DIALOG RAKYAT |
- PAS-Umno satu pasukan bukti BN khianati Kelantan
- Anwar: ‘Umno jangan mimpi nak tawan negeri dipimpin Pakatan’
- Wan Azizah: Rasuah Umno-BN makin ketara hingga jadi jenaka rakyat
- 300 protes RUU Perhimpunan Aman di taman KLCC
- Najib: Ahli Umno kena terbuka terima calon boleh menang
- PAS: Transformasi Umno-BN burukkan keadaan, rakyat kena kata ‘Cukup’
- KEADILAN bakal teraju Malaysia tanpa Umno – Azmin
- KEADILAN sedia hadapi PRU dengan calon berwibawa – Wan Azizah
- Dekati golongan muda bukan profesional
- Pakatan dicadang patenkan Buku Jingga
- Susu 1Malaysia di KR1M bahayakan kanak-kanak, Pakatan ulangi pendirian
- Kerajaan: Bos atau pekerja untuk rakyat?
- Hudud: Alfred Jabu didesak tarik balik kenyataan
- Mahasiswa tolak campur tangan ghaib
- Himpunan Aman: Transformasi Mat Jenin
- SUHAKAM mengalu-alukan pindaan AUKU
- Mahkamah Tinggi tolak rayuan Peguam Negara
- Perwakilan Sabah: Humbankan BN jauh-jauh
- S’gor sudah lama mansuh kuota politik rumah
- Kelab Umno luar negara perlu pertama bantu
- Mangsa banjir Kelantan bertambah kepada 1,884
- HRP ancam demo untuk kuil runtuh
- PKR akan terus ceramah di Johor
- Undi Melayu: PKR tumpu sokongan peneroka Felda
- PKR-PAS-Umno berwacana di Kelantan
PAS-Umno satu pasukan bukti BN khianati Kelantan Posted: 26 Nov 2011 06:16 AM PST
| ||
Anwar: ‘Umno jangan mimpi nak tawan negeri dipimpin Pakatan’ Posted: 26 Nov 2011 06:14 AM PST Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres tahunannya di sini. "Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, ... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor," tegasnya di hadapan 300 penyokong parti itu. "Negeri-negeri PR sudah membuktikan kami mampu mentadbir dengan berhemah dan cekap, buktinya di Selangor, hasil pentadbiran yang cekap, kami mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor," katanya lagi. Tambah Ketua Umum PKR ini, Johor juga tidak akan mampu menahan arus perubahan yang sedang melanda politik negara dewasa ini. "Sekiranya pimpinan Umno-BN masih lagi mengamalkan corak pentadbiran sedia ada, mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, tidak mustahil kami akan menawan negeri ini, walaupun ia kubu kuat Umno, ini sudah dibuktikan di Ijok. "Dahulunya Ijok juga merupakan kubu kuat Umno, tapi kita lihat apa yang jadi? Bila rakyat bangkit menolak pemimpin yang korup, PR mampu menawan Ijok," katanya. Namun begitu, Anwar juga memberikan teguran kepada pimpinan PR supaya tidak mengikuti sikap pemimpin Umno-BN yang menurutnya takbur, dan lupa diri. "Ingat, pimpinan PR jangan jadi seperti pemimpin Umno-BN, jangan takbur riak, dan lupa diri apabila sudah memerintah, utamakan hak rakyat dan bukannya pentingkan diri sendiri," katanya memberi peringatan kepada pemimpin parti berkenaan. Penasihat Ekonomi Selangor ini juga berjanji sekiranya parti pimpinannya berjaya menawan Putrajaya, tarif elektrik negara dan harga minyak akan diturunkan dalam masa seminggu pemerintahannya. "Ini janji saya, sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, harga tarif elektrik dan minyak akan saya turunkan. "Umno-BN akan cakap saya hanya buat janji kosong, tidak berasas, negara boleh bankrup sekiranya saya laksanakan perkara ini, tapi mereka lupa, lapan tahun saya pegang jawatan Menteri Kewangan, bodohkah saya?" katanya mempersoalkan tuduhan kerajaan terhadapnya. | ||
Wan Azizah: Rasuah Umno-BN makin ketara hingga jadi jenaka rakyat Posted: 26 Nov 2011 06:11 AM PST 'Lembu-lembu kondominium' menjadi rujukan kepada masalah yang menyelubungi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menggunakan dana awam RM250 juta dan dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno. Ekoran pendedahan Laporan Ketua Audit Negara akhir bulan lalu, PKR menjadikan sebagai isu dan ia kini disiasat oleh polis. Pemimpin PKR mendakwa sebahagian wang itu digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar. "Mujurlah rakyat Malaysia ini kuat berjenaka – bila wang berbilion ringgit dibazirkan membeli peralatan perang terpakai yang tidak berfungsi, rakyat Malaysia berseloroh tentang kapal selam yang tidak boleh tenggelam. "Bila wang ratusan juta yang sepatutnya sampai kepada penternak hilang di tengah jalan, rakyat Malaysia berjenaka tentang lembu-lembu di kondominium," kata beliau dalam ucapan dasar pada Kongres PKR Kelapan di sini hari ini. Di bahagian tajuk kecil "Pentadbiran Beramanah", Dr Wan Azizah berkata, muafakat dalam Pakatan Rakyat kian matang dan pimpinan PKR di semua peringkat harus memastikan bahawa ikatan itu kian mantap malah kerjasama intim ketiga-tiga parti harus diadakan di semua peringkat. "PKR akan teguh dan kukuh bersama Pakatan Rakyat menuntut Islah, reformasi yang murni dan benar serta menolak kezaliman, penindasan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. "Sejak tsunami politik 2008 kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (sebelumnya dirampas secara rakus), kita telah buktikan keupayaan kita membanteras rasuah, melaksanakan tata kelola yang lebih baik dan mampu mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat," kata beliau lagi. Sebaliknya gelagat Umno-BN, kata beliau, masih di takok lama dengan keanggkuhan dan kerakusan kuasa. "Malah lebih ketara skandal rasuah dan penyelewengan mereka," kata beliau lagi. | ||
300 protes RUU Perhimpunan Aman di taman KLCC Posted: 26 Nov 2011 06:08 AM PST Kumpulan itu mengenakan kemeja-T dan membawa balon berwarna kuning serta bunga - yang simbolik kepada perhimpunan Bersih 2.0 empat bulan yang lalu, mempamerkan protes mereka terhadap rang undang-undang itu, yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua dua hari lalu. Turut menyertai mereka ialah ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan Wong Chin Huat. Selain mereka turut hadir Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, rakan sejawatannya dari Segambut Lim Lip Eng, pemangku presiden Parti Makkal Sakti Malaysia A. Vathemurthy dan kakak mendiang Teoh Beng Hock, Lee Lian. Kempen protes setengah jam itu dianjurkan oleh Freedom to Assemble Campaign iaitu sebuah gabungan 30 pertubuhan bukan kerajaan. Sambil mengecam rang undang-undang itu, Wong berkata, adalah sesuatu yang mengarut apabila rakyat Malaysia yang hendak berhimpun perlu memaklumkan pihak polis 30 hari lebih awal. Beliau berharap kerajaan akan mendengar suara majoriti rakyat Malaysia yang tidak memihak kepada syarat-syarat sedemikian. Sementara itu, Maria berkata kerajaan seharusnya menggugurkan rang undang-undang ini, bukan setakat meminda peruntukan-peruntukan yang disyorkan. "Rang undang-undang ini bercanggah dengan Perlembagaan," katanya lagi. Protes aman ini berakhir sekitar 2.45 petang ekoran permintaan unit kawalan keselamatan KLCC agar bersurai. Laporan media awal hari ini menyebut Kabinet yang mengadakan mesyuarat mingguan semalam memutuskan untuk mengkaji balik tujuh peruntukan dalam rang undang-undang itu. | ||
Najib: Ahli Umno kena terbuka terima calon boleh menang Posted: 26 Nov 2011 06:06 AM PST KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak berkata calon boleh menang mestilah seseorang yang boleh diterima majoriti pengundi dalam masyarakat tempatan serta jentera parti. Perdana Menteri berkata sekiranya jentera parti menolak, seseorang yang ada kebolehan atau mempunyai rekod kerja yang baik pun pada akhirnya tidak akan berjaya, seterusnya parti akan kalah dan kehilangan kuasa. "Kalau kita sebagai anggota parti tidak ada sikap yang terbuka dan kita tekankan orang tu (calon itu) mesti merupakan calon yang ikut hierarki (parti) tapi calon kita itu tak mungkin berjaya, calon kita akan gagal," katanya kepada Bernama semasa wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2011, hari ini. Dipetik Bernama Online, Presiden Umno itu menegaskan pentingnya semua pihak dalam parti memahami maksud calon boleh menang yang mahu ditonjolkan semasa pilihan raya. "Kalau tidak, sukar nak mencapai kejayaan. Kalau calon boleh menang tu ditampilkan dalam kelompok dalam bahagian tanpa mengambil kira kehendak pengundi teramai, calon itu pun tak akan berjaya," kata Najib. Beliau mengakui adalah sukar untuk memuaskan hati semua pihak, terutama di peringkat bahagian Umno. Tetapi menurutnya, "rumusan calon boleh menang itu adalah supaya setiap kerusi yang ditandingi mempunyai peluang terbaik untuk menang." Bagaimanapun katanya, proses pemilihan calon belum muktamad dan penilaian akan dibuat bukan sahaja secara subjektif tetapi juga objektif. "Ini yang paling penting sekali, bukanlah orang yang kita sukai secara peribadi tetapi orang yang boleh diterima sebahagian besar pengundi dalam kawasan berkenaan. Itulah yang mesti kita lakukan," katanya. Katanya soal menentukan calon ini adalah satu perkara yang sangat mencabar dan sukar dilakukan dan mustahil parti dapat memuaskan semua orang. "Mengikut pengalaman saya 35 tahun dalam politik, tak pernah berlaku dalam pilihan raya (calon yang dipilih memuaskan hati semua orang). "Tapi apapun yang dibuat parti, keputusan parti, pada kesudahannya kita kena terimalah, sebagai orang parti keputusan parti walaupun keputusan itu tidak mengikut selera atau kehendak kita," katanya. Najib (gambar) berkata, banyak juga peristiwa di mana beliau melihat orang yang setia kepada parti, walaupun keputusan parti tidak disenanginya tetapi menerimanya dan akhirnya calon akan menang. "Sebaliknya kalau dia terus menentang, dia nak kata apa nak jadi-jadilah, aku nak menentang. Jadi maknanya dia tak setia pada parti dan calon itu kalah dan maknanya parti akan kalah. Dia patut sedar bila parti kalah makna kita akan kehilangan kuasa," katanya. Najib juga mengakui bahawa di peringkat bahagian pun, anggota parti tidak sependapat mengenai calon terbaik di kalangan mereka dan apa yang harus ada ialah disiplin parti. "Maknanya bila sampai pada masanya (pemilihan calon), keputusan itu perlu diterima, disokong dan terus dipertahankan oleh setiap ahli parti," katanya. Katanya, kriteria pemilihan calon ini difikirkan wajar berikutan keputusan pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional dan Umno tewas di lima buah negeri dan perlu menjadi pengajaran yang tidak harus dilupakan. Menggunakan analogi semangat dan perjuangan skuad Harimau Muda yang menggondol pingat emas pada Sukan SEA Ke-26 di Jakarta-Palembang baru-baru ini, walaupun menghadapi cabaran sengit, beliau berkata Umno juga perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi pilihan raya. "Kalau kita ada kekuatan mental dan kita ada jiwa yang kental, kita boleh berdepan dengan persekitaran yang sangat mencabar walaupun pihak musuh membuat apa jua tekanan terhadap kita termasuk tekanan psikologi dan emosi. "Kalau kita kental dari segi kekuatan minda kita, dan semangat kita pun kukuh, maka sudah terbukti seperti analogi Harimau Muda itu, kita boleh mengatasi keadaan yang sangat berat menekan kita, mencengkam kita, walaupun gelanggang tidak sama rata seperti di Jakarta, tapi pasukan kita akhirnya berjaya juga," katanya. Mengenai pengundi muda, beliau berkata sudah terbukti dalam pilihan raya kecil sejak dua tahun yang lepas, biasanya majoriti golongan itu menyokong Umno. "Bererti sudah terbukti bahawa tidak semestinya orang muda bersikap 'anti-establishment' (anti kerajaan) dan tidak menyokong parti kerajaan iaitu parti BN, mereka akan menilai, siapakah yang lebih memahami kehendak dan naluri mereka sebagai orang muda," katanya | ||
PAS: Transformasi Umno-BN burukkan keadaan, rakyat kena kata ‘Cukup’ Posted: 26 Nov 2011 06:01 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — PAS mendakwa Umno mengambil langkah mudah bersifat murahan untuk menipu rakyat atas nama melakukan transformasi politik tetapi ia membawa kepada keadaan "lebih teruk" termasuk ekoran penggubalan akta berkenaan perhimpunan aman. Sehubungan itu Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, rakyat perlu mengatakan "Cukup" kepada pembohongan Umno dan tunjukkan kepada para pemimpin parti itu yang bermuka-muka bahawa rakyat Malaysia tidak sebodoh dan semurah yang mereka tanggapkan. Kata beliau, kini rakyat hanya mempunyai satu jalan keluar untuk mendapatkan transformasi yang diharapkan untuk negara iaitu menunjukkan jalan keluar bagi Umno dalam pilihan raya umum ke-13. Tuan Ibrahim menambah Umno, parti teras Barisan Nasional (BN), sanggup mengambil langkah murahan selain memberi gula-gula pilihan raya demi bagi menutup skandal besar yang tidak terjawabnya saban hari. "Selepas kegagalannya meningkatkan pendapatan kebanyakan rakyat jelata, kerajaan Umno-BN mengambil langkah mudah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia, kini muncul pula terbaru Kedai Ikan Satu Malaysia yang menjanjikan pelbagai jenis ikan dengan harga yang murah," kata beliau dalam satu kenyataan yang menyentuh perkembangan termasuk langkah pentadbiran Najib menggubal Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011. Rang undang-undang itu, yang bertujuan menggantikan Seksyen 27 Akta Polis, mendapat kritikan dan kecaman ramai atas alasan mengekang teruk kebebasan rakyat. Ekoran tekanan itu Kabinet dalam mesyuarat semalam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan membawa beberapa pindaan ke atas peruntukan rang undang-undang itu. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, Umno turut mengambil langkah mudah dalam membendung kemarahan rakyat menuntut hak kebebasan berhimpun dengan percubaan membodohkan rakyat bahawa mereka sedang berubah dengan mengemukakan Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011, yang hanya "harum namanya, tetapi lebih kejam daripada akta sebelumnya." Setelah melihat kemarahan para mahasiswa yang kian meningkat terutamanya setelah nasib yang melanda Profesor Dr Abdul Aziz Bari dan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kerajaan Umno-BN dilihat sekali lagi mengambil langkah mudah untuk meredakan keadaan dengan mengumumkan pemindaan terhadap Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik. "Tetapi pada masa yang sama tetap merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengistiharkan Seksyen 15 AUKU tidak sah dari segi perlembagaan," kata Tuan Ibrahim. Tambah beliau, semua langkah mudah yang diambil oleh kerajaan Umno telah memberikan signal jelas kepada rakyat bahawa para pemimpin Umno sememangnya "tidak ikhlas, tidak ingin berubah, dan malah sedang bertransformasi ke arah lebih teruk" kerana tidak berfikir panjang sebelum mengemukakan sesuatu. Malah kata beliau, segala langkah mudah yang diambil Umno bermotifkan keuntungan politik pendek semata-mata dan hanyalah taktik murahan untuk mendapat undi rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 yang semakin mendekat. Jelas Tuan Ibrahim, kecelaruan dan kenaifan pemikiran pemimpin Umno dalam mengambil langkah mudah ini turut membuktikan kebimbangan mereka dengan perubahan kesedaran politik rakyat kini. "Skandal (projek ternakan lembu) National Feedlot Corporation dan RUU Perhimpunan Awam 2011 telah menyedarkan rakyat bahawa sudah tiba masanya untuk mengiatkan kempen 'Asal Bukan Umno' demi menyelamatkan negara. | ||
KEADILAN bakal teraju Malaysia tanpa Umno – Azmin Posted: 26 Nov 2011 05:59 AM PST Oleh Sidiqin Omar JOHOR BAHRU: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, kepercayaan bahawa hanya Umno yang boleh membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat sebenarnya hanya mitos lebih setengah abad. "Hari ini, KEADILAN sudah bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos ini. KEADILAN akan menerajui Malaysia tanpa Umno. "Sudah tiada lagi harapan rakyat yang boleh disandarkan kepada Umno. Tidak ada lagi alasan rasional yang boleh mempertahankan kerakusan serta pengkhianatan Umno kepada rakyat. "Fitnah, angkuh, zalim dan rasuah menjadi sebahagian dari jasad dan roh Umno. Umno kini menjadi teras kepada teras politik gelap," kata Azmin dalam ucapan dasarnya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin. Tambah Azmin, Kongres kali ini adalah persediaan KEADILAN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 dengan menjadikan Johor sebagai kubu terakhir yang akan ditembusi, meskipun dimomokkan bahawa negeri ini adalah kubu Umno. "KEADILAN dan Pakatan Rakyat telah membuktikan keunggulannya mentadbir beberapa buah negeri berteraskan disiplin dan amanah. Prinsip KEADILAN jelas, khazanah adalah hak rakyat dan bukannya kurniaan penguasa. "KEADILAN sebagai parti yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat harus menggalas tanggungjawab dan harapan rakyat seluruhnya untuk mempunyai kehidupan baru yang jauh lebih baik," tegas Azmin. Lebih 1,000 perwakilan termasuk jemputan pemerhati antarabangsa dan wakil-wakil Pakatan Rakyat hadir ke perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kali ke-8 di Pulai Springs Resort, Johor Bahru pagi ini. Program pelancaran turut diserikan dengan kehadiran Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang menyampaikan puisi. Terdahulu, pembukaan majlis dimukan dengan bacaan doa oleh Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus. Perwakilan kemudiannya secara beramai-ramai menyanyikan lagu rasmi KEADILAN, 'Arus Perjuangan'. | ||
KEADILAN sedia hadapi PRU dengan calon berwibawa – Wan Azizah Posted: 26 Nov 2011 05:55 AM PST KEADILAN DAILY JOHOR BAHRU: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menegaskan KEADILAN sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang dan akan memilih calon yang benar-benar berwibawa. "Jentera pilihan raya telah diperkemas; latihan dan persiapan rapi terus dijalankan. "Kami ingin memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan dirundingkan terlebih dulu dengan cabang dan akar umbi, terdiri daripada mereka yang layak dan diyakini punya prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh," kata Wan Azizah. Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya dengan tema 'Demi Rakyat, Melakar Masa Depan Malaysia', pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kelapan 2011 di Pulai Spring Resorts, Johor Bahru. Dalam ucapan sama, Wan Azizah turut meniup semangat juang menghadapi pilihan raya umum akan datang yang mungkin berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Menurutnya, cabaran terbesar KEADILAN iaitu untuk memenangi hati rakyat perlu terus didepani walaupun berdepan kekangan seperti pilihan raya yang tidak bebas mahu pun adil. "Sekiranya kita dapat menembus malah menumpas kubu Umno-BN dengan segala kekurangan dan keterbatasan yang ada kita pasti berupaya mencatat keputusan cemerlang sehingga ke Putrajaya, Insya-Allah," kata Wan Azizah. KEADILAN juga, kata Wan Azizah, perlu membebaskan Malaysia dari 'penguasa elit' yang terus membiarkan rakyat menderita dan menafikan hak mereka mendapat terbaik dalam kehidupan. "Malaysia negara berpotensi besar. Rakyatnya yang bersaudara gigih berusaha. Negara dibina atas landasan agama dan akar budaya. "Namun, cita-cita kita direncat oleh elit kekuasaan. Rasuah dan ketamakan membarah. Rakyat dibiarkan menderita dengan kepayahan hidup. "Setiap daripada kita berhak mendapat yang terbaik. Pendidikan berkualiti, kebajikan terbela, peluang saksama dan pentadbiran beramanah menanti kita," kata Wan Azizah. Turut serta dalam majlis perasmian kongres tersebut ialah Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dif kehormat dari Kesatuan Eropah, Jepun, Filipina, Palastin dan pemimpin-pemimpin parti politik dari Indonesia. Majlis perasmian Kongres Nasional Keadilan ke-8 ini dihadiri 2,534 perwakilan selain 1055 pemerhati. | ||
Dekati golongan muda bukan profesional Posted: 26 Nov 2011 05:53 AM PST Oleh: Sidiqin Omar
JOHOR BAHRU: KEADILAN perlu mendekati semua kelompok anak muda dan bukan hanya terhad kepada golongan mahasiswa dan profesional, kata perwakilan dari Terengganu, Al Faizal Amjed. Katanya, kaedah yang diguna Barisan Nasional dalam mendekati kelompok seperti golongan 'Mat Rempit' perlu dipandang serius. "Mat Rempit, kutu lepak dan sebagainya yang dikategorikan sebagai golongan belia inilah yang digunakan oleh Barisan Nasional untuk memerangi kita secara psikologi dan fizikal. "Kita terlalai hanya meilhat kredibiliti anak muda profesional dan mahasiswa. Memang kelompok ini yang bakal menjadi pemimpin negara, tetapi kita tak boleh memilih bulu," kata beliau. Tambah beliau, meskipun golongan berkenaan tidak dianggap pemimpin pada masa depan, namun mereka mempunyai peranan dalam mengubah sistem sesebuah negara. "Kita juga mempunyai kawan atau saudara mara yang datang dari golongan ini. Kalau tak diberi hak sepenuhnya, mereka akan diambil oleh Umno-Barisan Nasional," tegas Al-Faizal. Katanya, kini terdapat dua juta belia dengan 55% peratus daripadanya berumur di bawah 22 tahun. "Anak muda hari ini melihat isu politik dari sudut nilai dan fakta. Disini peranan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) memanfaatkan generasi muda," katanya sambil mencadangkan Majlis sayap pemuda di antara parti Pakatan Rakyat mengikut format Majlis Presiden. "Penetapan dari Kongres perlu diambil. Keadaan ini boleh dibincangkan dan dibawa bersama kepimpinan Pusat, negeri dan Cabang," kata Al-Faizal. | ||
Pakatan dicadang patenkan Buku Jingga Posted: 26 Nov 2011 05:51 AM PST Oleh: Masdar Wahid JOHOR BAHRU : Buku Jingga dicadang dipatenkan sebagai harta intelek milik Pakatan Rakyat, kata perwakilan dari Kelantan, Muhamad Hisomuddin pada Kongres Nasional KEADILAN ke lapan. Ini kerana beberapa dasar dalam Buku itu sedikit demi sedikit mula ditiru pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, walaupun Presiden Umno itu enggan mengakuinya. "Paten ini penting kerana jika idea dan dasar dalam Buku Jingga dicuri lagi oleh pentadbiran Datuk Najib, kita boleh saman mereka di mahkamah," katanya pada perbahasan menyokong dasar ucapan Presiden dalam kongres hari ini. Beliau yang merupakan pembahas terakhir turut menyelar tindakan Umno mempolitikan isu penjawat awam. "Umno mempolitikan kononnya penjawat awam akan dikurang jika kita perintah. "Suka saya ingatkan bahawa sejak Pakatan Rakyat perintah di empat negeri tiada seorang pun penjawat awam dikurangkan," katanya yang disambut tepukan gemuruh perwakilan. Beliau menegaskan, penjawat awam bukan sahaja diperjuangkan sebagaimana yang tercatat dalam Buku Jingga malah dibuktikan di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Sebagai contoh katanya, Kerajaan Selangor bermula Januari depan akan melaksana gaji minima dengan permulaan pada syarikat kerajaan negeri sebanyak RM1,500 sebulan. | ||
Susu 1Malaysia di KR1M bahayakan kanak-kanak, Pakatan ulangi pendirian Posted: 26 Nov 2011 05:48 AM PST KUALA LUMPUR – Kementerian dan agensi kerajaan belum tampil ke hadapan untuk memberitahu pekara sebenar kepada rakyat mengenai piawaian yang mereka sendiri tetapkan berhubung mutu produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menegaskan bahawa contoh susu tepung kanak-kanak jenama 1Malaysia telah melanggar Akta Peraturan Makanan kerana mengandungi Vitamin A berlebihan dengan kadar yang melampau. Kataanya, apabila beliau membangkitkan isu itu buat kali pertama, beliau telah merujuk kepada Jadual I akta tersebut yang mentetapkan jumlah minima dan maksima kandungan nutrien yang mana jumlahnya tidak boleh melebihi 750IU atau 225g setiap 100kcal. Namun, kenyataan Pua telah disangkal oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa ia sepatutnya dirujuk kepada Jadual III akta tersebut. "Jika sekali pun kita mengikuti Jadual III akta itu, ia menetapkan bahawa jumlah maksima dalam penggunaan seharian ialah 5000IU," kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara. Beliau mahu kementerian menjelaskan dua perkara, iaitu kekeliruan di antara 'follow up miik' dan 'growing up milk', dan cara pengiraan yang dilakukan kementerian adalah tidak betul. "Mengikut kata Menteri sebagai mana yang dilaporkan dalam akhbar The Star dan portal berita Malaysiakini, beliau mengatakan bahawa mengikut kajian mereka, susu tersebut hanya mengandungi 3240UI Vitamin A/100g. "Merujuk kepada akta seperti mana diterangkan Menteri, jumlah maksima sehari ialah 5000UI. Namun jika mengikut cadangan hidangan susu 1Malaysia tersebut, jumlah Vitamin A-nya ialah 16416UI. Ini merupakan lebih 3 kali ganda had yang ditetapkan undang undang," jelasnya. Pua berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching Chong Chieng Jen. Nurul Izzah pula berkata pihak yang mempersoalkan mutu dan kandungan produk 1Malaysia mempunyai fakta yang jelas dan berwibawa, dan dengan itu, pihak Kementerian Kesihatan perlu mengadakan pertemuan dengan mereka untuk menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat. "Jika mengikut track record Menteri Kesihatan, beliau adalah orang yang melakukan kesilapan dalam isu gas pemedih mata ditembak ke arah Hospital Tung Shin sewaktu perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. "Beliau tanpa membuat sebarang siasatan terus menafikan tembakan gas itu. Akhirnya, apabila laporan polis dibuat, barulah kebenaran timbul yang memang benar gas pemedih mata telah ditembak ke arah hospital." Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menjelaskan bahawa usahanya bersama Pua dan wakil-wakil Pakatan Rakyat yang lain dalam isu produk KR1M telah membuahkan hasil kerana Kementerian Kesihatan sendiri telah menarik balik sos tiram 1Malaysia daripada pasaran. "Kerajaan Najib harus akui bahawa peruntukan wang rakyat RM40 juta untuk KR1M ialah satu kegagalan dan mereka harus bertanggungjawab. "Mereka menuduh kita Pakatan Rakyat mempolitikkan isu ini tetapi apabila Association of Standard Users Malaysia memberitahu media apabila mendapati bahawa kandungan plumbum dalam sos cili 1Malaysia melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang, adakah persatuan itu juga mahu dituduh mempolitikan isu ini?" katanya. Chong menjelaskan, mengikut Seksyen 17 akta berkenaan, sesiapa yang mempromosikan jualan produk yang tidak mengikut akta, boleh dikenakan tindakan undang-undang. "Siapa yang mempromosi produk ini? Datuk Seri Najib Razak yang mempromosikannya, Kabinet yang mempromosikannya. "Saya menggesa kepada Datuk Seri Liow mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mempromosikan barangan yang melanggar akta tersebut," tambah beliau. | ||
Kerajaan: Bos atau pekerja untuk rakyat? Posted: 26 Nov 2011 05:46 AM PST Oleh Fairuz Azhan Secara ideal dalam sesebuah demokrasi, ketiga-tiga badan ini harus diasingkan supaya mereka tidak terikat atau pun dipengaruhi antara sesama mereka. Doktrin pemisahan kuasa atau seperation of powers ini dilihat lebih terlaksana di Ameri Syarikat, walau pun di kebanyakan negara Barat dan negara-negara lain yang matang demokrasi, di mana ketiga-tiga cabang itu dilihat bebas antara satu sama lain, juga turut dilaksanakan. Di Malaysia, kita mengadaptasikan sistem parlimen ala Westminster yang tidak begitu terpisah tiga anggota pentadbiran tersebut. Sebagai contoh, seorang Ahli Parlimen yang mencadangkan sesuatu undang-undang juga adalah seorang Menteri (eksekutif) yang akan melaksanakan dan menguatkuasakan undang- undang tersebut. Demokrasi terpimpin atau suara rakyat? Secara idealnya, wakil-wakil rakyat ini harus membawa bersama mereka aspirasi dan keinginan rakyat di dalam dasar penggubalan undang undang baru. Menteri pun seharusnya begitu, apatah lagi seorang Perdana Menteri yang mewakili aspirasi dan keinginan bahagian majoriti dalam sesebuah negara. Itulah perdebatan sepanjang zaman atau pun retorik golongan politkus konservatif terhadap golongan politikus liberal, bahawa mereka bukanlah pemimpin tetapi hanya pengikut golongan majority. Oleh itu mereka dikatakan tidak layak memimpin masyarakat. Jika membawa persoalan ini ke dalam konteks Malaysia, itulah persoalannya. Pemimpin yang perlu berfikir untuk kita, atau pun pemimpin harus bertindak mengikut kehendak rakyat? 'Demokrasi terpimpin' atau pun 'suara rakyat'? Leaders know best or people know best? Tidak dinafikan bahawa mereka yang menyertai arena politik negara terutamanya kelas atasan dalam susun atur struktur parti politik masing-masing adalah golongan yang cerdik pandai. Biasanya mereka lulusan unversiti, golongan profesional, golongan ilmuwan; kesimpulannya, 'cerdik pandai'. Ia bukan kebetulan bahawa empat daripada enam Perdana Menteri kita mempunyai latar belakang undang undang, dan juga seorang doktor. Namun demikian adakah mereka berhak untuk berkata bahawa mereka lebih tahu segala-galanya dari kita? Perlukah kita dengan 'demokrasi terpimpin'? Pemimpin lebih bijak dari rakyat? Perlukah kita dengan sistem para 'cerdik pandai' yang kononnya lebih bijak daripada rakyat yang kurang cerdik untuk menentukan arah hidup dan hala tuju masyarakat kita? Rakyat sudah jemu diperlekehkan oleh pemimpin-pemimpin negara. Namun demikian kerajaan pada hari ini masih gagal dalam mendengar hati nurani dan aspirasi rakyat. Bagi golongan muda, mereka hairan bercampur marah dengan alasan alasan para menteri yang mahu terus mengekalkan undang-undang yang menyekat kebebasan pelajar, pensyarah dan akademik Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Adakah itu kemahuan rakyat, yakni mereka yang berada di dalam kampus dan mereka yang berada di luar kampus menanti orang di dalam kampus yang bakal memimpin rakyat? Setelah kejayaan besar perhimpunan aman Bersih 2.0, Perdana Menteri berjanji untuk lebih terbuka dan adil. Rakyat menarik nafas lega. Namun, dalam sekelip mata, amalan lapuk yang anti-kebebasan dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, sekali lagi dilakukan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Jelas beliau sekali lagi berbohong dengan memperkenalkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang lebih teruk daripada Akta Polis yang selama ini menyekat hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Inikah aspirasi rakyat? Kita melihat bahawa sejak dari dahulu hingga kini, kerajaan bertindak lebih opresif mengekang rakyat daripada mengikuti kemahuan dan keperluan rakyat. Segala perkara mereka buat sesuka hati, bukan memikirkan tentang keperluan rakyat tetapi untuk kepentingan diri sendiri dan parti masing masing. "Kami lebih tahu dari anda" Sikap ini berpunca dari sifat angkuh "kami lebih tahu dari anda" yang diamalkan kerajaan sejak Merdeka, sama seperti warisan penjajah yang tidak menghormati anak-anak negeri. Rakyat dikelentong dengan janji-janji palsu, malah di Dewan Rakyat pun mereka berani berhobong walhal segala maklumat mudah didapati. Inilah sikap kepimpinan zaman Perang Dingin yang masih menyangka internet dan kemajuan teknologi maklumat belum dicipta dan dikembangkan. Dengan sikap itulah tertimbulnya ideologi 'demokrasi terpimpin' yang lahir daripada perasaan elitis di mana mereka fikir bahawa mereka lebih tinggi darjat dan kedudukan daripada rakyat. Kepimpinan negara dan negeri serta para pemimpin politik harus sedar bahawa mereka sebenarnya tidak lebih pandai dari rakyat. Kerajaan bukan bos atau tuan kepada ibu pertiwi. Kerajaan hanyalah pekerja atau paling tinggi pun sekadar pengurus untuk rakyat. Rakyatlah pemilik sebenar negara ini. Pemimpin harus menurut keperluan rakyat. Pemimpin hanyalah wakil kepada kepada perasaan, jiwa, keinginan, dan aspirasi rakyat, bukannya rakyat yang harus mengikuti kehendak dan kegelojohan pemimpin. Rakyat yang membayar gaji, elaun, percutian pemimpin kerajaan, dan segala yang kerajaan berikan pada rakyat adalah hak mutlak sebagai warganegara. Oleh itu, janganlah pemimpin kerajaan pandai-pandai mengatakan rakyat tidak tahu bersyukur apabila rakyat tidak bersetuju dengan pemimpin. Pemimpin jujur tidak akan lari dari rakyat Para pemimpin tidak perlu takut kepada rakyat. Mereka yang takut kepada rakyat biasanya ada sesuatu yang mahu disembunyikan, ada muslihat jahat dan mungkin benci kepada rakyat yang mereka pimpin. Justeru, hapuskanlah undang-undang dan dasar yang mencengkam kebebasan rakyat. Dengarlah cakap rakyat sebagai pendokong tamadun Malaysia. Jangan bohongi mereka yang jahil dengan mengatakan bahawa hak asasi manusia dan demokrasi itu merupakan senjata untuk menghancurkan ummah. Rakyat, terutamanya orang Melayu, semakin sedar bahawa Islam itu membawa ummah keluar dari kegelapan, dari penindasan, dari kekangan hak asasi. Para pemimpin kerajaan, jangan cuba memperbodohkan dan memperlekehkan kuasa, kemampuan, dan bakat rakyat. Bersikap jujurlah kepada rakyat dan bawa harapan rakyat secara ikhlas. Tidak perlu berbelanja besar untuk pakar media, tidak perlu mencipta slogan, membuka kedai, memperkenalkan klinik untuk beri ubat penahan sakit. Memadai sekadar mendengar aspirasi rakyat dan melaksanakannya untuk memastikan rakyat benar-benar diutamakan. Sesungguhnya, para pemimpin lebih memerlukan rakyat berbanding rakyat menagih kepimpinan mereka. – Roketkini.com | ||
Hudud: Alfred Jabu didesak tarik balik kenyataan Posted: 26 Nov 2011 12:32 AM PST
| ||
Mahasiswa tolak campur tangan ghaib Posted: 26 Nov 2011 12:26 AM PST
| ||
Himpunan Aman: Transformasi Mat Jenin Posted: 26 Nov 2011 12:21 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman yang dicadangkan oleh kerajaan Umno BN antara lain mestilah menghantar notis kepada pihak polis selama 30 hari sedang negara lain seperti Myanmar jelas lebih maju penghayatan demokrasinya apabila menghadkan hanya 5 hari notis kepada pihak berkuasa untuk menganjurkan himpunan aman. "Ini membuktikan Malaysia di bawah pentadbiran Umno dan BN semakin mundur ke belakang dengan slogan transformasi angan-angan Mat Jenin," kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) kepada Harakahdaily. Katanya, kelihatan mereka seperti mahukan perubahan setelah perit ditolak rakyat dalam pilihan raya umum tempoh hari tetapi mereka tidak mempunyai keberanian untuk benar-benar berubah dan menyambut baik aspirasi rakyat. Menurutnya, mereka bimbang kehilangan kuasa dan mereka tidak berani sebenarnya untuk melakukan perubahan dengan memberi lebih kuasa kepada rakyat berbanding memusatkan kekuasaan sepenuhnya pada mereka kerana telah biasa berkuasa sejak lebih 50 tahun yang lalu. "Langkah ini akan memakan diri mereka sendiri," ujarnya. Beliau menambah, apabila mereka dilihat enggan berubah malah semakin memusatkan kekuasaan mereka bererti mereka akan menyaksikan nasib serupa sewaktu rakyat menolak kepimpinan mereka melalui pilihan raya umum 2008 yang lalu. "Dulu mereka ditolak kerana keangkuhan dan pemusatan kuasa yang keterlaluan selama ini," katanya.-Harakahdaily | ||
SUHAKAM mengalu-alukan pindaan AUKU Posted: 26 Nov 2011 12:16 AM PST Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) mengalu-alukan langkah untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang akan membenarkan pelajar universiti berumur 21 dan ke atas ruang untuk menggunakan hak perlembagaan mereka untuk bebas bersuara dan membentuk persatuan. Hak-hak ini dijamin di bawah Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan dan termaktub dalam Perkara 19-21 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Suruhanjaya ambil maklum dan mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang telah mengisytiharkan seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak mengikut perlembagaan, atas dasar ianya melanggar kebebasan bersuara. Sejajar dengan aspirasi Perdana Menteri untuk negara, Suruhanjaya menyeru Kerajaan untuk menimbangkan semula hasrat untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan meneruskan usaha untuk mendukung dan melindungi hak rakyat | ||
Mahkamah Tinggi tolak rayuan Peguam Negara Posted: 26 Nov 2011 12:12 AM PST Keputusan ini sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 OKT Lebuhraya Kesas. SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato' Abdul Rahim Uda hari ini menolak rayuan Peguam Negara dan sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 Orang Kena Tahan (OKT) Lebuhraya Kesas dari dua pertuduhan di bawah Seksyen 27 Akta Polis. Kesebelasan mereka dituduh atas pertuduhan berhimpun secara haram dan engkar perintah polis untuk bersurai. Pada tahun 2009, kesebelasan mereka telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Klang atas kedua-dua pertuduhan tersebut tetapi kemudian Peguam Negara telah menfailkan rayuan ke mahkamah Tinggi bagi mengenepikan keputusan tersebut. Pada hari ini, 25 November bertepatan 11 tahun yang lalu, kerana pada tarikh yang sama pada tahun 2000, mereka dan kira-kira 145 orang yang lain telah ditangkap oleh pihak polis di beberapa lokasi di Lebuhraya Kesas kerana menghadiri satu perhimpunan yang dipanggil 'Perhimpunan 100,000 Rakyat' yang dirancangkan berlangsung di satu lokasi di Jalan Kebun, Klang. Hakim Abdul Rahim dalam penghakiman lisannya menyatakan bahawa antara lain pihak Pendakwaraya gagal 'menimbulkan keraguan munasabah' tentang lokasi sebenar perhimpunan haram tersebut. Ini kerana dari beberapa bukti dan kenyataan jelas menunjukkan bahawa lokasi perhimpunan yang dirancangkan ialah di Jalan Kebun tetapi kesemua OKT dan ribuan lagi pengguna lain lebuhraya tersebut berkumpul secara 'spontaneous' (secara tidak rancang) di Lebuhraya Kesas akibat kesesakan di lebuhraya tersebut. 'Double standard' Tegasnya, Pendakwaraya juga gagal membuktikan bahawa amaran bersurai oleh pihak polis menggunakan pembesar suara tersebut dapat didengari secara jelas oleh orang ramai yang berkumpul di lebuhraya tersebut. Kesemua OKT diwakili oleh peguam Yusmadi Yusoff yang juga ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang dan Puan Farah Farhana. Antara 11 OKT yang dibicarakan itu ialah Haji Sahri Bahri, bekas Setiausaha Agung PKR; Abdul Razak Ismail, Pembantu Khas Kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Andalas Dr. Xavier Jayakumar dan S. Pusphalingam, ahli Majlis Bandaraya Shah Alam. Rata-rata OKT melahirkan rasa kurang senang terhadap sikap 'double standard' Kerajaan Barisan Nasional kerana baru semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat. Rang-rang undang-undang tersebut bertujuan 'menghapuskan' Seksyen 27 Akta Polis tetapi dalam masa yang sama Peguam Negara masih bertegas untuk meneruskan pertuduhan tersebut di Mahkamah Tinggi. | ||
Perwakilan Sabah: Humbankan BN jauh-jauh Posted: 26 Nov 2011 12:10 AM PST "Mereka tidak mempedulikan rakyat asalkan mereka mendapat wang," timbalan pengerusi PKR Sabah. PETALING JAYA: PKR Sabah mahu BN dihumbankan jauh-jauh kerana menipu, tidak amanah dan rasuah, kata seorang pewakilan negeri itu. "Mereka tidak mempedulikan rakyat asalkan mereka mendapat wang," Jonathan Yasin, ketua PKR Ranau ketika membahaskan ucapan dasar presiden. Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam ucapan dasarnya berkata parti akan lebih berhati-hati dalam pemilihan calon pilihan raya akan datang. Katanya, parti tidak akan bertolak ansur dengan bakal calon yang berlagak seperti "gunting dalam lipatan". Menurutnya, tender bekalan elektrik sepanjang dua kilometer dari Kota Kinabalu ke pulau Gaya berharga RM100 juta tetapi menurut pakar kosnya hanya RM42 juta. Di Ranau pula, projek kincir angin elektrik yang berharga jutaan ringgit hanya tiang besi saja yang dibina. `Projek potong rumput' "Tidak ada projek yang mereka lakukan, mereka cuma kejar wang peruntukan untuk kepentingan mereka, mereka tidak kisah yang penting poketnya," kata Jonanthan yang juga timbalan pengerusi PKR Sabah. Jonanthan berkata, cukuplah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengaut beratus juta ringgit dengan projek diberikan kepada kroni. "Projek potong rumput tidak diberikan kepada rakyat Ranau tetapi diberikan kepada orang luar," tambahnya. Dalam pilihan raya umum 2008 rakyat belum sedia tetapi 2012 kita kalahkan BN Sabah, kata Jonanthan. Beliau juga mendakwa, lebih 700, 000 rakyat asing di kad pengenalan untuk mengundi BN. "Saya tidak tentang orang asing diberi kad pengenalan tetapi harus mengikut peraturan seperti tinggaI selama tujuh tahun," katanya. Jonanthan juga mendedahkan penduduk Tawau yang mendaftar untuk mengundi di Selangor dalami pilihan raya umum akan datang. | ||
S’gor sudah lama mansuh kuota politik rumah Posted: 26 Nov 2011 12:07 AM PST Ketika pentadbiran Umno-BN terdapat kuota politik bagi pembelian rumah kos rendah dan banyak penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berlaku. PETALING JAYA: Sejak mengambil alih pentadbiran Selangor pada Mac 2008, kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat telah menghapuskan kuota politik bagi tujuan pengagihan rumah kos rendah kepada rakyatnya. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, ketika pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) terdapat kuota politik bagi pembelian rumah kos rendah dan banyak penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berlaku. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media semalam bagi menjelaskan tentang kegiatan seorang individu yang menipu pembeli rumah kos rendah di beberapa kawasan di Klang, Balakong, Selayang dan Cheras. "Individu berkenaan Mohd Yatim Dato' Abu Bakar, yang mengambil sejumlah bayaran sebagai deposit adalah bukan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Besar Selangor. Beliau tidak pernah bekerja dan tidak wujud di Pejabat Menteri Besar," terang beliau. Sehubungan itu katanya, dakwaan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang menuduh pegawai Menteri Besar terlibat dalam penipuan ini adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Faekah berkata, sebab itu sejak mengambil alih pentadbiran 2008 Kerajaan Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk memansuhkan kuota politik samada secara nyata mahupun tersirat dalam segala bentuk bantuan kepada rakyat. "Kami telah meminta mangsa membuat laporan polis sebaik sahaja dimaklumkan oleh beberapa pembeli rumah yang terpedaya yang datang sendiri ke Pejabat Menteri Besar untuk mendapatkan kepastian mengenai status individu berkenaan. "Malah, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah membuat laporan polis terhadap individu berkenaan sebanyak empat kali berdasarkan maklumat yang diterima daripada mangsa. "Kami berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat aduan ini dan mengheret individu ini dan pihak lain yang mungkin bersekongkol ke mahkamah untuk didakwa dan dikenakan hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukan," jelasnya. Faekah menegaskan, Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Menteri Besar dan LPHS tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga atau individu untuk mengutip bayaran bagi mendapatkan rumah kos rendah atau perkhidmatan lain. "Sekiranya melibatkan bayaran, ia sepatutnya dibayar terus kepada Kerajaan Negeri atau agensi kerajaan dan bukan melalui orang ketiga," katanya. Tegas beliau, "dengan penjelasan ini, kami berharap tiada lagi pihak yang mengaitkan individu atau penipuan ini dengan Pejabat Menteri Besar dan menasihatkan pihak-pihak berkenaan supaya tidak cuba 'menangguk di air keroh" untuk memburuk-burukkan Menteri Besar dan kerajaan negeri. | ||
Kelab Umno luar negara perlu pertama bantu Posted: 26 Nov 2011 12:04 AM PST MALAYSIA KINI Kelab Umno Luar Negara (KULN), yang mempunyai rangkaian yang luas di luar negara, perlu menjadi pasukan pertama tiba membantu rakyat Malaysia di luar negara yang memerlukan bantuan tanpa mengira latar belakang, kata Pengerusi KULN Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata kelab itu yang kini mempunyai 74 cawangan di seluruh dunia perlu menggunakan kelebihan rangkaian mereka membantu rakyat Malaysia dengan lebih pantas. "Rangkaian mereka dari segi menghubungi pelajar satu dunia lebih kuat, kerajaan pun tak dapat mengatasinya, maknanya kerajaan ada jabatan penuntut misalnya di United Kingdom mungkin hanya dua atau tiga (orang)... manakala sistem kedutaan hanya wujud di ibu kota. "Tapi KULN ada 74 di satu dunia, di bandar-bandar kecil pun ada, sekecil-kecil St Petersburg (Russia) pun ada," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kursus kepimpinan dua hari KULN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini. Ahmad Shabery yang juga Menteri Belia dan Sukan juga berkata kelab itu kini tidak lagi dilihat sebagai satu agenda politik tetapi sebagai NGO yang paling berkesan sekali merangkaikan pelajar-pelajar Malaysia di seluruh dunia. Dalam pada, Ahmad Shabery yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Luar Negara Umno meminta warga kelab itu tidak mengabaikan penghayatan konsep transformasi negara yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun mereka berada di luar negara. Beliau berkata pemahaman prinsip-prinsip itu di samping kesediaan mereka menghadapi cabaran dunia yang semakin liberal akan melahirkan ciri-ciri pemimpin yang lebih mantap. "Mereka mesti bersedia untuk berhadapan dengan suasana dan dunia yang lebih liberal, maknanya kalau dulu ada banyak sekatan-sekatan (penulisan di internet dan pindaan AUKU 1974) yang dikenakan, tetapi sekarang sekatan itu beransur pulih. "Jadi sekarang mereka perlu lebih bersedia untuk mempunyai kelebihan dan kekuatan dari segi intelektual, dari hujah, gerak kerja, kebajikan dan juga kepimpinan,"katanya. Katanya, kesediaan mereka dalam menjadi pemimpin negara juga akan membantu proses meremajakan Umno yang memerlukan bakat kepimpinan dapat dikesan dengan lebih awal.- Bernama | ||
Mangsa banjir Kelantan bertambah kepada 1,884 Posted: 26 Nov 2011 12:02 AM PST MALAYSIA KINI Hujan yang kadang kala lebat di Kelantan menyebabkan bertambahnya pemindahan mangsa banjir daripada 1,781 orang malam tadi kepada 1,884 orang pagi ini. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri bagaimanapun berkata sehingga kini, hanya empat daerah masih terjejas dengan banjir iaitu Kota Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat manakala keadaan banjir di daerah Bachok dan Pasir Puteh sudah pulih. "Walaupun berlaku sedikit pertambahan mangsa banjir, namun secara keseluruhannya keadaan banjir bertambah baik. Pusat pemindahan di Bachok dan Pasir Puteh sudah ditutup sepenuhnya manakala 17 pusat pemindahan dibuka di Kota Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat," katanya. Beliau berkata daripada keseluruhan pusat pemindahan itu, Pasir Mas mencatatkan jumlah pusat pemindahan terbanyak iaitu 11 diikuti Kota Baharu dengan tiga buah pusat, Tumpat (2) dan Tanah Merah (1). Di Pasir Mas, empat laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Pohon Tanjung-Meranti, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram, Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu dan Jalan Banggol Kulim Lokasi 2, manakala Km24, Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang hanya ditutup kepada kenderaan ringan. Di Tumpat, Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti ditutup kepada semua kenderaan. Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada pada paras 10.18 meter, yang melebihi paras bahaya 9 meter, namun, paras air sungai itu terus menunjukkan penurunan secara perlahan-lahan sejak semalam, kata jurucakap itu. Di KUALA TERENGGANU, keadaan banjir semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan berkurangan kepada 461 orang pagi ini berbanding 798 orang petang semalam. Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Terengganu berkata mereka terdiri masing-masing tujuh orang di Hulu Terengganu dan Kamaman, Kuala Terengganu (41), Marang (34) dan sebanyak 372 di Setiu. Katanya lebih ramai mangsa banjir dijangka dibenarkan pulang hari ini memandangkan keadaan cuaca yang semakin baik manakala paras air sungai di negeri ini keseluruhannya masih bertahan dan berada pada paras biasa. Hampir 3,000 penduduk dipindahkan sejak banjir melanda Terengganu Ahad lepas.- Bernama | ||
HRP ancam demo untuk kuil runtuh Posted: 25 Nov 2011 11:56 PM PST Koh Jun Lin
"Kami tiada pilihan. Tiada pihak yang mempertimbangkan keadaan kami," kata exco pusat Parti Hak Asasi Manusia (HRP) S Thiagarajan. Beliau juga meminta kerajaan memberikan hak milik tanah di lokasi kuil Sri Muneswarar di Persiaran Kerjaya yang seluas satu ekar supaya keadaan itu tidak berulang lagi. Menurut jawatankuasa kuil A Manamohan, dalam kejadian tengah hari semalam, kira-kira 30 anggota polis dan pegawai penguatkuasa tiba dengan sepuluh kereta. Beliau mendakwa tiada notis awal dikeluarkan. Exco Selangor Xavier Jayakumar bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Difahamkan kuil itu mampu memuatkan kira-kira 100 orang pada satu-satu masa. | ||
PKR akan terus ceramah di Johor Posted: 25 Nov 2011 11:55 PM PST MALAYSIA KINI Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata parti itu telah memperoleh permit untuk satu program ceramah pada malam ini, membabitkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau telah melihat permit berkenaan pada malam tadi dan berharap pihak polis akan terus memberi kerjasama dalam penganjuran siri ceramah PKR seterusnya di seluruh negeri berkenaan, kata Saifuddin kepada pemberita dalam sidang media selepas ucapan dasar presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kongres berkenaan di Johor Bahru. Tambahnya, PKR telah menerima reaksi berbeza-beza ke atas permohonannya untuk mendapatkan permit bagi mengadakan program berkenaan. "Kategori pertama polis diam. Kategori kedua, ya dia keluarkan permit macam malam ini (program melibatkan Anwar). semalam saya ditunjukkan permit uuntuk program Datuk Seri diadakan. "Kategori ketiga, polis secara lisan maklum tak boleh teruskan, tak ada hitam putih," katanya lagi yang menambah, kesemua program berkenaan akan diteruskan. PKR mengatur program ceramah di 14 kawasan DUN di seluruh negeri Johor sempena kongres nasional parti yang sedang berlangsung selama tiga hari bermula semalam. Mengulas mengenai tindakan polis ke atas enam program ceramah yang dijalankan pada malam semalam, Saifuddin berkata PKR tidak menerima sebarang laporan berhubung gangguan atau tindakan kekerasan ke atas program berkenaan. "Terbukti perhimpunan itu berjalan dengan elok dan terkawal," katanya lagi yang menyatakan bahawa sambutan rakyat Johor terhadap program berkenaan juga merupakan satu isyarat ke atas penerimaan parti itu di negeri berkenaan. "Kami tak pernah dapat sokongan begini tujuh tahun dulu tapi kini gambaran biasa... Kita pernah terima isyarat ini di Perak dan Selangor dan kita terima isyarat ini kelihatan dari Johor. "Maka munasabah tempat kongres parti ini kita pilih di Johor dan serentak dengan itu bukan saja kongres tapi 20 program penerangan serentak setiap malam. Walau kita berdepan halangan di sana sini tapi sambutan sangat baik," katanya lagi. | ||
Undi Melayu: PKR tumpu sokongan peneroka Felda Posted: 25 Nov 2011 11:54 PM PST Salhan K Ahmad Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, parti itu kini memfokuskan usaha untuk memecahkan kubu kuat Umno di Johor dengan menumpukan isu orang Melayu di kawasan Felda. Katanya, PKR akan memfokuskan kepada isu orang Melayu yang dianiaya Umno dalam mendapatkan sokongan golongan masyarakat berkenaan. "Selama 40 tahun warga Felda telah menyumbang kepada ekonomi tetapi diketepikan. Inilah fokus PKR untuk dua tiga bulan akan datang," katanya dalam satu sidang media bersama kira-kira 50 orang golongan peneroka berkenaan hari ini. Tawaran utama PKR untuk memenangi hati warga Felda ini dikenali Janji Palong – manifesto khas enam perkara untuk "mengangkat martabat dan maruah warga Felda di seluruh negara." Manifesto yang dilancarkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di gugusan Felda Palong, Negeri Sembilan itu antara lainnya menawarkan janji untuk memansuhkan Felda Plantations dan membuka 830,000 ekar tanah kepada peneroka. Manifesto berkenaan, dilancarkan Isnin lalu, turut menawarkan untuk membuka tanah rancangan baru dengan melaksana skim baru untuk kepentingan generasi kedua dan ketiga Felda. Selain itu, Janji Palong turut menawarkan janji untuk menghapuskan beban hutang yang ditanggung peneroka dengan mengemukakan kos penyata pendapatan sebenar yang patut diterima golongan tersebut. Melalui Janji Palong, PKR juga berjanji untuk menyediakan perumahan yang selesa kepada warga peneroka, dengan tumpuan kepada generasi kedua dan ketiga Felda. Satu lagi janji utama PKR adalah untuk memberikan hasil sawit peneroka kepada 28 peratus, seperti yang diperolehi sekumpulan peneroka di Felda Kemahang 3 selepas kes berkenaan dibawa ke mahkamah. Turut ditawarkan ialah agihan bantuan dan insentif yang adil kepada warga Felda, dianggarkan melibatkan 112,000 keluarga, melalui galakan untuk mengusahakan tanaman sendiri. | ||
PKR-PAS-Umno berwacana di Kelantan Posted: 25 Nov 2011 11:53 PM PST MALAYSIA KINI Beberapa tokoh sensasi PKR, PAS dan Umno dijadual berkongsi pentas dalam program wacana membincangkang tuntutan pilihan raya bersih dan adil serta prospek parti bertanding dalam pilihan raya umum. "Mengambil kira kepada situasi inilah, wacana perdana yang berbentuk perbincangan atau perdebatan sekali lagi dianjurkan," kata jurucakap program. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan