Rabu, 23 November 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ROYALTI MINYAK DIPERTARUHKAN JIKA PAS DAN UMNO TIDOR SEBANTAL?

Posted: 23 Nov 2011 07:30 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
DI DALAM lawatan sehari Muhyiddin ke Kelantan semalam, dijaja lagi oleh beliau soal penyatuan Umno dan PAS.  Nampaknya `gila talak' Umno kepada PAS begitu lama sekali sehingga bersilih ganti PM isu ini masih bermain di bibir pemimpin Umno.  

Parti sekular ini tiak pernah merasa tebal muka atau malu menagih simpati dari PAS kerana mereka sedar riwayat parti yang banyak menyusahkan orang-orang Melayu dan Islam yang didukungi oleh mereka akan berakhir tidak beberapa lama lagi.  Amat memalukan jika mereka waras, apabila PAS telah bersedia dan sedang berusaha dengan kempen `PAS ganti Umno', Muhyiddin datang dengan tebal muka menyarankan agar dilakukan penyatuan Umno - PAS.  Untuk apa?  Agama?  Jauh sekali.  
 
Penyatuan yang mereka mahukan hanya semata-mata untuk `perut' dan `duniawi'.  Muhyiddin jelas menyebut, "Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.  Perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri", kata beliau apabila mengulas mengapa Kelantan dinafikan hak royalti minyak. 
 
Beliau tidak sebut penyatuan itu hendaklah berasaskan Agama Islam yang maha suci.  Sedangkan, PAS dari awal lagi menyebut bahawa penyatuan Umno - PAS hendaklah berpaksikan Al-Quran dan penyatuan itu mestilah melibatkan rakan sekutu PAS di dalam PR terutamanya PKR yang juga mempunyai pemimpin Melayu dan Islam.  Jika Umno dan PAS sahaja bersatu, apa akan jadi kepada parti lain yang juga ramai ahli mereka yang berugama Islam?  
 
Jelas, Umno hanya mahu menjadikan hak royalti minyak sebagai `pertaruhan' untuk penyatuan Umno - PAS.  Adakah Tuan Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan dan juga Mursyidul Am PAS sanggup tidor sebantal dengan parti sekular yang menolak hukum Islam ini demi kerana `pitih' minyak?  Jawapannya sudah pasti tidak.  Maka, biarkan sahaja Umno terus `gila talak' sehinggalah sampai masa parti sekutu Apco ini dikuburkan selepas PRU akan datang, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

HARIMAU MUDA - PASUKAN KITA BAGUS, STRIKER MASIH TUMPUL

Posted: 23 Nov 2011 09:00 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

TEWAS dengan jaringan 0 - 2, begitulah keputusan perlawanan bolasepak Pra Kelayakan Olimpik di antara pasukan Malaysia (Harimau Muda) bertemu pasukan Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.   

Skuad Harimau Muda di Sukan Sea Jakarta baru-baru ini yang berjaya mempertahankan Pingat Emas

Bagi saya, kekalahan malam tadi tidak lah mengecewakan dan ia terbukti dengan tepukan serta kibaran Jalur Gemilang dari para penonton sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan.  Mungkin ramai di antara kita yang menonton tidak merasa marah atau kecewa dengan kekalahan tersebut malahan kita merasa simpati dengan semua pemain yang telah `dipaksa' bertarung tidak sampai 48 jam selepas berhempas pulas di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta baru-baru ini di mana skuad bimbingan Ong Kim Swee ini mematahkan sayap garuda untuk mendapatkan Pingat Emas di Sukan Sea.

Ong Kim Swee, Jurulatih yang penuh strategi

Mengulas perlawanan malam tadi, secara keseluruhannya Harimau Muda bermain dengan baik walaupun tidak sepantas sewaktu bertarung dengan Indonesia baru-baru ini.  Ini mudah difaham mengapa berlaku sedemikian, apatah lagi beberapa pemain tunggak kita yang cemerlang di Jakarta tidak turun bermain malam tadi.  Namun, itu bukan alasan buat Harimau Muda untuk tewas malam tadi.

Striker, Thamil Arasu dan Ahmad Fakri masih mengecewakan
Apa yang dapat dilihat, Harimau Muda malam tadi bermain seolah-olah tidak mempunyai striker.  Striker yang diturunkan malam tadi gagal menyerlah dan banyak menghampakan peluang yang terhidang di depan mata.  Ahmad Fakri Saarani dan Thamil Arasu masih gugup berada di hadapan dan masalah ini juga berlaku di Sukan Sea baru-baru ini.  Syria bukanlah pasukan yang hebat sangat, cuma mereka dapat menandingi bola hantaran tinggi yang sering dilakukan oleh pemain Malaysia.  Kedua-dua gol yang mereka jaringkan itu adalah kesilapan benteng pertahanan kita yang mungkin di separuh masa kedua kebanyakan dari mereka berada di dalam keletihan.  Berbeza di separuh masa pertama, benteng kita berperanan dengan efisyen sekali. 

Pemain Tengah, Baddrol Bakhtiar cemerlang

Kehilangan Baddrol Bakhtiar yang tidak layak menyertai pertandingan ini di atas faktor umur amat dirasai.  Jentera tengah Harimau Muda banyak bergantung kepada kreativiti yang ada pada pemain berasal dari Kedah ini.  Tiadanya Baddrol Bakhtiar, kegugupan yang masih ada pada kedua-dua striker kita, dan faktor keletihan mungkin menjadi faktor kita tewas malam tadi.  Penjaga gawang Harimau Muda, Khairul Fahmi (Apex) ternyata masih hebat.  

Penjaga Gol Utama Kebangsaan, Khairul Fahmi masih kebal

Saya memuji sikap ribuan penyokong yang hadir di Stadium malam tadi yang tetap bersemangat memberikan sokongan kepada skuad Harimau Muda sehingga ke wisel penamat.  Tiada cacian, makian atau ejekan yang kedengaran dari bangku penonton.  

Harus diingat, perjuangan belum berakhir.  Perlawanan timbal balik belum menjanjikan keputusan yang sama.  Pertemuan akan datang iaitu pada 27 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Harimau Muda akan berdepan dengan Bahrain pula.  Diharapkan kali ini, segala kelemahan yang dikenalpasti dapat diperbaiki segera oleh Ong Kim Swee.  Syabas, Harimau Muda./wfauzdin.blogspot.com


BERAHIM ALKATAKI KEMARUK UNDI POS PULAK DAH...

Posted: 22 Nov 2011 11:49 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

SIMPATI juga saya apabila mendengar rintihan MP Pasir Mas, Ibrahim Ali atau yang lebih dikenali sebagai Berahim alkataki di dalam Parlimen hari ini.  Seolah-olah beliau sudah tahu dan merasai bahawa beliau akan hilang deposit di Parlimen Pasir Mas di dalam PRU ke 13 nanti, maka keluarlah usul yang orang bijak pandai tidak akan mengusulkannya.

Malaysiakini melaporkan, Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.

NONE"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata.
Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat
(Malaysiakini).

Kenapa perlu di Pasir Mas?  Terlalu banyakkah komunis atau pengganas di kawasan beliau sekarang sehingga perlunya kem tentera di bina di situ?  Setahu saya, di Pasir Mas yang banyak adalah katak-katak puru kerana di situ menetapnya `raja katak'.  Tidak ada idea lainkah MP Pasir Mas untuk bercakap di dalam Dewan?  Paling tidak, beliau boleh bercakap soal perpindahan ternakan katak puru kepada ternakan lembu seperti yang keluarga Shahrizat lakukan.  

Nampak sangat kemaruk Wakil Rakyat bebas ini kepada `undi pos'.  Cukup-cukuplah Najib sahaja yang bergantung dengan undi pos.  Beliau selaku Presiden Perkasa jangan buat malu jemaah Perkasa pula kalau menang pilihanraya pun dengan undi pos./wfauzdin.blogspot.com 

Tiada ulasan: