ANAK SENGAT |
Posted: 07 Nov 2011 07:18 PM PST Lama aku tak menulis. Jemu tengok gaya rasis dalam politik khususnya orang melayu. Isu agama dan bangsa berterusan menjadi bahan jajaan dan provokasi . Seolah bangsa melayu beragama Islam ini pantang dikaitkan dengan isu agama dan bangsa. Inilah akibatnya apabila menilai sesuatu tanpa maklumat, hanya merujuk semangat yang disadur dengan kebodohan melampau. Namun cerita haji Najib dan Rosmah sedikit menarik. Bukan soal mempolitikkan isu ibadat, namun politik itu tetap sebahagian ibadat. Cerita Najib dan Rosmah pegi Haji disertakan dengan doa rakyat Malaysia agar hidayah dibuka oleh Allah untuk keduanya. Namun pemergiaan Najib diiringi dengan isu pembaziran melampau isteri dan keluarganya. Tidak berakhir dengan itu, Berbagai persoalan timbul. Maklum le orang politik, buat haji masa negara berkecamuk dengan pelbagai isu, ditambah pulak musim Pilihanraya yang dikatakan hampir. Nak kata Najib ambil ilham tarikh untuk bubar parlimen, agak meleset kerana umum mengetahui bagaimana peranan Rosmah dalam kebanyakan urusan negara dan bagaimana cerita kononnya rapatnya Rosmah dengan seorang bomoh India... entahle... Gambar rombongan Najib dikawal ketika menunaikan haji menggambarkan semangat haji yang dimiliki oleh Najib dan isteri. Haji antara hikmahnya ialah menghadapi kesusahan di hari kiamat. Namun Najib pastinya tidak susah di duni dalam mengerjakan haji. Belum lengkap isu Najib dikawal ketika menunaikan Haji, tiba tiba Najib mengistiharkan telah sempurna hajinya dalam keadaan orang lain bertungkus lumus memburu haji yang mabrur. Entah siapa penasihat Najib menunaikan haji, kita tak tahu. Apa yang pasti tentunya Najib sibuk untuk balajar ilmu Haji. Komen Mufti Perlis tentang Haji Najib memerlukan penjelasan Jamil Khir, bukan Najib. Nak harap Zambri jelaskan lagi karut..... Apakah Najib terlalu sibuk mengurus negara hingga tak sempat menghabiskan haji atau ada yang dah terlalu panas dengan suasana ibadat? Maklum le...kene bertudung litup.... Apapun kita menanti penjelasan, bukan untuk isu politik tetapi untuk menjelaskan kekeliruan ibadat terhaadap rakyat Malaysia... Sebagai pemimpin, sepatutnya semua rakyat Malaysia kene ikut Najib...itupun kalau kita mengambil semangat solat berjamaah... Malangnya orang bukan Islam telah menolak kepimpinan Najib kerana kemungkaran ekonomi...umat melayu Islam masih menyanjung " imam" mereka ini... mungkin atas alasan ijtihad kut... |
You are subscribed to email updates from NAAAK SANGATTTT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan