ALHUSSEYN |
Bijak betul lembu Shahrizat bercakap! Posted: 08 Nov 2011 09:14 AM PST Pusat Fidlot Nasional (NFC) tidak dapat digunakan sepenuhnya RM250 juta pinjaman mudah daripada kerajaan sebagai dana telah diletakkan dalam escrow, Datuk Seri Noh Omar berkata, hari ini. "Ini adalah akaun escrow. Ini bermakna terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi, "kata menteri pertanian dan industri berasaskan pertanian manakala menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan di Parlimen.Baca lagi disini Kenapa Datuk Shahrizat Jalil tidak berani tampil ke hadapan menjelaskan secara terperinci - hanya membiarkan lembu-lembunya bercakap sahaja? |
Berkunjunglah ke Sungai Rokam - Kampung Tanpa Sampah! Posted: 07 Nov 2011 06:08 PM PST Setelah DUN Sungai Rapat, Hamidah Osman bersama MB Kudeta Perak, Zambry Abd Kadir melancarkan "Kampung Tanpa Sampah" di Kampung Sungai Rokam beberapa minggu sudah, Perak Today dengan bangganya melaporkan bahawa projek tersebut telah berjaya mencapai sasarannya. Mengikut laporannya, Kampung Sungai Rokam kini menjadi kampung contoh.Ekoran itu, projek seumpamanya akan dilanjutkan ke Kampung-kampung lain. jelas kelihata riang berenang didalamnya di Sungai Rokam - ikan-ikan mulai membiak didalamnya. Bersempena dengan Sambutan Melancong Ke Perak tahun 2012 tidak lama lagi, elok benarlah jika Kampung Sungai Rokam ini dijadikan salah satu tempat persinggahan pelancung kerana kebersihan dan keindahan panorama Sungai Rokam - sungai yang namanya diambil untuk dinamakan kepada sebuah kampung yang permai dan bersih - ramai orang akan terpegun dan taajub apabila melihat keindahannya. Aku cuba bayangkan Hamidah sebagai puteri Duyung sedang bersiram ditepian sungai yang airnya mengalir lesu itu..... Lihatlah berapa banyak ikan sedang berenang didalamnya! Ha! ha! atas itu tadi adalah gambar ikan dalam kolam aku!! Lebih baik panoramanya dari apa yang Hamidah dan Zambry buat projek tu!Tidak tahu siapa yang patut dipertanggung jawabkan tentang kebersihan sungai ini - sama ada JPS atau DBI ? Hamidah kena tolong-tolonglah tengokkan hal tersebut.Buat malu kampung aku aje kalau orang luar datang ke sini.Dan Ketua Umno Sungai Rokam, 'Lan Giant' , tapi aku lebih mesra panggil dia 'Lan Gian' yang duduk sebelah sungai ni buat apa? Hamidah dan Zambry yang melancarkan "Kampung Tanpa Sampah" tempohari itu entah apalah yang mereka berdua tu buat. Aku cuma nampak Zambry beraksi mengayuh beca buruk dengan membawa seorang penumpang pada hari pelancarannya dulu . Entah apa faedahnya warga emas yang bertugas membersihkan kawasan Dewan Sungai Rokam itu dijadikan 'model' penumpang beca yang sudah buruk itu. Bacalah kelentong Perak Today (laporannya di bawah) melaporkan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh kini merancang untuk memilih sebuah kampung Cina dan India untuk melaksanakan program yang sama . Konon-kononnya, selepas melihat kejayaan di Kampung Sungai Rokam ini dan bercita-cita untuk melanjutkan program tersebut ke kampung-kampung lain juga. SELEPAS pengenalan yang berjaya "Kampung Tanpa Sampah" di sebuah kampung Melayu tradisional, Majlis Bandaraya Ipoh kini merancang untuk memilih sebuah kampung Cina dan India untuk melaksanakan program ini. Datuk Bandar Datuk Roshidi Hashim berkata dengan bantuan daripada wakil-wakil rakyat mereka akan memilih dua kampung tidak lama lagi. Beliau berkata objektif majlis adalah untuk memastikan persekitaran yang lebih bersih, terutama di Ipoh. Roshidi berkata selepas melihat kejayaan di Kampung Sungai Rokam, majlis itu memutuskan untuk melanjutkan program ke kampung-kampung lain juga. "Di bawah semangat 1Malaysia, kami berharap untuk memilih sebuah kampung Cina dan India bagi maksud itu. "Kampung Sungai Rokam adalah kampung pertama di bawah program bagi negeri yang telah dilancarkan oleh Kasyaf Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada 20 Okt. "Kami telah memilih kampung ini kerana ia adalah sebuah kampung model di Ipoh dan juga terletak strategik di dalam Daerah Kinta, selain teratur dan bersih," katanya pada mesyuarat lembaga penuh baru-baru ini. Dalam perkembangan lain, Roshidi berkata majlis bandar di tengah-tengah menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan dengan masyarakat India. Beliau berkata ini termasuk masalah setinggan di Buntong MBI dan Kampung Tai Lee tanah rizab. Perkembangan ini, katanya, adalah amat menggalakkan. "Majlis merancang untuk membangunkan projek perumahan yang mampu dimiliki di kedua-dua lokasi," katanya. Roshidi berkata selain bahawa terdapat beberapa bidang yang sinonim dengan masyarakat India. Beliau berkata, Kampung Kacang Putih dan Little India adalah antara tempat-tempat yang berpotensi yang boleh dimajukan sebagai kawasan pelancongan. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semasa lawatan beliau baru-baru ini ke Ipoh, telah mengumumkan bahawa RM300mil akan disediakan untuk membangunkan Little India. Sebelum ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan yang RM1.5mil untuk mengecat semula bangunan-bangunan, membina laluan pejalan kaki dan memasang lampu jalan. "Majlis akan terus meningkatkan infrastruktur dan kemudahan di kawasan tersebut dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan itu menjadi satu destinasi pelancongan yang terkenal," katanya. Tetapi benarkah Kampung Sungai Rokam ini sudah benar-benar merupakan sebuah "Kampung Tanpa Sampah' dan layak dijadikan contoh sebagaimana digembar gemburkan itu? Berikut sila lihat bukti-nya yang nyata.Bahawa dakwaan Kampong Sungai Rokam bebas sampah adalah pembohongan dan ianya hanyalah propaganda kosong semata-mata. menyakitkan mata .Kenapa Hamida Osman tidak beri bantuan untuk membaik pulih? dan mengapa MBI terus membiarkan bangunan yang terlalu usang ini dengan tumbuhan liar, serta semak-samun menjadi sarang nyamuk, tikus atau mungkin juga ular, begitu sahaja? hala menuju ke kediaman DS Nizar - Lebuh Mawar begitu sahaja -Padang Kanak-Kanak Sungai Rokam |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan