Rabu, 16 November 2011

Era Pasca

Era Pasca


HATI-HATI KETIKA BELI BARANGAN INI! (Wajib ambil tahu!)

Posted: 15 Nov 2011 04:07 AM PST

Anda semua kena ambik tahu perkara ini... bukan sekadar mahal/tidak berpatutan malah tak berkualiti...
INGAT!! Jika sesuatu makanan itu mendatangkan mudarat maka makroh dan boleh jatuh haram di makan... macam makan rasuah! makan rasuah kesan macam makan babi.. ha ha ha

Hati2 dengan produk di bawah ini...

Teruskan bacaan di bawah,

Selepas mendakwa harga barang di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal dari pasar raya besar, Pakatan Rakyat (PR) kali ini, mendedahkan sembilan produk di kedai terbabit tidak berkualiti.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, hasil ujian makmal dilakukan ke atas sampel produk mendapati, isi kandungannya tidak menepati piawaian, ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Akta 281).

Menurutnya, sembilan produk didakwa adalah sos tiram, jem nenas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, minyak sapi, susu segar, sardin dan kari ayam (makanan dalam tin).

"Kandungan sos tiram, hanya mengandungi 0.6 peratus protein, berbanding kadar minimum 2.5 peratus ditetapkan di bawah Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1).

"Manakala kandungan buah-buahan dalam jem nenas, menghendaki 35 peratus kan-dungan buah, sebaliknya hanya 8.87 peratus," katanya di KR1M di Bandar Tun Razak, semalam.

Beliu berkata, kerajaan harus mengkaji dan menilai semula kandungan, selain kesalahan label produk tidak mengikut akta ditetapkan.

"Sekiranya perlu, produk tersebut wajar ditarik balik daripada berada di pasaran," katanya. -SH




Click Iklan Untuk Bantu EraPasca

Tiada ulasan: