Selasa, 8 November 2011

Biaqpila

Biaqpila


MUFTI PUN TERKEJUT: HJ NAJIB DAN HAJAH ROSMAH SELESAI HAJI LEBIH AWAL

Posted: 08 Nov 2011 04:00 AM PST



Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

"Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

"Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

"Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

"Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi.

dppwm


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Projek Fidlot: Najib Bohong lagi?

Posted: 07 Nov 2011 11:00 PM PST


KUALA LUMPUR 8 Nov: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa tindakan tata tertib dikenakan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar kerana berbohong di Parlimen.

Menurut Rafizi, pembohongan itu berhubung peruntukan RM250 juta wang rakyat menerusi projek National Feedlot Corporation (NFC) yang diberikan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Najib pada 1 November lalu memberitahu Parlimen setakat ini hanya RM181.9 juta daripada peruntukan RM250 juta disalurkan kepada NFC, syarikat milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Sementara Noh Omar pada 31 Oktober lalu berkata, RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya.

Sedangkan kata Rafizi, rekod kewangan NFC menunjukkan semua RM250 juta itu disalurkan sepenuhnya kepada Shahrizat sebelum 31 Mac 2009 lagi.

"Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

"Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC," kata Rafizi dalam satu kenyataan media.

NFC sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila ia dikendalikan syarikat Agro Science Sdn Bhd yang dimiliki suami Shahrizat, Datuk Mohamad Salleh.

Syarikat itu sepatutnya membekalkan 60 ribu ekor lembu dalam masa lima tahun di bawah RMK 9 namun dalam tiga tahun pertama operasinya, ia hanya mampu membekalkan 8,016 ekor lembu.

Menurut Rafizi, kerajaan BN dijangka melupuskan hutang syarikat Shahrizat dengan kerajaan kerana operasi ternakan lembu syarikat itu rugi besar dan tidak mampu membayar kembali pinjaman yang diberikan Kerajaan Pusat.

"Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

"Jika ini berterusan, kerajaan pusat tidak ada pilihan lain kecuali melupuskan pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC seperti amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja dan syarikat-syarikat berkepentingan lain," kata Rafizi.

Kerugian besar itu juga berpunca tindakan Shahrizat memberikan diskaun besar kepada restoran mewah milik keluarganya sendiri yang membeli daging lembu daripada NFC.

"Tindakan ini bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik apabila NFC yang dibiayai wang rakyat memberi subsidi kepada restoran mewah yang dimiliki oleh keluarga seorang menteri," kata Rafizi.

KD

darisungaiderhaka



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

'Geng Sarung Bantal' licik

Posted: 07 Nov 2011 02:59 PM PST

Penduduk takut penjenayah hantar 'kaki' sebelum pecah rumah 

WANGSA MAJU: Penduduk di Seksyen 5 di sini khususnya di sekitar Jalan 3/ 27 B dan C tidak dapat tidur lena setiap malam sejak dua bulan lalu kerana bimbang rumah mereka menjadi mangsa 'Geng Sarung Bantal' yang sering memecah masuk rumah penduduk.Penjenayah disyaki bergerak secara berkumpulan itu menggunakan sarung bantal di rumah penduduk yang dimasuki untuk membungkus semua hasil barangan dicuri seperti komputer riba, barangan kemas, wang tunai dan sebagainya.Penduduk, Ghazali Ismail, 65, berkata geng berkenaan menggunakan taktik menghantar 'kaki' mereka membuat tinjauan beberapa jam sebelum memecah masuk rumah penduduk termasuk memastikan pemilik tiada di rumah. 

"Mereka mengambil kesempatan memecah masuk menerusi pintu belakang dengan mengopak tingkap dapur atau menolak pagar besi ketika penghuni tiada di rumah. 

"Mereka akan meletakkan pagar besi itu semula bagi mengaburkan mata orang ramai sehingga tiada yang perasan rumah itu dipecah masuk. 

"Lebih 10 kes jenayah seperti curi kereta, ragut dan pecah masuk rumah berlaku di kawasan ini tahun lalu dan keadaan semakin membimbangkan sejak sebulan lalu apabila 15 rumah sudah dipecah masuk," katanya kepada Sentral di sini. 
Katanya, selain kehilangan kereta beberapa tahun lalu, rumahnya turut dipecah masuk bulan lalu apabila penjenayah mengambil pelbagai barangan berharga. 

Beliau yang ditemui bersama beberapa penduduk di sini kesal kerana tiada tindakan diambil pihak berkuasa bagi mencegah kes pecah masuk rumah walaupun banyak aduan dibuat. 

"Kami terpaksa membuat rondaan bermula tengah malam sehingga subuh sejak September lalu, tetapi kejadian pecah masuk rumah masih berlaku. 

"Oleh itu, kami sangat berharap pihak berkuasa khususnya polis membuat rondaan di kawasan perumahan itu bagi mengekang kejadian terbabit," katanya. 

Nik Amran Alias, 47, berkata beliau pernah terserempak empat lelaki menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna hitam berlegar-legar di kawasan perumahan itu tetapi kereta berkenaan hilang sebaik terlihat kelibatnya. 
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: