Rabu, 2 November 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


POLIS CABUL DAN RABA?

Posted: 02 Nov 2011 07:30 AM PDT

Tujuh tahun yang lalu, seorang pengurus akaun membuat aduan bahawa dirinya dicabuli oleh 11 anggota polis tetapi mendakwa langsung tidak dimaklumkan berhubung sebarang siasatan.

NONENamun, kira-kira tengah malam, semalam, pihak polis akhirnya bertindak - tetapi sebaliknya wanita itu pula ditahan.

Beliau terpaksa bermalam di lokap polis sementara menunggu dihadapkan ke mahkamah hari ini atas pertuduhan menghalang polis daripada melaksanakan tugas.
Wong Bee Fong, 39, dikatakan menghalang tugas L/Kpl Mohd Faudzi Abdul Aziz di ibu pejabat Pasukan Gerakan Awam di Batu 9, Cheras, kira-kira jam 2.30 pagi pada 13 Ogos, 2004.

Beliau minta dibicarakan di Mahkamah Majistret Kajang di Putrajaya.

Bee Fong didakwa mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tiga bulan penjara atau denda RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut peguam, Keppy Wong (atas, kanan), beliau dibenarkan ikat jamin RM2,000 yang dibayar oleh majikannya.

"Apayang terjadi kepada negara hari ini? Mereka (polis) boleh memaklumkan kepada beliau mengenai pertuduhan berkenaan tetapi sebaliknya menangkap beliau di tengah-tengah malam," katanya kepada Malaysiakini.

"Sudahlah dirinya dicabul kehormatannya, sekarang beliau terpaksa meringkuk di lokap pula."

Bee Fong mendakwa bahawa beliau ditahan semasa sekatan jalan oleh polis di Taman Connaught, Kuala Lumpur kerana disyaki memandu ketika dalam keadaan mabuk.

Wong bee fong demonstrating how she was molested by policeSelepas berunding, dakwanya, beliau meminta anggota polis untuk mengembalikan lesen memandunya dan mengeluarkan saman.

Bagaimanapun, anggota polis berkenaan didakwa enggan berbuat demikian dan sebaliknya meminta rasuah sebanyak RM3,000.

Beliau kemudiannya memandu ke arah balai polis Batu 9 balai di Cheras, tetapi berkata sebuah kereta Proton Wira berwarna perang mengekorinya dan memaksanya mengubah haluan ke bangunan Pasukan Gerakan Awam.

Semasa Bee Fong keluar dari keretanya, 11 anggota polis didakwa menghampiri dirinya dan mula meraba tubuhnya.

LAGI TEKNIK RAHASIA HASILKAN UWANG DENGAN PANTAS

Posted: 02 Nov 2011 04:35 AM PDT

 Pembinaan Lebuhraya Jabor, Kemaman, Terengganu yang termasuk dalam sebahagian Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menimbulkan persoalan, apabila dikesan menelan kos amat tinggi sehingga melebihi RM2 bilion dari harga asal.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menimbulkan persoalan itu berkata, kos asal pembinaan lebuhraya itu hanyalah RM3 bilion, tetapi kini telah menjadi RM5 bilion.

Menurut beliau, kejadian yang amat menyedihkan itu tidak sepatut berlaku kerana ia melibatkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan dengan betul.

Katanya, projek tersebut telah dibina sejak tahun 2007 dan dijangka siap tahun lalu, tetapi masih juga tidak siap hingga sekarang.

"Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Kenapa kejadian ini berlaku? Ini merupakan kelemahan JKR dan kementerian terbabit perlu bertanggungjawab dalam hal ini," katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kejadian itu, menurut beliau, belum lagi diambil kira dengan persoalan tol yang nantinya pasti akan mencetuskan pula beberapa tanda tanya lain.

"Sehingga sekarang, kita masih belum tahu siapakah yang akan mengendalikan tol dan siapakah yang akan memegang konsesinya," katanya.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan projek tidak cerdik Umno BN yang membina jambatan di atas daratan.

Katanya, projek tersebut dibina di daerah Kemaman, Terengganu dengan kos RM174 juta dan ternyata turut melibatkan kos amat tinggi sehingga melebihi RM70 juta dari harga sebenar.

"Ini merupakan satu projek pelik Umno BN yang membina jambatan di daratan dan dan kosnya pula amat tinggi serta melebihi kos sebenar," katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Beliau turut membidas sikap para pemimpin Umno yang lebih mementingkan diri sendiri daripada memikirkan derita rakyat dengan membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat.

Sehingga kini, katanya, keniskinan tegar di kalangan rakyat masih belum diatasi, tetapi para pemimpin Umno sanggup membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat tanpa memikirkan derita rakyat.

"Nak naik gaji minima pun tak setuju. Peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen atau wakil-wakil rakyat pun tak diberi dengan adil.

"Peruntukan kepada wakil-wakil rakyat atau ahli-ahli Parlimen pembangkang tak diberikan untuk membolehkan mereka mempergunakannya untuk kepentingan rakyat di kawasan masing-masing. Jadi susahlah saya nak sokong cadangan itu," katanya.

Beliau amat sedih kerana dalam keadaan nasib rakyat tidak terbela pun, masih terdapat para pemimpin Umno BN yang tergamak "songlap" wang rakyat dengan pelbagai cara termasuk menerusi projek-projek yang dibuat oleh kerajaan.

MP INI PERNAH DIKAITKAN DENGAN SEKS TERLAMPAU BUKAN? TULA JADI BIUL

Posted: 02 Nov 2011 04:28 AM PDT

Sebuah NGO hari ini menyerahkan memorandum kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendesak beliau memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa menghina hukum hudud.

Sehubungan itu, Sekretariat Jingga 13 memberi tempoh 48 jam untuk beliau berbuat demikian dan menarik balik kenyataannya yang dilaporkan mendakwa bahawa perlaksanaan hukum hudud menjadikan negara ini mundur dan menakut-nakutkan pelabur.

NONE"Sekiranya Dr Chua gagal berbuat demikian, maka Jingga 13 tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini mengadap Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam di Malaysia," memorandum itu dipetik.

Chua pada 29 Oktober lalu dilapor berkata hasrat PAS melaksanakan hudud akan memberi kesan besar terhadap pelaburan langsung asing dan kedatangan pelancong.

Beliau dilaporkan berkata, kecuali negara yang kaya dengan sumber asli, pelaksanaan hudud menyebabkan mereka terkebelakang.

Bercakap sebelum menyerahkan memorandum itu, ketua koordinator Jingga 13 Fariz Musa menyifatkan kenyataan Chua itu sebagai "menghina Islam" kerana hukum hudud telah termaktub di dalam Al-Quran.

"Kenyataan Chua itu boleh menyebabkan suasana yang tidak senang kepada orang Islam dan (dikhuatiri) boleh menimbulkan ketegangan agama.

NONE"Ini isu yang serius, bukan isu remeh-temeh... Kita tidak mahu budaya ini berterusan," katanya.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Chua itu sebagai "satu dakyah palsu" dan presiden MCA tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan mempertikaikan hukum hudud.

"Hukum hudud khusus untuk orang Islam... Kita minta hentikan kenyataan (menghina) hukum hudud," katanya.

Beliau juga berharap polis dapat membuat siasatan segera memandangkan mereka telah membuat aduan terhadap Chua beberapa hari lalu.

Kira-kira 20 anggota NGO itu dan beberapa pemimpin AMK hadir ke Wisma MCA di Jalan Ampang membantah kenyataan Chua.

Mereka mengangkat beberapa plakad yang tertulis 'Jangan hina Islam" dan "Jangan Biadap' sambil melaung-laung beberapa kali "Chua Soi Lek Biadap" dan "MCA Biadap".

NONEKemudian, memorandum tersebut diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden, Gian Say Khoon di lobi wisma berkenaan kira-kira jam 2.30 petang.

Gian yang menerima memorandum tersebut berjanji akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Chua.

Kira-kira lima anggota polis mengawal perhimpunan selama kira-kira sepuluh minit di hadapan bangunan itu.

NAJIB TIDAK TIDUR DICOGHM:DIA KHUSUK MENGHAYATI

Posted: 02 Nov 2011 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Nov: Memalukan apabila sebuah portal berita berpengaruh Indonesia menyiarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidur semasa Persidangan Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Perth Australia minggu lalu.
Laporan AntaraNews.com bertajuk "Pengadilan Malaysia menentang larangan berpolitik mahasiswa" itu menyiarkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes empat mahasiswa UKM yang memutuskan Akta Universiti Dan Kolej (AUKU) bertentangan dengan perlembagaan.
Namun gambar Najib yang tidur ketika CHOGM  menghiasi laporan itu seolah-olah memperli dan memperlekeh perdana menteri.
Imej tidur ketika menghadiri mesyuarat atau sesuatu persidangan penting sinonim dengan Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah menyebabkan BN mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum 2008, apabila lima negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat.
Najib mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu yang dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II, yang juga Ketua Komanwel pada Jumaat lepas.
Beliau adalah antara 53 ketua-ketua kerajaan yang menghadiri mesyuarat tiga hari itu yang berakhir pada Ahad, dengan bertemakan "Membangun Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global", dengan sub-tema "Wanita Sebagai Agen Perubahan".

PENGGAMBARAN BERAHI

Posted: 01 Nov 2011 11:00 PM PDT

Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) difahamkan bahawa Datuk K S Nallakaruppan dilantik sebagai senator dan dijadualkan mengangkat sumpah esok di Dewan Negara.
"Mipas ingin mempersoalkan adakah ia suatu majlis yang harus dibanggakan?" soal setiausaha agungnya, Barathidasan Saminathan (gambar) dalam satu kenyataan.
Katanya, Nalla menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia (Miup) setelah keluar daripada PKR, malangnya Miup tidak menyertai pilihan raya umum ke-12 kerana ia hanya menumpukan kepada kerja-kerja dalaman parti sahaja.
Selain itu, ujarnya Miup bukanlah sebuah parti majoriti yang mewakili masyarakat India.
"Mipas ingin bertanya apakah sumbangan Datuk Nalla untuk masyarakat India dan negara?
"Pernahkah beliau membawa apa-apa perubahan dari segi ekonomi, sosial dan politik?" soalnya lagi.
Beliau juga mempersoalkan apakah sumbangan Nalla terhadap pembangunan negara dan isu-isu semasa seperti masalah setinggan, peluang perniagaan, pembelajaran, novel Interlok, perjuangan penduduk Ladang Bukit Jalil untuk mendapatkan tanah seluas 4 ekar, kempen sejarah sebenar dan banyak lagi isu-isu semasa masyarakat India yang harus ditangani.
Bagi Mipas, katanya  Nallakaruppan hanyalah merupakan bekas 'rakan tenis' Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Adakah untuk itu beliau dilantik sebagai senator?" soalnya lagi.

PESTA SEKS

Posted: 01 Nov 2011 06:16 PM PDT

Festival Seksualiti Merdeka 2011 (Queer without fear) yang sedang berlangsung mulai semalam sehinggalah 13 Okt 2011 merupakan bukti terbaru kecelaruan identiti dalam kalangan belia semakin meruncing dan berada pada tahap yang membimbangkan umat Islam.
Demikian kata Ketua Wanita dan Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Norsaleha Mohd Salleh dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, pada minggu lepas masyarakat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman tentang 6 juta belia Malaysia yang mengalami krisis identiti.
"Dakwaan ini telah mendapat liputan yang meluas daripada akhbar arus perdana termasuklah juga perbagai saluran radio dan televisyen yang mengupas isu ini dengan menjemput berbagai-bagai tokoh belia menjawab dan mengupas isu kecelaruan identiti ini," katanya.
Ini, ujarnya menunjukkan wujud usaha yang secara sengaja dan terancang sedang bergerak secara rancak mempromosi idea liberalisasi dan normalisasi dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti kesamaan gender, gay, lesbian dan homoseksual secara terang-terangan di Malaysia.
Katanya, kumpulan itu bergerak secara berani dan terang-terangan melalui slogan human right (hak asasi manusia).
Justeru, tambahnya Isma berharap pihak berkuasa mengambil cakna kepada bahaya yang sedang menanti semua lapisan masyarakat.
"Jangan kita tunggu laknat Allah Taala turun kepada seluruh penduduk Malaysia barulah kita membuka mata dan sedia untuk mengkaji semula lesen yang diberikan," ujarnya .
Isma juga, katanya menyeru kepada masyarakat Malaysia yang berbilang-bilang agama dan etnik untuk beramai-ramai menolak budaya songsang yang dibawa oleh golongan itu.
Beliau menambah, budaya songsang ini tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama termasuklah  ajaran Kristian, Hindu, Buddha.
Jelasnya, Islam sebagai agama yang mempunyai paling  ramai penganutnya di Malaysia menolak sekeras-kerasnya budaya songsang yang tidak bertamaddun itu.
Katanya, kegilaan kepada budaya gay, lesbian, pengkid dan kebebasan seks ini bukan sahaja ancaman kepada anak-anak dan generasi akan datang tetapi bahaya yang telah melanggar jati diri negara yang tertegak di atas nilai-nilai agama dan moral yang tinggi.
"Sekiranya budaya ini tidak dibanteras sekarang, tidak mustahil suatu masa nanti rakyat Malaysia berkemungkinan mempunyai Perdana Menteri daripada golongan gay atau Perdana Menteri yang merupakan anak bukan sah taraf.
"Apakah itu yang kita mahu,? soalnya.

AKHIRNYA DAPAT JADI SENATOR JUGAK

Posted: 01 Nov 2011 02:00 PM PDT

Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok.

Pengumuman itu dibuat menerusi pemberitahuan parlimen selepas diedarkan kepada petugas media, hari ini, lapor sebuah akhbar.

nallakarupan interview 231107 respondAhli perniagaan itu merupakan bekas sahabat rapat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga rakan karib bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu.
Beliau pernah menjadi timbalan ketua pemuda MIC pada sekitar tahun 1980an.

Nallakaruppan (kiri) juga pernah bergiat dalam PKR pimpinan isteri Anwar - Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail - pada 2007 tetapi keluar parti kira-kira setahun selepas itu.

Nallakaruppan kemudiannya menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) tetapi tidak menyertai pilihan raya umum ke-12 bagi menumpukan kepada kerja-kerja dalaman.

Beliau terkenal ahli politik yang lantang mengkritik kepimpinan Anwar dan PKR.
Selain Nallakaruppan, turut akan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara, esok adalah ketua pemuda MCA Chiew Lian Keng dan bendahari MIC Datuk Jaspal Singh

MENTERI DAN LEMBU LEMBUNYA?

Posted: 01 Nov 2011 11:00 AM PDT

PKR menuntut menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil supaya menjelaskan projek ternakan lembu fidlot yang dijalankan anggota keluarga menteri kabinet itu – dengan kos didakwa 22 kali lebih tinggi daripada unjuran kementerian pertanian.

PKR turut menuntut Shahrizat menjelaskan jualan daging lembu daripada projek tersebut kepada restoran mewah yang juga didakwa milik keluarga menteri berkenaan, katanya lagi.

NONEPengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata kaitan berkenaan boleh dilihat melalui profail syarikat restoran berkenaan.

Katanya lagi, fidlot berkenaan juga tidak berjaya walau dijelaskan sebaliknya oleh menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar semalam dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat.

"Kita persoalkan sasaran yang menteri kata telah dipenuhi. Ternak 8,000 ekor lembu dalam masa tiga tahun ini, petani di kampung mana-mana pun boleh buat. Tidak perlu ada 250 juta," katanya dalam sidang media di bangunan parlimen petang ini.

Syarikat Agro Science Industries Sdn Bhd – salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Fidlot Kebangsaan – telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian, menurut Noh dalam jawapannya di Dewan Rakyat semalam.

Mengulas pekrara itu, Rafizi berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menetapkan sasaran supaya Pusat Fidlot Kebangsaan menyediakan sebanyak 276,000 ekor lembu fidlot setahun.

Beliau mendakwa, sasaran berkenaan boleh dilihat melalui kertas dasar projek berkenaan yang diletakkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

NONEWalhal, Noh dalam jawapannya semalam berkata projek berkenaan tidak menemui kegagalam memandangkan syarikat Agro Science berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang 2008 hingga 2010.

"Mengikut RMK9, projek itu perlu ternak sekurang-kureang 60,000 ekor lembu, bina satu ladang komersil bebas dengan 20,000 ekor lembu setiap tahun, dan juga bina 310 ladang satelit dengan 600 ekor setahun (setiap ladang)," kata Rafizi lagi.

Tambahnya, jumlah sasaran bilangan lembu itu juga selari dengan jumlah sasaran bekalan daging yang ditetapkan untuk Pusat Fidlot Kebangsaan – sebanyak 50,000 tan daging menjelang 2009 atau 40 peratus daripada permintaan daging Malaysia.

Rafizi turut membidas jawapan Noh bahawa tiada konflik kepentingan dalam penganugerahan projek berkenaan kepada Agro Science.

NONE"Menteri jawab tiada konflik kepentingan kerana ada enam syarikat terbabit. Tetapi ada perbezaan besar antara tender terbuka dengan enam piohak membuat pembentangan kepada kerajaan.

"Ianya bukan proses yang telus. Apa yang berlaku, ada enam syarikat menghubungi kerajaan buat cadangan (dan) menteri kata cadangan yang dibuat oleh (keluarga) menteri Datuk Shahrizat ini terbaik.

"Lainlah kalau kerajaan buat iklan besar 'ada (pinjaman) RM250 juta dan 500 ekar untuk pelihara lembu, siapa hendak pelihara lembu.' Itu (barulah) tender terbuka yang telus," katanya lagi

Tiada ulasan: