Kelab Greenboc |
- Lembu-lembu Kenyang Bersuara Pertahankan Projek Anak Beranak "Fidlot"
- Perlantikan Nalakarupan Sebagai Senator Adalah Lanjutan "You Help Me, I Help You".
- Bob Lokman: Buktikan Saya Bersalah Dan Saya Rela Ke Penjara
- Terengganu Dilanda Ribut, Ombak Besar
- Saiful Apek Didakwa Ambil Dadah
- AWAS: Kenyataan Idris Jala Untuk Naikkan Harga Minyak Dan Barang Keperluan.
- Piket MTUC 3 Nov Diteruskan. Tak Timbul Isu "Haram Atau Tak Haram"
- Majlis Fatwa Kebangsaan Digesa Halang Program Seksualiti Merdeka
- [PANAS] Waran Tangkap Ke Atas Bob Lokman Dikeluarkan
- Kerajaan UMNO BN Sudah Lama Bersekongkol Dengan Israel
- Pasangan Kurang Upaya Ditangkap Khalwat
- Jingga 13 Buat Laporan Polis Dakwa Soi Lek Hina Islam
Lembu-lembu Kenyang Bersuara Pertahankan Projek Anak Beranak "Fidlot" Posted: 02 Nov 2011 01:00 AM PDT Najib Nafi Dakwaan Salah guna Pinjaman RM250 Juta Untuk Projek Fidlot KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menafikan dakwaan wujudnya penyalahgunaan dalam pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience Sdn Bhd. Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata pinjaman itutelah diluluskan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional. Beliau menjelaskan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan Pusat Fidlot Nasional, menjemput enam syarikat untuk mengemukakan cadangan pelaksanaan pembangunan industri daging tempatan dan sekaligus meningkatkan pengeluaran daging lembu tempatan. Jawatankuasa pemilihan syarikat peneraju, yang ditubuhkan untuk membuat pilihan syarikat yang memberi cadangan terbaik dan berpandu kepada kriteria dikehendaki, telah memilih Agroscience Sdn Bhd, katanya. Menurut Najib sehingga 31 Julai 2011, jumlah pengeluaran pinjaman kepada NFCialah sebanyak RM181.9 juta bagi membiayai pembangunan kandang, bangunan, kilang baja, kilang makanan dan sebagainya. "Tujuan pinjaman itu adalah untuk membangunkan projek tersebut bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri sebanyak 38 peratus," katanya. Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang meminta penjelasan Menteri Kewangan sama ada berlakunya penyalahgunaan pinjaman mudah berjumlah RM250 juta kepada AgroscienceSdn Bhd pada 2003. NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan penggantungan negara kepada pengimportan daging dari luar negara. Najib berkata syarikat NFC telahpun membangunkan Pusat Fidlot Nasional dan kini mengeluarkan produk daging tempatan yang berkualiti tinggi pada tahap komersial. Produk pengeluaran NFC dijual di pasar raya seperti Jaya Jusco, Giant, Carrefour, Cold Storage, pasar segar, kilang pemprosesan daging, restoran dan pasar runcit di seluruh negara. NFC kini menjalankan peningkatan kapasiti pengeluaran fidlot dari 6,000 ekor lembu kepada 12,000 ekor lembu manakala kapasiti penyembelihan di pusat penyembelihan kepada 200 ekor lembu sehari dan pembangunan itu dijangka siap pada awal tahun depan, katanya. - BERNAMA PKR mahu Shahrizat perjelas projek fidlot |
Perlantikan Nalakarupan Sebagai Senator Adalah Lanjutan "You Help Me, I Help You". Posted: 02 Nov 2011 12:27 AM PDT Nallakaruppan Angkat Sumpah Sebagai Senator KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S. Nalakaruppan adalah antara tiga individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, di sini, Rabu. Nalakaruppan, 65, dilantik buat pertama kali bersama Bendahari MIC Datuk Jaspal Singh, 49, dan Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Chiew Lian Keng, 47. Ditemui pemberita kemudian, Nalakaruppan berkata amanah yang diberikan itu akan digunakan sebaiknya bagi memastikan hak dan kebajikan rakyat di negara ini didahului. Abu Zahar ketika mengalu-alukan anggota baru Dewan Negara itu, berharap mereka dapat memahami lafaz sumpah yang dibuat serta menghayati dan mendukung Perlembagaan negara. "Saya ingatkan diri saya dan kita semua agar marilah kita semua berazam untuk memartabat dan memperkasakan Dewan Negara sebagai dewan yang bermaruah, dan adalah sia-sia pelantikan ini jika senator tidak berdebat untuk kepentingan negara dan rakyat," katanya. -BERNAMA Apa jasa Nalla kepada negara, kaum India Ulasan GB Pertama, perlantikan S. Nalakaruppan sebagai senator adalah lanjutan dari elemen rasuah ialah kenyataan "you help me, i help you" yang dipopularkan oleh PM, Najib Tun Razak. Nalakaruppan merupakan bekas sahabat rapat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga rakan karib bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu. Nallakaruppan juga pernah bergiat dalam PKR pimpinan isteri Anwar - Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail - pada 2007 tetapi keluar parti kira-kira setahun selepas itu. Beliau terkenal ahli politik yang lantang mengkritik kepimpinan Anwar dan PKR. Najib walaupun pernah menyatakan beliau tidak takut untuk berhadapan dengan Anwar, namun hakikatnya, beliau masih tidak dapat menyembunyikan apa yang ada di ahti kecilnya, bimbang, takut, ragus-ragu, waswas, gementar ... dirinya dan partinya bakal terhumban dari Putrajaya. Maka itu serangan-serangan politik dan psikologi dilakukan ke atas Ketua Pembangkang terseut dengan melantik orang-orang yang "berjasa" kepadanya di dalam melakukan serangan ke atas Anwar seperti Ezam Mohd Noor. Mungkin selepas ini jika Zulkifli Nordin tidak terpilih sebagai calon BN, beliau juga bakal disenatorkan, itupun kalau UMNO BN mampu menang di dalam PRU13 nanti. Kedua, Pakatan Rakyat perlu membuat sedikit homework terhadap perlantinkan senator-senator kerana apa yang kita lihat seolah-olah tidak berlaku keseimbangan di dalam perlantikan senator-senator ini. Berapa sebenarnya ahli-ahli dari Pakatan Rakyat yang telah dilantik sebagai ahli Dewan Negara dan berapa pula dari Barisan Nasional? Apakah nisbahnya perlu memihak dengan begitu besar kepada BN sehinggakan mereka boleh melantik sesuka hati bilangan senator yang mereka kehendaki tanpa perlu untuk merujuk kepada nisbah ahli Dewan Rakyat? Kita jangan bersikap tidak apa atau leka dalam hal-hal sedemikian. |
Bob Lokman: Buktikan Saya Bersalah Dan Saya Rela Ke Penjara Posted: 01 Nov 2011 10:17 PM PDT Pelakon dan pelawak terkenal, Bob Lokman tetap dengan pendirian tidak bersalah walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya minggu lalu berhubung dakwaan mengadakan ceramah agama tanpa tauliah. Bagaimanapun, Bob Lokman yang dihubungi The Malaysian Insider lewat malam tadi memberitahu, beliau masih belum dimaklumkan atau dihubungi Jais mengenai perkembangan itu. Katanya, dia bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya Jais tetap dengan pendirian mahu menangkapnya kerana jabatan agama itu berkuasa untuk berbuat demikian. "Jais ada kuasa, mereka boleh ambil tindakan undang-undang, walaupun merasakan saya tidak bersalah. Tapi saya tidak akan membantah sekiranya mereka datang menangkap saya," katanya. "Saya masih belum tahu bagaimana proses tangkapan itu akan dibuat, tapi saya akan memberi kerjasama. Sekiranya melibatkan pihak polis, saya akan ikut prosedur mereka (polis)," kata beliau yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman. Sehubungan itu tambah Bob Lokman, beliau juga rela dipenjarakan sekiranya dia didapati bersalah di mahkamah. "Kalau mahkamah memutuskan saya bersalah, saya rela dipenjarakan, saya tidak mampu untuk membayar denda, nak penjara, saya terima," katanya yang tidak bercadang untuk menggunakan khidmat peguam bagi membela diri jika kes itu dibawa ke mahkamah. Jelasnya, beliau juga akan memberi keterangan di mahkamah untuk mempertahankan diri berhubung insiden penangkapannya di Hulu Langat tempoh hari. "Saya tetap akan mempertahankan diri dengan memberikan keterangan yang benar (di mahkamah jika didakwa), saya tetap tidak akan mengaku bersalah," tegas beliau yang menyertai PAS pada 19 Februari lalu. Ujar Bob Lokman, beliau percaya tindakan Jais mahu menangkapannya sebagai satu usaha agensi itu mahu menjatuhkan golongan pendakwah sepertinya, seolah-olah mereka mendatangkan ancaman. "Sepatutnya Jais memberi bantuan dan sokongan kepada golongan yang menyampaikan dakwah, bukannya menjatuhkan mereka," katanya. Namun begitu, pendakwah bebas ini juga yakin kebenaran untuk dirinya akan terbongkar dan percaya isu ini mempunyai hikmah tersendiri. Laporan semalam menyebut Jais telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Bob Lokman berikutan kegagalannya hadir di pejabat agensi agama itu untuk memberi keterangan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah. Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata waran tangkap itu telah dikeluarkan Jumaat lalu. "Pihak kami sedang menjejakinya supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes yang melibatkan dirinya," katanya. Jabatan itu kini dalam proses melaksanakan tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob Lokman hadir di mahkamah dan kemudian dilepaskan dengan jaminan serta membolehkan proses mengambil keterangan dibuat. Beliau berkata demikian mengenai Bob Lokman yang ditahan Jais bulan lepas di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat ketika sedang menyampaikan ceramah agama kepada kira-kira 70 jemaah di masjid itu. Bob Lokman disiasat mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah dan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -TMI Klik untuk baca |
Terengganu Dilanda Ribut, Ombak Besar Posted: 01 Nov 2011 08:35 PM PDT Kuala Terengganu: Permulaan musim tengkujuh dan jangkaan banjir besar di Pantai Timur semakin terasa dengan hujan berterusan dan ribut menyebabkan pokok tumbang, manakala ombak besar menghakis pantai hingga merobohkan jalan dan wakaf, termasuk di Tok Jembal di sini. Gambar: MOHD Syafiq (kanan) dan Alias terkejut melihat wakaf terbalik dipukul ombak dan beberapa pokok rhu tumbang akibat ombak besar tengah malam semalam di pantai peranginan Tok Jembal, Gong Badak, Terengganu. Ombak besar di pantai Tok Jembal kelmarin menyebabkan satu daripada wakaf di pantai peranginan itu runtuh dihakis ombak, sekali gus mencetuskan kebimbangan penduduk setempat kemungkinan kerosakan lebih besar. Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mohd Syafiq Mohd Khairuddin, 20, berkata sehari sebelum kejadian, dia bersama beberapa rakan berkunjung ke pantai yang terletak berhampiran institusi pengajian itu untuk berehat sambil mengulang kaji pelajaran. Bagaimanapun, mereka terkejut apabila mendapati wakaf itu sudah tumbang menyembah bumi dihakis ombak, petang kelmarin. Pelajar Jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Agroteknologi berkata, hakisan itu begitu cepat kerana sebelum ini jarak pantai dengan wakaf sejauh kira-kira 20 meter. "Keadaan amat menakutkan dan kami bimbang kemudahan di pantai ini lenyap ditelan ombak sekiranya tiada tindakan menghalang ombak daripada terus menghakis kawasan itu," katanya ketika ditemui semalam. Sementara itu, tiga kereta dan sebuah motosikal remuk apabila pokok mangga dipercayai berusia lebih 30 tahun tumbang menghempap kenderaan itu serta tiang elektrik di Jalan Tok Lam, semalam. Saksi, Ahmad Idhan Muda, 35, berkata pada mulanya dia menyangka bunyi dentuman kuat di depan kedai membabitkan kemalangan, apabila meluru keluar terperanjat melihat kenderaan terbabit dihempap pokok. Katanya, ketika kejadian pada jam kira-kira 2.30 petang itu, dia dan rakan sekerja berada dalam premis dikejutkan bunyi kuat sehingga bekalan elektrik bangunan itu terputus. "Syukurlah tiada kemalangan jiwa berlaku kerana ketika pokok itu tumbang tiada penumpang dalam kenderaan," katanya, semalam. Pemilik kereta Proton Saga, Rohayu Awang, 30, berkata dia meletakkan kenderaan di tempat letak kereta bagi menghantar bapanya yang mendapat rawatan di sebuah klinik berhampiran tempat kejadian pada jam 2.10 petang. "Saya sedih tapi bersyukur ketika kejadian anak-anak tiada dalam kereta, jika tidak saya tak tahu apa akan terjadi," katanya. -BH 3 kenderaan dihempap pokok, tiang elektrik |
Saiful Apek Didakwa Ambil Dadah Posted: 01 Nov 2011 06:00 PM PDT Petaling Jaya: Pelakon komedi, Saiful Apek dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas tuduhan mengambil dadah jenis ganja, tahun lalu. Pelakon tersebut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid. Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, di sini. Bagi kesalahan itu, pelakon yang pernah membintangi filem Senario The Movie 4 dan Sifu & Tongga itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh yang mempunyai tiga orang anak itu boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun. Pendakwaan terhadap pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berira Harian 2003 dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh dan Fadilah Shah Abdul Latiff. Turut didakwa di mahkamah sama ialah tiga rakan Apek, termasuk Pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, dan dua pekerja sambilan kru produksi itu, Shaiful Baharom, 24, serta Noremy Mohamad, 28. Semua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan sama. Ahmad Ishrakh Saad menawarkan wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh, bagaimana mahkamah membenarkan jaminan pada jumlah RM2,500 dengan seorang penjamin. Kes akan disebut semula pada 23 Disember depan. Di mahkamah sama, seorang lagi rakannya, Mohamad Shafarul Abdul Rahim, 25, mengaku bersalah selepas tiga pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki dadah jenis ganja seberat 0.09 gram di rumah bernombor 306, Blok C, Sunway Court Apartment, Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway pada pukul 10 malam, 12 Jun tahun lalu. Mohamad Shafarul juga didakwa memiliki alat perkakas yang digunakan dalam menyediakan dadah itu untuk digunakan, iaitu satu bekas plastik di tempat, masa dan tarikh sama. Manakala bagi tuduhan ketiga, lelaki itu didakwa mengambil dadah jenis ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, pada pukul 11 malam, tarikh sama. Ahmad Solihin kemudian menjatuhkan hukuman denda RM7,500 terhadap tertuduh bagi ketiga-tiga kesalahan berkenaan dan dua tahun pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Pada prosiding itu, semua tertuduh diwakili oleh peguam bela Mohd Fadly Hashim. Media sebelum ini melaporkan Saiful Apek ditahan bersama empat rakannya lain atas kesalahan dadah di sebuah apartmen pada 12 Jun tahun lalu. -mstar |
AWAS: Kenyataan Idris Jala Untuk Naikkan Harga Minyak Dan Barang Keperluan. Posted: 01 Nov 2011 04:16 PM PDT Idris Jala: Malaysia masih ada risiko jadi muflis KUALA LUMPUR, 1 Nov ― Datuk Seri Idris Jala hari ini menegaskan semula bahawa Malaysia masih berhadapan dengan risiko menjadi negara muflis dalam satu dekad lagi jika ia membelanjakan wang yang dipinjam untuk perbelanjaan-perbelanjaan operasi seperti subsidi berbanding menggunakannya bagi tujuan pelaburan. "Jika ekonomi kita mengalami pertumbuhan kurang empat peratus dan jika kita tidak memotong perbelanjaan operasi kita, jika kita pinjam pada kadar 12.5 peratus, jika hutang tahunan kita meningkat 12.5 peratus dan pulangan kita pula tidak berkembang, maka ia akan berlaku," kata Jala hari ini selepas mengumumkan perkembangan terkini mengenai pelaburan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). Beliau mencetuskan kebimbangan yang sama tahun lalu ketika ramai membicarakan mengenai isu subsidi, yang kemudiannya menjadi kontroversi. Hutang kebangsaan Malaysia meningkat 12.3 peratus untuk mencecah RM407 bilion tahun lalu, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan minggu lalu. Meskipun ekonomi mengalami pertumbuhan 7.2 peratus tahun lalu, defisit fiskal tahun lalu mengekalkan hutang awam lebih 50 peratus berbanding kadar KDNK bagi tahun kedua berturut-turut. Pakar ekonomi juga berkara bahawa pertumbuhan ekonomi negara boleh perlahan ke paras 3.6 peratus tahun depan daripada kadar 4.3 peratus yang dijangkakan tahun ini ekoran risiko kemelesetan berganda global. Bagaimanapun kata beliau, Malaysia tidak akan melalui kemelesetan tetapi akan melalui perkembangan ekonomi yang perlahan ekoran merebaknya krisis kewangan di Eropah. Katanya, jangkaan beliau tidak bermakna Putrajaya akan berhenti daripada membuat pinjaman. "Kita harus membuat pinjaman dengan syarat wang itu digunakan untuk pelaburan berbanding untuk perbelanjaan operasi," kata beliau lagi. "Kita harus memastikan pinjaman kita sepadan dengan pelaburan," katanya lagi. Ulasan GB Sebenarnya kita sudah dapat membaca... kenyataan Idris Jala tersebut adalah justifikasi kerajaan Najib untuk melakukan "penyelarasan subsidi" sekali lagi - dalam erti kata menarik subsidi daripada beberapa barang keperluan dan sekali gus bererti kenaikan harga bagi barangan tersebut. Beliau menggunakan alasan bahawa negara mungkin bankrap jika negara terus memberikan subsidi... ke atas barangan keperluan. GB ingan tegaskan kepada Idris Jala yang telah membutakan matanya mengenai Laporan Audit 2010 bahawa: kebankrapan negara BUKAN disebabkan oleh subsidi tetapi adalah disebakan oleh ketirisan, rasuah, pembaziran, ketidak-cekapan, ketidak-berkesanan yang menjadi amalan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib kini. Justeru itu jangan jadikan alasan pemberian subsidi sebagai sebab negara jadi bankrap. Tetapi adalah diakibat dari faktor-faktor kerajaan BN sendiri yang projek NKRAnya hanya mitos dan gimik yang sedap didengar tetapi hampas belaka. Buka lembaran Laporan Audit 2010 itu dan perbaiki segala kepincangan yang didedahkan. Ambil tindakan segera ke atas pegawai-pegawai dan jabatan-jabatan yang inefficient dan uneffective terutama yang melakukan korupsi. Sekiranya itu tidak dilakukan, tunggu sehingga hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya: BN should get out from Putrajaya! |
Piket MTUC 3 Nov Diteruskan. Tak Timbul Isu "Haram Atau Tak Haram" Posted: 01 Nov 2011 09:50 AM PDT Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan tidak timbul soal "haram atau tidak haram" sebaliknya tindakan berpiket Khamis ini adalah hak pihaknya sebagai sebuah badan induk demi mempertahankan para pekerja daripada implikasi buruk pindaan Akta Kerja 1955. Badan induk kesatuan sekerja itu memutuskan untuk mengadakan piket yang kedua, kali ini peringkat nasional. Justeru, Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata, Kementerian Sumber Manusia khususnya Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam perlu membezakan antara pertikaian perhubungan perusahaan dan perhimpunan aman menuntut kepentingan pekerja dipelihara. Katanya, MTUC sedar bahawa piket minggu ini bukan satu pertikaian perhubungan perusahaan, sebaliknya protes pergerakan kesatuan sekerja membantah tindakan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia mengambil keputusan yang dilihat akan merugikan kaum pekerja dalam jangka panjang. "Menjadi hak menteri, apa yang mahu diperkatakan. Apa yang kami putuskan adalah hak kami. Kita berhak untuk mengambil tindakan jika tindakan atau keputusan kerajaan nampak mengetepikan hak pekerja," kata beliau dengan menekankan bahawa "tidak timbul soal haram atau tidak haram." "Saya mendapati kenyataan menteri juga mengatakan jika hendak mengadakan perhimpunan aman, boleh diadakan. "Jadi, betul apa dikatakan oleh menteri, kami hanya mengadakan perhimpunan aman... terima kasih kepada menteri kerana faham, cuma kami panggil sebagai piket, di mana bagi MTUC piket juga satu bentuk perhimpunan aman," kata Khalid lagi. Katanya, MTUC juga telah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara dan ketua-ketus polis negeri mengenai hasrat mahu mengadakan piket di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara. "Kami telah memaklumkan bahawa MTUC hendak mengadakan piket secara aman dan minta kerjasama pihak polis," katanya. Surat makluman telah dihantar minggu lalu. Dalam satu ucapan di ibu negara malam tadi, Dr Subramaniam berkata MTUC tidak ada hak untuk mengadakan piket berhubung kontroversi pindaan Akta Kerja 1955 kerana ia bukan satu pertikaian perhubungan perusahaan. "Dari segi undang-undang, mereka tidak boleh mengadakan piket berhubung isu ini. Mereka hanya boleh berpiket berkaitan dengan pertikaian perhubungan perusahaan, membabitkan antara majikan dan pekerja. "Ini adalah isu dasar kerajaan. Jika mereka berpiket, mereka bertindak bertentangan dengan undang-undang," kata beliau, MTUC memutuskan piket nasional pada mesyuarat majlis am pada 10 Oktober lalu. Piket pertama berkaitaan rang undang-undang itu telah diadakan pada 3 Oktober lalu di kawasan bangunan Parlimen. Selepas tiada sebarang reaksi positif daripada kerajaan termasuk pertemuan dengan menteri itu minggu lalu, MTUC mahu meneruskan piket kebangsaan bagi memberi penjelasan kepada orang ramai khususnya kaum pekerja mengenai kesan pindaan Akta Kerja. MTUC juga meletakkan harapan pada anggota Dewan Negara untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang itu. Piket 3 Oktober lalu diadakan bagi mendesak Kementerian Sumber Manusia menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011) di Parlimen tetapi desakan dan rayuan MTUC tidak dilayan pihak kerajaan. MTUC mendakwa ia tidak membantah keseluruhan pindaan Rang Undang-undang Kerja sebaliknya hanya beberapa peruntukan baru termasuk sistem kontraktor bagi tenaga kerja. Subramaniam berulang kali mempertahankan tindakan itu sebagai salah satu cara melindungi pekerja negara ini. Mengulas lanjut, kata Khalid, MTUC merupakan badan gabungan yang terdiri daripada kesatuan-kesatuan sekerja yang ada hak untuk membantah apa sahaja dasar dan keputusan majikan dan kerajaan, yang memberi kesan dan impak negatif. "Kami merupakan badan induk yang mewakili pekerja negara ini, yang jumlahnya kira-kira enam juta orang, kami berhak untuk membuat bantahan," katanya lagi. -TMI Anggota KEADILAN digalak sertai piket MTUC 3 Nov |
Majlis Fatwa Kebangsaan Digesa Halang Program Seksualiti Merdeka Posted: 01 Nov 2011 08:59 AM PDT Majlis Fatwa Kebangsaan digesa supaya mengeluarkan fatwa bagi melarang penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang bertujuan bagi mempromosikan kesamarataan antara jantina dan hubungan sejenis. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertindak serta merta bagi menangani aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia. "Program sebegini begitu asing dengan budaya timur dan negara kita sendiri. Bagi saya sendiri...semua agama, semua tamadun, semua etika tidak bersetuju dalam hal hubungan sejenis," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Selasa. Program Seksualiti Merdeka 2011 yang dijadual diadakan di The Annexe Gallery bermula 9 hingga 13 November ini dijangka dirasmikan oleh Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) , Datuk S. Ambiga. Melalui program tahunan berkenaan, gerakan tersebut mengadakan beberapa aktiviti bagi menarik sokongan masyarakat serta menguar-uarkan kewujudan mereka dalam komuniti. Dalam pada itu Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, PAS akan membincangkan secara serius mengenai perkara tersebut yang jelas bertentangan dengan akidah umat Islam. "PAS akan membincangkan tentang perkara ini dalam mesyuarat tertinggi parti dalam masa terdekat. Kita akan keluarkan pendirian rasmi selepas itu," katanya. Sementara itu Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut mengkritik sekeras-keras penganjuran program ini yang jelas menyalahgunakan nama kebebasan dan hak asasi manusia. Katanya lagi, jika program sebegini dibenarkan berlangsung di negara ini, ia dibimbangi akan menyebabkan keadaan kucar-kacir apabila banyak kelompok lain yang mahukan perkara serupa diadakan. "Ini baru satu, jika ada lagi orang lain yang minta perkara pelik-pelik contohnya mahu kahwin dengan kura-kura atau lembu bagaimana? ini hak mereka, jadi di mana perkara ini harus berhenti. "Mana-mana negara walaupun menggunakan nama hak asasi, ia tidak boleh terbuka terus. Negara kita ini berasaskan Islam dan kita ada undang-undang. Agama kita melarang malah mana-mana agama pun melarang hubungan sejenis, saya berpegang kepada itu," katanya. -mstar |
[PANAS] Waran Tangkap Ke Atas Bob Lokman Dikeluarkan Posted: 01 Nov 2011 07:46 AM PDT Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat waran tangkap ke atas Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah. Portal berita the Star.com memetik pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu "Jabatan kami sedang mencari Bob (kanan), kerana beliau dikehendaki membantu siasatan yang membabitkan dirinya. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob hadir di mahkamah (syariah). "Beliau akan dibebaskan dengan jaminan selepas kenyataannya diambil," kata Marzuki dipetik akhbar itu. Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin. Meskipun diminta tampil memberi keterangannya oleh JAIS, Bob yang kini bergiat aktif bersama parti Islam PAS berkata tidak ada sebab untuknya bekerjasama kerana tindakan itu tidak ada kepentingan untuk Islam. Penulis lirik berhantu "Isabella" itu berkata, ekoran pendiriannya itu, beliau sanggup menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan menghadapi waran tangkap daripada mahkamah. "Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu dia akan hanya berserah pada Allah. Bob nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, disiasat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. Ini bukan kes pertama seumpa itu, sebelum ini ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga didakwa atas tuduhan yang sama. -mk Jais has arrest warrant for Bob Lokman Ulasan GB GB rasa sebagai orang yang telah diberikan nur oleh Allah s.w.t. di hatinya, Bob Lokman tidak gentar terhadap waran tersebut. Yang patut gentar ialah mereka yang bertindak mengikut kepentingan politik pihak tertentu untuk menangkap Bob Lokman. Menjadi tugas JAIS nanti untuk membuktikan apakah isi kandungan dan butiran "ceramah agama" Bob Lokman tersebut. Malah Bob Lokman sebenarnya boleh menyaman semula JAIS kerana bertindak melulu sehingga nama beliau diaibkan. GB mahu dengar apa pula kata dan pendirian Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangro mengenai tindakan JAIS tersebut. |
Kerajaan UMNO BN Sudah Lama Bersekongkol Dengan Israel Posted: 01 Nov 2011 05:35 AM PDT Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata sikap membisu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed apabila diajukan soalan mengenai hubungan diplomatik dengan Israel disifatkan mempunyai 'udang disebalik batu'. Er mendapati kenyataan dalam sebuah laman web www.anakmudamalaysia.com bahawa wujud beberapa dokumen kastam, buku-buku dan ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan dagang dengan Malaysia. Maka penjelasan lanjut dikemukakan beliau ketika persidangan Dewan Rakyat semalam sehingga menyebabkan beliau diarahkan meninggalkan dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Katanya disebabkan keengganan menteri menjawab disebalik kebenaran laman web itu menunjukkan seolah-olah kerajaan menyorokkan sesuatu berhubung hal tersebut. "Saya hanya meminta Menteri untuk menjawabp benar atau tidak wujudnya hubungan dagang ini. Sekiranya tidak, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Mischa Harish yang menyebut secara jelas dalam kata-kata aluan beliau dalam majalah promosi perdagangan Isreal. Menteri Israel itu dipetik sebagai berkata, "The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industry that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade in this continent." "Kenyataan Mischa Harish ini boleh mengguris hati bukan sahaja umat Islam di Malaysia tetapi juga seluruh rakyat yang mengutuk kekejaman tentera Zionis Israel terhadap rakyat awam Palestin beberapa tahun ini," dakwa beliau. Menurut Er selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) kerap menuduh Pakatan Rakyat sebagai agen zionis, namun hakikatnya mereka yang sebenarnya bersekongkol dengan Israel. Er berkata isu ini bukan kecil kerana ia melibatkan pandangan dunia terhadap Malaysia, memandangkan seantero dunia menyelar kekejaman Israel terhadap Palestin. Jelas beliau, Malaysia dilihat vocal dalam menyuarakan pandangan mengutuk kekejaman Israel, malah negara kita aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan terhadap penduduk Palestin. "Kenyataan Mischa Harish dan pendedahan dokumen Kastam transaksi perdagangan dengan syarikat berpengkalan di Israel, apatah lagi keengganan Menteri menjawap boleh mencacatkan pandangan dunia terhadap inisiatif Malaysia terhadap isu kemanusiaan di Semenanjung Gaza," katanya yang juga wakil rakyat dari DAP. |
Pasangan Kurang Upaya Ditangkap Khalwat Posted: 01 Nov 2011 04:17 AM PDT Sepasang pasangan kekasih, yang juga orang kelainan upaya (OKU), dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ketika sedang berdua- duaan di sebuah bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar, kelmarin. Pasangan itu dikatakan melarikan diri dari rumah ibu saudara masing-masing di Kuala Lumpur dan pergi ke Kedah serta menumpang di sebuah bilik sewa sebelum merancang bernikah di Thailand. Difahamkan mereka bertindak untuk menikah di Thailand selepas hubungan cinta mereka dilarang ibu lelaki berkenaan kerana bimbang anaknya akan gagal menguruskan rumah tangga disebabkan dia tidak mampu bekerja kerana mempunyai masalah lembap. Wanita tersebut pula cacat fizikal dan perlu menggunakan kerusi roda. Pasangan berasal dari Johor itu dikatakan berkenalan di sebuah Pusat Latihan dan Kemahiran OKU di Sentul, Kuala Lumpur, sebelum menjalinkan hubungan cinta. Lelaki berusia 26 tahun dan wanita berumur 18 tahun itu dikatakan menumpang di sebuah bilik sewa ibu saudara wanita tersebut sejak 17 Oktober lalu sebelum dicekup berkhalwat. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaik, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota jabatan itu memeriksa sebuah daripada empat bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar pada 9.15 pagi. Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang memakai seluar pendek paras lutut dan berkemeja-T membuka pintu lalu membenarkan pemeriksaan dijalankan. Pasangannya sedang berbaring dengan memakai kemeja-T dan berseluar pendek paras paha. -hm Ulasan GB OKU, seperti juga manusia biasa yang lain, ada perasaaan, ada nafsu. Justeru, adalah tidak wajar mereka disekat untuk berkahwin yang kemudiannya mereka terjebak dengan penderitaan batin dan akhirnya bertindak melepasi garis syariat. Sekalipun alasan ibu lelaki itu baik iaitu bimbang anaknya akan gagal menguruskan rumah tangga disebabkan dia tidak mampu bekerja kerana mempunyai masalah lembap, namun menghlang beliau berumahtangga adalah sesuatu yang tidak wajar. |
Jingga 13 Buat Laporan Polis Dakwa Soi Lek Hina Islam Posted: 01 Nov 2011 03:02 AM PDT Kuala Lumpur: Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jingga 13 hari ini mengemukakan laporan polis berhubung kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dikatakan menghina hukum hudud. Chua dalam kenyataan dipetik akhbar The Star 29 Oktober lalu berkata hukum hudud akan menjadikan negara ini mundur dan menakutkan pelabur asing. Menyifatkannya sebagai biadap, Koordinator Jingga 13 Fariz Musa berkata kenyataan itu mengguris perasaan apabila seorang rakyat bukan Islam dengan mudahnya mempersoalkan pelaksanaan hukum hudud di sebuah negara yang majoritinya Islam dan mengaku menjadi model negara Islam. Katanya, kenyataan Presiden MCA itu juga mampu menghasut masyarakat bukan Islam lainnya untuk membenci hudud. Malah kedudukannya sebagai presiden parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) dikhuatiri akan menyebabkan salah faham besar antara agama dan kaum. Rusuhan kaum, agama "Kami khuatir kenyataan Chua itu akan menimbulkan kebencian agama dan kaum, selain menggugat dan mengancam keharmonian negara. "Chua juga perlu serta merta memohon maaf atas kebiadapan itu kepada seluruh umat Islam di negara ini," katanya. Laporan itu dibuat wakil Jingga 13 Mohd Khairul Zaman Khairan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini. Beliau turut mendesak supaya akhbar The Star digantung lesen penerbitannya mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atas sifat melulu dan tidak profesional ketua pengarangnya menyiarkan artikel sedemikian tanpa usul periksa. "Kami mendesak Chua supaya mohon maaf secara terbuka kerana telah menghina Islam sebagai agama rasmi dan Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua agama," katanya. Katanya, masa 48 jam diberikan kepada Chua sebelum pihaknya mengemukakan memorandum di hadapan Pejabat MCA di sini Rabu depan. Sementara itu, Fariz turut menyelar Umno yang selama ini bersikap diam diri apabila Chua mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Kalau mereka boleh adakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) untuk mempertahan akidah umat Islam dari murtad saya minta mereka jangan bersikap pilih kasih dalam hal ini," katanya. -FMT |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan