannya, Pemuda berikrar kepada Presiden akan setia menyokong mana-mana calon yang dipilih demi maqasid yang lebih besar yakni kemenangan Barisan Nasional.

Dalam ucapannya, Khairy juga menuduh pembangkang menjahanamkan sistem demokrasi; sistem pentadbiran; menjahanamkan maruah negara; menjahanamkan sejarah negara; menjahanamkan jati diri bangsa dan menjahanamkan kemakmuran ekonomi negara.

Jangan leka

Beliau juga mengingatkan Pemuda Umno jangan sekali-kali lalai, leka dan alpa.

"Jangan kita dibuai kegemilangan silam. Cabaran yang bakal kita hadapi pada PRU-13 ini merupakan yang paling sengit dalam sejarah pilihan raya.

"Inilah masa dan ketikanya Pemuda Umno bangun untuk melakar kesinambungan perjuangan yang murni ini," katanya.

Khairy menambah Pemuda yang ada pada hari ini, seperti mereka yang terdahulu, tidak mungkin lari dari medan perang.

Menurutnya, Pemuda tahu betapa pentingnya perjuangan ini demi masa hadapan anak bangsa.

"Saya yakin dan percaya setiap ahli Pemuda yang ada pada hari ini takkan gentar untuk menghadapi armada perang musuh dan berjuang bersama-sama pucuk pimpinan.

"Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Biar patah dahan berpaut, biar retak lantai berpijak, musuh datang pemuda tak takut, apa dugaan takkan berganjak," tegas Khairy.

freemalaysiatoday


Belasah Pakatan - Muhyiddin! Kalau panik pun janganlah tunjuk sangat

Posted: 29 Nov 2011 09:31 PM PST

Muhyiddin Yassin semasa meresmikan perhimpunan 3 sayap Umno, Wanita, Pemuda dan Putri semalam menggunakan isu sensitif yang tidak masuk akal semata-mata kerana desperate mendapat sokongan orang Melayu yang tidak mungkin mahu bersatu lagi di bawah payung Umno.

Ramai yang menghubungi saya bertanyakan kenapa Timbalan Presiden Umno itu menunjukkan sangat rasa desperado beliau dengan membidas parti-parti lawan dan individu yang tidak sealiran dengan Umno dengan tuduhan yang bukan-bukan.

Orang ramai tahu yang Umno sedang desperate tetapi sebagai pemimpin besar kepada parti yang buat sementara ini masih memerintah, elok jangan tunjukan rasa tertekan itu terang-terangan. Jika rakyat nampak serta membuat penilaian terhadap roh ucapan Muhyiddin itu ia tidak lari dari rasa desperate untuk terus berkuasa dan boleh di kira sebagai ucapan yang tidak setimpal dengan jawatan besar yang beliau pegang itu.


Apa yang di katakan oleh Muhyiddin itu boleh di baca dengan tepat. Kita boleh "menyelam air dalam tunggak" tentang apa sebenarnya dirasakan oleh Timbalan Presiden Umno itu. Agaknya sudah puas memendam rasa desperate itu, maka ianya terluah semasa ucapan perasmian pergerakan wanita, pemuda dan putri semalam.

Isu yang paling besar ialah tuduhan beliau terhadap DAP yang beliau katakan tidak menghormati institusi raja-raja. Bila pula DAP menolak dan tidak menghormati institusi raja. Yang kita semua tahu Umnolah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. DAP mengakui kedaulatan raja-raja kerana mereka tahu mereka perlu perlindungan raja-raja Melayu untuk keselamatan mereka.

Raja-Raja di hina oleh pemimpin-pemimpin Umno yang Muhyiddin menjadi ahli dan sekarang menjadi Timbalan Presidennya. Akhirnya di pinda perlembagaan untuk menyekat kuasa Raja-Raja dalam banyak hal secara biadap dan tidak bertemaddun.

Kalau dahulu orang Melayu ibarat duduk di dalam peti besi yang mempunyai 9 kunci untuk mempertahankan bangsa kita itu tetapi semua sembilan kunci itu di buang dan orang Melayu terdedah dengan segala ancaman.

Ini semua perbuatan pemimpin besar Umno yang saya sudah malas untuk menyebut nama mereka. DAP tidak pernah menghina raja-raja Melayu. Umno lah parti yang terbukti menghina raja-raja Melayu dan institusi raja itu.

Orang seperti saya masih hidup untuk melihat dan menjadi saksi terhadap segala kecelakaan yang di cipta Umno yang baru ini. PAS tidak pernah menghina raja-raja Melayu seperti yang di lakukan oleh Umno. Muhyiddin sepatutnya ada sedikit kesiluan untuk menuduh orang lain yang tidak menghormati raja-raja itu.

Jika dahulu mereka pernah hina raja-raja apa yang boleh menghalang mereka untuk menghina baginda raja-raja Melayu jika raja Melayu bertindak untuk membetulkan keadaan buruk ciptaan Umno ini.

Umno berkemampuan untuk melakukan apa sahaja waimma menghina raja Melayu sendiri apabila berada di dalam kesempitan seperti pernah berlaku hampir 20 tahun dahulu.

Muhyiddin seterusnya menuduh DAP akan menubuhkan negara Republik dan ini merupakan satu tuduhan yang sangat gila. DAP telah menyatakan dengan jelas yang mereka tidak akan menjadi PM kerana mereka tahu mereka tidak boleh menungkah arus kerana orang Melayu merupakan rakyat majoriti dalam negara ini.

DAP juga telah jelas menyatakan yang parti itu tidak mungkin menghantar wakilnya menjadi PM kerana parti itu tidak mempunyai cukup kerusi jika menang semua kerusi yang di tandingi mereka. Kalau hendak mengira pun tidak tahu bagaimana rakyat hendak meningkatkan keyakinan terhadap kepimpinan kita khususnya terhadap Muhyiddin?

Dalam isu DAP ini Muhyiddin nyata bercakap bersalah-salahan dalam satu rangkap kata-katanya. Muhyiddin menyatakan yang DAP itu sebagai sebuah parti multiracial yang di dominasi oleh kaum cina. Tetapi apa bila DAP bergerak untuk meminta orang Melayu menyertainya orang-orang Melayu itu di anggap sebagai pengkhianat kepada negara pula.

Muhyiddin tidak langsung mahu mengaku bahawa pemimpin-pemimpin yang mencuri harta rakyat itu adalah pengkhianat negara yang sebenarnya. Apakah bezanya perasuah-perasuah dalam pimpinan Umno itu dengan perompak Botak Chin yang dibunuh oleh polis dalam siri tembak-menembak dengannya pada pertengahan lapan puluhan dahulu?

"Pembangkang itu anti Islam, dan tidak memperjuangkan Islam" kata Muhyiddin. Jika itu kata beliau persoalannya adakah Umno itu benar-benar memperjuangkan Islam seperti yang di war-warkan. Jika benar Umno itu memperjuangkan Islam kenapa rakyat mempunyai persepsi yang pemimpin Umno kebanyakannya ada pemimpin rasuah?

Adakah persepsi buruk ini ciptaan pembangkang? Bagaimana pembangkang hendak memfitnah pemimpin Umno itu rasuah kalau tidak ada bukti yang jelas yang Umno itu benar-benar rasuah? Kalau pemimpin parti itu rasuah, adakah layak parti itu di anggap sebagai parti yang memperjuangkan Islam?

Rasuah berlaku di setiap peringkat dalam kerajaan BN ini, kenapa tidak malu untuk mengaku yang kerajaan BN itu memperjuangkan Islam? Takkanlah mengambil rasuah itu perjuangan Islam. Islam apa itu?

Saya ingin bertanya, adakah pemimpin utama negara yang menggunakan kuasa dengan mengambil lebih dari satu billion wang rakyat bagi menyelamatkan perniagaan anaknya yang kerugian besar? Islamkah itu? Berniaga apa itu?

Sebenarnya yang ramai dalam Umno ini ialah orang Muslim tetapi Islamnya sudah pupus. Kalau di negara maju di barat, Muslimnya tidak ramai tetapi Islamnya banyak. Seorang ahli kabinet Britain telah hilang jawatannya hanya kerana mempercepatkan proses memberikan permit pekerjaan kepada pembantu rumah kawannya.

Itu pun di anggap salah kerana di sana etika kepimpinannya amat tinggi seperti etika kepimpinan Islam yang tulin. Itu sebabnya saya katakan walaupun mereka bukan Muslim tetap nilai yang dipakai dalam kepimpinannya adalah nilai-nilai Islam.

Itulah sebabnya saya selalu mengatakan yang di sini Muslimnya ramai Islamnya sudah hampir lupus sedangkan di sana Muslimnya kurang sangat tetapi Islamnya di mana-mana.

Ucapan Muhyiddin benar-benar menanamkan sifat benci membenci di antara kita. Adakah itu tuntutan Islam yang dikatakan Muhyiddin sebagai perjuangan Islam Umno? Sikap Muhyiddin ini bertepatan dengan perbilangan, "sayang bertompok-tompok, benci merata-rata".

Apa yang diucapkan Muhyiddin itu menampakan yang Umno itu sebagai parti yang "unIslamic" dan jauh sekali sebagai parti kebangsaan orang Melayu serta sebagai sebuah badan politik yang boleh menyatukan rakyat. Orang Melayu sendiri pun sudah tidak mahu lagi bernaung di bawahnya.

Apa yang Umno mampu meningkatkan ialah gerombolan yang sentiasa terintai-intai peluang untuk mendapatkan keuntungan peribadi dan kekayaan keluarga dan kelompok mereka sendiri.

Hakikatnya Umno sudah lama tiada. Umno itu hanyalah tinggal sebagai satu bahan sejarah perjuangan orang Melayu. Umno hanyalah satu nama... sama seperti nama-nama yang diberikan kepada jalan-jalan raya dengan nama-nama mereka yang sudah tiada lagi hidup di dunia ini lagi seperti Jalan P. Ramlee, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Siamang Gagap, Jalan Burhanuddin Helmi, Jalan Loke Yew dan sebagainya.

Rakyat tahu yang parti Umno ini hanyalah sebuah parti asing yang meminjam nama Umno itu sahaja. Seperti seorang kawan saya, Haji Arshad, yang memberi nama anaknya Sudirman. Walaupun anaknya bernama Sudirman Haji Arshad, Sudirman ini tidak pandai menyanyi. Haji Arshad ini menamakan anaknya Sudirman kerana minat beliau kepada Sudirman seorang penyanyi yang telah lama meninggalkan kita. Begitu jugalah Umno ini. Ia hanya nama kepada parti yang telah mati lebih dari dua dekad yang lalu.

Itu sebabnya Umno yang ada ini susah hendak di fahami orang kerana hakikatnya ia adalah parti lain yang hendak berlagak seperti Umno. Serba serbi tidak menjadi.

— aspanaliasnet

Zuraida Wanita BIADAP dan Tak Ada ADAB

Posted: 29 Nov 2011 09:26 PM PST

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan rakan sejawatannya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersikap biadap kerana mendesak beliau untuk meletakkan jawatan.

Beliau dalam Ucapan Dasar Pergerakan Sayap Parti itu turut mencabar Zuraida agar mendesak Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berundur dari kerusi No. 1 parti tersebut.

Shahrizat menjelaskan Wan Azizah lebiih tidak releven untuk terus memegang jawatan Presiden Parti malah menampakkan jelas ketidaktelusan dalam perjuangan politik dengan mengheret suami dan anak untuk turut mendapat kepentingan jawatan di dalam parti.


Sebelum ini, Ketua Wanita PKR YB. Zuraida mendesak agar Shahrizat meletak jawatan berkenaan isu NFC yang dakwanya berdepan dengan masalah penyelewengan. Zuraida turut mendesak agar pihak SPRM menyiasat secara terperinci laporan kewangan syarikat yang diterajui suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung pada hari ini akan mendengar ucapan setiap Perwakilan dari 3 sayap parti iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia.

Woi Khairy.. Negara Hampir Lingkup Kerana Kau la Beruk..

Posted: 29 Nov 2011 07:48 PM PST

Khairy dedah 'Formula 6 Jahanam' pembangkang

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mendedahkan formula "6 Jahanam" yang didakwanya cubaan pembangkang yang berangan-angan untuk melaksanakan formula "kehancuran negara".

Sambil mengambil kisah dari filem P Ramlee '6 Jahanam', Khairy menempelak pembangkang berhubung cubaan tersebut yang disifatkannya "polemik politik pembangkang jijik".

Enam formula tersebut yang didakwa akan dilaksanakan adalah menjahanamkan sistem demokrasi, menjahanamkan sistem pentadbiran, menjahanamkan maruah negara, menjahanamkan sejarah negara, menjahanamkan jati diri bangsa, dan menjahanamkan kemakmuran ekonomi negara.


"Pada mereka sistem demokrasi itu tidak wujud di bawah pentadbiran BN. Pada mereka BN adalah pencuri pilihan raya, menidakkan suara rakyat dan menggunakan serba macam taktik kotor untuk kekal berkuasa.

"Jika benarlah pakatan pembangkang mendukung demokrasi, mengapa sehingga hari ini mereka tidak pernah melahirkan rasa kesal mengenai insiden September 16?

"Sedarkah kita, propaganda rampasan September 16 adalah satu bentuk penghinaan kepada amalan demokrasi yang wajar dirakam sebagai satu detik hitam dalam sejarah negara," katanya.

Beliau juga membidas pembangkang yang didakwanya menghasut rakyat dengan meniupkan api kebencian kepada kerajaan dengan menggunakan kebangkitan "Arab Spring" tatkala idea mengadakan perhimpunan BERSIH,

"Matlamat mereka bukannya pemerkasaan sistem pilihan raya yang adil. Sebaliknya ia adalah wahana menyebarkan debu-debu sangsi yang akan menimbulkan kekacauan yang maha kelam kabut dalam sesebuah negara berdaulat," katanya bagi menghuraikan formula pertama.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasar bertemakan "Memacu Generasi, Melakar Tranformasi" di PWTC hari ini.

Shahrizat guna kes liwat Anwar alih skandal NFC

Posted: 29 Nov 2011 07:43 PM PST

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Dakwaan Umno tak masuk akal, Pakatan jamin kuasa Melayu

Posted: 29 Nov 2011 05:46 PM PST

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Presiden PAS memberi jaminan parti Islam itu bahawa orang Melayu akan kekal berkuasa dan terus menikmati segala hak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, sekali gus mengetepikan dakwaan pemimpin Umno yang terus menakut-nakutkan kaum itu dengan 'sentimen perkauman'.

"Ia bukan sahaja satu jaminan, tetapi juga realiti," kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan tegas kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di bangunan Parlimen semalam.

Hadi (gambar) menegaskan, isu itu tidak harus timbul kerana kerusi yang ditandingi pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat hanya sekitar 60 berbanding 222 bahagian yang dipertandingkan.


Hadi (gambar) menegaskan, isu itu tidak harus timbul kerana kerusi yang ditandingi pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat hanya sekitar 60 berbanding 222 bahagian yang dipertandingkan.

"Dalam geografi politik Malaysia, bilangan kerusi ditandingi DAP pada masa sekarang hanya 40 berbanding 222 kerusi. (Jadi) bagaimana DAP, jika pun ia menang kesemua kerusi, akan mengambil alih? Ia tidak betul.

"Campur dengan PKR, kerusi (bukan Melayu) hanya 60 daripada 222 dan yang baki kerusi Melayu... jadi ia sesuatu yang tidak masuk akal," kata beliau.

Dalam kenyataan pagi semalam, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dipetik berkata orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Senada dengan pendirian itu, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan persidangan tiga syap parti itu malam tadi turut mengecam sambil mendakwa PAS tidak boleh menggantikan Umno.

Ahmad dipetik berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud "Parlimen tergantung" seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

"Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku.

"Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan," kata beliau pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.

"Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini," kata Ahmad.

Bagaimanapun Hadi mengetepikan kenyataan Ahmad sebagai satu "ancaman kosong" kerana timbalan menteri itu mahu menggunakan isu perkauman untuk menyatukan Melayu di bawah Umno.

"Pihak yang kalah jika Pakatan mencapai kejayaan ialah Umno. Yang akan menggantikan mereka ialah kami di PAS dan Pakatan," kata Hadi lagi.

"(Jadi) ini ancaman kosong... (ia hanya) mahu mempromosikan sentimen rasis, satu kenyataan yang tidak tepat dengan mengambil kira geografi politik Malaysia," kata beliau lagi.

Musa Hassan Dah Jadi Bilal Masjid?? Bilal Terkaya Di Malaysia..

Posted: 29 Nov 2011 06:01 AM PST




Menurut sumber dari media-media hiburan :
- Perkahwinan mewah Syella Kamaruddin bernilai RM15 juta tanpa tajaan daripada mana-mana pihak.
- Syella Kamarudin juga mengakui bahawa dia menerima hantaran berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta.
- Suami Syella turut memberikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu masih belum sampai.


Fakta mengenai harga kereta :

Harga semasa Mini Cooper – RM195,000
Harga semasa Mini Cooper S – RM250,000
Harga semasa Audi R8 – RM800,000 Audi R8 G



Syella turut berkata bahawa dia tidak kisah apa tanggapan orang ramai mengenai pembaziran kerana baginya perkahwinan adalah sekali dalam seumur hidup.

"Saya tak rasa perbelanjaan ini membazir kerana saya berpendapat perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Saya tidak kisah apa orang hendak kata, yang penting semua perbelanjaan itu saya dan suami keluarkan sendiri. Bukan tajaan mana-mana pihak, saya membelanjakan kira-kira RM800 ribu manakala selebihnya daripada suami saya."

Fuh!!!...kayonya bilal mesjid.

Dicilok dari - http://pulakdah.blogspot.com/2011/11/suami-saya-bilal-masjid-syella.html

Isa Samad Yang Belagak Dan Takbur Dengan Sedikit Nikmat Dunia

Posted: 29 Nov 2011 05:31 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Tan Sri Isa Samad menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Shamsuddin Othman yang mendakwa Pengerusi Felda itu telah menghina beliau selaku ketua peneroka pada satu majlis di Negeri Sembilan pertengahan bulan ini.

Isa yang mengetuai Felda sejak setahun lalu berkata, beliau tidak peduli dengan ugutan Shamsuddin yang mahu beliau meminta maaf dalam masa 14 hari atau menghadapi tindakan saman.

"Saman-menyaman ini adalah perkara biasa. Ada anak saman ayah, dan macam macam saman di mahkamah. Saya tidak gentar jika beliau mahu saman saya," kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas majlis taklimat Presiden Umno di sini petang ini.


Shamsuddin, yang juga ahli lembaga pengarah Felda memberi masa 14 hari kepada Isa yang didakwa mengeluarkan kata-kata menghina beliau dalam satu taklimat di Kuala Pilah 12 November lalu.

Shamsuddin berkata kenyataan menghina pemimpin Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda, selaku ketua kepada para peneroka, dengan mengeluarkan ayat seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu dia", tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Isa selaku pengerusi agensi kemajuan tanah persekutuan itu.

"Ini kali pertama seorang Pengerusi Felda mengeluarkan kata-kata menghina seorang ketua peneroka, bukan sahaja pemimpin peneroka, saya kira keseluruhan peneroka rasa terhina dengan kenyataan Tan Sri Isa," kata beliau pada sidang media di sini semalam.

Rakaman ucapan Isa turut ditayangkan pada sidang media yang dihadiri oleh sembilan naib pengerusi JPP Wilayah dan Gerakan Persatuan Wanita.

Berdasarkan kandungan ucapannya, Isa didapati mendakwa bahawa Shamsuddin yang diturut dipanggil sebagai "Pas Sam" tidak faham-faham meskipun sudah berkali-kali dijelaskan mengenai proses penyenaraian Felda Global Ventures.

Shamsudin , 59, dari Felda Wilayah Johor Baru berkata, Isa mengeluarkan kenyataan itu ketika memberi taklimat mengenai penyenaraian Felda Global Ventures di Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November lalu.

"Saya akan lantik peguam dan akan memberi masa 14 hari kepada Isa agar meminta maaf. Oleh kerana beliau mengeluarkan kenyataan itu secara terbuka, di khalayak ramai, maka saya mahu beliau meminta maaf secara terbuka di lima akhbar tempatan," kata beliau lagi.

Menjelaskan taklimat presiden, Isa berkata Datuk Seri Najib Razak menyeru ahli-ahli Umno bersatu menjelang pilihan raya umum ini.

Katanya, beliau mahu BN menang besar dalam pilihan raya umum ke-13 sambil mengetepikan kepentingan diri jika tidak terpilih sebagai calon.

Nak Jadi Menteri Kena Bangang Macam Ahmad Maslan

Posted: 29 Nov 2011 04:01 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, dakwa Ketua Penerangan Umno hari ini.

Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud "Parlimen tergantung" seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

"Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku.


"Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan," kata beliau pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.

Bercakap pada forum "Agenda Melayu pasca pilihan raya", Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini mendakwa DAP tidak menghormati institusi diraja dan juga bahasa kebangsaan."Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini," kata Ahmad."Saya risau mengapa PAS boleh berkawan dengan DAP (tapi) menentang kerjasama dengan Umno. Bukankah lebih baik jika PAS menyertai BN, dengan itu kita akan ada 160 kerusi persekutuan," katanya lagi.

PAS dengan gandingan DAP dan PKR memperoleh 82 kerusi Parlimen tiga tahun lalu.Umno berulang kali sejak 2008 menggesa PAS meninggalkan PR dan membentuk kerjasama politik dengan Umno. PAS menegaskan ia akan kekal bersama PR.Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata bahawa Umno sentiasa menghulurkan tangan kepada PAS tetapi parti Islam itu sentiasa menolak pelawaan.

Dengan menekankan bahawa ancaman Melayu akan hilang kuasa memang benar akan berlaku, Ahamd mendakwa komuniti Cina secara perlahan-lahan menguasai arena politik dan ekonomi.Ini kerana kaum Cina sedang mendahului proses pendaftaran pemilih."Orang muda Cina lebih 21 tahun sudah pun mendaftar sebagai pengundi. Bagaimana dengan orang Melayu? Sesetengah mereka berusia 31 tahun dan belum mendaftar lagi.

"Kita tidak lagi pegang kuasa. Lihat di Selangor, siapa Exco Kerajaan Negeri? Ronnie Liu, Xavier, Elizabeth, Teresa Kok, ini adalah agenda DAP, Kristianisasi," katanya lagi.Ahmad berkata orang Melayu memerlukan pelan 10 langkah jika mereka perlu kekal dominan.Umno memulakan perhimpunan agung tahunan hari ini, yang dilihat sebagai terakhir sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-13.Barisan Nasional (BN), yang parti terasnya Umno, kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008.TMI

Sejarah Hitam Bagi Demokrasi Malaysia Tercatat Hari Ini

Posted: 29 Nov 2011 03:41 AM PST

Bil Perhimpunan Aman akhirnya berjaya diluluskan

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat jam oleh enam anggota parlimen.

Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.

Rang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).


Ia kemudiannya diikui penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Ahli parlimen Pakatan bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Mereka juga membantah keputusan Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.


Pada 24 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan rang undang-undangi tu di Parlimen yang didakwanya meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.

Rang undang-undang berkenaan dibacakan untuk kali kedua selepas dibentang untuk bacaan kali pertama pada 24 November lalu.

Bagaimanapun, bil itu menerima bantahan daripada pelbagai pihak dan dikatakan mencabuli semangat sebenar perhimpunan aman.

Ia dikatakan lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Antaranya, didakwa mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis.


Selain itu, rang undang-undang itu juga memperuntukan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan.

Jumaah lalu, Kabinet bersetuju untuk melakukan enam pindaan terhadap rang undang-undang itu selepas mendapat bantahan beberapa pihak termasuk pembangkang dan masyarakat sivil.

Tiada ulasan: