Senyum Tangis Sendu |
UMNO Tumbang Di Melaka, Perkasa Ambil Alih Posted: 19 Nov 2011 11:02 PM PST Ada lubang khas gantung bendera. Macam sial pihak majlis perbandaran ni Barisan Nasional negeri Melaka kian goyang dan tidak lagi mendapat sokongan rakyat akibat kerakusan pemimpin yang diterajui oleh Ali Rustam. Slogan "Negeri Bandar Teknologi Hijau" telah memakan diri sendiri. Ini kerana slogan itu hanya wujud bagi kalangan masyarakat bandar tetapi masyarakat kampung dihidangkan sampah yang memualkan. Ketua Menteri turut mengakui bahawa kerajaan negeri terpaksa berbelanja sehari RM70,000 untuk membersihkan sampah. Sampah yang ada tapak pelupusan sampah Krubong hanya boleh bertahan dalam jangka masa 2 atau 3 tahun lagi. Manakala tapak perlupusan sampah di Sungai Udang pula mampu bertahan sehingga 5 tahun sahaja. Kemiskinan di Melaka kian menjadi-jadi. Hanya industri pelancongan sahaja yang menutup isu yang sebenarnya berlaku di Melaka. Ramai dikalangan orang Melayu yang menyokong UMNO kecewa dengan sikap pemimpin yang suka membazirkan duit rakyat sedangkan rakyat tidak menikmati kemudahan yang disediakan terutamnya berkaitan monorel yang sering kali rosak dan menelan belanja RM16juta dalam masa 3 minggu kerana 8 kali rosak. Ada penduduk di Bukit Katil yang gua terima emel dari mereka tidak berpuasa hati dengan tindakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang tidak menanggalkan bendera PERKASA yang berkibar megah berdekatan dengan lampu isyarat Duyong-Bukit Baru. Katanya adakah pihak berkuasa takut dengan PERKASA? Mereka mempetikaikan tindakan pihak majlis tersebut tidak menanggalkan bendera sebaliknya bendera parti pembangkang ditanggalkan walaupun dalam kawasan kediaman. Adakah PERKASA akan menggantikan UMNO? Memandangkan keadaan sekarang, kecenderungan anak muda menyokong UMNO agak rendah. Hanya puak-puak PERKASA yang bermaharajalela berkuasa di Melaka. Tidak mustahil Melaka akan tumbang dari Barisana Nasional kepada PERKASA. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan