ALHUSSEYN |
Tetapi First Lady berbelanja besar itu bukan omongan kosong .... Posted: 04 Nov 2011 01:53 PM PDT Akhbar Western Australia telah menyiarkan berita pembetulan tentang ceritanya yang melaporkan tentang anak perempuan Najib bershopping bersama perwakilan Chogm di sana sebagai tidak benar. Blog pengampu Umporno tentu akan siarkan berita penafian ini sebagai suatu kemenangan bagi mereka.Tentunya mereka akan kutok blogger pakatan yang menyiarkan berita tersebut sebagai tukang fitnah.Dan mereka akan siarkan keratan akhbar tersebut seperti yang ada di sebelah ini. Saya nampak sedikit pelik kerana berita penafian tersebut agak tersorok sahaja. Saya ingatkan ia dibuat satu muka penuh di muka depan akhbar tersebut. Ya, akhbar Australia tersebut telah membuat pembetulan berkenaan anak perempuan Najib tidak ada di Australia sewaktu Chogm bersidang di sana.Walau bagaimana pun ia tidak ada menafikan tentang adanya 'First Lady' yang berbelanja AUS $150,000 untuk membeli mutiara. tolong siarkan penafian itu seperti ini Menurut apa yang dilaporkan, Malaysiakini telah menghubungi akhbar tersebut untuk penjelasan dan telah dihubungkan kepada pemberita yang melapor berita tersebut, tetapi pemberita berkenaan tidak dapat dihubungi dan tidak menjawab pesanan bertulis. Malaysiakini juga cuba menghubungi pejabat Perdana Menteri tetapi tidak mendapat layanan. Sebelum ini cerita sensasi pasal cincin permata yang akhbar Indonesia siarkan dulu pun ditarik balik laporannya...Begaitu juga tentang Majlis Pertunangan anaknya di Kazakhstan telah dinafikan oleh Khairy tapi semuanya itu betool adanya... |
Posted: 04 Nov 2011 10:40 AM PDT Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas dilakukan serentak menyebut nama Allah, "Labbaik Allah humma labbaik Labbaik la sharika laka labbaik Innal hamda Wan-ni'mata Laka walmulk Laa sharika lak", dilaungkan dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah. Jika anda benar-benar ikhlas dengan laungan kalimah yang suci itu, hentikanlah segala penyelewengan yang sedang engkau lakukan. Bertaubatlah sebelum tibanya ajal maut. Sia-sia sahaja ungkapan Labbaik Allahumma Labbaik yang engkau laungkankan itu jika waris Altantuya masih engkau biarkan terus menanti keadilan yang tidak kunjung tiba. |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan