Ahad, 27 November 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


FAKTA TUNTUTAN ROYALTI MINYAK DAN GAS KELANTAN.

Posted: 26 Nov 2011 06:13 PM PST

Oleh : Syam Ghaz

A. UNDANG-UNDANG DAN PERJANJIAN DILANGGARI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN.

- Tahun 1974 - Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen dan mengantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan pemberian Royalti Minyak 5% dan jarak perairan laut Negeri-Negeri. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan.

- Pada 9 Mei 1975 - Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut bertajuk, "Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum". Beberapa buah negeri telah menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.

[NOTA: Berdasarkan perjanjian itu Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.]

- 12 Noember 1975 - "Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% drpd nilai Petroleum yang dijumpai dan diperolehi dlm kwsn perairan (onshore) atau diluar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya."
- Kenyataan Mantan Perdana Menter, Arwah TUN Razak (Bapa Najib). Menjawab soalan Lim Kit Siang di Dewan Negara.

B. HAK PENDARATAN MINYAK KE PERAIRAN KELANTAN DINAFIKAN BAGI KAWASAN MEDAN JDA DENGAN PEMBINAAN PAIP MINYAK DI SONGKLA, THAILAND, WALAUPUN JARAK KOTA BHARU LEBIH DEKAT 110KM.

- Tahun 2005 - Kawasan Joint Development Area (JDA) Malaysia-Thailand (dalam perairan Kelantan) telah beroperasi projek di Telaga Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.

- Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA tetapi paip menyalurkan minyak didaratkan ke Songla yang jaraknya 260km dari JDA (beza 110km) - Penafian HAK Kelantan buat kali pertama!

- Jarak 166km telaga minyak diperairan Terengganu didaratkan di Kerteh, Terengganu. Kenapa Kelantan yang jaraknya hanya 150km dari JDA dinafikan hak?

C. SEKALI LAGI HAK NEGERI KELANTAN INGIN DINAFIKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN MENDARATKAN MINYAK KELANTAN KE TERENGGANU.

- 24 Ogos 2011 - PETRONAS mengumumkan pendaratan dan pembinaan loji pemprosesan gas di Kerteh, Terengganu dgn nilai RM15Billion meliputi pemasangan paip dilautan sepanjang 200km dan dijangkan siap 2013.

- 2 telaga minyak iaitu Telaga Bumi dan Telaga Surya dari Blok PM301, North Malay Basin yang berada di perairan Kelantan.

- 60,000 tong sehari pengeluaran di kedua2 telaga.

- USD80 setong harga minyak mentah minimum mengikut pasaran dunia.

- 21.6 juta tong setahun pengeluaran dari kedua-dua medan dan boleh mencapai RM5.24 billion setahun.

- RM262 JUTA setahun yang patut Kelantan terima jika royalti 5% diberikan kepada Kelantan.

Sebagai Rakyat Kelantan dan Rakyat Malaysia, saya menyeru seluruh rakyat Kelantan bersatu padu dan bangkit menuntut HAK ROYALTI minyak+gas dan HAK PENDARATAN minyak dan gas di bumi Kelantan demi kedaulatan Negeri, kemakmuran ekonomi anak bangsa hadapan.

Ayuh Rakyat kita BANGKIT! Royalti Hak Rakyat Kelantan, Tuntut Sampai Dapat!

Disusun oleh;

Syam Ghaz
Setiausaha
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR)


Dasar “Tiada Toleransi Kepada Korupsi” Menguntungkan Rakyat Selangor.

Posted: 26 Nov 2011 06:08 PM PST

Oleh : Pengundi DUN Kota Anggerik
Label : Surat dari pembaca


Dasar "Tiada Toleransi Kepada Korupsi" Menguntungkan Rakyat Selangor.

Tuan/Puan Editor,

Saya merasa begitu gembira dengan kenyataan Menteri Besar Selangor sewaktu menghadiri Seminar Pelaburan Malaysia anjuran Malaysia-Japan Commerce Association (MAJECA) di Tokyopada 22 November 2011.

Beliau dengan jelas mengatakan pelabur-pelabur tidak perlu membayar apa-apa komisyen untuk melabur di negeri Selangor.

Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut dibuat dihadapan pelabur-pelabur dari negeri Jepun yang pada masa ini telah pun melabur sebanyak RM1.8 billion di negeri Selangor.

Pelaburan-pelaburan seperti ini akan membanyakkan lagi peluang-peluang pekerjaan di negeri Selangor ini.
Lebih-lebih lagi suasana pelaburan di negeri Jepun tidak berapa menarik memandangkan kadar faedah (interest rate) di Jepun mendatar untuk 5-10 tahun kebelakangan ini.

Peluang ini perlu direbut oleh negeri Selangor bagi meramaikan lagi pelabur-pelabur Jepun ke negeri Selangor memandangkan begitu trend di Jepun adalah melabur di luar negara sekarang ini.

Polisi dan praktis kerajaan Pakatan Rakyat yang tiada toleransi dengan korupsi bakal menarik perhatian ribuan pelabur-pelabur Jepun ke negeri Selangor memandangkan korupsi hanya akan mengurangkan keuntungan kepada para pelabur.

Dengan kata lain, apabila tiada korupsi, kadar keuntungan kepada para pelabur akan semakin tinggi. Ini akan mampu menarik lebih ramai pelabur ke negeri Selangor.

Lebih ramai pelabur masuk ke Selangor, bererti peluang pekerjaan akan bertambah. Ini juga bermakna ekonomi rakyat Selangor juga akan meningkat.

Jelas, ini suatu bukti bahawa dengan kurangnya korupsi, rakyat umum mendapat keuntungan yang berganda-ganda.

Syabas Menteri Besar Selangor. Syabas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

PENGUNDI DUN KOTA ANGGERIK

Tiada ulasan: