Anak Sungai Derhaka |
- Mekah bagaikan medan perang bagi Najib dan Rosmah..
- Video : Demo Mat Rempit minta Litar Lumba..
- Mat Rempit keliru antara perkataan Racist dan Racing?
- Anwar Ibrahim tak pernah ke Mekah? Jawapan buat pencacai UMNO...
- Dulu Pak Lah... Kini Najib...
- GST perlu kerana dunia dah maju?
- Dalam pertahan, Najib akui Projek Lembu Shahrizat gagal...
- Malaysia masih ada risiko jadi muflis - Idris Jala
Mekah bagaikan medan perang bagi Najib dan Rosmah.. Posted: 02 Nov 2011 07:50 AM PDT Mekah bagaikan medan perang bagi Najib dan Rosmah.. bergerak sambil dikelilingi oleh hampir 20 anggota Keselamatan Arab Saudi. Sepatutnya dalam mengerjakan ibadat haji tidak dibezakan darjat dan taraf seseorang dimuka bumi ini, semuanya sama disisi Allah, yang membezakannya ialah Iman dan Taqwa.. Cuba korang tengok bagaimana jemaah dari Malaysia yang lain bergerak dibawah ni.. Ini close-up Najib dan Rosmah. Menurut satu sumber, Rosmah dan Najib akan melakukan ibadah Melontar Jumrah dengan menaikki kereta malah turut mendapat kawalan VVIP dan tidak mengikuti laluan rakyat biasa. Sumber yang sama juga memaklumkan bahawa Rosmah dan Najib akan memujuk imam besar Masjidil Haram untuk menikahkan anak mereka sebagai usaha menaikkan imej Najib di depan mata rakyat terutama masyarakat Melayu pedalaman kampung dan Felda. Siapa sumber tu sila lihat di SINI |
Video : Demo Mat Rempit minta Litar Lumba.. Posted: 02 Nov 2011 04:09 AM PDT Video diakhir entry.. Sekitar tahun 2009 lalu Ketua Trafik Polis Bukit Aman, Datuk Abd Aziz Yusof telah berkata "Berkuat kuasa serta-merta istilah mat rempit ditukar kepada samseng jalanan" Jika Mat Rempit telah didefinasikan sebagai Samseng Jalanan mengapa layanan yang diberikan kepada lebih kurang 200 orang Mat Rempit yang menyertai demo di Georgetown, Pulau Pinang menunjukkan sebaliknya? Jika semasa perhimpunan BERSIH 2.0 peserta yang berbaju kuning diserbu oleh pihak Polis tetapi kumpulan Mat Rempit yang berbaju kuning ini tidak diperlakukan sedemikian? Mereka kelihatan dibiarkan menganggu dan menghalang lalu lintas seolah-olah perhimpunan mereka ini mempunyai Permit.. Kenapa agaknya?? |
Mat Rempit keliru antara perkataan Racist dan Racing? Posted: 02 Nov 2011 02:15 AM PDT GEORGETOWN, 2 NOV – Demontrasi liar membabitkan kira-kira 200 Mat Rempit di perkarangan Komtar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini tanpa dihalang secara serius oleh pihak polis telah menimbulkan tanda tanya. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, demonstrasi bermotosikal yang menyebabkan kesesakan lalu lintas itu kelihatan agak tersusun, seolah-olah didalangi oleh pihak pembangkang. Katanya lagi, baju kuning dengan kata-kata "LGE rasis" yang dipakai oleh Mat Rempt berkenaan juga cuba membawakan masej yang sering ditohmah oleh UMNO selama ini, iaitu kononnya Ketua Menteri Lim Guan Eng adalah seorang pemimpin yang rasis. "Kalau mereka nak menuntut sebuah litar lumba, mereka tidak akan memakai baju 'LGE rasis' kerana rasis dan 'racing' (perlumbaan) maksudnya sangat berbeza. "Demonstrasi mereka begitu organised atau terancang, mustahil dirancang oleh Mat Rempit," ujar beliau, merujuk kepada kumpula-kumpulan pelumba haram yang biasanya berkeliaran tak tentu arah di jalan raya. Beliau juga berkata, ada kemungkinan kumpulan penunjuk demontsrasi itu bukan Mat Rempit yang sebenar tetapi dari kalangan pemuda dan mungkin juga pelajar sebuah sekolaj dari sebuah dareah di Pulau Pinang diperalat untuk berbuat demikian. Ketua Menteri Pulau Pinang pula mempersoal tindakan polis kerana dilihat tidak membuat sekatan serius ke atas demonstrasi liar berkenaan. "Macam mana 200 Mat Rempit berani mencabar sebuah kerajaan negeri kalau tidak mendapat sokongan pihak tertentu…Mat Rempit boleh bersuka ria, seolah-olah dibenarkan oleh polis mengadakan perhimpunan (liar) dari Komtar ke Dewan Undangan Negeri (Pulau Pinang)," ujarnya. Katanya, orang Melayu Pulau Pinang sendiri tidak menyukai sikap merempit di kalangan golongan muda Melayu kerana mengganggu ketenteraman awam. – Roketkini.com |
Anwar Ibrahim tak pernah ke Mekah? Jawapan buat pencacai UMNO... Posted: 01 Nov 2011 10:46 PM PDT Apabila Najib dan Rosmah telah diberitakan berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah dan Haji maka gegak gempitalah isu ini dimainkan oleh pencacai-pencacai UMNO baik di Blog mahupun FaceBook. Kononnya bagi mereka tindakan Najib dan Rosmah itu adalah bukti betapa luhur dan sucinya hati Najib sebagai seorang Pemimpin, kononnya lagi bagi mereka ini sebagai bukti bahawa disebalik berita-berita yang disampaikan oleh berbagai media alternative tentang keburukan dan salahlaku Najib, beliau masih berani ke Mekah. Maka dengan itu mereka mula menyindir Anwar Ibrahim, kononnya kata mereka Anwar Ibrahim tak pernah ke Mekah. Antara tohmahan yang dilemparkan ialah: "Bilalah agaknya Anuar Ibrahim hendak menunaikan Rukun Islam Kelima itu ye? London boleh pergi, Bangkok dah macam rumah kedua, takkan belum terbuka hati untuk mengerjakan haji?" Itulah.. bila mereka hanya berkiblatkan TV3 dan Utusan Malaysia sebagai bahan bacaan, bukan sahaja mereka malah ramai yang tidak tahu bahawa Anwar Ibrahim telah berangkat ke Kota Suci Makkah untuk menunaikan Umrah sebanyak dua kali. Kali pertama ialah pada sekitar November 2007 dan kali keduanya pula ialah pada June 2008. Ini adalah catatan 14 November 2007 Semalam Di Makkah Al-Mukarammah Saya bercadang pada mulanya untuk terus ke Makkah, tetapi diminta penganjur menghadiri majlis perasmian Persidangan Dunia mengenai Pos & Teknologi Maklumat oleh Putera Khalid bin Faisal, Gabenor Makkah. Saya diundang Menteri Komunikasi Arab Saudi untuk menyampaikan ucapan dalam sesi pertama esok. Labbaika Allahum malabbaik – Menuju Makkatul Mukarramah, mengumandangkan kebesaran Tuhan. Seluruh tumpuan kini hanya untuk menyempurnakan umrah, semoga mabrur dan sa'ie masykur. Semalaman di Masjidil Haram, tawaf mengelilingi kaabah (Baitul 'atiq), Sa'ie dan beri'tikaf – berdoa dan bermunajat. Saya kenangkan kupasan sarjana Ali Shariati mengenai dampak ibadah haji dengan pakaian ihram dan juga pengalaman Malcolm X (A Malek As Shabaz) tatkala menunaikan haji. ANWAR IBRAHIM Sumbernya dari SINI Ini pula adalah catatan pada 22 June 2008 kali ke dua ke Makkah.. Sejenak Di Makkah Al-Mukarramah Alhamdulillah, kami selesai menyempurnakan umrah. Didoakan semoga umrah mabrur, sa'i mashkur, wa'amalan salihan, watijartan lan tabur! Seringkali umrah saya singkat. Maka saya tumpukan waktu beristighfar dan munajat di Masjidil Haram. Kami ketemu jamaah lain dari Malaysia, Indonesia dan lain-lain termasuk pelajar yang turut menyapa saya. Maaf kerana tidak melayani sebarang acara lain. Saya beranggapan dengan kesibukan menangani isu politik dan keduniaan, wajar diperuntukkan waktu dalam urusan kerohanian. A.K. Brohi, pemikir dan sarjana undang-undang Pakistan pernah mengingatkan saya sejurus mencebur diri dalam politik pesanan ahli sufi Sindhi berdasarkan Hadith Rasulullah saw. Menurutnya, ibarat sekuat besi di dalam air; akhirnya berkarat jua! Justeru wajib diangkat dan diselaputi minyak dari masa ke masa sebelum dibenamkan semula di dalam air. Begitu juga kita aktivis yang bergelut dalam kancah politik, perniagaan atau sebarang lapangan, harus ada waktu beruzlah, munajat dan memperkuat aqidah (iman amiq) dan kerohanian. Selain itu kupasan pemikir Ali Shariati mengenai ibadah Haji yang sewajarnya mendorong kita ke arah amal dan perjuangan. Pejuang kulit hitam, Malcolm X (Shahid A. Malik As-Shabaz) pernah mencatat pengalamannya menyempurnakan ibadah Haji dalam sepucuk surat kapada kakaknya. Pakaian ihram, ucapan labbaikalLahum malab baik, menyemat semangat persaudaraan yang membenamkan kebencian kelas dan kasta, atau prasangka warna kulit. Mudah-mudahan kita dapat mengasah kesedaran yang sama di kalangan jamaah. ANWAR IBRAHIM Sumbernya dari SINI Ini pula adalah imej yang diambil dari DCM pengakuan Anwar sendiri bahawa beliau sudah dua kali ke Mekah.. |
Posted: 01 Nov 2011 09:48 PM PDT Memalukan apabila sebuah portal berita berpengaruh Indonesia menyiarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidur semasa Persidangan Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Perth Australia minggu lalu. Laporan AntaraNews.com bertajuk "Pengadilan Malaysia menentang larangan berpolitik mahasiswa" itu menyiarkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes empat mahasiswa UKM yang memutuskan Akta Universiti Dan Kolej (AUKU) bertentangan dengan perlembagaan. Namun gambar Najib yang tidur ketika CHOGM menghiasi laporan itu seolah-olah memperli dan memperlekeh perdana menteri. Imej tidur ketika menghadiri mesyuarat atau sesuatu persidangan penting sinonim dengan Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah menyebabkan BN mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum 2008, apabila lima negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat. Najib mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu yang dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II, yang juga Ketua Komanwel pada Jumaat lepas. Beliau adalah antara 53 ketua-ketua kerajaan yang menghadiri mesyuarat tiga hari itu yang berakhir pada Ahad, dengan bertemakan "Membangun Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global", dengan sub-tema "Wanita Sebagai Agen Perubahan"- keadilandaily.com |
GST perlu kerana dunia dah maju? Posted: 01 Nov 2011 08:49 PM PDT Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seiring dengan perubahan semasa dunia yang kian maju, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. "Kita perlu sedar bahawa dunia telah berubah dan bertambah maju, jadi sistem kewangan juga perlu," katanya dalam ucapan pengulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat, semalam. Beliau berkata lebih dari 100 negara seluruh dunia telah melaksanaan GST, manakala di rantau Asean, semua negara melaksanakannya kecuali Myanmar dan Brunei. Bagaimanapun, beliau berkata ia tidak akan dilaksanakan sehingga semua mekanisme dan kelengkapan disediakan dengan sepenuhnya. "Kita kini sedang menjalankan perbincangan dengan NGO dan sektor korporat untuk menerangkan kepada mereka mengenai kelengkapan dan maklum balas mereka untuk melaksanakan GST. "Kita hanya akan melaksanakannya apabila semua kelengkapan disediakan," katanya apabila menjawab pertanyaan beberapa orang anggota parlimen yang khuatir pelaksanaan GST akan membebankan rakyat. Beliau juga menerangkan bahawa GST bukan satu cukai baru yang akan diperkenalkan, tetapi ia akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Rang Undang-undang Perbekalan 2012 telah diluluskan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat. - Bernama |
Dalam pertahan, Najib akui Projek Lembu Shahrizat gagal... Posted: 01 Nov 2011 06:19 PM PDT Dalam kenyataannya yang cuba mahu menyelamatkan Projek Lembu Shahrizat, Laki dan Anak-anak,Perdana Menteri menafikan dakwaan wujudnya penyalahgunaan dalam pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience Sdn Bhd. Menurut Najib sehingga 31 Julai 2011, jumlah pengeluaran pinjaman kepada NFC ialah sebanyak RM181.9 juta bagi membiayai pembangunan kandang, bangunan, kilang baja, kilang makanan dan sebagainya. Najib juga menegaskan NFC kini menjalankan peningkatan kapasiti pengeluaran fidlot dari 6,000 ekor lembu kepada 12,000 ekor lembu manakala kapasiti penyembelihan di pusat penyembelihan kepada 200 ekor lembu sehari dan pembangunan itu dijangka siap pada awal tahun depan. Dengan mengatakan NFC kini menjalankan peningkatan kapasiti pengeluaran fidlot dari 6,000 ekor lembu kepada 12,000, Najib secara tidak langsung telah mengakui Projek NFC tersebut telah gagal kini. Ini kerana sasaran rasmi yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti berikut: - Pusat Fidlot Kebangsaan perlu menyediakan sekurang-kurangnya 60,000 ekor lembu fidlot setahun yang diternak di ladangnya di Gemas tetapi angka yang dicapai hanyalah 8,016 ekor antara tahun 2008 dan 2010; iaitu kurang dari 3,000 ekor lembu setahun. -Pada masa yang sama, sebagai integrator projek syarikat tersebut juga perlu membangunkan 310 penternak kecil seluruh negara dengan saiz ternakan 600 ekor setahun, menjadikan sasaran ternakan lembu sebanyak 186,000 ekor setahun dansSasaran ini gagal sama sekali kerana Pusat Fidlot Kebangsaan masih belum pun menjalankan skim untuk membangunkan penternak-penternak kecil. -Kementerian juga menetapkan supaya Pusat Fidlot Kebangsaan membangunkan sebuah ladang komersil bebas dengan sasaran 30,000 ekor setahun. Sasaran ini juga gagal kerana syarikat yang dikenalpasti telah menarik diri. -Sasaran keseluruhan ternakan lembu di bawah skim yang diusahakan oleh Pusat Fidlot Kebangsaan ini adalah 276,000 ekor lembu setahun, iaitu sasaran yang lebih munasabah berbanding dengan sasaran 8,000 ekor lembu menjelang tahun 2010 seperti yang disebut Datuk Seri Noh Omar. -Sasaran pengeluaran bekalan daging mencecah 50,000 tan setiap tahun menjelang 2009, iaitu memenuhi sasaran 40% permintaan daging Malaysia. -Mengikut perkiraan kasar dengan anggaran seekor lembu menghasilkan 150 kg daging mentah, sasaran 50,000 tan daging lembu setiap tahun bersamaan dengan penyembelihan sebanyak 330,000 ekor lembu setiap tahun. Sasaran penyembelihan ini bertepatan dengan sasaran ternakan lembu sebanyak 276,000 ekor lembu setahun seperti yang ditetapkan Kementerian. -Angka yang dicapai oleh Pusat Fidlot Kebangsaan hanyalah 5,742 ekor lembu disembelih di antara tahun 2008 dan 2010; jauh lebih rendah dari sasaran kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Lebih lengkap sila lihat di SINI ***************** Najib nafi projek lembu salah guna pinjaman RM250 juta Perdana Menteri menafikan dakwaan wujudnya penyalahgunaan dalam pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience Sdn Bhd. Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan berkata pinjaman itu telah diluluskan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional. Beliau menjelaskan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan Pusat Fidlot Nasional, menjemput enam syarikat untuk mengemukakan cadangan pelaksanaan pembangunan industri daging tempatan dan sekaligus meningkatkan pengeluaran daging lembu tempatan. Jawatankuasa pemilihan syarikat peneraju, yang ditubuhkan untuk membuat pilihan syarikat yang memberi cadangan terbaik dan berpandu kepada kriteria dikehendaki, telah memilih Agroscience Sdn Bhd, katanya. Menurut Najib sehingga 31 Julai 2011, jumlah pengeluaran pinjaman kepada NFC ialah sebanyak RM181.9 juta bagi membiayai pembangunan kandang, bangunan, kilang baja, kilang makanan dan sebagainya. "Tujuan pinjaman itu adalah untuk membangunkan projek tersebut bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri sebanyak 38 peratus," katanya. Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang meminta penjelasan Menteri Kewangan sama ada berlakunya penyalahgunaan pinjaman mudah berjumlah RM250 juta kepada Agroscience Sdn Bhd pada 2003. NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan penggantungan negara kepada pengimportan daging dari luar negara. Najib berkata syarikat NFC telahpun membangunkan Pusat Fidlot Nasional dan kini mengeluarkan produk daging tempatan yang berkualiti tinggi pada tahap komersil. Produk pengeluaran NFC dijual di pasar raya seperti Jaya Jusco, Giant, Carrefour, Cold Storage, pasar segar, kilang pemprosesan daging, restoran dan pasar runcit di seluruh negara. NFC kini menjalankan peningkatan kapasiti pengeluaran fidlot dari 6,000 ekor lembu kepada 12,000 ekor lembu manakala kapasiti penyembelihan di pusat penyembelihan kepada 200 ekor lembu sehari dan pembangunan itu dijangka siap pada awal tahun depan, katanya. - Bernama |
Malaysia masih ada risiko jadi muflis - Idris Jala Posted: 01 Nov 2011 08:59 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 Nov ― Datuk Seri Idris Jala hari ini menegaskan semula bahawa Malaysia masih berhadapan dengan risiko menjadi negara muflis dalam satu dekad lagi jika ia membelanjakan wang yang dipinjam untuk perbelanjaan-perbelanjaan operasi seperti subsidi berbanding menggunakannya bagi tujuan pelaburan. "Jika ekonomi kita mengalami pertumbuhan kurang empat peratus dan jika kita tidak memotong perbelanjaan operasi kita, jika kita pinjam pada kadar 12.5 peratus, jika hutang tahunan kita meningkat 12.5 peratus dan pulangan kita pula tidak berkembang, maka ia akan berlaku," kata Jala hari ini selepas mengumumkan perkembangan terkini mengenai pelaburan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). Beliau (gambar) mencetuskan kebimbangan yang sama tahun lalu ketika ramai membicarakan mengenai isu subsidi, yang kemudiannya menjadi kontroversi. Hutang kebangsaan Malaysia meningkat 12.3 peratus untuk mencecah RM407 bilion tahun lalu, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan minggu lalu. Meskipun ekonomi mengalami pertumbuhan 7.2 peratus tahun lalu, defisit fiskal tahun lalu mengekalkan hutang awam lebih 50 peratus berbanding kadar KDNK bagi tahun kedua berturut-turut. Pakar ekonomi juga berkara bahawa pertumbuhan ekonomi negara boleh perlahan ke paras 3.6 peratus tahun depan daripada kadar 4.3 peratus yang dijangkakan tahun ini ekoran risiko kemelesetan berganda global. Bagaimanapun kata beliau, Malaysia tidak akan melalui kemelesetan tetapi akan melalui perkembangan ekonomi yang perlahan ekoran merebaknya krisis kewangan di Eropah. Katanya, jangkaan beliau tidak bermakna Putrajaya akan berhenti daripada membuat pinjaman. "Kita harus membuat pinjaman dengan syarat wang itu digunakan untuk pelaburan berbanding untuk perbelanjaan operasi," kata beliau lagi. "Kita harus memastikan pinjaman kita sepadan dengan pelaburan," katanya lagi. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan