Ahad, 20 November 2011

Aku Budak Balun

Aku Budak Balun


Guru Malaysia! Jangan Kena Kencing!

Posted: 20 Nov 2011 04:00 AM PST

Kalau cikgu-cikgi ni tak nampak lagi..
Teman tak tau laa..
Nak kata bangang.. semua belajo kat Universiti..
Rasanya takde cikgu-cikgi yang belajar takat sekolah rendah je..

Kalau ada cikgu-cikgi yang masih cinta lagi kat UMNO-BN ni..
Memang kena panjat tangga naik bangunan paling tinggi kat sekolah..
lompat ke bawah!

wakakkakaka!

budakbalun 20112011

Projek guru kerja sembilan jam dibatalkan

Projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari bermula Januari ini di empat negeri tidak akan diteruskan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, langkah itu bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

NONE"Program itu juga tidak perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini," katanya yang juga menteri pelajaran.

Akhbar-akhbar media arus perdana hari ini melaporkan Muhyiddin berkata program berkenaan tidak perlu diteruskan lagi, tetapi segala kajian yang dibuat akan diteliti secara lebih mendalam.-Mkini

PERKASA bakal berdemo di India?

Posted: 20 Nov 2011 12:00 AM PST

"Jangan hukum anak 'Raja' kami!!! Jangan Jadi Pengkhianat Melayu di India!!!"


Hmmm..
Mungkin sedang ada usaha nak 'kawtim' dengan Kerajaan India..
Mana boleh bagi sabit salah maaa..

Anak Che Det tuhh!!

Che Det ni 'dewa' UMNO?
La ni dah jadi 'Raja' PERKASA!!!

Mana leh jadi macam tu?

Kantoi mantoi laaaaa..

Entah-entah Ibrahim Ali dan Armand PERKASA tengah plan nak buat demo di Delhi..
Atau kat Madras.. atau mungkin kat Bombay..
boleh lawat cucu terbaru Amitabh Bachan!

Tak leh nak bayang PERKASA jerit "India pengkhianat melayu!!!" kat tengah-tengah Madras!
Buat kena ludah dengan sireh je laaaaa!!
wakakakaka!!

budakbalun 20112011


Mirzan Mahathir dinamakan dalam siasatan di India

Ahli perniagaan Malaysia Mirzan Mahathir dinamakan dalam afidavit di mahkamah India berkaitan siasatan dalam pembangunan Pelabuhan Kakinada di Andhra Pradesh.

mirzan mahathirMirzan, 51, telah memperoleh projek itu semasa bekas ketua menteri negeri Chandrababu Naidu memegang jawatan.

Dokumen setebal 2,424 muka itu menyatakan bahawa sebuah konsortium yang diterajui Mirzan memperoleh pembesaran pelaburan laut air dalam pada 1999.

Afidavit itu difailkan oleh isteri mendiang ketua menteri Andhra Pradesh YS Rajasekhar Reddy's (YSR), YS Vijayalakshmi di Mahkamah Tinggi negeri itu bulan lalu.

YSR, seorang ahli politik yang berpengaruh, terbunuh dalam nahas helikopter pada 2009.-Mkini

Apabila Nyawa Tentera Lagi Murah Daripada Nyawa Menteri!

Posted: 19 Nov 2011 08:17 PM PST

Yang ni teman respect! Syabas KJ!


Patutlah ramai bekas askar masuk PAS..
Di Hulu Selangor ni pun ramai ahli-ahli malahan pimpinan berasal daripada askar..
Di dalam negeri Selangor pun ramai..
Belum tengok negeri-negeri lain lagi..

Yang asal Polis tak berapa nak ramai..

mengapa ye?
budakbalun 20112011

Bekas perajurit dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah

Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat 'telur di hujung tanduk'.

3 man jungle patrol teamSeorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi 'kudung' dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".

Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.

"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang," katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya. - Mkini

Tiada ulasan: