Sabtu, 19 November 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Loceng Amaran Kepada Malaysia: Arroyo Ditangkap Kerana Menipu Dalam Pilihanraya

Posted: 19 Nov 2011 01:10 AM PST

Manila - Polis Filipina semalam menangkap bekas presiden, Gloria Macapagal Arroyo kerana didakwa berkomplot dengan seorang panglima perang untuk menipu dalam pilihan raya.

Gambar: ARROYO duduk di atas kerusi roda semasa beliau dilarang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Paranaque, Metro Manila pada Selasa lalu.

Beliau boleh dipenjarakan seumur hidup kerana kesalahan tersebut.

Penangkapan itu berlaku selepas pihak berkuasa menghalang Arroyo, 64, daripada meninggalkan Filipina setibanya beliau di lapangan terbang Manila di sini dengan memakai alat penyokong leher.

Ketika itu, Arroyo mahu meningglakan Filipina untuk menjalani rawatan perubatan sakit tulang di luar negara.

Menurut polis, Arroyo bersama suami dan peguamnya semasa waran tangkap dihantar ke biliknya di Pusat Perubatan St. Luke di bandar Taguig, Manila tempat bekas presiden tersebut dirawat kerana sakit tulang.

Keputusan mendakwa Arroyo oleh Suruhanjaya Pilihan Raya semalam kerana menipu dalam pilihan raya senator pada 2007 turut menandakan kemuncak kempen Presiden sekarang, Benigno Aquino untuk mendakwa pemimpin itu kerana jenayah rasuah.

"Aquino berikrar untuk membawa Arroyo ke muka pengadilan selepas beliau memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada tahun lalu.

"Arroyo akan berada dalam negara dan berdepan dakwaan mensabotaj pilihan raya" kata Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima dalam satu kenyataan selepas sebuah mahkamah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas presiden berkenaan.

"Adalah menjadi hasrat kami supaya rakyat Filipina mendapat keadilan yang sepatutnya," tambah kenyataan sama.

Arroyo yang merupakan seorang bekas profesor universiti dan presiden wanita kedua Filipina didakwa melanggar banyak akta rasuah dan penipuan pilihan raya semasa era pemerintahan beliau dari 2001 hingga pertengahan tahun lalu.

Beliau beberapa kali menggagalkan usaha Parlimen untuk memecatnya ekoran dakwaan melakukan penipuan dalam pilihan raya semasa memerintah Filipina.

Beberapa pembantu Arroyo menyatakan beliau dirawat di hospital kerana menghidap sejenis penyakit tulang yang jarang berlaku.

Arroyo juga telah menjalani tiga pembedahan tulang belakang sepanjang tahun ini.

De Lima berkata, pemerintah tidak membantah Arroyo ditangkap ketika beliau dirawat di hospital.

Namun, pihak berkuasa tidak bertindak segera untuk menangkap Arroyo.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada bekas pemimpin itu akan ditahan sehingga perbicaraan berlangsung.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, penipuan undi itu berlaku di wilayah Maguindanao, selatan Filipina yang diperintah oleh keluarga Ampatuan.

Sekutu-sekutu Arroyo rapat dengan keluarga Ampatuan.

Keluarga Ampatuan mempunyai reputasi sebagai penglima perang dan melaksanakan pemerintahan di wilayah itu selama satu dekad dengan satu kumpulan tentera peribadi yang ganas. - Agensi

Ulasan GB

Demikian hukum kebenaran. Mana mahu lari sekalipun penipuan itu telah lama berlalu. Akhirnya ia terbongkar juga.

Ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada SPR, JPN dan semua yang terlibat dengan proses pilihanraya supaya JANGAN MENIPU dan JANGAN BERLAKU CURANG.

Nasib Arroyo itu bakal menimpa anda jika kesalahan yang sama dilakukan di negara ini.

Isu Lembu Fidlot: Kenapa Tolak & Tak Mahu Akur Dengan Laporan Siasatan Audit Negara?

Posted: 18 Nov 2011 11:00 PM PST

Tidak tepat: Tarik balik Laporan Ketua Audit

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Kerajaan digesa bertindak supaya laporan Ketua Audit Negara ditarik balik kerana suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan laporan itu kurang tepat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan, laporan Ketua Audit Negara mestilah tepat kerana ia berkaitan dengan pengurusan kewangan negara dan jika laporan itu kurang tepat, ia tidak memberikan gambaran yang sebenarnya dan akan mengelirukan semua pihak.

"Jika laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, ahli-ahli Parlimen bercakap berdasarkan fakta yang mengelirukan, rakyat mendapat maklumat mengelirukan dan kerajaan juga menjadi mangsa kerana dikritik berdasarkan maklumat mengelirukan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz berkata, dari segi pentadbiran kewangan, negara tidak boleh disogokkan dengan laporan yang kurang tepat berkaitan pengurusan kewangan negara dan oleh kerana suami seorang menteri kabinet sendiri yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, kerajaan mesti bertindak pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporan itu dan membetulkannya untuk dibentangkan semula.

"Yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara itu kurang tepat bukan taraf pemeriksa kira-kira Umno cawangan, tetapi suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," katanya.

Menurut Mahfuz, tindakan pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporannya itu amat tepat untuk dilakukan memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memperlihatkan keyakinan yang luar biasa besar terhadap projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dikendalikan oleh suami Shahrizat itu.

Mahfuz juga meminta suami Shahrizat yang juga Pengerusi Eksekutif NFC mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Audit Negara kerana menyifatkan projek yang dianugerahkan kepadanya itu 'kacau-bilau' dan juga gagal menjalankan program keusahawanan seperti yang dikehendaki oleh kerajaan.

"Sudah ada peguam yang ramai orang dakwa ada taktik boleh menang kes, takut apa nak ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Audit Negara?" kata beliau.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata Laporan Ketua Audit Negara yang menyebut bahawa projek penuh kontroversi itu hanya mencapai 41 peratus daripada jumlah daging yang disasarkan adalah kurang tepat.

Malah, suami Shahrizat itu juga mendakwa pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek lembu itu adalah keputusan perniagaan bijak.

Dr Mohamad Salleh malah dilaporkan mendakwa pihaknya berjaya menyewakan kondominium di One Menerung, Bangsa itu dengan nilai RM70,000 sebulan.

Dakwaan itu bagaimanpun ditolak oleh pakar-pakar hartanah yang menyatakan nilai tertinggi yang boleh dijana dari sewaan kondominium itu hanya setakat RM24,000 sahaja sebulan.

Sidang akhbar suami Ketua Wanita Umno itu turut dihadiri Penasihat Undang-Undang NFC, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah. -HD



Ulasan GB

Kita jadi hairan kenapa tiba-tiba pemimpin-pemimpin UMNO termasuk PM dan TPM dan bekas PM begitu kuat membela projek lembu NFC yang telah dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara mengandungi pelbagai penyelewengan dan salahlaku.

Kenapa marah kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang sekadar mengulangi apa yang didedahkan oleh Jabatan Audit Negara dan mengapa sampai ada ugutan dari peguam NFC yang bernama Mohd Shafee Abdullah untuk mengheret pemimpin PR ke mahkamah kononnya memfitnah tentang projek lembu?

Sudah jadi lembukah pemimpin-pmimpin UMNO dan peguam tersebut sehingga terlupa bahawa pendedahan awal penyelewengan itu adalah dari Jabatan Audit sendiri?

Apa yang jelas dan nyata dari laporan audit, penyelewengan memang sah wujud di dalam projek lembu berkenaan, jadi usah untuk pertahan dan cuba untuk menegakkan benang basah.

Kebenaran tidak dapat ditutup walaupun sekalian menteri kabinet UMNO bersekongkol menutup penyelewengan yang berlaku.

Apa yang rakyat tahu sekarang melihat muka Shahrizat teringatkan lembu, begitu juga melihat muka Najib, Muhyiddin, Pak lah, Noh Omar & Khairy, termasuk peguam NFC, orang akan segera terbayang wajah-wajah lembu di Feedlot. Salah siapa?


ISA: Obama Patut Tahu & Diberitahu Bahawa Najib Sudah Menipu Rakyat Malaysia

Posted: 18 Nov 2011 08:49 PM PST

Najib pamer kepimpinan hebat: Obama

NUSA DUA (BALI): Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah mempamerkan kepimpinan yang hebat bukan saja dalam terus meningkatkan ekonomi Malaysia tetapi juga kepimpinan dalam pelbagai forum pelbagai hala.

Pemimpin Amerika itu berkata "kami mahu menjadi rakan yang akrab dengan Malaysia".

"Saya menghargai kerjasama luar biasa yang sudah kami terima dalam pelbagai isu...terima kasih banyak-banyak Perdana Menteri," kata Obama dalam ucapannya pada mesyuarat dua hala dengan Najib di sini hari ini menjelang Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadualkan esok.

Presiden AS itu berkata, mesyuarat dua hala itu akan membolehkan kedua-dua negara membincangkan bagaimana mereka dapat memanfaatkan sebaik mungkin Sidang Kemuncak Asia Timur untuk menjamin kemakmuran dan keselamatan bersama di seluruh rantau ini.

Obama berkata, mesyuarat itu juga akan membolehkan kedua-dua pihak memperluaskan perbincangan mengenai hubungan dua hala mereka, menyifatkannya sebagai "kukuh" serta kerjasama yang dapat dilihat melalui isu seperti Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Beliau turut menyentuh mengenai interaksinya dengan Najib di forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Hawaii baru-baru ini.

"Saya hanya ingin menyatakan betapa saya berbesar hati dapat sekali lagi bertemu dengan Perdana Menteri Najib. Kami sudah berbual dan mengadakan perundingan yang baik pada persidangan APEC yang kami hoskan di Honolulu," katanya.

Sementara itu, Najib, dalam kenyataannya berkata AS adalah rakan perdagangan keempat terbesar dan secara asasnya masih pelabur terbesar di Malaysia.

"Kami amat mengalu-alukan untuk memperluaskan rangkaian perdagangan dan pelaburan. Dan menerusi TPP, diharapkan, kami dapat memenuhi tarikh akhir tahun depan," katanya.

Najib berkata, Kuala Lumpur melihat terdapat banyak prospek daripada segi peningkatan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

"Dan pastinya kami bersedia untuk menjalin kerjasama dalam bidang-bidang lain yang berkenaan," katanya. - BERNAMA

Isteri tahanan ISA ke Parlimen bantah Najib

KUALA LUMPUR, 18 Nov: PAS bercadang membawa isteri-isteri tahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Ahli Parlimen PAS dan pihaknya akan berbincang dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk memudahkan urusan membawa mereka dari Sabah.

"Saya sudah menghubungi Ahli Parlimen PAS dan kita akan bekerjasama dengan GMI untuk membawa isteri-isteri tahanan sementara sidang Parlimen masih berbaki dua minggu," kata beliau ketika menghubungi Harakahdaily.

Mazlan berkata, selain Najib, pihaknya juga mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima memorandum bantahan tersebut kerana mereka mungkir janji terhadap rakyat Malaysia.

Menyifatkan penahanan tersebut sebagai bercanggah dengan pengumuman Najib pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, beliau menuntut Najib memberi penjelasan berhubung penahanan tersebut.

"Kita minta Perdana Menteri jelaskan mengenai perkara ini kerana tindakan ini jelas menunjukkan sikap hipokrit mereka," katanya.

PAS tegasnya mengulangi pendirian mahu tahanan dibicarakan di mahkamah jika benar dakwaan mereka terlibat dengan kumpulan militan.

"Apa yang malang, isteri mereka tidak tahu kenapa suami mereka ditangkap.

"Saya ulangi bagi pihak PAS kalau mereka ditahan kerana menggerakkan kumpulan militan seperti didakwa, bawa ke mahkamah," tegasnya.

Pada 14 November lalu, seramai 13 orang ditahan di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA), 7 daripadanya ialah warganegara Malaysia.

Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman Omar. -HD


Ulasan GB

Apakah pengumuman Najib sebelum ini bahawa "ISA akan dihapuskan" hanya sebagai satu retorika kosong supaya beliau mendapat publisiti murahan dan dan untuk menerima perhatian dunia seperti Presiden Amerika Barrack Obama semasa persidangan APEC yang lalu?

Semasa pengumuman penghapusan ISA itu dilakukan, beberapa pemimpin dunia termasuk Obama memuji langkah Najib sebagai satu usaha ke arah pematangan demokrasi yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia.

Namun tindakan polis dan kerajaan Malaysia tiba-tiba menggunakan semula ISA untuk menahan 13 orang ditahan di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA), 7 daripadanya ialah warganegara Malaysia adalah jelas satu penipuan Najib mengenai penghapusan ISA.

Bukankah ia perlu di khabarkan kepada pemimpin dunia juga bahawa Najib itu sudah memungkiri janjinya dan tindakan beliau mengumumkan "ISA dihapuskan" hanyalah bertujuan untuk kepentingan politik peribadinya supaya dijulang?

Rakyat juga mengesyaki apakah pengumuman menghapuskan ISA itu adalah sebahagian dari "nasihat" konsultan luar, APCO khususnya, demi membolehkan hubungan Najib dengan negara maju dapat diperbaiki?

Isu Wang Dalam Simpanan Polis Hilang: KPN Kata Beliau Malu

Posted: 18 Nov 2011 06:37 PM PST

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berasa kesal dan malu berhubung kehilangan wang tunai sebanyak RM11,700 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Selasa lalu.

Wang yang hilang itu adalah milik dua daripada tiga suspek kes samun membabitkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Jenayah (SPRM) terhadap seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 15 September lalu.

Ismail berkata, siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian itu mengikut prosedur sepatutnya dan pihaknya akan menyiasat secara adil.

"Kami memandang serius perkara ini dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pegawai dan anggota terbabit jika didapati berlaku kecuaian semasa mereka menjalankan tugas.

"Kejadian yang berlaku ini memalukan saya kerana polis kini berada di landasan terbaik dengan segala prosedur penyimpanan bahan bukti yang lengkap. Namun hanya kerana 'nila setitik rosak susu sebelanga'," katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau berkata, sistem diwujudkan polis dalam prosedur penyimpanan barang kes sudah cukup bagus tetapi apabila ada yang ingkar arahan maka terjadilah perkara yang tidak sepatutnya.

"Jika ada bukti yang menyatakan kecuaian dalam kes ini, saya akan cari pegawai dan anggota bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.

"Proses tahan atau gantung kerja juga perlu mengikut proses kerana jika tidak betul, pegawai saya akan saman saya balik. Sehubungan itu, saya perlu bertindak secara adil dan profesional," katanya ketika mengulas sama ada sudah ada pegawai yang ditahan atau digantung tugas.

Harian Metro semalam melaporkan seramai 26 pegawai dan anggota bawahan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, di sini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan bahan bukti itu di pejabat pegawai penyiasat.

Kehilangan wang itu yang disimpan di dalam dompet, disedari kira-kira pukul 2 petang pada 8 November oleh pegawai penyiasat terbabit setelah mendapati terdapat kesan umpil pada pintu bilik dan laci meja pejabatnya di bangunan lama IPK Selangor.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Remaja Ancam Bunuh Diri Elak Tubuh Terus ‘Diratah’

Posted: 18 Nov 2011 04:32 PM PST

Ancaman seorang remaja perempuan ingin membunuh diri dengan menikam perutnya menggunakan pisau berjaya menyelamatkan dirinya daripada terus menjadi tawanan dan pemuas nafsu beberapa lelaki di sebuah rumah kedai, di bandar Kajang, kelmarin. Gambar fail

Remaja berusia 19 tahun itu yang terdesak melarikan diri selepas dua kali diperkosa teman lelaki dan rakan bertindak berani mengambil pisau di dapur sebelum berlakon seolah-olah ingin menikam perut jika mereka enggan membebaskannya segera.

Semua suspek berusia 20-an yang panik dengan tindakan luar jangkaan itu akur dengan ugutan mangsa sebelum membuka pintu dan membiarkan mangsa melarikan diri.

Menurut sumber, suspek yang masih tidak berpuas hati cuba mengejar mangsa namun berpatah balik apabila melihat kereta peronda polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan menghampiri mangsa.

"Sengsara mangsa selepas beberapa jam dijadikan 'hamba seks' suspek berakhir sebaik sahaja dia diselamatkan polis yang membawanya ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan dan tindakan seterusnya daripada pihak berkuasa.

"Malah suspek menyedari kehadiran polis turut melarikan diri selepas panik melihat mangsa diselamatkan pihak berkuasa," katanya.

Menceritakan semula kejadian itu sumber berkata, remaja malang terbabit pada mulanya diajak keluar makan bersama teman lelakinya kira-kira jam 9 malam tanpa mengesyaki niat keji suspek terhadapnya.

"Suspek menjemput mangsa dengan motosikal di rumahnya di Bandar Seri Permaisuri, sebelum terus membawanya ke Kajang dengan alasan ingin keluar makan bersama.

"Bagaimanapun, dia mula berasa pelik apabila temannya itu melencong ke tempat lain sebelum berhenti di sebuah rumah kedai," katanya.

Sumber berkata, syak sesuatu tidak kena, mangsa cuba melarikan diri namun gagal apabila suspek menariknya masuk ke dalam rumah itu.

"Suspek seterusnya memaksa mangsa untuk masuk ke dalam bilik dan mengugut untuk mencederakannya jika mangsa enggan menuruti permintaannya.

"Sebaik masuk, suspek yang tidak dapat menahan gelora nafsu merogol mangsa walaupun dia merayu berkali-kali supaya tidak dinodai," katanya.

Katanya, selepas puas 'meratah' tubuh mangsa, seorang lagi rakan suspek masuk ke dalam bilik berkenaan dengan niat yang sama.

"Mangsa sekali lagi dipaksa melayani kehendak seks lelaki itu yang mengugut akan mencederakannya jika enggan mengikut kemahuan suspek.

"Selepas puas meratah tubuh mangsa, suspek terus keluar dan menyuruh seorang lagi rakannya masuk ke dalam bilik itu," katanya.

Sumber itu berkata, tidak tahan terus dijadikan tempat pemuas nafsu, dia akhirnya nekad melawan dan menolak suspek sehingga terjatuh sebelum berjaya keluar dari bilik berkenaan dan berlari menuju ke dapur.

"Dia lantas mencapai pisau menyebabkan teman lelaki dan rakannya tersentak dan berusaha untuk mendapatkannya menyebabkan mangsa mengugut untuk membunuh dirinya.

"Panik dengan tindakan mangsa, seorang daripada mereka membuka pintu rumah berkenaan sebelum mangsa melarikan diri ke jalan utama," katanya.

Derita mangsa berakhir apabila terserempak dengan kereta peronda polis yang membuat rondaan rutin sebelum dia di bawa ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -hm

Ulasan GB

Nampaknya jenayah rogol kini semakin menjadi-jadi dari hari ke sehari.

Berdiam diri sajakah kita?

[Video & Bergambar] Harimau Yang Jarang Dilihat Dirakam Di Kawasan Pembalakan Indonesia

Posted: 18 Nov 2011 02:28 PM PST

Jakarta - Kumpulan pemuliharaan Dana Hidupan Sedunia (WWF) semalam mendesak pemerintah Indonesia memulihara hutannya selepas gambar-gambar menunjukkan beberapa ekor harimau yang jarang dilihat berada di sebuah kawasan pembalakan.

Gambar: SEBUAH kamera tersembunyi merakamkan gambar seekor harimau batu di Bukit Tigapuluh, Sumatera pada 18 Mac lalu. - Reuters

Menurut WWF, gambar itu menunjukkan harimau Sumatera, harimau emas, harimau bintang, harimau akar dan harimau batu berkeliaran di sebuah kawasan hutan yang tidak dilindungi.

Ia menyatakan, harimau tersebut ditemui berada di antara Taman Negara Bukit Tigapuluh, Sumatera dan sebuah kawasan pemuliharaan haiwan liar.

Lebih tiga bulan dalam tahun ini, kamera WWF merakamkan 404 gambar harimau liar termasuk 226 ekor harimau Sumatera, 77 ekor harimau akar, 70 ekor harimau emas, empat harimau batu dan 27 harimau bintang. - AFP


Foto-foto ehsan BBC:


Harimau Sumatera ini termasuk salah satu dari lima spesies harimau yang jarang ditemui yang dirakam oleh kamera dalam kajian yang dilakukan WWF Indonesia. Kajian dilakukan di kawasan hutan Bukit Tiga Puluh dan koridor hutan di sekitar. Foto-foto oleh WWF Indonesia/PHKA.

Kucing congkok
Selama kajian tiga bulan, kamera WWF menghasilkan 404 foto harimau, termasuk 226 harimau Sumatera, 77 harimau dahan, 70 kucing emas, 4 kucing batu, dan 27 kucing congkok.

Kucing emas
WWF Indonesia mendesak kerajaan dan perusahaan-perusahaan untuk mengambil tindakan segera guna menyelamatkan kawasan yang memiliki keanekaragaman kehidupan.

Kucing emas
Karmila Parakkasi, Koordinator Penelitian Harimau WWF menyatakan spesies harimau ini dilindungi oleh kerajaan Indonesia dan tercatat sebagai binatang yang terancam pupus.

Macan dahan
Parakkasi juga menyatakan temuan spesies, termasuk harimau dahan ini, menunjukkan kawasan Bukit Tigapuluh dan koridor hutan seliling sangat kaya.

Macan dahan
WWF Indonesia juga meminta agar kerajaan Indonesia menimbang semula keizinan konsesi penebangan hutan di kawasan itu.

Kucing batu
Sejumlah perusahaan kayu yang beroperasi di kawasan ini, menurut WWF Indonesia, termasuk Barito Pacific.








Memang Wajar Dr.Asri Libas Hassan Ali

Posted: 18 Nov 2011 07:30 AM PST

Dakwaan murtad kerana Injil tenaga solar hina Islam'

Kenyataan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut 'Solar Powered Handheld Talking Bible' sebagai menghina, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONE"Saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang 'the power of reading the Bible' seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak.

"Bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi. Hari ini segala bacaan samada al-Quran ataupun Bible boleh di dapati di internet. Pelbagai peralatan, samada komputer ataupun selainnya boleh melakukan 'download' semua bacaan ini.

dr.asri"Tidak perlu untuk bersembunyi mendapat atau mendengarnya. Bagi saya, kenyataan beliau tanpa disedari boleh menjadi kempen mendengar Bible yang sebelum ini tidak ramai yang mengambil kisah. Itu pun bukan satu kesalahan. Dunia tidak tertutup." kata Dr Asri dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Menurut bekas mufti itu, di Malaysia, al-Quran dikumandangkan di pembesar suara, TV, radio, dan majlis-majlis kerajaan tetapi tidak pula dihebohkan kononnya masyarakat bukan muslim telah memeluk Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari

Kebenaran hakiki

"Tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca Bible. Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Bible.

NONE"Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh Bible mengatasi al-Quran," kata Dr Asri.

Menurut beliau lagi, setiap orang yang mendengar dan menilai akan dapat menemui kebenaran yang hakiki. Justeru, peranan golongan agama di era ini, katanya, bukan menghalang tetapi berhujah dan menerangkan apa yang diyakini secara matang.

Semalam, dalam jawapannya di Dewan Undangan Negeri Selangor, Hasan berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Selain menggunakan alatan canggih itu, menurut Hasan (bawah, kanan), pihak Kristian juga menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin dan warga emas.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan ali"Jika benar seperti yang didakwa, ada pihak Kristian yang menyebarkan alatan itu secara percuma dan bantuan lain lagi kepada saudara-saudara muslim kita, maka saya mencadangkan beliau kena mengerahkan JAIS membuat kerja yang lebih bermanfaat .

"Ini boleh dilakukan dengan menyebarkan secara percuma alatan yang sama atau lebih canggih yang mengandungi ayat al-Quran dan terjemahannya. Juga mengandungi ucapan-ucapan dakwah kepada Islam secara hikmah dan bijaksana," katanya.

Mendapat tauliah

Dr Asri juga meminta JAIS supaya memastikan dulu bahawa "alat itu 'mendapat tauliah' supaya alat itu tidak ditangkap atau dirampas".

Walaupun tidak menyebutnya secara langsung, beliau dipercayai merujuk keputusan JAIS yang mensyaratkan mana-mana pihak yang ingin menyampaikan ceramah agama atau tazkirah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor, perlu mendapat tauliah jabatan itu, terlebih dahulu.

NONESebelum ini, beberapa pemimimpin dan tokoh agama menghadapi masalah dan dihadapkan ke mahkamah kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah. Mereka termasuk Dr Asri sendiri.

Pemimpin PAS lain seperti Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Abdul Rani Osman, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan terbaru pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman juga dilarang berceramah.

Dr Asri dalam kenyataannya juga mengingatkan mana-mana pihak yang mendakwa bahawa sejumlah besar umat Islam di negara ini murtad adalah memalukan umat itu sendiri dan perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan mereka itu.

Himpun placards"Sesetengah pihak menyebut ratusan ribu, ada yang menyebut puluhan ribu, ada yang menyebut beribu-ribu. Harap nama-nama mereka dapat diserah kepada pihak-pihak yang dapat mengkaji punca untuk mengatasi masalah.

"Janganlah ia hanya satu dakwaan kosong yang tiada bukti yang diyakini, ataupun memang wujud tetapi tidak berani didedahkan kerana mereka tahu mungkin kesalahannya akan balik kepada pihak berkuasa yang menguruskan urusan agama itu sendiri," katanya.

Perlekehkan umat

Menurut Dr Asri, beliau bimbang usaha mempertahankan Islam secara membuta-tuli itu secara tidak langsung boleh memperlekehkan umat dan agama Islam sendiri tanpa sedar.

azlan"Mungkin kita ingin menutup kelemahan kita dengan menudingkan jari kepada pihak lain. Itu bukan tindakan yang baik bagi pihak yang berkuasa.

"Memalukan, umat yang majoriti sering menampilkan diri sebagai tertindas oleh agama yang minoriti. Padahal jika kita benar-benar menggerakkan kemampuan yang ada dalam kalangan Islam di Malaysia, banyak yang boleh dilakukan," katanya.

Beliau berkata cara dan gaya mempertahankan Islam para era ini memerlukan pendekatan yang lebih bersifat semasa dan berkesan.

azlan"Malangnya hal ini tidak berlaku. Menyedihkan. Orang lain tertawakan cara kita, maka jangan hairan jika ada muslim juga yang bertambah keliru.

"Mungkin yang hendak masuk Islam menjadi terbantut, yang lemah iman tergugat. Maka jangan hairan jika benar ada yang murtad atau yang baru masuk ingin keluar semula.

"Siapakah punca langsung dan tidak langsung? Berhati-hati dalam isu ini," akhiri kenyataannya itu.

Ulasan GB

Pendedahan Dr. Hassan Ali kononnya bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian mendedahkan kejahilan beliau sendiri di dalam dunia teknologi moden dan maklumat.

Ini bererti beliau sudah lama terkurung di dalam gua kebodohan sendiri kerana penyebaran ugama, tak kira apa pun ugama, sudah jauh melangkaui daripada hanya apa yang didedahkan olehnya.

GB ingin bertanya kepada Dr. Hassan Ali dan Jais sendiri, apa sumbangan dan usaha kamu pula di dalam menggunakan teknologi-tekonologi berkenaan untuk menyebarkan dakwah dan pengembangan Islam?

Mana Al-Quran digital kamu? Mana 'Solar Powered Handheld Talking Quran' kamu? Atau paling sengkek, mana portal dan lamanweb Q&A mengenai Islam kamu?

Illek!

Yang hanya kamu tahu nak tangkap dan dakwa orang sampaikan tazkirah di surau seperti kes Bob Lokman. Yang kamu tahu nak berarak buat HIMPUN sehingga HIMPUN sendiri yang kononnya nak perjuangkan aqidah tetapi masing-masing tinggalkan waktu Asar. Yang kamu tahu, ialah bagaimana nak berperanan untuk tumbangkan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor.

Wahai orang yang bernama Hassan Ali dan pertubuhan yang bernama JAIS. Mari kukuliahkan kepada kamu:

Dunia hari ini adalah dunia tanpa sempadan. Dengan adanya internet maklumat semakin rancak di alam siber. Pelbagai bahan yang ada di "langit" ini. Kita tidak dapat menahannya dan tidak dapat mengawalnya, malah tiada sebuah negara pun di atas dunia yang mampu mengawal internet. Tiada sebuah kerajaan pun di dunia yang mampu mengawal arus gelombang maklumat yang bergerak di alam siber.

Bahan lucah, porno, maklumat mengenai ugama-ugama lain, malah ajaran Ayah Pin dan Abuya Asyaari pun bersepah di alam siber.

Ada ratusan, malah ribuan tapak web yang menghidangkannya kepada masyarakat dunia termasuklah masyarakat islam di negara kita.

Malah kini orang sedang sibuk dengan facebook, dengan blog, dengan twitter, dengan segala macam mak nenek teknologi hujung jari terdapat di alam siber ini.

Terangkan kepada saya bagaimana kamu-kamu dapat mengawal itu semua?

Tak boleh. Yang boleh dan perlu kita lakukan kini ialah menggunakan teknologi yang sama, alam yang sama TETAPI menawarkan isi kandungan yang berbeza.

Peperangan zaman dahulu menggunakan kuda dan panah. Tetapi peperangan zaman ini adalah peperangan teknologi dan peperangan maklumat.

Umat Islam perlu muncul dengan ilmu Islamnya untuk dihidangkan di alam siber. Kita perlu menawarkan kebenaran dan keindahan Islam dengan taktik dan teknik yang baru. Menggunakan dan memenafaat alam digital sebagai satu uslub dan media baru di dalam dakwah. Malah ia dilihat sebagai satu wajibul-waqti (kewajipan semasa) ketika ini. Kita perlu tampil dengan kaedah baru, membawa obor Islam untuk menangkis segala serangan aqidah dan syariat yang berlaku ekoran perkembangan pesat teknologi moden hari ini.

Jangan pula kamu datang berlagak dengan press conference bebal kamu dengan menyatakan kesemua blog, twitter, facebook dan peralatan dakwah kena ada tauliah daripada JAIS pula!

Sekarang sekali lagi saya bertanya: apa sumbangan Hassan Ali dan JAIS di dunia siber dan era teknologi moden di dalam usaha memperjuang, memperkembang dan memertabatkan Islam daripada hanya melemparkan tuduhan tetapi kemudian tidak dapat mendakwa kerana ketiadaan bukti?

Apabila Semua Dah Terlondeh, Apa Lagi Wak Nak Temberang?

Posted: 18 Nov 2011 05:25 AM PST

Seleweng Tanah : ADUN BN Minta Satim Bertanggungjawab

Isu penyelewengan berhubung penjualan tanah kerajaan di Science Park 2 membabit Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Satin Diman turut mendapat kecaman dari pemimpin Barisan nasional.

Adun Sungai Burung dari Barisan Nasional(BN), Shamsudin Lias mengesa Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman tampil kehadapan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah atas dakwaan penyelewengan tanah ketika era pemerintahan BN dahulu.

"Sekiranya terbukti beliau (Satim) lakukannya, beliau perlu bertanggungjawab, prinsip kita jelas, saya sendiri jelas sekiranya kita langgar undang-undang, kita perlu bertanggungjawab.

"Kalau benar wujud salahguna kuasa, perkara ini boleh dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis, itu sahaja,"katanya.

Di dalam sesi DUN 15 November lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa Satim menjual tanah milik kerajaan Selangor pada tahun 2006 dengan harga yang murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd.

Menurut Khalid transaksi penjualan yang dilakukan oleh Satin amat licik sehingga tidak dapat dikesan berlaku sebarang penyelewengan.

"Ada juga beberapa isu mengenai Bekas Menteri Besar, saya sedang kumpulkan dan jika perlu saya akan dedahkan.

"Apa yang ingin saya pamerkan ialah beza antara pentadbiran Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, yang mana kita melaksanakannya pentadbiran untuk kepentingan semua rakyat tetapi sebaliknya bagi mereka (BN) yang hanya memberi kepada kroni,"jelas khalid

Pendedahan tersebut menyaksikan seorang lagi pemimpin tertinggi BN Selangor terpalit dengan pelbagai penyelewengan.

Satim ketika itu adalah ahli lembaga pengarah dan pemegang saham utama di dalam Nikmat Inai.

Tanah dilokasi Science Park-2 seluas 80 ekar di Cyberjaya itu dianugerahkan oleh kerajaan negeri kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Satim bagaimana pun menjual tanah tersebut kepada syarikatnya sendiri pada harga RM1.80 sekaki persegi atau RM 6.5 juta.

Susulan itu, syarikatnya menjual semula kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada harga RM5.30 sekaki persegi atau RM19.2 juta.

Ditanya mengenai urus niaga untung atas angin ini, Shamsudin (gambar) menjelaskan ia bukan isu kerana tanah tersebut diberikan kepada Satim dan terpulang kepada beliau untuk menguruskannya.

"Itu terpulang kepada tuan empunya tanah, asalkan urusan itu tidak menyeleweng dan melanggar undang-undang," jelas Shamsudin.

Turut disebut dalam pendedahan Khalid itu ialah pemberian tanah melibatkan seorang bekas Menteri Besar Selangor dan isteri kepada seorang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sementara itu, Adun Sungai Pelek, Yap Ee Wah dari BN ketika ditemui TVSelangor di Lobi DUN semalam enggan memberi apa-apa reaksi berhubung perkara ini dengan memberi alasan bahawa beliau tidak hadir pada sesi DUN 15 November lalu.

"Saya tidak boleh memberi apa-apa reaksi kerana saya tidak hadir pada hari itu, Saya keluar kawasan untuk memberi sumbangan, ia tidak adil bagi saya untuk mengulas benda ini.

"Minta penjelasan dari mana-mana adun pembangkang yang lain," katanya. -tvsnews



Ulasan GB

GB dah ulas sebelum ini. Petikan:

Sebelum persidangan DUN Selangor bermula, Wak Satim Diman komain hebat buat kenyataan kononnya mahu "belasah" kerajaan PR Selangor sebab tak tunai janji pilihanraya katanya.

Alih-alih seluar Wak Satim pula yang terlondeh, satu demi satu, ibaratnya mula-mula seluar yang di luar lepas itu yang dalam pula.

Ia kerana nawaitu Wak Satim sendiri yang salah.. nak masuk perbahasan DUN semata-mata nak serang PR. Cukup tak baik hati Wak UMNO yang sorang ni. Bukan untuk membela rakyat di kawasannya.

Wak ni dah lama tak baca Al-Quran ni. Dengar sini Wak, GB nak mengingatkanmu, bahawa Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]


Selangor Tak Ikut Bubar DUN Jika Pilihanraya Sebelum Jun 2012

Posted: 18 Nov 2011 03:27 AM PST

Selangor hanya akan menyertai piliharaya Umum sekiranya dilakukan selepas bulan Jun tahun hadapan.

Menteri Besar Selangor berkata tempoh selepas Jun dianggap relevan dan sesuai selepas belanjawan negeri dapat dilaksana dan dinikmati oleh rakyat.

"Kalau tidak apa guna kita buat belanjawan sekiranya belanjawan tersebut tidak dapat dinikmati oleh rakyat.

"Kalau dalam bulan Jun, Julai dan Ogos tahun depan kita akan sertai pilihan umum bersama pusat kalau tidak kita akan buat berasingan," kata beliau yang juga Adun Ijok.

Menurut Khalid, adalah amat berhemah sekiranya belanjawan sebanyak RM 1.6 bilion dapat dinikmati oleh rakyat Selanor supaya keikhlasan kerajaan Selangor dapat dinilai oleh rakyat.

"Kita masih ingat semasa Pilihanraya Umum 2008 dahulu dimana pilihanraya Umum dilakukan pada bulan Mac dan semua belanjawan tersebut telah habis dalam masa hanya tiga bulan oleh pentadbiran BN," jelas beliau di sidang media sejurus selepas tamat sidang DUN Selangor.

Ketika di tanya berhubung persetujuan parti diperingkat pusat beliau berkata kepimpinan tertinggi parti memberi sepenuh kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk memilih tarikh untuk mengadakan pilihanraya negeri.

Ditanya mengenai kebimbangan sokongan rakyat terhadap kepimpinan negeri sekarang Khalid berkata tidak ada sesiapa pun boleh memberi jaminan berhubung sokongan rakyat.

"Perlembagaan negara membenarkan pilihanraya dalam tempoh lima tahun dan tempoh empat tahun lebih yang kita pilih adalah amat sesuai dan munasabah.

"Rakyat pun bukan mahu kita buat pilihanraya setiap tahun tetapi rakyat mahu melihat pentadbiran dan pengurusan kerajaan yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat.

Menurut Khalid lagi, beliau menyerahkan seluruh kepercayaan kepada rakyat negeri selangor untuk memastikan kepimpinan negeri dimasa akan datang. -tvsnews



Tiada ulasan: