Jumaat, 4 November 2011

Biaqpila

Biaqpila


LEMBAGA HITAM GANGGU GADIS BAWAH UMUR

Posted: 04 Nov 2011 05:00 AM PDT


Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali (tengah) melakukan rondaan bersama penduduk Ketari di Bentong, Pahang, malam kelmarin.

BENTONG – Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.

Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu lalu selain membuat kacau di kampung itu.

Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam itu turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.

Ekoran kejadian itu, para penduduk taman perumahan dan kampung menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi dan memburu suspek.

Salah seorang anggota SRS dari Kampung Bukit Piatu, Muhamad Zulfadzli Zulkifli, 22, mendakwa dia bersama rakan pernah terserempak dengan lembaga hitam itu beberapa hari lalu ketika melakukan rondaan.

"Kami ternampak satu lembaga hitam berada di atas bumbung salah sebuah rumah dan kami mengejar sehingga ke tepi sungai tetapi gagal apabila dia berjaya menyeberangi sungai tersebut.

"Kemudian, lembaga itu mempersendakan kami sebelum menghilang diri dalam semak apabila menyedari beberapa rakan kami cuba menyeberangi sungai untuk menangkapnya," ceritanya di sini semalam. -Kosmo

*PANDAI PULAK LEMBAGA HITAM NI, PI CARI GADIS BAWAH UMOQ....TINGGI JUGAK TASTE DIA...KAH!KAH!KAH!

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Berpura-pura mati elak dicabul

Posted: 04 Nov 2011 03:00 AM PDT



MACHANG – Demi menyelamatkan diri, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun berpura-pura mati selepas dipukul dengan kayu dan bata oleh seorang lelaki yang cuba mencabulnya di Kampung Cherodok, dekat sini, antara jam 4.30 hingga 5 petang, Isnin lalu.

Kelmarin, akhbar ini menyiarkan kenyataan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman mengenai seorang kanak-kanak berlari dari rumah seorang diri selepas didakwa dicabul lelaki tidak dikenali sejurus pulang dari kelas Fardhu Ain di salah sebuah sekolah di Machang.

Jalaluddin berkata, suspek berusia 17 tahun dan tidak bersekolah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit dan kertas siasatan bawah seksyen 354 dan seksyen 324 Kanun Keseksaan dibuka.

Nenek mangsa yang ingin dikenali Mak Da berkata, sebelum kejadian, mangsa menunggu bapanya berdekatan sekolah selepas tamat kelas Fardhu Ain dan diajak remaja itu menaiki motosikal yang ditunggangnya.

"Remaja berkenaan bertanya kepada cucu di mana tempat tinggal dan dia ingin menghantarnya. Setelah diajak berkali-kali, cucu saya bersetuju menaiki motosikal mangsa sebelum dibawa ke rumah kosong.

"Namun, remaja berkenaan mula bertindak ganas apabila cucu saya cuba melepaskan diri daripada dirabanya dengan memukul menggunakan bata dan kayu hingga menyebabkan beberapa luka di bahagian badan dan kepala,'' katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mak Da berkata, setelah dipukul di kepala, mangsa berpura-pura mati dan tidak bergerak apabila diperiksa remaja itu.

Katanya, selepas mendengar bunyi motosikal remaja itu berlalu pergi dari tempat kejadian dan mangsa merangkak keluar dari rumah kosong itu kemudiannya diselamatkan orang ramai yang lalu di kawasan itu sebelum dihantar ke balai polis.

"Mujur cucu saya dapat mengingati nombor pendaftaran motosikal berkenaan dan dapat memberitahu warna baju dan seluar yang dipakainya sehingga tangkapan segera dapat dilakukan pihak polis.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyelamatkan cucu saya. Ini adalah pengajaran buat kita semua supaya berhati-hati terutamanya melibatkan anak-anak perempuan ,'' katanya.

Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum dibenarkan pulang tengah hari semalam.

Sementara itu, Pesuruh Jaya Negeri, Skuad Sayang, Pergerakan Wanita Umno, Datin Rahimah Mohamad berkata, kejadian itu sewajarnya dijadikan pengajaran dan ingatan kepada semua dalam menjaga keselamatan anak-anak.

"Kami berharap keluarga mangsa dapat bersabar dalam menghadapi dugaan ini,'' katanya ketika melawat mangsa di rumah keluarganya bersama Skuad Sayang Parlimen Machang, di sini, semalam.

SH


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PROJEK BELASAH DUIT RAKYAT!!! Bina jambatan tanpa sungai, korek sungai bawah jambatan

Posted: 04 Nov 2011 12:00 AM PDT



Pelik tetapi benar.. Diseluruh dunia Jambatan biasanya dibina untuk menghubungkan antara dua jalan yang merentasi jurang , sungai ataupun lautan tetapi hanya di Malaysia di negeri Terengganu ianya adalah sebaliknya.


Projek Kerajaan Barisan Nasional ini yang telah menelan belanja RM210 Juta ini iaitu tambahan RM70 Juta dari harga asal iaitu RM174 Juta memerlukan anak Sungai dibina atau dilencongkan merentasi bawah jambatan tersebut supaya jambatan tersebut berfungsi sebagai jambatan.

Faham tak?? Maksud aku.. Negara lain bina jambatan untuk merentasi Sungai tapi Malaysia membina atau melencongkan anak sungai untuk merentasi atau mengalir di bawah jambatan itu..

Ini kerana jambatan yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur itu telah dibina diatas darat, tengok betul-betul gambar dibawah..



Hanya di Malaysia.. di Negara yang lebih majupun tiada projek seumpama ini..

RM70 Juta tambahan yang diperlukan itu bertujuan untuk merangka kerja2 baru bagi mengatasi kemelut pembinaan jambatan Sungai Bagus ini antaranya termasuk mengalih anak sungai kebawah jambatan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai kerana bimbang diketahui umum.

Jadi jika anda masih mahu melihat projek-projek pelik seperti jambatan ini teruskanlah menyokong Barisan Nasional!!

Di bawah adalah fakta-fakta mengenai projek gila ini..

Penyelewengan Dalam Pembinaan Projek Lebuhraya Pantai Timur 2(LPT-2)

B-27 – Kementerian Kerja Raya

Pembinaan Jalan dan Jambatan



1. Projek LPT-2 dari Jabor ke Kuala Terengganu dijanjikan kepada rakyat Terengganu menjelang pilihanraya 2004. Mula dibina pada 2007 dan dijangka siap pada 2010.

2. Harga asal RM3 billion tetapi sekarang sudah mencecah hamper5 billion. Difahamkan peruntukkan tambahan diperlukan untuk menyiap projek ini yang tarikh siapnya entah bila.

3.Projek ini dibiayai melalui Dana Khas (iaitu wang royalty) dan hanya sebahagian kecil pengurusan dibayar oleh Kerajaan Pusat. Ini bermakna hamper keseluruhan pembinaan LPT-2 ini dibiayai olehwang rakyat Terengganu.

4. Setelah siap projek ini akan di serah kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan tidak Kerajaan Negeri Terengganu. Ini bermakna Negeri Terenganu sedia tanah dan menanggong kos pembinaan nya tetapi tidak akan memiliki lebuhraya ini.

5. Siapa yang akan mengendali kutipan tol? Siapa akan memperolehi hasil kutipan tol ini?

6. Pembinaan dibahagi kepada 16 pakej dimana hanya 4 sudah atau hampir siap dan 12 lagi belum.

7. Antara pakej bermasaalah termasuk:

a) Pakej 7 – Pembinaan Jambatan Sungai Bagus – Bandar Baru Kerteh, Daerah Kemaman.

- Jambatan dibina atas Daratan!!!!



- Sebuah jambatan dibina atas daratan dan tidak melintasi anak Sungai Bagus yang sepatutnya tujuan jambatan ini dibina.

- Harga asal kontrak RM174 juta. Harga semasa – RM 210 juta. Perlu tambahan RM70 juta.



- Jambatan ini hampir siap tanpa sebarang halangan atau larangan dari JKR yang mengawasi kerja pembinaannya.

- Bayaran juga dibuat mengikut kemajuan kerja.

- Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? SIAPA YANG CUAI???

- Konsultant? Kontraktor? JKR? Atau Kementerian Kewangan?

- Pakej ini telah diserah balik oleh kontraktor kepada JKR untuk merangka kerja2 baru bagi mengatasi kemelut pembinaan jambatan Sungai Bagus ini.

- Antaranya termasuk mengalih anak sungai kebawah jambatan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai kerana bimbang diketahui umum.

- Proses tender sedang dirangka dan dijangka tambahan RM70 juta diperlukan untuk mengatasi masaalah pembinaan jambatan ini.

- Pohon Jabatan Audit dan SPRM menyiasat perkara yang dibangkitkan ini.


b) Pakej 8 – Kontraktor Bermasaalah dipilih semula dalam Re - tender

- Kontraktor asal telah menyerah kontrak kepada JKR kerana menghadapi masaalah untuk menyiap pakej ini.

- Bayaran “Wang Pendahuluan” sebanyak RM20 juta telah dibayar.

- Pakej ini di tender semula dan yang mengejutkan kontraktor yang sama berjaya memperolehi pakej ini dengan harga yang lumayan.

- Kontraktor merupakan seorang AJK UMNO Bahagian Ulu Terengganu.


c) Pakej 5A – Jalan Bahaya

- Permukaan tanah tidak diselenggara mengikut spesifikasi

- Pasir tidak diletakkan di permukaan tanah paya dan amat membahayakan pengguna.

- Tidak ada halangan dan larangan dari JKR dan bayaran dibuat mengikut jadual kerja.


Sumber info.. yang bergaya dalam gambar tu..

Anak Sungai Derhaka


paspb2

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

IBADAH KORBAN

Posted: 03 Nov 2011 09:00 PM PDT



Oleh anipzz

1. Apakah hukum melakukan ibadah korban?

J: Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.
Allah S.W.T berfirman;

"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah". - Surah al-Kautsar: ayat 2

Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.


2: Apakah dalil yang mensyariatkan ibadah korban?

J: Dalil yang mensyariatkan ibadah korban ialah firman Allah S.W.T.;
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah". - Surah al-Kautsar, ayat 2. Maksud solat ataupun sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban. Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut seperti berikut:
"Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya". Wallahuaklam

3: Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?

J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu." Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim. Wallahuaklam

4: Apakah hikmah korban?

J: Hikmah sebenar sesuatu ibadah hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan;

1. Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.
2. Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.
3. Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
4. Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.
Wallahuaklam

5: Adakah ibadah korban dilakukan pada zaman Nabi-nabi yang terdahulu dan bagaimana ia dilaksanakan?

J: Mengikut riwayat yang boleh kita perolehi amalan ibadah korban telah dilaksanakan dari zaman Nabi Adam A.S lagi sehingga zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Secara ringkasnya sejarah perlaksanaannya adalah seperti berikut;

Pada zaman Nabi Adam A.S, peristiwa korban Habil dan Qabil menunjukkan betapa korban memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia. Kisah mereka telah dinukilkan di dalam al-Quran surah al-Maidah, ayat 27.
Maksud Ayat: "Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: Aku pasti membunuhmu? Habil berkata: "Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa".

Pada zaman Nabi Nuh A.S pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh menyediakan satu tempat khas untuk korban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan korban tersebut dibakar.

Manakala pada zaman Nabi Ibrahim A.S, korban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat, ayat 103-107.

Pada zaman Nabi Musa A.S, cara korban ialah dengan membahagikan binatang yang disediakan untuk korban kepada 2 bahagian, sebahagian dilepaskan dan sebahagian lagi disembelih.

Budaya dan amalan berkorban ini berterusan sehingga ke zaman bangsa Yunani dan Rumani, pada umumnya mereka membahagi-bahagikan daging korban kepada orang yang hadir. Semasa upacara penyembelihan, pendeta mereka memercikkan madu dan air, kemudian madu diganti dengan air mawar. Adat ini terdapat sampai sekarang. Di samping bangsa Yunani, korban dengan melakukan penyembelihan terhadap manusia juga berlaku, ini dilakukan oleh bangsa Finiki, Parsi, Rom dan bangsa Mesir kuno. Wallahuaklam

6: Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan aqiqah?

J: Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuknya, jadi apabila bertemu hari raya korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban tersebut dengan niat untuk aqiqah anak, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan Hari Raya, maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja. Wallahualam

7: Siapakah yang dituntut untuk melaksanakan korban?

J: Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah korban, antara hadis tersebut ialah;
Maksud hadis, "Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami." Wallahualam

8: Apakah jenis korban yang dilarang oleh Islam?

J: Korban yang diamalkan oleh seluruh umat Islam pada setiap tahun diniatkan hanya kerana Allah S.W.T, dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di samping mendapat ganjaran lain yang telah Allah S.W.T janjikan.. Oleh itu, mana-mana korban atau penyembelihan yang diniatkan kepada selain Allah S.W.T, seperti korban yang dilakukan untuk memuja sesuatu, atau untuk tujuan ilmu hitam, memuja syaitan dan sebagainya, serta tidak bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan ganjaran yang disediakan, maka ia adalah dilarang oleh Islam. Wallahualam "

al-futhuhat


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Majlis khatam al-Quran: BN bohong dalam masjid

Posted: 03 Nov 2011 07:35 PM PDT


Oleh: Mat Zain Mat Isa
Sabtu (29 Oktober) lalu kerajaan Terengganu menerusi Yayasan Islam Terengganu (YIT) sekali lagi menghimpunkan puluhan ribu kanak-kanak sekolah pada majlis khatam al-Quran secara beramai-ramai. Majlis berkenaan dilangsungkan secara serentak mengikut kawasan Parlimen di tujuh lokasi berbeza di seluruh negeri itu.



Dilaporkan seramai 20,133 murid sekolah rendah terlibat menjayakan program tersebut yang sengaja dirancang untuk melakar sejarah tersendiri. Kumpulan terbesar ialah seramai 6,325 murid pada majlis diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Ia menggabungkan murid-murid dari sekolah-sekolah di seluruh Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Serentak itu, bagi Parlimen Besut, seramai 3,149 murid berhimpun di Masjid Nasiruddin Shah, Kampung Raja. Sejumlah 2,744 rakan sebaya mereka berkumpul di Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang, manakala 2,311 lagi di Masjid Permaisuri, Setiu.

Seramai 2,024 murid di Dataran Padang Merdeka, Dungun, diikuti 1,910 murid di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang dan 1,670 lagi di Masjid Sultan Ahmad, Kemaman.

Sejajar hasrat ia diadakan, majlis anjuran bersama YIT, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) itu sekali lagi berjaya menempatkan negeri itu di dalam Malaysia Book of Records (MBoR). Ia diiktiraf sebagai majlis khatam al-Quran secara serentak melibatkan paling ramai murid. Majlis kali ini malah sekaligus memecahkan rekod dicatat negeri itu sendiri tahun lalu dengan kehadiran seramai 16,929 murid dalam majlis serupa.

Tidak syak lagi pencapaian itu bakal dijadikan modal politik oleh parti pemerintah. Paling tidak ia akan dilaungkan sebagai bukti kesungguhan kerajaan negeri mendidik anak-anak sedari usia kecil untuk mendekatkan diri dengan kitab suci umat Islam itu.

Namun, biar apa pun yang akan dibangga dan digembar-gemburkan para pemimpin Barisan Nasional (BN) Terengganu berhubung kejayaan itu, yang pasti ia sebenarnya lebih didorong hasrat mencipta rekod dan mencari kemasyhuran. Sebab itu saban tahun perkara dijadikan sasaran utama penganjurannya ialah mempertingkat jumlah mereka yang dikumpulkan dalam program serupa.

Segalanya bermula dengan keghairahan seorang pemimpin Terengganu untuk mencipta nama. Kononnya pemerintahan BN di bawahnya mampu mengutarakan perubahan menerusi pelbagai aspek kehidupan. Lalu diuar-uarkanlah betapa kerajaan pimpinannya berupaya mengubah impian rakyat negeri itu menjadi realiti.

Pelbagai slogan dicipta dan diulangsebut. Antara yang masyhur ialah Terengganu sebagai tapak 'Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun'. Justeru, antara sejarah yang kononnya dipahat ialah kejayaan BN melahirkan ribuan kanak-kanak di usia awal yang sudah mampu khatam al-Quran.

Bagi membuktikan dakwaan itu, buat pertama kalinya majlis sedemikian diadakan pada 2006. Dikatakan seramai 937 kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun yang belajar di tadika YIT dihimpunkan dalam satu majlis untuk kahatm al-Quran secara serentak.

Apa yang didakwa sebagai kejayaan itu mendapat laporan meluas media-media arus perdana. Ceritanya diulangsuara menerusi pelbagai saluran propaganda milik kerajaan negeri, termasuk bahan bercetak dan sesi ceramah penerangannya.

Bagaikan belum puas dengan sebaran setakat itu, BN berbelanja besar pula untuk memastikan setiap orang yang berada di Terengganu tahu tentang kejayaan didakwa itu. Lalu didirikanlah berpuluh papantanda gergasi di segenap jalan utama di serata negeri memaparkan gambar kanak-kanak sedang mengaji al-Quran beserta angka 937 itu.

Rekod itu diperbaharui oleh pihak sama dengan penganjuran majlis serupa pada 2007. Seramai 2,010 kanak-kanak pula dihimpunkan. Kali ini turut melibatkan murid-murid Tadika Kemas dan prasekolah JPNT, selain Tadika YIT. Kejayaan sama diulang-ulang saban tahun dengan peningkatan jumlah murid yang terlibat.

Apa yang dikesalkan, keberlangsungan majlis itu sebenarnya dipenuhi pembohongan dan kepalsuan. Fakta mendakwa kesemua murid yang hadir dan terlibat sudah khatam al-Quran amat mengeliru dan layak dipertikaikan. Ada bukti sangat meyakinkan betapa sebahagian besar murid-murid terbabit sebenarnya baru di peringkat sangat awal pembacaan al-Quran. Mereka mungkin telah mengenal huruf dan dapat membaca sendiri tanpa perlukan tunjuk ajar atau bimbingan guru. Tetapi sekadar dapat menbaca dan menghafal beberap surah belum sesuai dianggap sebagai khatam.

Sebahagian yang tidak sedikit daripada murid terbabit baru sekadar khatam mukaddam atau diistilahkan orang Terengganu sebagai 'Al-Quran Kecil'. Sebilangan lagi baru berada pada juz-juz awal pembacaan. Mereka belum pun tamat membaca separuh al-Quran. Jauh sekali untuk dikatakan telah khatam 30 juzuk.

Ertinya dakwaan mengatakan kesemua murid terbabit dalam majlis itu telah khatam al-Quran adalah pembohongan yang nyata. Ia juga melibatkan pemalsuan fakta yang dicatat dalam rekod negara dan sedang dipahat sebagai sejarah, terutama untuk tatapan generasi puluhan tahun akan datang.

Tambah mendukacitakan pemalsuan dan pembohongan itu dianjurkan secara bersama oleh pihak-pihak yang ada hubungkait sangat rapat dengan kemajuan agama. Mereka sepatutnya bertanggungjawab menganjurkan ajaran agama sebenar kepada masyarakat dan bukannya mempromosi program yang penuh kepura-puraan.

Lebih dikesalkan, pemalsuan fakta dan pembohongan itu diadakan di masjid. Premis ibadat itu sepatutnya tidak disalahgunakan untuk tujuan keduniaan, lebih-lebih lagi untuk tujuan mencari kemasyhuran, mencipta nama dan mencapai agenda politik. Apatah lagi khutbah Jumaat terbaru di masjid-masjid seluruh Terengganu turut membicarakan soal fungsi sebenar masjid.

Namun melihatkan apa yang baru berlaku itu, BN nampaknya bukan sahaja gagal bertindak seperti dikhutbahkannya sendiri, malah juga amat bebal untuk menjaga kesucian masjid, sehingga sanggup berbohong di dalamnya!

DD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: