Kelab Greenboc |
- Mat Rempit 53 Tahun Mengaku Ahli PAS, Tapi Tak Kenal Pemimpin PAS
- Penuntut Malaysia Mati Ditetak Di Surabaya
- Bayi Dijumpai Dalam Tong Sampah
- [Video] Keajaiban Ilahi: Jutaan Burung Perling Buat Pertunjukan Akrobatik Di Udara
- Selepas Lembu & Kambing, Rakyat Pula Disembelih - Tarif Elektrik Bakal Naik Lagi?
- [Kuliah] Oral Seks - Boleh Atau Tidak Dalam Islam
- Belanda Mahu Haramkan Cara Penyembelihan Halal Dan Kosher
- Tuntutan Royalti Minyak Hak Rakyat Kelantan: Poster Ucapan Tun Razak Diedarkan
- 25 Nyaris Maut Bas Ekspres Jatuh Dalam Parit
Mat Rempit 53 Tahun Mengaku Ahli PAS, Tapi Tak Kenal Pemimpin PAS Posted: 08 Nov 2011 12:43 AM PST Hairan, mat rempit 'ahli PAS' tak kenal pemimpin PAS PULAU PINANG, 8 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man meyakini tindakan sekumpulan mat rempit berdemontrasi berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun), 31 Oktober lalu didalangi parti politik tertentu. Beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, ketika kejadian pada hari itu, beliau sendiri bertemu beberapa orang ahli kumpulan itu yang kononnya mendakwa dirinya ahli PAS seumur hidup dan bertanyakan sama ada mereka kenal atau tidak pemimpin PAS negeri itu. Namun ujarnya, seorang mat rempit 'ahli seumur hidup PAS' itu yang umurnya mungkin sudah menjangkau 50 tahun, terpinga-pinga untuk menjawab soalan siapakah pesuruhjaya PAS negeri itu. "Saya tanya jika dia sudah lama jadi ahli PAS, siapa pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dia jawab tak tahu. "Tiba-tiba kawan-kawan dia tarik baju dia, mungkin kawan-kawannya tak mahu dia menjelaskan sesuatu yang mungkin boleh memecah rahsia sebenar," katanya kepada Harakahdaily. Beliau ditemui pada majlis sambutan hari raya Aidil Adha di Pengkalan Tambang, Permatang Pasir semalam. Pada tengahari 31 Oktober lalu, kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri bagi menuntut 'litar perlumbaan' dibina bagi kegunaan mereka. Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis. Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan 'LGE rasis' - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'. Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi "Kami mahu litar lumba". Mengulas lanjut, Saleh Man berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Umno negeri itu turut terlibat dalam merancang demonstrasi itu. "Umno nampak gayanya terus main wayang. Mereka sudah ketandusan ideal dengan menjemput pemuda yang entah datang dari mana buat kacau depan dewan. Lepas tu tunjuk kad keahlian PAS seumur hidup pula," tegasnya. Menurut beliau, Umno di Pulau Pinang hampir mati perancangan untuk mengembalikan sokongan Melayu di sini ekoran pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat diterima baik masyarakat di sini. -HD Mat Rempit 53 tahun mengaku ahli PAS terlibat? Ulasan GB Yang kita ingin tahu daripada Adun Telok Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Haji Yahya ialah mat-mat rempit yang berbaju kuning, bukan baju hitam. Sebab mat-mat rempit berbaju kuning yang mendominasi demonstrasi di Pulau Pinang tempohari. Tak kelihatan yang berbaju hitam. Yang berbaju hitam ini entah mana dicekup untuk buat pengakuan - itu pun dia dah mengaku tidak aktif dalam PAS, cuma aktif dalam Pertiga. |
Penuntut Malaysia Mati Ditetak Di Surabaya Posted: 07 Nov 2011 10:53 PM PST Seorang penuntut Malaysia maut selepas ditetak di lehernya oleh seorang penjenayah yang cuba melarikan motosikal miliknya di rumah sewa di Malang, Jawa Timur, Indonesia, malam semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam waktu Jawa Timur (8 malam Malaysia), mangsa yang dikenali sebagai Adrian Jay Pereira, 22, penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Brawijaya, Malang, dekat Surabaya, dipercayai parah akibat tetakan terbabit. Setiausaha Pertama (Pendidikan) Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun ketika dihubungi, berkata mangsa sedang berehat di kediamannya sebelum terdengar bunyi bising di luar. "Mangsa kemudian meninjau ke luar rumahnya menerusi jendela sebelum melihat seorang lelaki tidak dikenali cuba melarikan motosikalnya. "Dia menyergah lelaki berkenaan menyebabkan lelaki terbabit melarikan diri sebelum mangsa bertindak mengejarnya," katanya. Bagaimanapun, suspek berkenaan gagal dijejaki menyebabkan mangsa berpatah balik ke kediamannya dan ketika sedang membuka topi keledar, tiba-tiba lehernya ditetak. Seorang rakan serumahnya yang menyedari kejadian terbabit kemudian menghubungi pihak berkuasa bagi melaporkan kes berkenaan. Menurut Ludinata, polis masih menunggu laporan bedah siasat. -hm Daerah Rawan Pencurian Motor |
Bayi Dijumpai Dalam Tong Sampah Posted: 07 Nov 2011 09:38 PM PST Ibu berniat bunuh bayi NILAI: Apa dosa bayi ini apabila dimasukkan dalam beg plastik yang kemudian diikat kuat dengan baju sebelum dibuang dalam tong sampah di Pangsapuri Taman Desa Jati, di sini. Namun, umurnya panjang apabila tangisannya didengari seorang wanita berusia 40-an yang lalu di kawasan terbabit dan menyelamatkan bayi yang baru dilahirkan itu. Susulan penemuan jam 7.30 malam kelmarin yang diketuai Inspektor Floral Godrey Bedimus Johniu itu, seorang wanita warga asing yang bekerja di sebuah kilang berhampiran ditahan. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata bayi seberat 2.5 kilogram itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) dan dilaporkan dalam keadaan baik. "Hasil siasatan awal kami percaya suspek mahu bayi berkenaan mati berdasarkan caranya mengikat plastik dengan pakaian seperti mahu bayi itu lemas. "Kami turut menjumpai pakaian seragam sebuah kilang bersama beberapa pakaian wanita dan pakaian itu membawa kepada penemuan wanita warga asing terbabit," katanya. -hm
|
[Video] Keajaiban Ilahi: Jutaan Burung Perling Buat Pertunjukan Akrobatik Di Udara Posted: 07 Nov 2011 07:51 PM PST Gretna, Scotland - Sekawan burung perling membuat pelbagai bentuk semasa ia terbang pada waktu senja di sini kelmarin. Burung-burung itu menunjukkan beberapa pergerakan akrobatik yang amat cantik semasa ia terbang bersama-sama bagi mengelirukan burung helang. Jutaan burung melakukan pertunjukan tersebut di waktu senja sebelum mendapatkan tempat hinggapnya di sebelah malam dan menurut penduduk tempatan ia dapat dilihat setiap tahun yang mana ia menunjukkan tentang bermulanya musim sejuk. Kumpulan burung ini terbang bersama-sama untuk tujuan keselamatan, dan boleh mencapai kelajuan 20 batu sejam. Burung-burung ini terbang dengan jumlah yang besar dari Russia dan Scandinavia sebelum bermulanya musim sejuk. Para saintis hingga kini belum menemui kepastian bagaimana mereka melakukan terbangan sedemikian. Malah algorithma kompleks belum dapat menerangkan aksi akroboatik burung-burung perling ini, sehingga mereka berjaya terbang di dlam satu alunan yang tidak menyebabkan beburung itu berlanggar sesama sendiri. Namun jumlah burung perling ini dikatakan telah berkurangan dengan begitu besar mutakhir ini, berkemungkinan kekurangan sarang sebagai tempat untuk mereka tinggal. Ulasan GB Firmanullah s.w.t.: Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di langit? Tiada yang menahan mereka dari jatuh melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman. Surah An-Nahl:79 Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah sentiasa bertasbih kepada-Nya sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Semuanya mengetahui cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memuji-Nya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.. Surah An-Nur:41 |
Selepas Lembu & Kambing, Rakyat Pula Disembelih - Tarif Elektrik Bakal Naik Lagi? Posted: 07 Nov 2011 05:04 PM PST TNB hadapi masalah aliran tunai, tarif naik lagi? Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilaporkan menghadapi masalah aliran tunai yang gawat dan bergelut untuk membayar kos tinggi bahan api alternatif. Menurut laporan akhbar the Star hari ini, keadaan itu disebabkan kekurangan bekalan gas yang berlaku kali ini pada skala yang lebih besar. Terdapat cadangan bagi kos berkenaan dikongsi bersama berdasarkan pengalaman sebelum ini pada tahun 2002, iaitu pada nisbah 40:30:30, yang akan ditanggung oleh pembekal gas Petroliam Nasional Bhd (Petronas), TNB sendiri dan pengeluar tenaga bebas (IPP). Namun pihak-pihak tertentu memilih mengabaikannya. Menurut the Star, TNB mendakwa firma utiliti gergasi itu tidak lagi mampu untuk membayar manakala IPP pula berpendirian bukan tanggungjawab mereka untuk membayar. Sementara itu, Petronas berkata bahawa sehingga Ogos tahun ini, ia telah membayar RM143.4bil bagi perbezaan harga. Daripada jumlah itu, RM103.2bil dibayar bagi membekalkan gas kepada sektor kuasa itu. Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut sama ada kenaikkan kos itu akan mengakibatkan kenaikkan harga tarif elektrik. Kali terakhir, krajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik ialah pada 1 Jun lalu dengan purata 7.12 peratus. Tindakan itu sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi. Bayar RM400 juta sebulan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin juga pada Mei tahun ini pernah berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan. Ini bermakna tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga. The Star juga melaporkan agensi penyelidikan seperti Maybank Investment Bank (IB) Research menjangkakan aliran tunai TNB akan kehabisan pada suku ketiga atau keempat tahun kewangannya. TNB dikatakan membayar RM400 juta sebulan bagi perbezaan harga antara menggunakan sulingan petroleum dan gas sebagai bahan api. Pada Oktober lalu, TNB mengumumkan syarikat itu mencatat kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2011 berbanding kerugian bersih RM440.2 juta pada suku sebelumnya. Bagi setahun penuh, syarikat tenaga nasional itu mencatat RM499.5 juta keuntungan bersih berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, sebahagian besarnya hasil daripada kos bahan api yang tinggi. -mk |
[Kuliah] Oral Seks - Boleh Atau Tidak Dalam Islam Posted: 07 Nov 2011 03:08 PM PST Assamualaikum Wr. Wb. Pak Ustaz, saya telah menikah selama 4 tahun dan belum dikurnia anak. Yang ingin saya tanyakan adalah, bolehkah sepasang suami-isteri melakukan oral sek? Sewaktu bercinta dulu, saya dengan suami sering melakukan zina, bagaimana saya bertaubat memohon ampun kepada Allah SWT atas dosa saya tersebut dan adakah ini laknat dari Allah atas dosa zina saya sehingga sampai sekarang saya belum dikurniai anak. Dan adakah doa khusus yang dapat saya panjatkan agar saya dapat diberi keturunan secepatnya. -Republik Assalamualaikum...Pak Ustadz yang selalu dirahmati Allah. Sebelumnya saya mohon maaf bila pertanyaan ini sangat "vulgar", tapi memang ini masalah sering membuat aku bimbang. Begini Pak Ustadz, saya adalah pengantin baru yang gairah seksnya lagi menggebu-gebu. Kemudian lagi asyik-asyiknya bulan madu, isteri saya kedapatan "tamu" bulanan. Bagaimana jika untuk memenuhi keperluan seks saya minta isteri saya melakukan oral seks, kerana untuk bersetubuh sangat tidak mungkin. Terus, apa hukum oral seks menurut Islam. Sekian Pak Ustadz atas jawabannya kami ucapkan terima kasih, wassalam.. -RH Hamba Allah Jawaban Wa'alaikumussalam Wr Wb Hukum Oral Seks Ada beberapa pertanyaan yang masuk ke ruangan kita ini tentang permasalahan yang sama yaitu Hukum Oral Seks Menurut Islam dan untuk mewakilinya saya cuba mengambil dua contoh pertanyaan diatas. Semoga Allah swt memberikan kemudahan kepada saya untuk membahasnya dan senantiasa mencurahkan ilmu-Nya kepada kita semua. Hubungan seksual antara pasangan suami isteri bukanlah hal yang terlarang untuk dibicarakan didalam Islam namun bukan pula hal yang dibebaskan sedemikian rupa bak layaknya seekor haiwan yang berhubungan dengan sesamanya. Islam adalah agama fitrah yang sangat memperhatikan masalah seksualiti kerana ini adalah keperluan setiap manusia, sebagaimana firman Allah swt,"Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, Maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman." (QS. Al Baqarah : 223) Ayat diatas menunjukkan betapa Islam memandang seks sebagai sesuatu yang moderat sebagaimana karakteristik dari Islam itu sendiri. Ia tidaklah dilepas begitu saja sehingga manusia boleh berbuat sebebas-bebasnya dan juga tidak diperketat sedemikian rupa sehingga menjadi suatu pekerjaan yang membosankan. Hubungan seks yang baik dan benar, yang tidak melanggar syariat selain merupakan puncak keharmonisan suami isteri serta penguat perasaan cinta dan kasih sayang diantara mereka berdua maka ia juga termasuk suatu ibadah disisi Allah swt, sebagaimana sabda Rasulullah saw,"..dan bersetubuh dengan isteri juga sedekah. Mereka bertanya,'Wahai Rasulullah, apakah jika diantara kami menyalurkan hasrat biologisnya (bersetubuh) juga mendapat pahala?' Beliau menjawab,'Bukankah jika ia menyalurkan pada yang haram itu berdosa?, maka demikian pula apabila ia menyalurkan pada yang halal, maka ia juga akan mendapatkan pahala." (HR. Muslim) Diantara variasi seksual yang sering dibicarakan para seksologi adalah oral seks, iaitu adanya kontak seksual antara kemaluan dan mulut (lidah) pasangannya. Tentunya ada bermacam-macam oral seks ini, dari mulai menyentuh, mencium hingga menelan kemaluan pasangannya kedalam mulutnya. Hal yang tidak boleh dihindari ketika seorang ingin melakukan oral seks terhadap pasangannya adalah melihat dan menyentuh kemaluan pasangannya. Dalam hal ini para ulama dari madzhab yang empat bersepakat diperbolehkan bagi suami untuk melihat seluruh tubuh isterinya hingga kemaluannya kerana kemaluan adalah pusat kenikmatan. Akan tetapi setiap dari mereka berdua dimakruhkan melihat kemaluan pasangannya terlebih lagi bahagian dalamnya tanpa suatu keperluan, sebagaimana diriwayatkan dari Aisyah yang mengatakan,"Aku tidak pernah melihat kemaluannya saw dan beliau saw tidak pernah memperlihatkannya kepadaku." (al Fiqhul Islami wa Adillatuhu juz IV hal 2650) Seorang suami berhak menikmati isterinya, khususnya bagaimana dia menikmati berjimak dengannya dan seluruh bahagian tubuh isterinya dengan suatu kenikmatan atau menguasai tubuh dan jiwanya yang menjadi haknya untuk dinikmati maka telah terjadi perbezaan pendapat diantara para ulama kami, kerana tujuan dari berjima' tidaklah sampai kecuali dengan hal yang demikian. (Bada'iush Sona'i juz VI hal 157 - 159, Maktabah Syamilah) Setiap pasangan suami isteri yang diikat dengan pernikahan yang sah didalam berjima' diperbolehkan untuk saling melihat setiap bahagian dari tubuh pasangannya hingga kemaluannya. Adapun hadith yang menyebutkan bahwa siapa yang melihat kemaluan (isterinya) akan menjadi buta adalah hadith munkar tidak ada landasannya. (asy Syarhul Kabir Lisy Syeikh ad Durdir juz II hal 215, Maktabah Syamilah) Dibolehkan bagi setiap pasangan suami isteri untuk saling melihat seluruh tubuh dari pasangannya serta menyentuhnya hingga kemaluannya sebagaimana diriwayatkan dari Bahz bin Hakim dari ayahnya dari abangnya berkata," Aku bertanya,'Wahai Rasulullah aurat-aurat kami mana yang tutup dan mana yang kami biarkan? Beliau bersabda,'Jagalah aurat kamu kecuali terhadap isterimu dan budak perempuanmu." (HR. tirmidzi, dia berkata,"Ini hadith Hasan Shohih.") kerana kemaluan boleh untuk dinikmati maka ia boleh pula dilihat dan disentuhnya seperti bahagian tubuh yang lainnya. Dan dimakruhkan untuk melihat kemaluannya sebagaimana hadith yang diriwayatkan Aisyah yang berkata,"Aku tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah saw." (HR. Ibnu Majah) dalam lafazh yang lain, Aisyah menyebutkan : Aku tidak melihat kemaluan Rasulullah saw dan beliau saw tidak memperlihatkannya kepadaku." Didalam riwayat Ja'far bin Muhammad tentang perempuan yang duduk dihadapan suaminya, di dalam rumahnya dengan menampakkan auratnya yang hanya mengenakan pakaian tipis, Imam Ahmad mengatakan,"Tidak mengapa." (al Mughni juz XV hal 79, maktabah Syamilah) Oral seks yang merupakan bahagian dari suatu aktiviti seksual ini, menurut Prof DR Ali Al Jumu'ah dan Dr Sabri Abdur Rauf (Ahli Fiqih Univ Al Azhar) boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri selama hal itu memang diperlukan untuk menghadirkan kepuasan mereka berdua dalam berhubungan. Terlebih lagi jika hanya dengan itu ia merasakan kepuasan jika bimbang ia terjatuh didalam perzinaan. Meskipun banyak seksologi yang menempatkan oral seks ini kedalam kategori permainan seks yang aman berbeza dengan anal seks selama betul-betul dijamin kebersihan dan kesihatannya, baik mulut ataupun kemaluannya. Akan tetapi kemungkinan untuk terjangkitnya berbagai penyakit manakala kurang hati-hati didalam menjaga kebersihannya sangatlah besar. Hal itu dikeranakan yang keluar dari kemaluan adalah madzi dan mani. Madzi adalah cairan berwarna putih dan halus yang keluar dari kemaluan ketika adanya ketegangan syahwat, hukumnya najis. Sedangkan mani adalah cairan kental memancar yang keluar dari kemaluan ketika syahwatnya memuncak, hukumnya menurut para ulama madzhab Hanafi dan Maliki adalah najis sedangkan menurut para ulama Syafi'i dan Hambali adalah suci. Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi berpenapat bahwa isapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral seks) adalah haram dikeranakan kemaluannya itu boleh memancarkan cairan (madzi). Para ulama telah bersepakat bahwa madzi adalah najis. Jika ia masuk kedalam mulutnya dan tertelan sampai ke perut maka akan dapat menyebabkan penyakit. Adapun Syeikh Yusuf al Qaradhawi memberikan fatwa bahwa oral seks selama tidak menelan madzi yang keluar dari kemaluan pasangannya maka ia adalah makruh dikeranakan hal yang demikian adalah salah satu bentuk kedhaliman (diluar kewajaran dalam berhubungan). Berhubungan disaat Haidh Allah swt berfirman,"Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. apabila mereka telah Suci, Maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS. Al Baqarah : 222) Ayat diatas telah menyebutkan bahwa haidh adalah kotoran yang keluar dari kemaluan perempuan dan diminta kepada para suami yang mendapati isterinya sedang dalam keadaan haidh untuk tidak menyetubuhinya hingga ia suci dari haidhnya. Jumhur ulama berpendapat bahwa diharamkan bagi suami menyetubuhi (memasukkan penis kedalam vagina) isterinya yang sedang dalam keadaan haidh dan bersenang-senang dengan bahagian tubuh yang ada diantara pusar dan lutut, sebagaimana firman Allah swt," Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita diwaktu haidh." Dibolehkan bagi suami yang mendapati isterinya sedang dalam keadaan haidh untuk menikmati bahagian tubuh yang ada diatas pusar. Dikeranakan jika ia bersenang-senang dengan bahagian yang dibawah pusar maka hal itu sangat mungkin mendorong kepada terjadinya wath'u (masuknya penis kedalam vagina) dan ini diharamkan sebagaiman sabda Rasulullah saw,"Maka barangsiapa yang mengitari daerah larangan maka dikhawatirkan ia akan jatuh kedalamnya." (HR. Bukhari Muslim) Adapun tentang kafarat jika terjadi wath'u yang dilakukan suami terhadap isterinya maka terdapat perzedaan pendapat dikalangan para ulama : 1. Para ulama madzhab Maliki, Hanafi dan Syafi'i dalam pendapatnya yang baru adalah tidak ada kafarat namun diwajibkan baginya untuk istighfar dan bertaubat. 2. Para ulama Hambali, riwayat yang paling benar dari mereka, berpendapat wajib baginya membayar kafarat dia boleh memilih dengan membayar 1 dinar (seharga 3,25 gr emas, pen) atau ½ dinar. Kafarat ini tidak diwajibkan bagi yang memang tidak mempunyai sesuatu untuk membayarnya. 3. Para ulama madzhab Syafi'i berpendapat barangsiapa menggaulinya diawal keluarnya darah maka ia perlu bersedekah dengan 1 dinar sedangkan barangsiapa yang menggaulinya diakhir keluarnya darah maka ia bersedekah dengan ½ dinar. (al Fiqhul Islami wa Adillatuhu juz I hal 627 – 630) Bertaubat dari Zina Perzinaan merupakan perbuatan yang sangat buruk dan pelakunya diancam dosa besar oleh Allah swt, firman-Nya,"Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al Israa : 32) Hal itu dikeranakan terlalu banyaknya kesan yang ditimbulkan dari perzinahan, baik efek psikologi, sosial maupun moral. Untuk itu Islam menetapkan suatu hukuman yang berat bagi seorang pezina dengan rotan seratus kali dan diasingkan bagi mereka yang belum menikah serta direjam bagi mereka yang telah menikah, sebagaimana beberapa dalil berikut ini : 1. "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman." (QS. An Nuur : 2) 2. Dari Abu Hurairah ra bahwasanya Rasulullah saw pernah memberikan hukuman kepada orang yang berzina (belum menikah) dengan "hukuman dibuang (diasingkan) satu tahun dan pukulan seratus kali." (HR. Bukhari) 3. Rasulullah saw menanyakan kepada seorang laki-laki yang mengaku berzina,"Apakah engkau seorang muhson (sudah menikah)? Orang itu menjawab,'Ya'. Kemudian Nabi bersabda lagi,'Bawalah orang ini dan rajamlah." (HR Bukhari Muslim) Namun Allah swt adalah Maha Penerima taubat dari setiap hamba-Nya yang mau bertaubat dari segala perbuatan maksiatnya. Untuk itu yang harus dilakukan oleh mereka yang telah jatuh kedalam perbuatan zina ini dan menginginkan kembali ke jalan Allah swt, adalah : 1. Taubat Nashuha Tidak ada hal terbaik yang harus dilakukan bagi seorang yang melakukan dosa kepada Allah swt kecuali taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang dibarengi dengan penyesalan dan tekad kuat untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Firman Allah swt,"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatn nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai." (QS. At Tahrim : 8) Disebutkan didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahwa ada seorang wanita hamil dari Juhainah mengaku telah berzina dihadapan Rasulullah saw maka ia dirajam setelah melahirkan bayinya itu. Pada saat itu Umar ra mengatakan,"Apakah engkau mensolati jenazahnya ya Rasulullah saw padahal ia telah berzina?' beliau saw menjawab,'Dia telah bertaubat dengan suatu taubat yang andaikan taubatnya dibagi-bagikan kepada tujuh puluh penduduk Madinah, tentu akan mencukupi mereka semua. Apakah engkau mendapatkan sesuatu yang lebih baik dari kerelaannya untuk menyerahkan dirinya kepada Allah." Jadi tidak ada kata terlambat dan putus asa bagi seorang yang masih mengimani Allah swt sebagai Tuhannya untuk kembali kejalan-Nya, memperbaiki segala kesalahannya dan menggantinya dengan berbagai perbuatan yang baik. 2. Tidak membuka aibnya kepada orang lain Dengan tidak memungkin bagi setiap pelaku zina untuk dirotan atau direjam pada saat ini dikeranakan tidak diterapkannya hukum Islam maka sudah seharusnya semua menutupi aibnya itu dan tidak menceritakannya kepada siapa pun. Dengan ini mudah-mudahan Allah swt juga menutupi aib dan kesalahannya ini. Bahwasanya Nabi saw bersabda,"Setiap umatku mendapat pemaafan kecuali orang yang menceritakan (aibnya sendiri). Sesungguhnya diantara perbuatan menceritakan aib sendiri adalah seorang yang melakukan suatu perbuatan (dosa) di malam hari dan sudah ditutupi oleh Allah swt kemudian dipagi harinya dia sendiri membuka apa yang ditutupi Allah itu." (HR. Bukhori dan Muslim) 3. Beribadah dan beramal dengan sungguh-sungguh Firman Allah swt,"Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya Dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan Dia akan kekal dalam azab itu, dalam Keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Al Furqan : 68 – 70) Amal soleh yang dilakukan haruslah sungguh-sunguh dan tidak asal-asalan agar boleh menutupi dosa besar yang telah dilakukannya. Amal soleh tersebut juga sebagai bukti masih adanya iman didalam dirinya. Keimanan yang menggerakkannya untuk beramal soleh ini yang kemudian menjadikan Allah swt menutupi dosa dan keburukannya. Bahkan tidak hanya itu, Allah swt menutup ayat itu dengan menyebutkan 'dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang' Tips Mendapatkan Keturunan Permasalahan seseorang mempunyai keturunan atau tidak maka itu semua adalah hak Allah swt dengan segala hikmah dan keadilan-Nya serta jauh dari berbuat zhalim terhadap hamba-hamba-Nya kecuali manusia lah yang menzalimi diri mereka sendiri Firman Allah swt,"Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha mengetahui lagi Maha Kuasa." (QS. Asy Syuro : 50) Allah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu yang terjadi di alam ini, jika Dia berkehendak atas segala sesuatu maka itu akan terjadi dan jika Dia tidak berkehendak atas segala sesuatu maka itu tidak akan terjadi. Dia memberikan kepada siapa yang Dia kehendaki dan menahan pemberian kepada siapa yang Dia kehendaki. Ketika Dia memberikan sesuatu maka tidak ada yang boleh menahannya dan jika Dia menahan sesuatu maka tidak ada yang boleh memberikannya. Tidak disangsikan lagi adanya anak-anak adalah sebuah rezeki dan karunia Allah swt yang menjadi dambaan setiap pasangan suami isteri untuk meneruskan nasab dan keturunannya. Tapi sayang, tidak jarang dari para orang tua yang menyia-nyiakan rezeki yang berharga ini sehingga justru membawa petakan bagi mereka, tidak cuma di dunia namun juga diakherat. Firman Allah swt,"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezki dari yang baik-baik. Maka Mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah ?" (QS. An Nahl : 72) Namun demikian bagi mereka yang belum mendapatkan keturunan tidak boleh berputus asa dan berprasangka buruk terhadap Allah swt. Mereka tetap dianjurkan untuk selalu berikhtiar, baik melalui usaha-usaha perubatan atau dengan semakin mendekatkan dirinya kepada Allah swt melalui banyak berdoa dan beristighfar serta menyedikitkan kemaksiatan terhadap-Nya, sebagaimana firman-Nya,"Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan Mengadakan untukmu kebun-kebun dan Mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS. Nuh : 12) Ayat ini memberikan petunjuk kepada setiap orang yang ingin mendapatkan banyak rezeki—termasuk anak-anak—dari Allah swt adalah dengan memperbanyak istighfar dan bertaubat dari segala kemaksiatan dan dosa. Dikeranakan dosa dan maksiat yang dilakukan akan boleh menghambat rezeki yang akan diturunkan Allah kepadanya, sebagaimana sabda Rasulullah saw,"Sesungguhnya seorang hamba ditahan dari mendapatkan rezeki dikeranakan dosa yang dibuatnya." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah) Wallahu A'lam -eramuslim |
Belanda Mahu Haramkan Cara Penyembelihan Halal Dan Kosher Posted: 07 Nov 2011 07:27 AM PST Ketika umat Islam seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidiladha, lebih sejuta penganut agama itu di Belanda sudah mula risau tentang bekalan daging halal mereka di negara Eropah tersebut. Ini kerana, mulai bulan depan, kemungkinan besar pemerintah Belanda akan mengharamkan menyembelihan haiwan mengikut hukum syarak di negara tersebut. Menurut sebuah laporan laman web British BBC, keputusan itu akan memaksa pembekal daging halal di Belanda untuk tutup kedai sekaligus menjejaskan bekalan kepada komuniti Islam di negara itu. Ia juga akan memberi kesan kepada masyarakat Yahudi Belanda kerana pengharamanan tersebut juga merangkumi cara penyembelihan secara "kosher". Walaupun pengumbal undang-undang tersebut berkata tujuan mereka adalah untuk memelihara kebajikan haiwan, organisasi Islam Belanda berkata pengharaman itu mencerminkan sentimen anti-Islam yang semakin menular di Belanda. Menurut sebuah laporan Pakistan Today, rang undang-undang itu telah luluskan di Parlimen Belanda Jun lalu dan bil itu sedang diteliti oleh dewan Senate. Jika lulus di Senate dan berkuatkuasa bulan depan, undang-undang tersebut akan menwajibkan setiap operasi pembekal daging di Belanda agar mengunakan kaedah "stun", iaitu menjadikan seekor haiwan itu pengsan atau tidak sedar, sebelum ia disembelih. Apabila dilaksanakan, peraturan itu dengan efektif akan mengharamkan kaedah penyembelihan yang mewajibkan haiwan itu sedar seperti yang digunakan di dalam agama Islam dan Yahudi. Pada asalnya, undang-undang tersebut di cadangkan sebuah parti bernama "The Party for the Animals", yang mempunyai dua daripada 146 kerusi di dalam parlimen Belanda. Mengikut laporan BBC Jun lalu, ketua Party for the Animals Marianne Thieme berkata cadangan mereka adalah untuk menjaga kebajikan haiwan. Tambah beliau, kajian sains menunjukkan bahawa haiwan yang masih sedar sebelum disembeli mengalami kesakitan yang amat perit. Walaupun Marianne menafikan undang-undang tersebut ditujukan kepada masyarakat Islam dan Yahudi, bil mereka disambut baik dan mendapat sokongan padu dari Ahli Parlimen Freedom Party. Freedom Party yang diketuai Geert Wilders, terkenal di Eropah dengan platform anti-Islam dan anti-pendatang mereka. Seorang pemimpin badan Islam di Belanda, Umar Mizra menyifatkan peraturan tersebut sebagai usaha untuk menyisihkan orang Islam di dalam masyarakat Belanda. "Setengah pihak tidak mahu orang Islam mengamalkan cara penyembelihan mereka. Mereka tidak mahu orang Islam bergerak secara terang di dalam masyarakat dengan logo halal kita pada makanan dan pada tingkap (restoran dan kedai). "Mereka mahu orang Islam mengamalkan agama hanya di rumah dan bukan di dalam kehidupan masyarakat," Umar berkata dipetik daripada BBC. |
Tuntutan Royalti Minyak Hak Rakyat Kelantan: Poster Ucapan Tun Razak Diedarkan Posted: 07 Nov 2011 05:29 AM PST Pemimpin Kerajaan Kelantan akan ke Parlimen pada 10 November ini untuk membawa poster ucapan pemimpin terdahulu termasuk Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak berhubung royalti petroleum bagi mengingati ulang tahun ucapan allahyarham pada 12 November 1975. Kunjungan yang akan disertai anggota Exco kerajaan negeri, Adun, anggota Parlimen, Gegar termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa akan menyerahkan himpunan risalah Tun Abdul Razak serta beberapa pemimpin lain kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Husam pada sidang media semalam memberitahu, risalah tersebut mengandungi ucapan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Yaacob, Pengerusi Pertama Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain agar pimpinan kerajaan Persekutuan hari ini sedar Kelantan berhak mendapat royalti petroleum. "Memandangkan hari Sabtu Parlimen tidak bersidang, jadi kita memilih hari yang paling hampir dengan tarikh tersebut, iaitu 10 November untuk menyerahkan risalah serta amanat ayahanda kepada Perdana Menteri sekarang berhubung perkara itu," ujarnya. Husam berkata, risalah atau poster tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri tidak hadir. "Sekiranya kedua-duanya tidak ada, risalah tersebut akan diserahkan kepada mana-mana menteri atau timbalannya," ujarnya. Sehubungan itu juga, menurutnya himpunan kata-kata rasmi pimpinan terdahulu yang terkandung dalam risalah itu akan diedarkan kepada orang ramai pada hari berkenaan. Antara yang terkadung dalam risalah itu ucapan Tun Abdul Razak pada tahun 1975, ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang dalam sidang Dewan Rakyat ketika itu menyebut mengikut perjanjian, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai sama ada kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut. Selain itu, risalah tersebut turut mengisi ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gaddam yang menyokong kerajaan berhak mendapat hasil royalti petroleum. |
25 Nyaris Maut Bas Ekspres Jatuh Dalam Parit Posted: 07 Nov 2011 03:20 AM PST Johor Bahru: Seramai 25 penumpang nyaris maut apabila bas ekspres yang mereka naiki terjatuh ke dalam parit di Km 19 Jalan Ayer Hitam, di sini awal pagi Isnin. Dalam kejadian kira-kira 4.40 pagi itu, bas tersebut melanggar besi penghadang jalan sejurus keluar dari persimpangan tol Kulaijaya, sebelum terjatuh ke dalam parit menyebabkan semua penumpang cedera dengan tiga parah. Seorang penumpang, D. Kanageswaran, 30, ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Aminah di sini, berkata bas tersebut dipandu laju sejak perjalanan bermula kira-kira 9.45 malam. Beliau yang pengsan selepas kejadian berkata sempat melihat bas itu melanggar besi penghadang jalan. "Apabila sedar, bas sudah di dalam parit dan saya terus mencari ibu dan isteri yang duduk di bahagian hadapan. Disebabkan tiada jalan keluar, saya terpaksa menendang cermin hadapan bas untuk menyelamatkan diri dan keluarga serta diikuti penumpang lain," katanya. Kanageswaran mengalami kecederaan di kepala dan kaki manakala ibunya P. Saraswati, 61, bengkak di bahagian muka, sementara isterinya P. Kogilawani mengalami kecederaan serius dan masih dirawat di hospital. Seorang lagi penumpang S. Parvathi, 26, berkata beliau bernasib baik apabila diselamatkan seorang lelaki yang tidak dikenali ketika terperangkap di dalam lumpur akibat kejadian tersebut. "Separuh badan saya terkeluar daripada bas setelah kepala saya terhentak ke cermin bas. Saya tidak boleh bangun apabila terperangkap di dalam lumpur tetapi seorang lelaki menarik tangan saya keluar," katanya. Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baru Utara (JBU), Superintendan Mohd Akhir Ishak berkata, pemandu bas berkenaan yang berusia 45 tahun telah ditahan untuk diambil keterangan. "Tiga daripada penumpang bas berkenaan mengalami kecederaan serius manakala baki hanya mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. BERNAMA |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan