Rabu, 2 November 2011

Aku Budak Balun

Aku Budak Balun


Kecoh PPSMI.. Pendidikan Islam Apa Cer?

Posted: 02 Nov 2011 08:15 AM PDT


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

MATA PELAJARAN ISLAM TIDAK WAJIB LULUS MENJADIKAN PELAJAR ISLAM JAHIL AGAMA

06 Dzu al-Hijjah 1432 / 02 November 2011

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan kerajaan yang tidak menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran ini menunjukkan kerajaan tidak berminat untuk menjadikan umat Islam khususnya generasi muda faham tentang agamanya sendiri. Meskipun subjek Pendidikan Islam merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh murid-murid beragama Islam, namun jika ia tidak dijadikan mata pelajaran yang wajib lulus, ia tidak mempunyai makna terhadap para pelajar. Murid-murid tidak memandang tinggi subjek ini kerana ia tidak menjadi syarat wajib lulus, bahkan mungkin akan memandang remeh subjek ini.

Dengan sistem pelajaran hari ini yang menjadikan para pelajar sebagai 'exam oriented', apakah perlunya para pelajar bersungguh-sungguh mempelajari mata pelajaran pendidikan Islam? Minda pelajar akan meletakkan subjek lain sebagai keutamaan seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lagi.

DPPM juga kesal kerana subjek Pendidikan Islam tidak menjadi syarat lulus dalam pendidikan di peringkat sekolah menengah. Dasar ini menjadikan pelajar-pelajar tidak berminat mendalami bidang agama. Bagi pelajar, Pendidikan Islam adalah mata pelajaran sampingan yang tidak penting untuk dipelajari. Dasar ini menjadikan subjek Pendidikan Islam terpinggir dari jiwa para pelajar.

DPPM ingin mengingatkan kerajaan kesan langsung terhadap dasar ini terhadap masa depan generasi muda negara. Sudah pasti kejahilan akan membelenggui remaja disamping gejala sosial yang akan meningkat. Golongan remaja akan hilang minat pada agamanya sendiri sehingga membawa kepada perlakuan yang haram. Tidak hairanlah, ramai remaja beragama Islam tidak tahu membaca al-Qur'an, tidak tahu hukum fardhu ain, tidak menunaikan solat, puasa dan lain-lain lagi. Lebih menyedihkan ada yang tidak tahu mengucap syahadah. Bahkan ia membawa kepada krisis akidah yang lebih parah.

Jika kerajaan benar-benar serius mahu meninggikan syariat Islam serta memastikan generasi muda tidak tercicir dari kejahilan terhadap agamanya sendiri, subjek Pendidikan Islam wajar diangkat sebagai subjek teras wajib lulus para pelajar di semua peringkat. Subjek ini perlu diangkat sama penting seperti subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lagi. Dengan demikian, barulah pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh mempelajari Pendidikan Islam dan mendalaminya sehingga berjaya.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Inilah Bakal Presiden PERKASA!

Posted: 02 Nov 2011 07:15 AM PDT


Wah!
Hebatnya 'Senator" Nallakaruppan neh!
baru naik Senator dah mula bagi kenyataan akhbar yang panas!

"Perpaduan melayu yang paling utama?" lembut sungguh lidahmu..

Mungkin sebab bau dewan parlimen buat lidah jadi lembut kot??

rilek laa.. nanti Najib bagi la 1-2 kerusi parlimen untuk parti kamu!

waakakaka!
budakbalun 02112011

Melayu diingat berhati-hati

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Masyarakat Melayu di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dan tidak terikut dengan dakyah sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang mahu melihat kaum majoriti itu terus berpecah demi kepentingan peribadi mereka.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakaruppan berkata, ini kerana perpecahan Melayu akan menggugat kestabilan negara dan turut memberi kesan tidak baik kepada kaum lain.

Katanya, beliau mempunyai maklumat mengenai kegiatan terancang pihak tertentu untuk memecahbelahkan Melayu serta bumiputera dan ia kini giat dilakukan.

"Terdapat pihak tertentu yang kini memecahbelahkan kaum Melayu dengan begitu halus melalui pertubuhan politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) demi mendapatkan sokongan kaum Cina, India serta lain-lain.-Utusan Meloya




Ketua Audit Negara kena 'ayam'?

Posted: 02 Nov 2011 05:30 AM PDT

DAP gak kena... wakakaak!


Hok aloh...
Satu demi satu laporan ketua Audit negara disanggah..

bermula dengan feedlot.. Noh omar bidas balik..
lepas tu Najib pun menyampuk..
walhal empunya badan si Sharizat sonyappp ajo!

Ni dah SPRM pulak backing isu peralatan maritim..
ayat standard " tidak seleweng cuma tak ikut flow"..

Wakakakakaka!!

Tak pakai helmet bawak moto memang tak berdosa..
Tapi salah disisi undang2 wehhh!!

aduhhhh!!!

Ketua Audit Negara elok beronti ajelahhhh!!

budakbalun 02112011

SPRM: Beli bot 'all weather' tiada unsur seleweng tapi langgar Arahan Perbendaharaan

PUTRAJAYA, 2 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tidak wujud elemen penyelewengan dalam urusan pembelian bot aluminium 'all weather' oleh Jabatan Taman Laut merangkumi beberapa peralatan termasuk binokular yang dilaporkan 177 hingga 2,805 peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Sebaliknya, menurut agensi antirasuah itu, perolehan tersebut telah dilaksanakan tanpa membuat kajian pasaran bagi memastikan perolehan dibuat adalah yang paling menguntungkan kerajaan dengan mengambil kira aspek kualiti, harga, kegunaan, kos penyelenggaraan dan faktor lain yang berkaitan sehingga mewujudkan perbezaan harga pasaran dan harga kontrak sebanyak RM172,501.00.

"Meskipun harga pakej keseluruhan syarikat yang berjaya adalah rendah, terdapat keadaan di mana harga peralatan tententu dalam pakej tersebut tidak munasabah.

"Kegagalan membuat kajian pasaran adalah tidak mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender," kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull pada sidang media di sini hari ini. - Insider

Kaabah Tidak Lagi Selamat?

Posted: 02 Nov 2011 04:03 AM PDT


Laaa..
Tawaf pun nak kena ada escot ke?
kalau macam tu apa thrillnya gi haji?

Apa-apa pun..
Siru A'laa barakatillah buat DS Najib dan DS Rosmah..
moga memperolehi Haji Mabrur..

lepas ni leh panggil Haji Najib dan Hajjah Rosmah tak?

hehehehe
budakbalun 02112011

UMNO, Pengemis Siber dan Seks!

Posted: 02 Nov 2011 03:30 AM PDT


UMNO ni memang suka sangat-sangat dengan seks!
Addicted gilerrr!!

Dari pencacai sampaila pemimpin..
Sampai dalam parlimen diusung cerita-cerita seks neh!

cara papagomo kepala pemfitnah tu pun dah salah..

modus operandinya senang sahaja..
buatlah apa jua tuduhan janji berasaskan seks..
tuduhan itu memang takde asas pun!
lepas tu media-media utama ambil jadikan berita utama..
Utusan kalau cerita-cerita seks ni memang suka snagat letak muka depan!
maklumlah! namanya pun Utusan Porno!

Lepas tu sibuk cabar pihak yang dituduh a.k.a difitnah..
Kalau salah sila buat pengakuan terbuka dan laporan polis!
cara nak memanjangkan isu..

Ungkit pulak kenapa hanya pembantu Lim Guan Eng yang buat kenyataan bukan Lim sendiri?
hok aloh.. yang menuduh pun pengemis jalanan macam papagomo tuh!

woi! banyak benda lain la nak fikir..
UMNO sibuk dengan cerita seks sebab tu Pahang, Melaka dok tiap-tiap tahun belanjawan defisit!
aduhhhh!!

kesiannya...

budakbalun 02112011

Guan Eng dicabar buat penafian terbuka

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dicabar tampil menafikan dakwaan yang cuba mengaitkan anak lelakinya dengan satu kejadian mencabul seorang gadis bawah umur.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek berkata, setakat ini yang membuat penafian adalah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan bukannya Guan Eng.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan itu tidak benar, Guan Eng yang merupakan seorang pemimpin serta bapa kepada anaknya itu tidak harus takut untuk membuat penafian secara terbuka.

"Saya mewakili sebahagian rakyat mahu bertanya kepada Guan Eng tentang perkara ini. Rakyat mahu tahu perkara yang sebenar. Mengapa Guan Eng tidak mahu membuat penafian? Mengapa pula suruh orang lain menjadi wakilnya? - Utusan Meloya

Pemuda PAS Bantah Seksualiti Merdeka!

Posted: 02 Nov 2011 02:23 AM PDT

Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Seksualiti Merdeka 2011 : Kembalilah kepada Fitrah

06 Dzul al-Hijjah 1432 / 02 November 2011

Negara kita gempar lagi dengan satu program yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya " Queer Without Fear" yang berlangsung pada 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.

Program ini kononnya berteraskan perjuangan "Human Right", menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Sekilas pandang, mereka sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Justeru itu, mereka tidak lagi teragak - agak untuk mengiklan, memperjuang dan menganjurkan programnya secara terbuka

Sungguhpun mereka tampil dengan prinsip perjuangan Human Right, Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai perkara ini, sementara Dewan Pemuda PAS Malaysia berpaksi teguh kepada ajaran Islam, justeru Islam adalah agama petunjuk dari Allah swt Tuhan yang mencipta manusia.l

Islam adalah agama fitrah sementara fitrah manusia ialah hidup berpasang - pasangan lelaki dan perempuan. Justeru itu, perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasanganya perempuan yang bukan mahramnya. Sementara perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi.

Firman Allah swt:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Surah ar Ruum : ayat 21

Asas larangan tersebut adalah untuk memelihara fitrah manusia sekaligus mempertahankan tamaddun ummah dari kepincangan sosial dan malapetaka yang bakal menimpa ekoran tercetusnya kemurkaan Allah swt. sebagaimana murkanya Allah swt ke atas kaum Nabi Luth as. yang mengamalkan gaya hidup homoseksual.

Budaya gay dan lesbian adalah budaya songsang yang tidak sewajarnya diperjuangkan dan diamalkan oleh ummat manusia amnya dan ummat Islam khasnya. Malah ia sangat bertentangan dengan nilai moral dan fitrah kemanusiaan serta tamaddunnya. Jika budaya ini menjadi amalan bagi manusia selaku penduduk di bumi ini, nescaya suatu ketika kelak akan pupuslah generasi ummat manusia sedang Nabi saw berbangga dengan lahir ummatnya yang ramai.

Sabda Rasulullah saw

تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم يوم القيامة

Kahwinilah olehmu akan perempuan yang penyayang dan mampu melahirkan anak kerana sesungguhnya aku sangat berbangga dengan ramainya ummatku diakhirat kelak.

Riwayat Imam Ahmad

Kecenderungan mengamalkan kehidupan gay, lesbian dan biseksual ini adalah bertolak dari nafsu yang tidak dikawal. Sedang Islam telah menganjurkan ummat manusia supaya berkahwin secara normal dan menggariskan kaedah kawalan nafsu bagi mereka yang tidak mampu melakukannya. Seperti sabda Rasulullah saw dari Ibnu Masuud radhiyallahu 'anhu :

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

Wahai sekelian anak muda ! barangsiapa yang mampu [dan bersedia untuk berkahwin] dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu membantu menundukkan pandangan, memelihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu melakukannya, maka berpuasalah kerana sesungguhnya puasa itu adalah perisai [dirinya agar tidak terjerumus dalam kancah keruntuhan sosial]

Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru penganjur dan penyokong program Seksualiti Merdeka 2011 agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen mereka ke arah menuntut kebebasan pada gaya dan cara hidup barat yang salah dengan norma, tatasusila, budaya dan agama. Sedarlah bahawa gaya hidup seperti ini akan berdepan dengan kemurkaan Allah swt selain ia membuka pintu kepincangan sosial dan budaya negara kita.

Ia adalah satu bentuk kemungkaran yang tidak wajar diperjuang dan diamalkan, bahkan ia sangat menyentuh sensitiviti ummat manusia yang menjalani kehidupan normal. Dewan Pemuda PAS yakin, jika mereka mendapat bimbingan wajar dari pihak berkuasa agama dan lainnya yang berkaitan, perkara ini dapat dibendung dengan baik daripada terus menular lalu membentuk satu budaya.

Inilah rasionalnya Dewan Pemuda PAS menasihati dan menegur pemerintah agar tidak meluluskan penganjuran konsert icon gay Elthon John di negara ini sebagai langkah menutup pintu - pintu mungkar yang mengundang kemurkaan Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta. Walaupun dikatakan Elthon John tidak akan menyeru rakyat Malaysia meniru gaya hidup gaynya, tetapi sudah cukup pengiktirafan yang diberikan kepada beliau menyuburkan budaya gay di Malaysia yang semakin hari semakin menular.

Kebebasan bukan bermakna manusia bebas melakukan apa sahaja sehingga bertentangan dengan fitrah dan agama. Kalaupun seseorang tidak beragama sekalipun, aqal yang masih dimiliki tidak mungkin membenarkan manusia melakukan apa sahaja di atas ticket kebebasan. Sebaliknya manusia mesti hidup berasaskan peraturan - peraturan tertentu yang mengikat komitmen dirinya agar tidak terbabas dari kebaikan dan kemuliaan.

Secara analoginya boleh saya contohkan seperti memandu kereta. Sungguh pun kereta itu milik kita yang sah, pula kita telah membayar road tax dan insuransnya, maka atas nama kebebasan lalu kita bebas untuk memandu laju tanpa menghirau peraturan lalulintas. Ini sangat merbahaya terutama pemanduan dengan had kelajuan melampau seperti 160 kmj di selekoh tajam yang bertanda 20 kmj. Awas ! Ini bukan lagi bebas tetapi babas.

Dewan Pemuda PAS merayu agar mereka kembali menjalani kehidupan normal berasaskan petunjuk Allah swt Tuhan yang Mencipta manusia. Formula kehidupan Islam sungguh indah dan damai malah membawa ketenangan yang dicari dalam hidup. Sebagaimana firman Allah swt di dalam surah Ar Ruum ayat 21. Dewan
Pemuda PAS sedia berdialog ke arah itu bagi menangani perkara ini.

Usah lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masaalah. Sebagai contoh pengalaman hidup yang dialami oleh Elthon John sendiri selepas beliau berkahwin dengan kaum sejenis atau pasangan gaynya, keinginan atau naluri mahu memiliki anak tetap menguasai dirinya lalu mendorong beliau mendapatkan anak melalui ibu tumpang.
Terdapat 2 perkara yang tidak boleh menyelesaikan masaalah dan konflik jiwa mereka .

Pertama : perkahwinan sejenis yang mereka amalkan tidak boleh memenuhi kehendak mereka untuk memiliki seorang anak.

Kedua : biarpun mereka boleh mendapatkan anak melalui proses ibu tumpang, mereka tetap tidak boleh memenuhi hasrat naluri mereka untuk memiliki anak kandung yang tentunya hadhir secara fitrah.

Sedangkan dua perkara inilah antara pelengkap kebahagian dan kasih sayang dalam kehidupan berumahtangga bersama pasangan hidup sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Rumahtangga yang dibina melalui perkahwinan sejenis ini hanya mungkin boleh mencapai kepuasan dari sudut melampiaskan nafsu seksual tetapi jiwa mereka meronta mencari sebuah ketenangan hakiki.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan: