Selasa, 8 November 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ke Manakah Wang Rakyat RM1.43 Bilion Hilang??

Posted: 08 Nov 2011 04:45 AM PST


Saya petik:
 
[KD]KUALA LUMPUR 8 Nov: Jawatankuasa pemantauan Audit Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kehilangan Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara sebanyak RM1.43 bilion, kata Pengerusinya, Azan Ismail.

Ini kerana katanya, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bagi Kumpulan Wang Luar Jangka setiap tahun sepatutnya sama dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), iaitu sebanyak RM1.5 bilion.

"Namun, berdasarkan LKAN 2010, jumlah yang dicatatkan hanyalah RM79.14 juta dan jumlah itu berbeza dengan jumlah yang dinyatakan pada Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang jumlahnya mestilah RM1.5 bilion.

"Maknanya, berlaku 'kehilangan' wang rakyat kira-kira RM1.43 bilion. Dengan itu, kita menuntut penjelasan dari Datuk Najib menjelaskan segera isu ini," kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yussoff.

Menurut Azan, walaupun artikel 103 Perlembagaan Persekutuan membenarkan menteri membelanjakan Kumpulan Wang Luar Jangka, namun ia mestilah diganti dalam kadar yang paling segera.

"Malangnya, sehingga 31 Disember 2010 yang sudah berakhir, jumlah itu tidak digantikan dan kita mahu penjelasan ke mana 'disembunyikan' wang rakyat ini kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan artikel 103," katanya.

Dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu turut menunjukan data yang dikutip dari Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bagi 2010, 2011 dan 2012 dan LKAN 2010.






GST: Rakyat (Termasuk Pencacai) Dipaksa Bayar Cukai 2 Kali

Posted: 08 Nov 2011 04:00 AM PST

 
Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR 8 Nov: Perlaksanaan GST sekiranya diluluskan dalam perbahasan Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan pada sesi parlimen November ini akan memberi impak besar kepada pendapatan rakyat Malaysia.

Cukai baru ini akan dilaksanakan bersama cukai pendapatan sedia ada dan menyebabkan lebih banyak wang diambil daripada rakyat.

Bendahari agung KEADILAN Wiiliam Leong Jee Keen berkata, GST akan mengurangkan pendapatan boleh belanja rakyat pada ketika kerajaan tidak membenarkan kenaikan gaji dan upah di kalangan pekerja.

"GST amat tidak adil kerana cukai itu akan dikenakan sama kadarnya kepada orang miskin mahu pun yang kaya. Sistem cukai yang progresif mengenakan lebih cukai kepada yang mampu membayar lebih sahaja. Golongan miskin sepatutnya dikenakan cukai yang rendah.

"Bagaimana orang miskin makan sepinggan nasi berharga RM5 dikenakan cukai 5 peratus dan orang kaya juga akan diminta bayaran yang sama?

"Setiap orang yang dikenakan GST juga akan dikenakan cukai pendapatan. Mereka membayar cukai dua kali. Bagi orang kaya itu tidak mengapa, tetapi bagaimana pula orang miskin?

"Kerajaan juga tidak menaikkan kadar gaji dan upah. Sepatutnya tingkatkan pendapatan supaya rakyat boleh berbelanja lebih. Bagi saya dasar kerajaan BN ini tidak sesuai sama sekali," katanya yang juga ahli parlimen Selayang pada Suara Keadilan.

GST, menurut William, akan mencukai semua pergerakan rakyat daripada perbelanjaan yang paling murah sehinggalah yang paling mahal.

Tidak ada yang akan telepas kecuali perkhidmatan tertentu yang dikecualikan cukai seperti perubatan di hospital kerajaan dan sebagainya.

Mengenai hujah BN, GST akan menarik pelaburan dalam dan luar negara kerana faktor cukai yang lebih rendah, beliau menolak alasan itu kerana sektor korporat telah pun diberi pelbagai pengecualian cukai dan insentif yang menguntungkan.

"Jika hanya untuk menarik pelaburan asing mengapa perlu membebankan rakyat? Pelabur asing telah pun diberi pengecualian cukai selama 12 tahun. Selepas 12 tahun mereka memindahkan pula pelaburan ke Vietnam untuk menikmati insentif serupa. Bilakah mereka akan dicukai?

"Kegagalan kerajaan mengutip cukai dari sektor industri ini tidak sepatutnya dibebankan kepada rakyat biasa untuk menanggungnya," kata William lagi.

Menurut sumber, GST dijangka akan menambah kira-kira RM10 bilion pendapatan tambahan kerajaan sekiranya dilaksanakan.

Shahrizat Guna RM800 Ribu Dana NFC Melancong ke Luar Negara?

Posted: 08 Nov 2011 03:47 AM PST



Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR 8 Nov: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya untung lebih RM600 ribu menggunakan wang rakyat yang disalur menerusi National Feedlot Corporation (NFC).

Syarikat keluarga Shahrizat, Agro Science Sdn Bhd merupakan pemegang saham bersama kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengendalikan Pusat Fidlot Kebangsaan.

Namun, keuntungan RM666 ribu itu bukan diperolehi daripada penjualan daging lembu sebaliknya faedah daripada deposit tetap menggunakan sebahagian daripada RM250 juta duit rakyat yang disalurkan kepada NFC.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen sebentar tadi.

"Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

"Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan keuntungan faedah daripada simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

"Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit," kata Rafizi.

Malah lebih teruk, kata Rafizi, Shahrizat dan keluarganya didakwa memboroskan sebanyak RM827,579 dari dana NFC untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009.

Menurut Rafizi, kos itu bersamaan dengan RM511 bagi setiap ekor lembu yang disembelih oleh NFC pada tahun 2009.

Perkara itu menyebabkan kos operasi NFC melonjak 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

"Rekod menunjukkan hanya 1,618 ekor lembu disembelih dalam tahun 2009.

"Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan keluarga Shahrizat," kata Rafizi.


P/s: Belasah, nanti di dalam kubur, siapkan jawapan!



Sultan SEMBELIH Binatang Korban, SALUT!!!

Posted: 07 Nov 2011 10:00 PM PST

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V serta Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra berangkat ke majlis korban anjuran Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) yang diadakan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, semalam. Dalam majlis itu, Sultan Muhammad V yang berkemeja dan bertopi merah turut menyembelih seekor dari 42 lembu dan kerbau yang disediakan dalam majlis itu.-SH


P/s: Kebanyakan orang belum tentu lulus sembelih ayam. Itu fakta.

Salut Tuanku!



* Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pengunjung DUNIACACAMARBA (DCM) - Tayadih Maysia

Abang Lahanat

Posted: 07 Nov 2011 08:50 PM PST


Saya petik:

KUALA LUMPUR: Abang setan. Itu gelaran kepada seorang pemuda berusia 20-an yang mencabul adik perempuannya berusia 17 tahun dan memukul mangsa serta ibunya dengan papan menggosok pakaian apabila kejadian itu diceritakan kepada ibunya.

Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Sungai Besi, di sini, pada jam 8.30 pagi kelmarin ketika mangsa yang juga pelajar tingkatan lima berada di biliknya berseorangan manakala ibu dan kakaknya tiada di rumah.

Sumber berkata, suspek masuk ke dalam bilik dan menolak mangsa ke atas katil sebelum mencabulnya.

"Mangsa merayu serta cuba melawan, tetapi suspek bertindak lebih ganas apabila cuba merogolnya, namun ketika bergelut, mangsa dan suspek terjatuh daripada katil dan berlaku pertengkaran.

"Sebelum meninggalkan adiknya, suspek memberi amaran supaya mangsa tidak memaklumkan kejadian ibu mereka," katanya.

Menurutnya, mangsa mengadu kepada ibunya dan dihantar ke rumah kakaknya buat sementara.

"Bagaimanapun, apabila mangsa pulang ke rumah pada sebelah malam dia terkejut melihat biliknya bersepah dan pakaiannya dibuang suspek yang tidak puas hati kerana mangsa memberitahu kejadian itu kepada ibu mereka.

"Suspek bertindak lebih ganas dengan memukul mangsa dan ibunya dengan papan menggosok pakaian menyebabkan mereka cedera di kaki dan badan," katanya.

Sumber itu berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jalan Bandar.

Alamak, Tuan Mufti TERKEJUT, Haji Najib dan Hajah Rosmah Selesai Haji Lebih Awal

Posted: 07 Nov 2011 05:27 PM PST


Saya petik:
[MK] Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

"Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan  13 Zulhijjah.

"Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

"Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

"Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi.



P/s: Kantoi! Apa komen menteri agama nanti?

 

Tiada ulasan: