Ahad, 20 November 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Otak Senteng Akai Kering

Posted: 19 Nov 2011 06:54 PM PST


Sekolah ialah tempat guru mencurahkan ilmu serta mendidik anak-anak didiknya supaya menjadi insan yang berilmu dan terdidik dengan nilai-nilai yang murni.

Tapi apa sudah jadi?? Di sebuah sekolah di Pagoh, Guru Besarnya pulak yang kurang ajar dan rendah dengan nilai dan budi. Ironis kan?? Macam mana kamu nak jadi contoh dan teladan kepada anak didik kamu?? [Baca sini] Inilah jenis guru yang menjadikan profesion keguruan tidak dihormati lagoi oleh masyarakat.

Setahu aku.... apa bentuk potongan pun tidak boleh dibuat ke atas duit one-off RM100 tu. Pelajar mesti diberikan RM100 genap. No potong-potong. Itulah maklumat yang aku dapat daripada kengkawan. So.... perbuatan Guru Besar di Pagoh tu, bukan sahaja biadap tetapi telah melanggar arahan yang diberikan.

Weh... kalau setakat kamu tu Guru Besar, usah nak berlagak dan besar kepala ler. Bikin malu profession keguruan jer. Akibat nila setitik.... rosak susu sebelanga. Haprak betoiler ko ni!!

Pagoh bukan ke kawasan Muhyiddin?? Buat jer aduan terus kepada Menteri Pelajaran@Muhyiddin Yassin. Biar si malaon tu kena. Biar padan muka dia. Manusia tarak otak macam tu, mesti dihajor betoi-betoi sebab dah terlalu kurang ajor. Bior dia belajor ada akai sikit.

Weh.... duit tu duit rakyat, bukan duit mak bapak ko!! Kalau duit mak bapak ko sekali pun, sebagai manusia yang Allah SWT berikan otak dan akai, tak sepatutnya bapa pelajar tu diperlakukan sedemikian rupa. Jika pun ada bayaran tertunggak di pihak pelajar tersebut... tak boleh ke story cara elok-elok dan tak boleh ke beri secara lebih bersopan?? Mengapa mesti lempar baki wang tersebut??

Ciiittt....!! Otak senteng punya Guru Besar!!

Mirror.. Mirror... On the wall...

Posted: 19 Nov 2011 03:00 PM PST


Tindakan bijak daripada menteri ikhsan Kabinet Dapur Najib. PRU13.... dia tak akan bertanding. Itu pendirian dia setakat hari ini. Esok entahler pulak...

GEORGE TOWN: Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan dakwaan bahawa tindakan beliau untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) adalah disebabkan desakan daripada Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata keputusan untuk tidak bertanding sama ada bagi kerusi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibuat sejak awal tahun ini tetapi tidak mengumumkannya kerana atas beberapa sebab.

"Ia bukan atas desakan mana-mana parti atau sesiapa, sebaliknya keputusan saya sendiri. Saya memang telah memikirkan dan membuat keputusan itu sejak Januari lagi," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis konvokesyen Wawasan Open Universiti (WOU) di sini, Sabtu. [Seterusnya di sini]

Mungkin benor.... tidak ada desakan daripada orang tapi mungkin datang dari desakan lain kot. Mungkin dia dapat nasihat daripada cermin ajaib.

Mirror... mirror on the wall. Bolehkah aku menang jika aku bertanding dalam PRU13 nanti??

Jawan cermin ajaib...

Tengok muka kamu betoi-betoi dalam cermin ini. Apakah kamu rasa kamu boleh menang?? Weh... jangan kamu perasan dan jangan kamu bermimpi. Penang dah tak siorkan kamu lagi. Kamu pastiakan kalah. Jangan malukan diri sendiri. Lebih baik berundur. Itu pun kalau kamu nak ikut nasihat aku ler. Kalau tak mahu... mampuih pi kat hang la.

Aha... sebab tu dia buat keputusan takkan bertanding dalam PRU 13.

Tahniah... Wise move Dr Koh!!

Tiada ulasan: