Jumaat, 4 November 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Hajah Rosmah Masih dengan JAMBULNYA ketika di Tanah Suci!

Posted: 04 Nov 2011 05:00 AM PDT


Hajah Rosmah dan Haji Najib menghadiri sebuah majlis bertemu dengan jemaah-jemaah haji Malaysia di Hotel Abraj Al-Janadiriah. 

Tidak nampak jambul Hajah Rosmah?

Sila lihat gambar di bawah ini:




P/s: Alahai!!!

Tahniah Haji Najib kerana Berjaya "Mengalahkan" Haji Mahmood Ahmadinejad

Posted: 04 Nov 2011 01:20 AM PDT



Tidak habis lagi cerita fasal Haji Najib.

Presiden Iran memang terkenal sebagai musuh utama Amerika Syarikat dan Israel laknatullah. Bukan sahaja dua buah negara ini mahu menjatuhkannya, malah negara-negara sekutu AS dan Israel juga mahu berbuat demikian. Pendek kata, jika ada peluang bermacam-macam cara akan dilakukan untuk menjatuhkannya.

Namun, biarpun berisiko tinggi diapa-apakan oleh musuhnya, Presiden Iran ini hanya menerima kawalan keselamatan minimum semasa menunaikan haji. Dalam satu gambar hajinya, hanya kelihatan seorang atau dua polis Saudi yang berada berhampirannya.

Itu Presiden Iran, orang yang banyak musuh di dunia ini. 

Apa hal pula dengan Najib yang sudah tentunya tidak bermusuh dengan AS atau Israel? Namun, apabila melihat puluhan pasukan keselamatan Saudi mengawalnya sambil berpegangan tangan, 1Malaysia (kecuali pencacai) berasa pelik dan hairan. Siapa yang mahu mencederakan Najib? Jika ada orang yang mendakwa Najib menunaikan haji umpama pergi ke medan perang, sudah tentu banyak orang bersetuju!

Hujah pencacai bahawa kawalan keselamatan itu hanyalah SOP (Standard of Procedure) Kerajaan Saudi, maka DCM bersetuju dengan hujah Pulak Dah! bahawa kawalan keselamatan itu boleh ditolak memandangkan PM Malaysia bukanlah orang berisiko tinggi untuk menerima ancaman. Tambahan pula, seperti yang saya katakan sebelum ini, setiap orang yang menunaikan haji memakai pakaian yang sama, melakukan amalan yang sama, malah syarat wajib sah ibadah itu juga sama tanpa mengira siapa orang itu atau darjat orang itu. Jadi, mengapa situasinya perlu sampai seperti yang ditunjukkan pada gambar?


P/s: Tahniah Haji Najib kerana berjaya mengalahkan Presiden Iran, pemimpin yang paling dibenci oleh dunia Barat!

[PANAS] The West Australian Kata Berita Salah, Anak Najib Tidak Ada di Australia Sewaktu CHOGM

Posted: 03 Nov 2011 11:26 PM PDT


Saya petik:

[MK] Akhbar Australia The West Australian mengakui laporannya sebelum ini yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Razak berbelanja besar di negara itu sebagai tidak benar.

"The West Australian sedar perkara ini tidak benar dan anak perempuan Najib tidak berada di Perth pada waktu itu," ralat yang diterbitkan hari ini dipetik.

Perdana menteri semalam menjelaskan perkara yang sama di Twitter dan berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan itu.

Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis Najib membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Laporan bertajuk "Delegates go shopping and sightseeing" (perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar) dipetik meluas di blog dan Facebook, termasuk dalam akhbar web rasmi PKR Keadilandaily.

Akhbar itu melaporkan, peniaga membuat keuntungan besar apabila "seorang wanita pertama" membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' dilapor membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)  Richard Muirhead sebagai berkata, aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah itu diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat yang ketat.


P/s: Aikkk??? Salah lapor atau ada campur tangan politik?? Ingat kes Kompas? Ingat laporan susulan Kompas tentang isu komunis dan cincin?

Persoalan penting: Mengapa tidak dinyatakan bahawa akhbar ini meminta maaf kepada Najib? Mengapa The West Australian tidak meminta maaf kepada Najib dalam ralat yang dikeluarkan?


Anak Siapa yang Dikepit Rosmah? Bukankah Mereka di Australia?

Posted: 03 Nov 2011 11:19 PM PDT

Siapa di sebelah Rosmah?

Di Twitternya, PM Najib Razak berkata: "Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas."



Habis siapa yang dikepit oleh Rosmah? Bukankah gambar itu dirakam di Australia ketika CHOGM berlangsung? Lanjut sila baca di Penarik Beca di sini.


P/s: Bila Najib nak saman The West Australian?


25 Batang Paku Dimasukkan ke dalam Kaki Budak Guna Sihir

Posted: 03 Nov 2011 07:45 PM PDT


Saya petik:

Mangsa tak alami komplikasi
[BH] JAKARTA: Lebih 25 batang paku dikeluarkan daripada kaki seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki dimasukkan oleh seseorang, kata doktor yang bertanggungjawab melakukan pembedahan itu semalam.
 
"Objek ditemui pada kaki kanak-kanak ini dimasukkan dari luar," kata Dr Kamaruddin Said ketika memberitahu Metro TV bagi meredakan tanggapan orang ramai yang kononnya dimasukkan secara ilmu hitam.
 
Dr Kamaruddin dipetik Jakarta Globe berkata adalah sangat luar biasa kerana mangsa, Safira, 3, tidak mengalami komplikasi yang mengancam nyawanya kesan daripada paku berkarat itu, setiap satu berukuran 10 sentimeter.

Beliau berkata, sebatang lagi paku didapati ditanam berdekatan tulang belakang kanak-kanak itu dan akan menunggu sehingga Safira sembuh sebelum melakukan pembedahan lain.

"Secara perubatan, mustahil paku berkenaan wujud sendiri di dalam badan manusia. Ketika pembedahan, kita juga tahu ada paku yang baru dimasukkan. Bekas luka turut kelihatan di betis kanak-kanak ini. 

Persoalannya adalah ini tindakan jenayah atau ilmu hitam, kami tidak tahu," kata Dr Kamaruddin yang juga pakar bedah di Hospital Kerajaan Andi Makkasau, bandar Parepare, Makassar. – Agensi 


"Tanggang Moden" Didapati Bersalah Ugut, Cuba Pukul Ibu

Posted: 03 Nov 2011 05:30 PM PDT


 Saya petik:

[Kosmo] KANGAR – Seorang pemuda dipenjara lima bulan selepas tidak mampu membayar denda sebanyak RM2,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan mengugut ibu kandungnya sendiri.

Mohd. Hafzal Mohd. Din, 29, berasal dari Kampung Batu Bertangkup, Padang Besar didakwa melakukan ugutan jenayah ke atas ibunya pada 28 Oktober lalu mengikut kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Mohd. Hafzal dikatakan cuba memukul ibunya yang sedang bersiap untuk berniaga dengan gitar kerana enggan memberikan pemuda itu wang RM250 seperti yang dimintanya.

Bagaimanapun, tindakan itu sempat dihalang oleh bapanya yang kebetulan berada di rumah ketika kejadian.

Ekoran itu, ibunya bertindak melarikan diri ke rumah jiran dan melaporkan kejadian tersebut kepada polis kerana ketakutan. Mohd. Hafzal diberkas dua jam selepas insiden berkenaan.


P/s: Syurga itu di bawah telapak kaki ibu!


Najib Perlu SAMAN The West Australian Jika Laporannya TIDAK BENAR

Posted: 03 Nov 2011 05:15 PM PDT



Adakah dengan membuat penafian isu ini boleh dianggap selesai?

Najib perlu menyaman akhbar Australia itu jika benar apa-apa yang dinyatakan dalam akhbart itu tidak benar.

P/s: Kalau dengan hanya membuat penafian boleh terlepas daripada apa-apa kesalahan, maka banyaklah orang yang membuat salah terlepas daripada hukuman!




Tiada ulasan: