BRIGED MP SEGAMBUT |
- TAK MUNGKIN HISYAMUDDIN SENGAJA MEMALUKAN NAJIB
- LAGI DESAKAN UNTUK MENTERI LETAK JAWATAN
- Anak muda penentu ke Putrajaya
- DAJJAL DAN IRAN:APA KAITANNYA?
- AIR MATA WAN AZIZAH?
- ZAID BAKAL PERDANA MENTERI KE 7?
- KAD LAPORAN MENTERI KAH KAH KA
TAK MUNGKIN HISYAMUDDIN SENGAJA MEMALUKAN NAJIB Posted: 20 Nov 2011 07:30 AM PST Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didakwa sengaja bertindak untuk memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah sejak Isnin lalu. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, penahanan tersebut tidak sewajarnya berlaku setelah Perdana Menteri sendiri mengumumkan pemansuhan ISA. Menurut beliau, pengumuman pemansuhan akta zalim itu dibuat oleh Perdana Menteri dengan memilih hari amat bersejarah bagi negara pada 16 September lalu. Katanya, pengumuman tersebut jelas menunjukkan usaha Perdana Menteri untuk memansuhkan akta-akta zalim yang dilaksanakan di negara ini sejak sekian lama sejajar dengan perkembangan masa. "Namun penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah itu pasti menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak. Ia seperti menggambarkan keadaan tertentu yang berlaku di kalangan pemimpin BN," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara. Ismail juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah. Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan, namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan. Menurut Salahuddin, pertanyaan umum yang timbul kepada orang ramai ekoran penahanan itu, adakah pihak polis yang berada di bawah Hishamuddin sengaja melakukan tindakan itu untuk memalukan Najib? Katanya, andaian tersebut mempunyai asas yang kuat sehingga memperlihatkan Perdana Menteri hanyalah berseorangan dalam usaha untuk memansuhkan akta tersebut. "Tindakan tersebut tidak akan berlaku jika tidak terdapat motif besar dari Datuk Seri Hishamuddin untuk menjatuhkan Perdana Menteri?" katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Dengan penahanan 13 orang itu, tambah beliau, usaha yang sedang dilakukan oleh Najib untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu jelas tidak turut sama didokongi Hishamuddin. "Pada hal setelah pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri sendiri, penahanan seseorang di bawah ISA sepatutnya sudah tidak berlaku lagi di negara ini," ujar beliau. |
LAGI DESAKAN UNTUK MENTERI LETAK JAWATAN Posted: 20 Nov 2011 06:30 AM PST Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, berikutan dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki, suaminya. Dalam satu kenyataan media, presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata, kepercayaan rakyat terhadap Shahrizat yang juga ketua wanita Umno telah hilang akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain selain meletakkan jawatan. "Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu di sini. "Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai menteri kerajaan pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya. Sambil menyifatkan skandal tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, Rahmad juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar. "Perkara berbangkit di sini yang menjadi 'crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian kondominium bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi. "Perlu diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah," kata Rahmad. Tak boleh nafi lagi Menurut beliau, walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC. Begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan. "Penafian beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara kita. "Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius," katanya. Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu. Bagaimanapun ia didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'. Sebelum ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut disuarakan oleh ahli parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan). Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri itu berkaitan Fidlot telah menyusahkan Umno Barisan Nasional. "Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah nega |
Anak muda penentu ke Putrajaya Posted: 20 Nov 2011 04:30 AM PST Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan meningkatkan fokus kepada pengundi muda bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Ianya merangkumi kemas kini daftar pemilih di kalangan pengundi muda, culaan dan menyusun program bersesuaian bagi mendekati golongan sasar. Pengarah Jabatan Pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan berkata, program penerangan bagi meningkatkan kesedaran mereka untuk mengundi akan diserapkan ke dalam program sosial yang akan dijalankan di peringkat akhir ini. "Sebelum ini bukan pemuda tak buat kerja, malah pemuda di setiap negeri sudah merangka dan emlaksanakan pelbgai program mendekatai pengundi muda tapi kita ingin tingkatkan dan perkasakan program-program ini untuk mencapai matlamat kita ke Putrajaya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Semalam, DPPM berjaya mengumpulkan hampir 500 petugas terdiri daripada Ketua Pemuda Negeri, Pengarah dan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya negeri-negeri dan kawasan di Konvensyen Pilihan Raya DPPM Peringkat Kebangsaan di Shah Alam. Sany berkata, pada konvensyen itu juga, pemuda diberi amanat untuk membantu PAS ke Putrajaya dengan menyediakan tenaga petugas bagi setiap kerusi Parlimen yang bakal ditandingi. "Walaupun PAS belum tahu berapa kerusi Parlimen yang akan ditandingi, namun pemuda diberi tugas dalam Road Map to Putrajaya yang dibentangkan oleh Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS) semalam," katanya. Tambahnya, konvensyen tersebut dijangka program besar yang terakhir oleh DPPM sebelum PRU 13 yang dijangka berlaku awal tahun hadapan. "Setiap pemuda membawa balik semangat untuk berkerja di negeri dan kawasan masing-masing dan kita jangka ini program besar yyang terakhirlah sebelum PRU 13. "Kehadiran semalam juga satu yang memeberangsangkan memandangkan pemuda baru sahaja selesai mengadalakn ijtimak baru-baru ini," katanya lagi. Menyentuh program terdekat pula, beliau berkata, DPPM sedang merangka satu program mendekati pengundi luar bagi memberi kesedaran mereka untuk pulang mengundi di negeri masing-masing. "Ramai pengundi yang tinggal di luar negeri tapi alamat mengundi di negeri asal. Jadi kita akan adakan satu program kesedaran untuk pulang mengundi," katanya. |
DAJJAL DAN IRAN:APA KAITANNYA? Posted: 20 Nov 2011 01:16 AM PST Apakah Iran anak buah Yahudi ? Dimanakah letak Khurasan?Saya melihat bahwa negara iran seolah-olah menjadi pembela islam, tetapi banyak umat islam yang di bunuh oleh kaum syiah, padahal syiah merupakan buah pemikiran seorang yahudi, bahkan di negara iran terdapat ka'bah versi mereka, begitu pula dengan qunut ala syiah yang mengejek dan melaknat para sahabat, lalu apakah khurasan yang dimaksud dalam hadits bahwa dajjal akan muncul dari negeri khurasan? apakah negeri khurasan yang dimaksud itu adalah salah satu provinsi di iran, dan apakah imam mahdi orang syiah itu adalah dajjal, seberapa dekatkah zionis yahudi dan iran?, mohon diungkap. WassalamAbu Hasan Jawaban Wa'alaykumsalam, wr.wb saudaraku Abu Hasan. Jazakallah atas pertanyaannya, semoga kita selalu diberi keberkahan oleh Allah di fase-fase akhir zaman seperti sekarang ini. Saya melihat ada dua ciri karakteristik kelompok/orang yang masuk ke lingkaran Syiah. Pertama mereka yang sebenarnya masih awam tentang Syiah. Golongan ini pada dasarnya tidak begitu mengenali bagaimana seluk beluk Syiah selama ini. Dari mulai pelecehan Syiah terhadap para sahabat, kecuali Ali. Sikap Syiah terhadap Ahlus Sunnah. Doktrin Imamah Syiah (yang berimplikasi pada Ushul Fiqh), sampai praktek taqiyah milik Syiah untuk menutupi ajaran mereka selama ini. Kedua. Pengikut Syiah yang benar-benar ideologis. Mereka mengikuti hakikat ajaran Syiah sepenuhnya. Seperti konsep Imamah, Taqiyah, Roj'ah, bad'a, dan lain sebagainya. KH. Nabhan Husein, dalam presentasinya di Mesjid Istiqlal tahun 1997, lewat artikel berjudul "Tinjauan Ahlus sunnah Terhadap Faham Syiah Tentang Al Qur'an dan Hadits" pun merinci setidaknya ada 219 ayat yang di Al Qur'an yang tidak diakui kelompok Syiah. Pada kasus pertama biasanya mereka yang masuk ke komunitas Syiah salah satunya oleh kekaguman kepada sosok Ahmadinejad. Mereka juga tidak bisa membedakan kasus Revolusi Iran dengan faham aqidah Syiah. Lalu bukan tidak mungkin mereka termakan oleh praktik taqiyah Syiah yang sengaja dimainkan untuk menutup-nutupi hakikat sesungguhnya. KH Dawam Anwar, dalam presentasinya "Inilah Haqiqat Syiah" saat Seminar Nasional tentang Syiah tahun 1997 di Mesjid Istiqlal, menjelaskan bahwa salah satu sulitnya ajaran Syiah terendus masyarakat awam dikarenakan kitab-kitab yang memuat hakikat Syiah dan Syariat Syiah langka sekali, bahkan bisa dibilang tidak ada. Kitab-kitab semacam Al Kaafi, Tahdzibuk Ahkam, Al Istibshar, Bihar Al Anwar, Al Waafi dan lain-lain tidak ditemui toko-toko buku pada umumnya. Karena sejak dahulu ulama-ulama Syiah sengaja merahasiakan kitab-kitab semacam itu agar jangan sampai jatuh ke tangan Ahlus Sunah karena akan menjadi senjata makan tuan. Walau pada akhirnya, atas izin Allah, kitab-kitab itupun sampai juga ke tangan ulama Ahlus sunnah wal Jama'ah. Hemat saya, elemen pertama inilah yang bisa menjadi lahan dakwah bagi kita untuk mengingatkan kepada mereka tentang kekeliruan faham Syiah. Kita bisa sama-sama menyadarkan untuk tidak terpukau semata-mata karena faktor Ahmadinejad gencar melakukan kritik terhadap Amerika. Karena, hal itu pun juga masih bisa diperdebatkan. Kalaulah memang Ahmadinejad serius melawan Amerika, sekiranya ia bisa berbuat lebih riil dalam melaksanakannya. Tidak jauh dari Iran, berbatasan langsung dengan teritori Ahmadinejad, yakni Afghanistan dimana puluhan ribu mujahidin bahu membahu mengusir Amerika dan cengkaman Zionis. Namun sampai saat ini belum ada tindakan konkret dari Ahmadinejad untuk membantu Afghan mengusir Amerika. Yang terjadi justru sebaliknya. Satu contoh saja, kita ketahui bersama hubungan Ahmadinejad dengan Nouri Al Maliki dekat sekali. Padahal Nouri adalah kaki tangan Amerika dan Israel di Irak. Jadi amat wajar jika spekulasi kemudian berkembang: apakah karena Nouri Al Maliki juga oang Syiah? Bahkan 18 april lalu, lima belas orang tewas di Ahwaz, Iran oleh pasukan keamanan Iran didukung oleh milisi pakaian sipil. Mereka melakukan serangan terhadap aksi demonstrasi dengan kekerasan yang menuntut hak bagi mayoritas etnis Arab di provinsi Khuzestan Iran yang berpenduduk mayoritas Sunni. Kalaulah Iran masih menganggap Sunni adalah saudaranya kenapa harus dengan membunuh, bukankah lebih baik senjata itu diarahkan kepada musuh sebenarnya yakni Gedung Putih yang kini bercokol di Irak, Afghan, dan Palestina? Dan ini semakin menimbulkan kecurigaan kenapa Iran -yang tak lebih besar dari pada Iraq yang sudah digempur habis-habisan oleh AS dan sekutu- masih baik-baik saja. Dalam artian, AS tidak pernah melakukan suatu tindakan yang nyata terhadap Iran. Khurasan dan Iran Lalu pertanyaan saudara selanjutnya, apakah yang dimaksud Khurasan disini adalah salah satu provinsi di Iran? Betul memang ada hadis yang mengatakan demikian. Namun kita ketahui bersama bahwa nama Khurasan minimal berada pada dua negara; pertama di Iran itu sendiri, kedua terletak pada salah satu sudut daerah di India Selatan, tepatnya masuk teritorial Desa Babua. Dari sinilah beberapa kalangan sempat menilai bahwa Sai Baba itu adalah Dajjal karena berasal dari Desa Khurasan, India Selatan. Dalam melihat Khurasan, DR Uman Sulaiman al Asyqar dalam kitabnya al Yaum al Akhir: al Qiyamah ash Shughra wa' Alamat al Qiyamah al kubra, mengacu pada hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dari An Nuwwas Ibn Sa'man, yang berbunyi "Sesungguhnya ia (Dajjal) muncul di suatu daerah antara Syam dan Iraq. Ia merusak ke kanan dan ke kiri. Hai Para Hamba Allah bersiteguhlah." Dalam konteks hadis ini, Syaikh Al Bani berkata bahwa menurut Hakim sanad hadis ini shahih, dan disetujui oleh Adz Zahabi. Oleh karena itu DR Umar Sulaiman menilai bahwa Khruasan yang dimaksud adalah Persia. Yang berarti masuk teritori Iran modern. Hal ini bisa diperkuat dari hadis lainnya, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam lainnya yang berbunyi. "Pengkuti Dajjal dari Yahudi Isfahan ada tujuh puluh ribu orang. Mereka memakai pakaian gamis" (Musnad Ahmad IV h. 216-217). Isfahan (Esfahan) sendiri adalah sebuah kota bersejarah di Iran dan terbesar ketiga di Iran. Secara geografis kota ini terletak pada 32°38′ LU 51°29′ BT, di dataran Zayandeh-Rud yang subur, di kaki pegunungan Zagros. Pada masa lampau Isfahan juga ditulis sebagai Ispahan. Atau dalam bahasa Persia Kuno disebut Aspadana. Dan dalam dialek bahasa Persia Pertengahan disebut Spahān, Abu Naim dalam kitabnya Lawami' al Anwar Bahiyyah, seperti dikutip DR. Sulaiman menuturkan bahwa salah satu desa yang masuk dalam daerah Isfahan ada yang bernama al Yahuddiyah karena penduduknya khusus Yahudi sampai zaman Ayyub Ibnu Ziyad penguasa Mesir pada zaman Khalifah al Mahdi ibn al Manshur al Abbasi. Pada zaman ini kaum muslim mulai masuk ke desa itu sehingga orang-orang Yahudi terdesak. Wallahu'alam. Source : syiahindonesia.com |
Posted: 20 Nov 2011 12:01 AM PST Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini menafikan bahawa beliau meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. Sambil menyifatkan pendedahan yang dibuat oleh Syed Husin Ali menerusi bukunya, Memoir Perjuangan Politik sebagai pembohongan, Zulkifli berkata, veteran PKR itu sendiri yang berjumpanya mewakili Anwar untuk menawarkan supaya kerusi itu dikosongkan. "Teman (saya) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Syed Husin tesebut. "Sebaliknya teman ingin menegaskan bahawa Syed Husin sepatutnya lebih tahu apa yang dikisahkan beliau itu satu pembohongan kerana sebenarnya Syed Husin sendiri yang berjumpa dengan teman mewakili Anwar Ibrahim. "Untuk menawarkan teman supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan menyatakan bahawa jika teman bersetuju mengosongkannya, Anwar berjanji akan menawarkan jawatan tinggi kepada teman didalam mana-mana GLC kerajaan Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 sehingga RM60,000 sebulan!" katanya dalam entri terbaru di blognya yang bertajuk 'Anjing-Anjing Pencen'. Mahu Azmin jadi timbalan Menurut Zulkifli, Syed Husin juga cuba meyakinkan beliau bahawa Anwar akan mengotakan janji berkenaan kerana dia juga mendapat janji yang sama untuk mengosongkan jawatan timbalan presiden PKR kerana Anwar mahukan Azmin Ali menyandang jawatan tersebut. "Syed Husin memberitahu saya kalau dia mengosongkan kerusi timbalan presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin, Anwar menjanjikan dia jawatan senator," tulisnya. Zulkifli juga mendakwa Syed Husin teringin untuk menjadi wakil rakyat tetapi apabila bertanding asyik kalah. "Malah nak dicalonkan bertanding di parlimen Kota Bharu pun ditolak kerana dilabel sebagai "anak kominis" oleh kepimpinan PAS pada masa itu. "Jadi menjadi senator adalah jalan mudah untuk dia menjadi Yang Berhormat melalui pintu belakang!" tulisnya. Menurut bekas ahli parlimen PKR itu, beliau memang bersedia mengosongkan kerusi Kulim-Bandar Baharu, tetapi tegas menolak tawaran jawatan dalam mana-mana anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor. Ini kerana katanya, kerana perjuangannya bukan untuk imbuhan. "Kalau itu yang teman cari, lebih baik teman menjalankan khidmat sebagai seorang peguam. "Malahan teman menegaskan kepada Syed Husin Ali selama lebih 10 tahun teman menjadi antara peguam utama Anwar, sehingga disumbat dalam tahanan ISA, teman tidak pernah meminta atau dibayar walau satu sen pun daripada Anwar sebagai imbuhan fee khidmat guaman teman! "Semuanya percuma dan pro-bono!" katanya. Zulkifli juga mendakwa akhirnya beliau tidak mengosongkan kerusinya kerana Anwar sendiri tidak yakin mampu menang di parlimen Kulim Bandar Baharu. Air mata Azizah "Sebaliknya (Anwar) yakin boleh menang di Permatang Pauh. Jadi Anwar kata tidak perlu teman kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu! "Teman juga dipanggil oleh Wan Azizah yang memaklumkan kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh. "Jelas Wan Azizah berada dalam keadaan tertekan semasa perjumpaan itu kerana beliau bersedih dan menangis semasa memaklumkannya kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh! "Malah Wan Azizah membuat komen 'apa yang I dapat berkorban macam-macam untuk Bang Non. Kalau I yang kena macam dia you ingat Bang Non nak berkorban macam I ke?' kata Wan Azizah sambil mengalirkan airmata! Wan Azizah memanggil Anwar dengan nama Bang Non," tulis Zulkifli. Bagi beliau, segala tohmahan dan tuduhan Syed Husin itu direkayarsa dan dikarang sebegitu rupa untuk menyerang kredibiliti dan kewibawaannya kerana berjaya membongkar pembohongan, penipuan dan putar belit politik Anwar. |
ZAID BAKAL PERDANA MENTERI KE 7? Posted: 19 Nov 2011 08:06 PM PST Ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian yakin presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim tidak akan menang jika bertanding di kerusi parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang. Menurut ahli parlimen PKR itu, ini kerana sejarah bekas menteri kabinet itu yang telah dua kali 'lompat parti' menjadi faktor rakyat tidak akan menyokong calon seumpama itu. "Saya hormat Zaid, tetapi amat sukar baginya untuk membolosi kawasan ini. Lagipun, penduduk tidak kenal Zaid dan beliau tiada pengaruh di kawasan ini," katanya dipetik Sinar Harian. Semalam, Zaid (berbaju gelap) memberitahu akhbar yang sama bahawa beliau sedang mengintai kerusi parlimen Petaling Jaya Selatan pada pilihan raya umum akan datang tetapi masih belum membuat keputusan muktmad. "Saya belum buat keputusan muktamad sama ada Petaling Jaya Selatan (PJS), atau Petaling Jaya Utara (PJU)," katanya, tetapi mengakui, tumpuannya kini lebih pada PJS. Alasan Zaid, adalah kerana beliau sudah biasa di kawasan itu, faktor pecahan kaum dan permasalahan rakyat yang masih belum terbela sepenuhnya. Kerusi PJS milik Hee yang mengalahkan Datuk Donald Lim Siang Chai (BN) dengan majoriti sebanyak 5,706 undi pada 2008. Hee memperolehi 28,598 undi berbanding lawannya, hanya 22,892 undi. Bagi kebanyakan penganalis dan juga pemimpin politik, KITA dianggap sebagai parti pengacau tetapi Zaid pada awal bulan ini menafikan label itu. Sebaliknya, beliau berkata KITA akan meletakkan banyak calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 kerana ia mahu menjadi parti pemerintah. |
KAD LAPORAN MENTERI KAH KAH KA Posted: 19 Nov 2011 04:25 PM PST Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menyambut baik projek 'kad laporan' atau penilaian keberkesanan khidmat wakil rakyat, yang dilancarkan NGO anak muda dan sebuah pusat kajian dasar semalam. Anggota parlimen Temerloh itu berkata, projek itu dapat meningkatkan dan meluaskan penyertaan orang ramai dalam proses politik serta membuka lembaran baru komunikasi dua hala. "Ia dapat membantu wakil rakyat untuk memperbaiki perkhidmatannya, manakala rakyat dapat menyampaikan pengharapannya terhadap perkhidmatan yang diperlukan daripada wakil rakyatnya," katanya. Semalam, NGO anak muda UndiMsia dan institut kajian Centre for Public Policy Studies (CPPS) melancarkan kajian statistikal untuk projek itu yang akan bermula di Hulu Langat. Pengerusi CPPS Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, selain menjalankan kajian tersebut, projek itu juga bertujuan mendidik pengundi supaya lebih mengambil berat tentang isu dan wakil rakyat yang dipilih. Dalam kenyataannya hari ini, Saifuddin percaya, usaha itu akan mematangkan demokrasi kerana penilaian terhadap wakil rakyat tidak lagi semata-mata berasaskan persepsi dan sentimen. Katanya, sebagai wakil rakyat pertama kali, beliau dengan sukarela memulakannya sejak genap enam bulan pertama dipilih dengan mengeluarkan kad laporan dua tahun sekali. Ia mengandungi penilaian dalam enam bidang pembangunan tumpuan, seperti dinyatakan dalam manifesto pilihan raya, iaitu pendidikan dan latihan; kesihatan dan kecergasan; pekerjaan dan ekonomi; jati diri dan sosio-budaya; partisipasi dan masyarakat sivil; serta frasarana dan kemudahan awam. Selain dibentangkan kepada wakil pelbagai sektor, kata Saifuddin, ia juga diedar kepada media, disiarkan dalam laman web dan diedar dalam bentuk brosur di kawasan parlimennya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan