Isnin, 14 November 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ibu HARAMJADAH ....

Posted: 14 Nov 2011 04:41 PM PST

SERDANG: Seorang ibu bersekongkol dengan anak lelakinya berusia 17 tahun untuk mengurung seorang remaja perempuan dalam bilik rumah mereka sebelum memaksa mangsa menggugurkan kandungan berusia dua bulan hasil hubungan sulit dengan remaja lelaki terbabit.

Remaja perempuan berusia 16 tahun yang masih bersekolah dilaporkan hilang oleh keluarganya dan dikurung dalam satu unit kediaman di pangsapuri di Puchong, sejak dua minggu lalu.

Mangsa yang mengandung dua bulan hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang tidak lagi bersekolah juga berdepan maut apabila dipaksa menelan pelbagai ubat-ubatan bagi menggugurkan kandungannya.

Menurut sumber polis, mangsa keluar dari rumah ibunya di Kajang pada 30 Oktober, kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke rumah teman lelaki dan dikurung serta dipaksa tinggal sebilik.

Katanya, ketika teman lelaki bersama ibunya ke tempat kerja, mangsa dikurung dan dilarang meninggalkan rumah hingga mereka pulang.

"Mangsa dipaksa menggugurkan kandungan bagi mengelak diketahui jiran mengenai hubungan sumbang mereka," katanya di sini, semalam

Saya tahu benda ini keterlaluan dan harap semua boleh ampunkan saya, - Nabila

Posted: 14 Nov 2011 08:20 AM PST

Minggu lalu, gambar kontroversi yang memaparkan aksi cium serta Nabila Huda berbikini telah tersebar luas dan hangat diperkatakan di beberapa buah blog tempatan.

Ekoran penyebaran gambar tersebut, ramai pihak yang menghentam anak kepada Amy Search ini apatah lagi Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil ini baru saja bercerai baru-baru ini. Banyak pihak media cuba menghubungi Nabila tapi gagal. Mungkin janda anak satu ni tidak mahu menjawab panggilan dari sesiapa kerana masih terkejut mengenai penyebaran gambarnya itu. Atau sengaja melarikan diri?

Apapun, menerusi laporan Gua.com, pada Jumaat lalu, Nabila tampil membuat pengakuan dalam program hiburan di TV9, Galaksi.

"Saya minta maaf kepada semua pihak di atas penyebaran gambar yang tidak sepatutnya keluar itu. Saya sendiri rasa kesal sangat kerana gambar itu boleh keluar kat umum. Saya minta maaf mengenai perkara tersebut," ujar Abil ketika dihubungi pihak Galaksi.

"Saya tak boleh nak cakap apa-apa lagi sebab orang dah tengok gambar itu dan orang dah tahu dah keadaan itu macam mana. Apa yang boleh saya buat, saya hanya boleh minta maaf kepada semua yang marah kepada saya mengenai gambar itu.

"Pada saya, apa yang terjadi itu mungkin saya boleh cakap yang ada orang telah menyalahgunakan gambar itu dan cuba menganiaya saya. Tapi tak apalah, cuma apa yang boleh saya minta ialah saya harap orang itu boleh minta maaf secara terbuka sebab saya rasa dia dah mengaibkan saya dan juga keluarga saya.

"Bagi saya, tak baik tabur pasir kat periuk nasi orang. Kepada peminat, saya sekali lagi minta maaf sangat-sangat dari hujung rambut hingga hujung kaki saya. Saya tahu benda ini keterlaluan dan harap semua boleh ampunkan saya," ujarnya mengakhiri perbualan. - gua,com

Isu Lembu Shahrizat : Bung Mokhtar pula minta Shahrizat letak jawatan ...

Posted: 14 Nov 2011 05:59 AM PST

Timbalan Ketua Majlis Ahli Parlimen BN Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

Bung Moktar  membuat komen itu ketika anggota parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Anggota parlimen Kinabatangan itu tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.

Bagaimanapun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar. - mkini

Projek Lembu : Shahrizat diminta letak jawatan - PDRM mula menyiasat

Posted: 14 Nov 2011 04:27 AM PST

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menyiasat projek lembu kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan melibatkan kesalahan pecah amanah jenayah oleh pekhidmat awam, kata NGO Jingga 13.

Penyelaras NGO itu Fariz Musa berkata, mereka dimaklumkan, ini kerana kes pembelian kondominium RM9.8 juta One Menerung oleh NFC bukan bawah kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang menerima aduan mereka sebelum ini.

"Jingga 13 meminta agar pihak PDRM mengambil sikap telus dan profesional serta segera menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kes berprofil tinggi ini kerana ia melibatkan wang rakyat yang telah dipecah amanah tanpa rasa bersalah; dan bertanggungjawab melakukan jenayah dan mengkhianati rakyat Malaysia," kata Fariz.


NGO yang dikaitkan dengan PKR itu pada 11 November membuat laporan pada SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan pinjaman untuk membeli kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Ia ekoran dakwaan PKR bahawa dana daripada pinjaman NFC kepada National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) digunakan untuk pembelian seunit projek berprestij itu.

'Wanita Umno membisu'
Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendakwa, tindakan syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu merupakan penyelewengan dan bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.
Menurut seksyen itu, penjawat awam atau agen yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan dengan hukuman sebatan dan denda.
Dalam kenyataannya hari ini, Fariz juga mengucapkan terima kasih atas komitmen SPRM yang bertindak profesional terhadap aduan pihaknya.

Sementara itu, Setiausaha Jingga 13 Sharifuddin Shafi Muhammad pula mendesak Shahrizat meletakkan jawatan kerana penglibatan keluarganya didakwa "mendatangkan prasangka yang berlarutan".

Malah, katanya, "pendedahan lengkap" beberapa pemimpin PKR gagal dijawab dengan fakta oleh menteri yang didakwa bersikap berdolak dalik.
"Jingga 13 juga benar-benar amat hairan sehingga kini seluruh ahli Wanita Umno terus membisu dengan skandal NFC yang melibatkan ketuanya," katanya 

Caterham : Syarikat penerbangan baru dari Tony Fernandez

Posted: 14 Nov 2011 03:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes pada Isnin menyangkal laporan berita bahawa beliau merancang memulakan operasi syarikat penerbangan super-premium baharu serantau yang dipanggil Caterham Jet.

"Ia hanya satu idea," katanya kepada pemberita di sini.

"Tidak ada perancangan Caterham seperti apa yang dilaporkan akhbar," jelasnya. Bagaimanapun, beliau berkata idea syarikat penerbangan super-premium baharu yang masih belum ada dalam pasaran Asean merupakan satu yang baik. Beliau berkata sebarang pembabitan dalam syarikat penerbangan super-premium seumpama itu, yang akan menyediakan perkhidmatan tanpa masalah dan lebih mesra perniagaan berbanding syarikat penerbangan konvensional, akan membawa kepada Malaysia Airlines.

Dengan kerjasama antara AirAsia dan Malaysia Airlines, beliau berkata, ia akan memberi faedah bagi industri penerbangan Malaysia kerana kedua-dua syarikat penerbangan itu berpeluang mendapat manfaat daripada kolaborasi tersebut.

Beliau berkata ia juga akan membantu kedua-dua syarikat penerbangan itu berkembang dan meraih keuntungan.

Agensi berita asing, memetik sumber penerbangan yang enggan namanya disiarkan melaporkan bahawa Fernandes merancang memulakan syarikat penerbangan super-premium serantau baharu yang di panggil Caterham Jet untuk bersaing dengan syarikat penerbangan Australia, Qantas. - BERNAMA

Tiada ulasan: