Rabu, 30 November 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Lisa Surihani di Perhimpunan Agong Umno 2011

Posted: 30 Nov 2011 12:48 AM PST

PELAKON terkenal Lisa Surihani yang semakin meningkat naik namanya dilihat di Perhimpunan Agong UMNO.

Melihatkan pada pakaiannya barangkali Lisa juga merupakan seorang ahli Umno. Tiada masaalah pun nak sertai Umno rakyat bebas memilih.



Nak lihat gambar lebih banyak? Sila klik link sumber di bawah.

Sumber: [Sungai Derhaka]

Bongkar! Pemuda Cheras menyamar jadi penyokong Bersih

Posted: 29 Nov 2011 10:20 PM PST

MODUS operandi TV3 menyebarkan fitnah terhadap perhimpunan "walk for freedom 2 walk" berjaya didedahkan semalam rujuk sini [modus operandi].

Terbukti budak-budak bawah umur dipergunakan untuk menyamar sebagai penyokong Seksualiti Merdeka dengan memakai pakaian kuning bagi menggambarkan mereka sebagai penyokong Bersih 2.0.

Apa yang lebih menarik, kalau anda perhatikan pada video rakaman temubual bersama budak-budak penyamar ini semalam, pada minit ke 1:40 jelas kelihatan salah seorang dari mereka memakai baju "Pemuda Cheras".


Di bawah ini video rakaman temubual tersebut, sila perhatikan pada sela masa ke 1:40. ReJaM© pada awalnya pun tak perasan, terima kasih kepada komentator 081176 di YouTube yang bermata tajam.


Kalau tak tahu apa maksud di sebalik baju "Pemuda Cheras" ini, sila tanya pemuda Umno Cheras, minta mereka tunjukkan design baju pemuda mereka kah kah kah.

Kalau anda lihat pada sela masa ke 1:04 dalam laporan Buletin Utama TV3, penyamar yang memakai baju kuning tersebut tidak berani menunjukkan muka. Orang buat salah mana berani beb!



Saksikan sendiri dalam video di bawah.



ReJaM© "Kesimpulannya Umno + TV3 = Fitnah!"

Bongkar! Modus operandi TV3 celaka buat fitnah!

Posted: 29 Nov 2011 09:48 AM PST

ARTIKEL sebelum ini di MiLo SuaM ada mendedahkan bagaimana sekumpulan budak-budak bawah umur muncul di saat orang ramai berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja sebelum berarak ke parlimen rujuk sini [budak-budak]

Memang agak "suspicous" kenapa budak-budak bawah umur ini memakai baju kuning, kemudian membawa banner menyokong seksualiti merdeka? Seperti ada agenda tersembunyi.


Oleh kerana tidak berpuas hati, maka salah seorang aktivis Jingga 13 bersama seorang wartawan wanita dari Suara Keadilan pergi menemubual mereka.

Mereka mendakwa memakai baju kuning kerana menyertai satu program konvoi "suka-suka" ke Melaka dan singgah di situ (parlimen) juga kerana "suka-suka" atau saja-saja.

Pada mulanya mereka tidak mengaku memakai baju kuning, tapi akhirnya mereka menjelaskan bahawa mereka membuka baju kuning tersebut kerana "panas".

Semasa ditanya adakah mereka tahu perhimpunan apa yang sedang berlangsung? Mereka menjawab tidak tahu dan mereka tidak layak menyertai perhimpunan itu.

Saksikan video rakaman temuramah tersebut di bawah ini.


Rupa-rupanya segala persoalan ini terbongkar. Budak-budak bawah umur ini memang sengaja menyamar kononnya sebagai penyokong Bersih 2.0 (baju kuning), juga menyamar sebagai "penyokong seksualiti merdeka" (bawa banner).

Peranan TV3 Al-Musyrikin pula menyebarkan berita palsu kononnya "Walk for freedom 2 walk" atau perhimpunan membantah akta perhimpunan aman 2011 dan Bersih 2.0 menyokong Seksualiti Merdeka (atau kebebasan seks kata TV3).

Saksikan laporan Buletin Utama di bawah ini.



Tambah menguatkan lagi bukti pembohongan Buletin Utama ini, budak-budak bawah umur yang dilaporkan sebagai penyokong Bersih 2.0 oleh TV3 dilihat membakar baju-baju yang mereka pakai.

Penyokong Bersih 2.0 kejadah apa kalau bakar baju kuning yang menjadi simbolik sokongan terhadap Bersih 2.0?



Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka sanggup menggunakan budak-budak bawah umur untuk membuat kerja terkutuk memperbodohkan orang kampung. Ini namanya media haram jadah!


ReJaM© "Bodohkan rakyat untuk terus berkuasa, dosa pahala tolak tepi..."

Tiada sokongan, terpaksa pergunakan budak-budak

Posted: 29 Nov 2011 01:47 AM PST

SATU perhimpunan aman yang dianjurkan oleh peguam-peguam seluruh Malaysia baru sahaja berlangsung di Parlimen hari ini.

Perhimpunan tersebut dengan tema "walk for freedom" diadakan bagi membantah akta perhimpunan aman 2011 yang akan dibentangkan di parlimen.

Rasanya sudah banyak blog-blog dan portal berita yang melaporkan hal ini, maka tak perlulah ReJaM© buat perkara yang sama.


Kali ini ReJaM© nak bongkarkan sudut yang barangkali tidak didedahkan oleh media iaitu bagaimana budak-budak dipergunakan kononnya untuk menghalang perhimpunan ini.

Semasa para peserta perhimpunan berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur sebelum berarak ke parlimen, sekumpulan budak-budak dilihat berada di kawasan berhampiran.

Mereka dikatakan kumpulan yang ditaja oleh pihak tertentu untuk membantah perhimpunan ini. Kesemua mereka dilihat memakai baju kuning.


Menyedari gambar mereka diambil berulang kali oleh pihak media, tiba-tiba mereka membuka dan melipat-lipat baju itu di celah ketiak.



Apabila ditanya, apa tujuan mereka datang ke situ? Salah seorang dari mereka menjawab mereka datang suka-suka.

Mereka pada mulanya tidak mengaku ada memakai baju kuning, namun selepas kami mengatakan bahawa kami ada gambar bukti, mereka akhirnya mengaku.

Mereka mendakwa "berkonvoi" dari Melaka beramai-ramai dengan baju kuning tersebut mengikuti satu program "suka-suka".

Pelik tapi benar, berkonvoi dari Melaka boleh singgah sebentar di parlimen alasan apakah ini? Lebih lucu ada juga program "suka-suka" siapalah yang anjurkan ye?



ReJaM© "Boss diorang ni lupa nak ajar cara bagi alasan kah kah kah"

Tiada ulasan: