Selasa, 8 November 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Otai Umno Sendiri Dah Tak Percaya Dengan Najib

Posted: 07 Nov 2011 10:59 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah mahu pilihan raya umum ke-13 hanya diadakan selepas pembaharuan pilihan raya yang dijanjikan Datuk Seri Najib Razak dilaksanakan.

Bercakap pada sidang media hari ini, Tengku Razaleigh (gambar) yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata pentadbiran Najib perlu melaksanakan cadangan pembaharuan pilihan raya selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen selesai menjalankan kajian.

"Kita alu-alukan langkah kerajaan bawa perkara ini ke Parlimen, kita harap kerajaan dalam laksanakan cadangan pilihan raya selepas jawatankuasa ini selesai jalankan kajian. Kemudian baru panggil pilihan raya umum ke-13," katanya.


Timbalan Presiden Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata Putrajaya masih mempunyai masa untuk melakukan pembaharuan pilihan raya memandangkan mandat hanya akan berakhir April 2013.

Katanya, sekiranya pembaharuan pilihan raya tidak dilakukan penubuhan jawatankuasa khas itu disifatkan beliau sebagai "main-main dan macam drama."

"Kami sebenarnya mahukan suruhanjaya diraja tapi jawatankuasa pilihan khas ini tiada masalah, biar mereka siapkan tugas kerana semua wakil parti politik ada di situ.

"Kita masih ada masa, tak perlu nak tergesa-gesa, kalau buat pilihan raya umum ke-13 awal nampak macam ia main-main dan macam drama. Bahkan orang BN (Barisan Nasional) juga mahu pilihan raya umum ke-13 diadakan selepas jawatankuasa selesai jalankan tugas dan pembaharuan dilakukan," katanya.



Projek lembu: PM, menteri berbohong, dakwa PKR

Posted: 07 Nov 2011 10:38 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berbohong kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataan mereka mengenai pinjaman mudah yang diberikan kepada Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), dakwa PKR.

Menurut pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, keseluruhan pinjaman mudah dan pemberian geran berjumlah lebih RM256 juta telah dikeluarkan oleh syarikat penternakan lembu yang dimiliki oleh suami dan anak-anak seorang menteri kabinet itu.

Sambil mengedarkan dokumen daripada Suruhanjaya Syarikat dan penyata akaun untuk menyokong dakwaannya, Rafizi berkata bahawa maklumat transaksi dalam dokumen berkenaan dengan jelas menunjukkan bahawa keseluruhan jumlah telah dikeluarkan pada 31 Mac 2009.


Noh pada sidang Dewan Rakyat minggu lalu berkata bahawa hanya sebahagian daripada pinjaman mudah telah dibayar manakala projek itu tidak gagal sebagaimana yang didakwa oleh PKR.

Katanya lagi, tidak ada percanggahan kepentingan dalam keluarga menteri kabinet itu yang mendapat geran kerajaan melalui saluran yang betul.

Malaysiakini



Mufti Perlis terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji sebelum masanya

Posted: 07 Nov 2011 06:38 PM PST

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

"Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.


"Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

"Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

"Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi.

Sumber [MalaysiaKini]


Kaduk Naik Junjung.. Percayalah Lagi Dengan Bangsa Penjajah Tu..

Posted: 07 Nov 2011 06:32 PM PST

Nadir bumi: Mustapa nasihat Lynas jangan 'tindak sebelum tiba masa'

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Datuk Seri Mustapa Mohamed menyelar Lynas Corp yang secara terus-menerus membuat kenyataan-kenyataan mendahului pihak berkuasa berkenaan tarikh kelulusan bagi operasi loji nadir bumi mereka dekat Kuantan yang muncul kontroversi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mendakwa syarikat Australia berkenaan "bertindak sebelum masanya" dan telah gagal untuk melibatkan penduduk setempat yang menentang operasi loji itu dengan telus.

"Mereka tidak boleh membuat kenyataan sebelum (keputusan) Lembaga (Pelesenan Tenaga Atom). Tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan seperti ini dan kita telah mengingatkan mereka," kata Mustapa kepada The Malaysian Insider minggu lalu.


Mustapa berkata beliau memahami kebimbangan dilahirkan oleh penduduk tempatan berhubung projek itu dan telah memaklumkan kepada Lynas bahawa pihaknya tidak mengambil tindakan secukupnya untuk melibatkan mereka secara bersama.

"Mereka memandang remeh (aspek itu) tetapi telah menerima pengajaran mereka. (Kelihatan) ada ketelusan dalam satu atau dua bulan yang lalu.

"Tetapi, saya telah bertemu dengan mereka di Perth bulan lalu, tetapi ia masih belum mencukupi," kata Ahli Parlimen Jeli ini.

Tambah beliau, kegagalan kedua-dua Lynas dan kerajaan sejak peringkat awal telah menyebabkan sesetengah orang tidak boleh dipujuk.

Mustapa didakwa bertindak sebagai "jurucakap Lynas" oleh wakil rakyat kerusi Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu.

Menteri itu menafikan dakwaan Naib Presiden PKR itu, yang mengetuai protes terhadap loji Lynas.

Sebelum ini, Lynas telah menjangkakan bahawa pihaknya akan diberi kelulusan oleh AELB untuk memulakan operasi pada suku terakhir tahun ini.

Bagaimanapun menurut Putrajaya, pihaknya telah meminta syarikat itu pada 19 September lalu supaya membuat beberapa perubahan dan maklumat tambahan berkenaan aspek keselamatan.


Seksualiti Merdeka - Marina Mahathir Akan Saman TV3

Posted: 07 Nov 2011 04:13 AM PST

PETALING JAYA, 7 Nov ― Datuk Paduka Marina Mahathir hari ini menyelar laporan-laporan media yang menggambarkan Seksualiti Merdeka seolah-olah sebagai festival seks bebas dan mengancam untuk menyaman jika perkara itu tidak diperjelaskan dan diputarbelitkan.

Pada sidang media yang diadakan petang ini, anak bekas perdana menteri itu berkata, tiada perkataan yang dapat digunakan untuk menggambarkan perasaan marah beliau apabila program tersebut difitnah, yang jelas menerusi TV3 malam tadi, dan memberi amaran kepada pemberita dari stesen tersebut akan kesannya jika kenyataannya hari ini disalah petik.

"Saya melihat pada wajah anda dan kami tahu siapa anda," kata Marina di ibu pejabat Tenaganita di sini.


Marina muncul di pejabat pertubuhan bukan kerajaan itu di Jalan Gasing di sini untuk memberi sokongan kepada empat rakannya yang dipanggil polis hari ini berhubung program itu, yang diadakan setiap tahun sejak 2008 tetapi menjadi kontroversi tahun ini dan diharamkan berkuat kuasa Khamis lalu.

Mereka yang dipanggil polis hari ini ialah pengasas program Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan, Pengarah Tenaganita Irene Fernandez dan ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

"Saya berada di sini sebagai seorang penyokong sebab dua tahun lalu saya telah merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa sebarang insiden," katanya.

Marina menjelaskan program itu bukan bertujuan menggalakkan seks bebas tetapi untuk membantu kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan traansgender) yang dipinggirkan memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang.

"Ia adalah satu acara untuk menjelaskan dan mendidik tentang hak mereka dalam lingkungan perundangan, dan bukannya di luar lingkungan.

"Saya sangat marah, sangat marah, tiada perkara untuk menggambarkan ke atas sesetengah pihak yang menganggap ini sebagai festival seks bebas. Anda tiada perkara lebih baik untuk dilakukan? Seks bebas memang tidak dibenarkan di sini... adakah anda gila (sehingga) boleh menggambarkan perkara ini?" kata beliau.

Dalam pada itu, menurut Ambiga, kes itu disoal siasat di bawah Seksyen 298 dan 109 Kanun Keseksaan, dan juga di bawah Akta Polis berhubung kesalahan menyinggung sentimen agama seseorang.

Ketika muncul selepas pertemuan selama 45 minit dengan polis, Ambiga mendakwa media membuat fitnah mengenai festival itu dan merujuk kepada TV3 atas kesilapan yang dilakukan.

Bekas presiden Majlis Peguam itu kemudian mencabar stesen swasta itu agar menyiarkan kenyataan beliau hari ini dan tiga rakannya secara verbatim, dan jika tidak akan mengambil tindakan perundangan.

"Saya mencabar TV3 agar melaporkan dengan penuh apa yang diperkatakan oleh Datuk Paduka Marina Mahathir. Saya juga mencabar anda menyiarkan segala apa yang saya katakan sekarang.

"Anda mengelirukan publik. Anda memanggil yang ini sebagai festival seks bebas. Saya mencabar anda membawa setiap yang saya katakan atau tidak saya boleh menjamin anda, anda akan mendengar daripada peguam-peguam saya dalam isu ini," kata beliau.

"Jaga-jaga, TV3."

Khamis lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam.

Pengharaman berkuat kuasa Khamis lalu.

Katanya, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

"Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu," katanya.

Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula 1 November lalu dan sepatutnya berlaruran sehingga 13 November antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.

Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.


Umno Dan Penjilat Makin Sakit Jiwa Dengan Kenyataan DAP Ini..

Posted: 07 Nov 2011 02:03 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Nov ― Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya meskipun Ketua Pembangkang itu disabitkan kesalahan dalam kes liwat semasa.

Lim mengulas laporan media bahawa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempersoalkan siapa yang akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat kelak.

"Kami telah pun mengatakan banyak kali. Anwar (gambar) akan menjadi perdana menteri," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.


"Kami telah pun mengatakan siapa yang akan menjadi perdana menteri apabila Pakatan Rakyat menang (kerajaan pusat). Jadi, ia sangat jelas," kata Lim dalam rakaman sidang media yang diadakan di George Town hari ini.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, sedang berhadapan kes liwat ― yang kedua sejak 1998 dan kini berada peringkat penghujahan selepas pihak pembela selesai membentangkan kes mereka.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Anwar berkata, berdasarkan sokongan ketika perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu pihaknya akan memperoleh kejayaan lebih baik dan berpeluang memenangi Putrajaya meskipun beliau disabitkan kesalahan.

"Beliau (Anwar) akan berada di sana (menjadi perdana menteri) meskipun pergi ke penjara. Orangnya masih Anwar. Yang itu telah diputuskan oleh kesemua parti," kata Lim.

Dalam pada itu, Lim menegaskan bahawa undang-undang kontroversi hudud tidak akan dilaksanakan di Pulau Pinang.

"Tidak akan ada hudud. Jadi persoalan itu tidak timbul," kata beliau merujuk laporan media memetik Dr Chua menyerang Pakatan Rakyat berhubung soal pelaksanaan undang-undang hudud.

"Saya sudah pun berkata di Dewan Undangan Negeri bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan di Pulau pinang dan kemudian Umno menyerang PAS (bertanya) mengapa tiada hudud, seolah-olah Umno mahukan hudud," kata beliau.

PAS, komponen Pakatan Rakyat, berulang kali mempersalahkan kerajaan persekutuan Barisan Nasional sebagai halangan kepada langkah pihaknya mahu melaksanakan hudud di Kelantan.


Tiada ulasan: