Blog-list Malaysia |
- "Samseng" umno Ganggu Ceramah DSAI Dengan Letupan Mercun
- SPR pamer 42,051 nama pemilih berdaftar meragukan
- Sos Cili 1 Malaysia Bahaya Untuk Kesihatan
- Gempar - Langit Terbelah Di Pontianak
- AUKU - Pensyarah Sokong Gerakan Mahasiswa
"Samseng" umno Ganggu Ceramah DSAI Dengan Letupan Mercun Posted: 15 Nov 2011 11:45 PM PST BATU PAHAT – Satu insiden yang tidak bertamadun telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan meletupkan mercun di tempat ceramah melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di bandar ini, dekat sini, malam tadi. Insiden ini berlaku sewaktu Dr. Zulkifli Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor sedang berucap.Sebanyak dua kali cubaan dilakukan yang disifatkan satu lagi siri provokasi dengan harapan majlis ceramah pada malam tadi gagal dijayakan. Tinjauan mendapati, dua letupan kecil yang berlaku itu, salah satunya meletup berdepan dengan pentas yang turut sama diduduki Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor dan Dr. Boo Cheng Hwa, Pengerusi DAP Johor manakala satu satu lagi, begitu hampir dengan kedudukan wartawan Mtd Benut di sebelah kiri yang juga berhampiran dengan sebuah kenderaan pelbagai guna MPV berwarna hitam. Asap berkepul-kepul sebaik saja mercun dilontar Pada awalnya Mtd Pas Benut menyangka letupan itu mungkin berpunca daripada penyambung wayar yang digunakan penganjur bagi membekal tenaga elektrik namun ia tidak berlaku. Cemas dengan insiden ini menyebabkan pelaku berjaya melarikan diri ke semak berhampiran manakala pihak penganjur pula gagal menangkap pihak yang cuba melakukan sabotaj itu. Bagaimanapun, dilaporkan tiada sebarang kecederaan yang berlaku pada kejadian tersebut.Terdahulu, penganjur program turut didatangi rombongan daripada pihak Polis yang diketuai oleh Tuan Din bin Ahmad selaku wakil bagi pihak berkuasa untuk diadakan pertemuan. Manakala penganjur pula menghantar wakilnya iaitu peguam Hassan Karim. Hassan Karim, Peguam berbincang dengan dua anggota Polis berpangkat besar Tuan Din bin Ahmad dan Tuan Mahazan Perbincangan yang berlangsung selama lebih kurang 15 minit itu membuahkan hasil apabila majlis tersebut dibenarkan penganjurannya setelah Pihak berkuasa berpuas hati dengan jaminan yang diberikan penganjur tapi bersyarat. Menurut Hassan dengan katanya majlis yang berlangsung itu akan dipantau oleh pihak berkuasa dari masa ke masa bergantung kepada situasi. Beliau berkata pihaknya akan bertanggungjawab dan jika ada sebarang provokasi akan dihadapinya sehingga selesai majlis. "Saya sebagai peguam penganjur, kami adakan rundingan tadi dengan pihak Polis serba mesra, ringkas, bertukar-tukar fikiran dan cadangan. Alhamdulillah Polis beri semacam keizinan tapi bersyarat. "Polis akan pantau majlis ini. Ia bergantung kepada kita. Sama-samalah memahami tugas Polis" ujarnya kepada hadirin sebaik sahaja pihak berkuasa beredar dari tempat ceramah. Sementara itu, Anwar turut dilaporkan berkata pihaknya berasa pelik kerana sebelum ini kehadirannya ke Johor menghadapi pelbagai halangan. Sedangkan ujarnya kehadiran itu bertujuan memberi penerangan dan penjelasan sebaliknya bukan untuk menjatuhkan aib pemimpin UMNO-Barisan Nasional. "Saya nak pergi Rengit (berceramah) dihalang. Adakah saya bawa peluru berpandu. Bukan nak pergi perang !" soalnya lagi. Beliau mengulas perkara ini ekoran kedatangannya ke Pekan Rengit beberapa bulan lalu disekat sehingga jalan Batu Pahat-Pontian ditutup oleh pihak berkuasa. Anwar dalam rangka lawatannya ke negeri Johor sebelum ini telah menghadiri majlis Hi Tea anjuran Pakatan Rakyat di sebuah Restoran di jalan Tanjung Labuh sebelum bergerak ke tempat ceramah di kampung Parit Bilal, Batu Pahat. / ibn_bacoks |
SPR pamer 42,051 nama pemilih berdaftar meragukan Posted: 15 Nov 2011 09:20 PM PST Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 42,051 nama pemilih berdaftar yang rekodnya meragukan mulai esok hingga 31 Disember ini. Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, berkata senarai nama itu akan dipamer melalui laman web SPR dan laman web pejabat-pejabat pilihan raya negeri di seluruh negara. Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan pemilih berkenaan atau waris kepada nama-nama yang dipamer tampil membuat pengesahan berhubung status rekod pemilih mereka. "Jika nama pemilih itu ada dalam senarai berkenaan, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara terlebih dahulu untuk mengenalpasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan dengan pendaftaran pemilihnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, laman web SPR ialah www.spr.gov.my dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau melalui faks 03-8888 9112 atau menghubungi pejabat-pejabat pilihan raya negeri. |
Sos Cili 1 Malaysia Bahaya Untuk Kesihatan Posted: 15 Nov 2011 05:59 PM PST Standard users: Hentikan jualan sos cili 1Malaysia Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985. Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia. Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa. Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang. Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia. Ketika dihubungi, ketua pegawai eksekutif, Standard Users, DN Ratna berkata, organisasinya telah menjalankan penyelidikan seumpama itu selama lebih tiga tahun dan memutuskan untuk memasukkan produk 1Malaysia dalam kajian kerana pengguna sedang digalakkan membeli produk itu. Katanya, sampel sos cili berkenaan diperolehi dari kedai-kedai runcit dan pasar raya besar di sekitar Lembah Klang antara bulan Ogos dan September lalu. Mengulas keputusan kajian itu, Ratna menggesa Kementerian Kesihatan untuk segera menghentikan jualan sos cili 1Malaysia. "Kesan logam berat itu boleh menyebabkan keracunan. Jika seseorang menggunakan jenama itu bagi jangkamasa yang lama, logam itu akan terkumpul di rambut, tisu dan bahagian-bahagian badan yang lain ... Jika mereka orang yang terdedah itu tidak sihat, maka kesannya lebih cepat dan nyata. "Ini berkaitan logam berat, mereka (Kementerian Kesihatan) sepatutnya tidak membenarkan jualan produk itu sehingga mereka sahkannya dengan ujian sendiri dan mengambil tindakan lanjut," katanya. Menurut laporan itu, raksa yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf pusat tunjang serta sistem endokrin, yang berpotensi membawa kepada kerosakan buah pinggang. Sumber - Malaysiakini |
Gempar - Langit Terbelah Di Pontianak Posted: 15 Nov 2011 04:46 PM PST Penduduk Pontianak di Kalimantan Barat heboh melihat langit di atas bandar itu "terbelah" tiga hari lalu namun pakar astronomi menjelaskan ia bukan kejadian luar biasa. Pada kejadian selama 11 minit itu, terbentuk ruang jalur memanjang seolah-olah sebuah lebuh raya terbentang di langit antara awan yang bergumpal. Peneliti Utama Astronomi-Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN) Thomas Djamaluddin berkata fenomena langit terbelah seperti itu sering berlaku ketika matahari terbit atau terbenam. "Pernah muncul di Yogyakarta pada tahun 2010 lalu. Ia juga boleh berlaku di banyak tempat," Djamaluddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita VIVAnews. Beliau menjelaskan bahawa langit terbelah, dalam bahasa ilmiah dikenali dengan istilah "crepuscular ray", iaitu awan menghalang cahaya matahari ketika senja atau fajar. Mengenai kejadian di Pontianak itu, Djamaluddin berkata penelitian terhadap foto langit terbelah itu memperlihatkan bahawa keadaan awan di arah barat adalah sangat tebal dan awan itulah yang menghalangi cahaya matahari. "Fenomena langit terbelah tidak ada kaitan sama sekali dengan cuaca melampau atau petanda bencana alam," katanya. - Bernama |
AUKU - Pensyarah Sokong Gerakan Mahasiswa Posted: 15 Nov 2011 04:33 PM PST UKM4: Pensyarah batal kuliah, bagi rakan sokong kami Walaupun keputusan mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Mahkamah Tinggi tidak menyebelahi mahasiswa UKM4, namun mereka menyifatkan mendapat satu "kemenangan moral" kerana banyak pihak memberi sokongan dan bantuan. Ini termasuk pensyarah juga membatalkan kuliahnya bagi membolehkan pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hadir memberi sokongan sewaktu keputusan mahkamah itu diumumkan pada 28 September tahun lalu. "Kami begitu berbangga walaupun keputusan Mahkamah Tinggi tidak menyebelahi pihak kami, tetapi tidak ada sedikit pun rasa kesal dalam diri kami. "Lebih-lebih lagi, sokongan kawan-kawan, bagi saya (cukup) membanggakan. Satu kelas kawan-kawan sains politik datang. Pensyarah batalkan kelas untuk (membolehkan mereka) pergi sokong kawan-kawan (UKM4). "Itu memang satu perkara, pada pandangan kami sangat menggalakkan. Walaupun tewas di situ tetapi, kami menang moral, kami menang dari segi advokasi memberi kesedaran kepada rakan-rakan mahasiswa yang lain," kata Muhammad Hilman Idham. Ketika diwawancara oleh Malaysiakini, beliau berkata mereka banyak menimba pengalaman dan menerima kesan, termasuk juga rakan-rakannya, sejak mereka dihadap ke mahkamah universiti kerana didakwa berkempen dalam pilihan raya Hulu Selangor sehingga mencabar akta itu di mahkamah. Ini termasuklah memastikan kempen memansuhkan AUKU berjalan dengan teliti, kemampuan mengurus isu, kemampuan rakan mereka menulis kenyataan media, mempelajari proses mahkamah serta membina jaringan lebih luas dengan media, peguam dan NGO, tambahnya. Sementara itu Woon King Chai - seorang lagi UKM4 yang hadir dalam wawancara tersebut - berkata beliau juga dapat memahami bahawa perjuangan menegakkan kebenaran dan hak asasi "adalah proses yang mengambil masa panjang dan tidak boleh tergesa-gesa". Kebebasan baru "Kita merasakan keputusan itu, akan memberi manfaat kepada lebih ramai orang, lebih daripada kami berempat, (iaitu) kepada semua mahasiswa di Malaysia yang akan datang dan sekarang. Dan mereka menikmati kebebasan yang baru ini," katanya. Menurutnya, setiap sektor dalam masyarakat - masyarakat sivil, NGO, ahli keluarga, ahli politik telah memainkan satu peranan sama ada kecil atau besar dengan memberi bantuan dan sokongan sepanjang kes UKM4 ini berlangsung. Ditanya sama ada mereka menjangka keputusan Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober itu adalah tidak sah mengikut perlembagaan, mereka berkata "tidak menjangka" bahawa keputusan itu akan dibuat oleh mahkamah itu. Muhammad Hilman mendakwa banyak pergulatan atau kontroversi dalam sistem kehakiman negara, manakala Woon pula menjelaskan wujud kecenderungan banyak kes yang mencabar akta-akta yang bercanggah dengan perlembagaan itu menemui kegagalan. "Kita pun tahu trek rekod bahawa kemungkinanya (untuk menang) adalah sangat rendah. Tetapi kerana kita percaya, kita yakin bahawa perkara ini memang bercanggah dengan hak asasi kami," celah Woon. Ditanya berhubung masa depan kebebasan akademik di negara ini, Muhammad Hilman yakin perkara tersebut akan berlaku kerana prosesnya kini berlangsung dengan perlahan-lahan. Stigma masyarakat "Ada baiknya kerana bila proses berlaku secara perlahan-lahan (kerana) ia akan merebak dengan cara yang lebih teratur dan lebih bagus kalau perubahan itu difahami oleh rakyat, katanya. Manakala Woon pula menyifatkan kemaraan mahasiswa memperjuangkan kebebasan akademik termasuk AUKU "tidak boleh disekat-sekat lagi" kerana kesedaran masyarakat termasuk pelajar dan pensyarah telah berdiskusi dan mengambil pendirian tentang isu itu. "Itu adalah langkah pertama ke arah pembentukan sebuah masyakat yang demokratik, matang dan yang mampu berbicara (serta) berdiskusi idea. "Dan itulah langkah yang sihat dan dalam masa lima tahun, 10 tahun, 20 tahun akan datang, apa yang berlaku hari ini akan memberikan kesan (pada) masa depan," katanya. Mengulas berhubung penggantungan tugas pensyarah UIA Prof Abdul Aziz Bari baru-baru ini, kedua-dua mahasiswa itu tidak bersetuju dengan tindakan kampus berkenaan. Malah, Woon menyifatkannya sebagai "satu stigma" masyarakat dan universiti yang dibentuk oleh AUKU bahawa peranan pensyarah hanya dalam satu lingkungan sahaja. "Saya rasa tak sepatutnya sebegitu kerana bagi seorang pensyarah, pengalaman, permahaman terhadap fenomena sosial itu penting untuk kami sebagai ahli masyarakat sendiri (yang) hendak memahami masyarakat sekeliling," katanya. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan