Ahad, 27 November 2011

shalehudin

shalehudin


Kena tangkap masa nak rogol mangsa ke 20...

Posted: 27 Nov 2011 09:31 AM PST

Ancaman perogol bersiri berakhir

SUSPEK (gambar kiri) ditangkap ketika cuba merogol mangsa ke-20 dalam asrama pekerja yang terletak di dalam bangunan ini di Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Pemburuan polis Kelantan terhadap seorang lelaki yang dilabelkan sebagai penjenayah seks paling dikehendaki berakhir apabila dia ditangkap oleh orang awam ketika cuba merogol mangsa dalam sebuah asrama di sini kelmarin.

Gadis berusia dalam lingkungan 20-an itu yang bekerja sebagai jurujual sepatutnya menjadi mangsa ke-20 lelaki tersebut.

Namun kegiatan licik suspek yang juga penganggur berusia 29 tahun itu memerangkap diri sendiri apabila suaranya dalam rumah perempuan itu menarik perhatian jiran mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seorang wanita yang bertugas sebagai penjaga asrama tersebut pada pukul 11.10 pagi kelmarin.

Penjaga asrama itu bersama dua lelaki yang juga pekerja di sebuah kedai datang menyiasat atas kepercayaan ada penghuni membawa masuk teman lelaki tetapi kemudian terkejut mendapati suspek cuba merogol mangsa yang diikat dengan wayar seterika.

"Dua pekerja itu kemudian menangkap lelaki tersebut sebelum diserahkan kepada polis.

"Saya nampak ada kesan luka pada pipi mangsa dan tangannya diikat dengan wayar seterika," kata wanita berusia 30 tahun itu yang enggan identitinya didedahkan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek tetapi enggan mengulas lanjut.- Kosmo

Video: Minah cun yang tak rasis... tahniah...

Posted: 27 Nov 2011 07:00 AM PST

"Pujuk Najib bukan saya!" kahkahkah... padan muka Najib...

Posted: 27 Nov 2011 05:30 AM PST

Pemuda Gerakan keluar parti kerana kecewa dengan Koh

"Semasa Hari Malaysia, Najib memberi harapan kepada negara ini, dengan ucapannya untuk menjanjikan pemansuhan ISA, memberi lebih kebebasan...dan sebagainya. Tetapi terkini Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, kelihatan lebih draconian berbanding dahulu. Jadi, apa yang dikatakan Najib? Dan mengapa Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) berdiam dalam hal ini?"

"Untuk Gerakan, seandainya ia menganggap ini adalah sesuatu yang salah, dia seharusnya bercakap sesuatu. Tetapi ia masih diam. Hanya apabila saya menyerah perletakan jawatan saya, baru beliau (Koh Tsu Koon) cuba untuk memanggil saya, memujuk saya untuk tidak tinggalkan (parti)."

"Ini cara yang salah! Beliau tidak seharusnya memujuk saya, beliau seharusnya memujuk Najib. Ubah pandangan dia (Najib)! Beliau (Koh Tsu Koon) mencari orang yang salah, saya bukan siapa dalam Gerakan. Beliau harus beritahu Najib, bukan saya... Keutamaannya salah!"

Demikianlah kekecewaan yang diluahkan kepada MerdekaReview, oleh Delren Terrence Douglas (gambar kanan), seorang pemuda Gerakan yang mengambil keputusan untuk keluar parti dari Gerakan. Beliau memegang jawatan Ketua Pemuda Cawangan Ijok, Ketua Pemuda Bahagian Kuala Selangor, Ketua Informasi Pemuda Negeri Selangor sebelum meninggalkan parti.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan MerdekaReview, Delren berkata notis letak jawatan telah dihantar kepada pimpinan tempatan kelmarin, dan melalui sms kepada Kohilan, Tan Lian Hoe dan Koh Tsu Koon, pagi tadi. Beliau menunjukkan panggilan Koh Tsu Koon yang tidak dijawab olehnya, pagi tadi.

Ketika ditanya faktor yang mendorong beliau keluar parti, Delren berkata, "Gerakan masih merupakan anak tiri kepada UMNO. Masa dia masuk dalam Barisan Nasional dulu, dia setaraf dengan UMNO. Apa pendapat dia, UMNO boleh terima. Masa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, zaman dulu... Tapi sekarang, Gerakan seolah-olah macam anak tiri."

Beliau tidak berpuas hati apabila pimpinan atasan Gerakan berdiam diri dalam skandal yang terdedah, termasuk skandal National Feedlot Centre yang melibatkan Shahrizat Jalil, Menteri Ketua Wanita UMNO baru-baru ini. Beliau berkata, peringatan demi peringatan diketengahkan, malah dalam Mesyuarat Agung Gerakan baru-baru ini, beliau antara pembahas yang melontarkan ketidakpuasannya, malah berkata Gerakan mesti bertukar (berubah).

Meskipun fenomena ini telah berlaku sejak lama lagi, tetapi beliau masih memilih untuk memberi peluang kepada Koh Tsu Koon. "Tapi nampaknya, dia (Koh Tsu Koon) tukar, dia kata dia tak akan bertanding dalam pilihan raya saja. Dia tak kata dia nak letak jawatan. Dia tak kata apa dia nak lakukan," beliau menyatakan kekecewaannya terhadap Koh Tsu Koon dan pimpinan atasan dalam Gerakan.

Ketika dilontarkan andaian Koh Tsu Koon berundur, apakah beliau akan kembali yakin kepada Gerakan, "Kena tengok arah mereka (pimpinan baru) nak pergi."

Delren hadir dalam Kongres Nasional Tahunan Keadilan yang berlangsung semalam dan hari ini, di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Beliau menerima temuramah MerdekaReview di sini, tadi. Ketika ditanya mengapa PKR dipilih, beliau berkata ideologi perjuangan PKR hampir sama kepada Gerakan, dengan komposisi anggota yang berbilang kaum.

Ketika ditanya apakah suasana Kongres Nasional PKR berbeza dengan Mesyuarat Agung Gerakan, "Lebih kurang sama," jawab Delren.

Tobat lahom aku ngan UMNO nih... kahkahkah...

Posted: 27 Nov 2011 04:00 AM PST

Jangan beri lagi mandat kepada Umno- Bn !

Bill Perhimpunan Aman yang akan dibentang oleh BN di Parlimen merupakan satu insiden hitam bagi sebuah negara demokrasi. BN mengambil sistem demokrasi untuk negara tetapi takut dengan sistem itu sendiri.

Apa yang akan dibentangkan dan diluluskan oleh parlimen ini merupakan satu tindakan yang mengekang perhimpunan secara aman dan nampaknya kerajaan yang memerintah amat gerun dengan kebangkitan rakyat untuk menyuarakan suara dan manifestasi mereka secara terbuka.

Cadangan ini adalah bercanggah dengan kehendak perlembagaan yang membenarkan rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui perhimpunan secara aman. Demokrasi hanyalah dalam bentuk packagingnya sahaja tetapi sebenarnya di alam packaging itu penuh dengan elemen dictatorship dan jika BN mengambil kesempatan untuk mendapatkan kelulusan dengan sokongan "simple majority" di parlimen ia tidak lain dari tindakan menekan terhadap gerakan fikiran rakyat untuk melakukan perubahan.

Bagi pendapat saya secara peribadi, BN akan teruskan membentangkan Bill ini dan akan mendapat kelulusan "simple majority" di dewan parlimen. Tidak ada siapa yang boleh menyangkalnya jika BN masih mahukan akta yang menekan ini untuk dikenakan kepada rakyat.

Perhimpunan tidak dibenarkan di semua tempat dan ini adalah cara BN untuk mengelakan insiden seperti Bersih 2.0 untuk berlaku sekali lagi. Tentunya Bill ini merupakan tanda-tanda yang kerajaan BN tidak akan melaksanakan pilihanraya secara adil dan Bill ini penting untuk mengelakan reaksi marah rakyat yang ramai.

Saya tidak mahu komen banyak tentang isu ini. Hanya saya hendak bersama dalam isu menentang Bill ini kerana ianya akan menjadikan negara ini sebagai apa yang dikatakan sebagai "police state" dan ianya tidak ada bezanya dengan sebuah negara yang berkepimpinan diktator yang bersalutkan demokrasi.

Saya telah sebutkan beberapa kali yang demokrasi di negara ini telah beransur-ansur mati. Jika pilihanraya di adakan kali ini saya berkeyakinan yang isu ini akan dapat di atasi jika semua rakyat bersatu; tidak kira apa bangsa sekali pun untuk pergi ke peti undi dengan aman dan terus sahaja memberikan undi kepada mana-mana parti selain dari Umno dan BN.

Dengan cara ini tidak payah lagi kita hendak bertengkar dan berbahas. Bagi saya masa untuk berbahas sudah tidak ada lagi kerana Umno dan BN tidak akan dapat mengubati penyakit rendah diri itu lagi. Penyakit itu sudah menjadi kanser tahap empat. Umno tidak akan berubah lagi.

Kita sepatutnya tidak merasa bersalah lagi untuk meninggalkan Umno itu kerana ianya lebih membawa penyakit dari membawa yang baik untuk rakyat. Rakyat tidak di berikan kebebasan untuk berfikir. Kita hanya dibenarkan untuk menganggok sahaja dan tidak dibenarkan mengeleng.

Jika ini cara Umno memimpin dan membina pembangunan rakyat, kita akan menjadi rakyat yang tolol dan tidak boleh berbeza fikiran lagi.

Apabila saya membaca apa yang sedang berlaku ini, ada juga keinginan saya untuk keluar memberikan pandangan dalam ceramah-ceramah dan perhimpunan bagi menambah usaha untuk bersama-sama membetulkan keadaan yang tidak baik yang sedang menyelubungi politik negara.

Kita tidak juga boleh menyalahkan BN menggubal akta seperti ini. Kita mesti faham mereka yang sedang berkuasa ini amat takut dan gerun untuk menerima kekalahan yang saya rasa akan mereka alami. Selalunya mana-mana kerajaan yang akan jatuh selalunya bersikap seperti apa yang kita lihat sedang dilakukan oleh BN sekarang ini.

BN tidak gentleman. Mereka terlalu seronok dengan kuasa dan tidak mahu melepaskannya walaupun mereka tahu mereka tidak berkelayakan lagi untuk mentadbir negara. Tetapi mereka masih mahu berkuasa, maka tidak hairan kenapa mereka menggubal dasar-dasar yang ketat dan dianggap gila oleh mereka yang berfikir.

Jika rakyat benar-benar hendak mengelakan akta seperti ini wujud, caranya ialah untuk tidak memberikan kuasa lagi kepada mereka yang bertanggungjawab menggubal akta yang tidak senonoh ini. Jika mereka tidak lagi berkuasa, maka mereka tidak akan lagi berada di tampuk kuasa untuk menggubal dasar-dasar yang menekan seperti ini.

Kita mesti mengakui yang peralihan kuasa itu adalah fenomena normal dalam sesebuah negara demokrasi. Jika mereka yang terpilih melanggar semangat demokrasi itu rakyat mempunyai hak untuk memberikan mandat itu pada pihak lain, dan itu bukan sekali-kali merupakan kesalahan. Memberikan sokongan kepada pihak lain itu bukannya satu tindakan yang kriminal. Kita boleh melakukannya tanpa takut kepada mana-mana pihak.

Sebenarnya rakyatlah yang bertanggungjawab. Jika mereka masih memberikan sokongan dan seterusnya mandat untuk berkuasa maka rakyatlah yang patut dipersalahkan. Mereka yang berkuasa sekarang memang tidak merasa bersalah kerana melakukan kesalahan itu adalah kerja mereka.

Rakyatlah yang bertanggungjawab samada akta ini mahu diteruskan atau dibubarkan. Itu sahaja komen dari saya. Jika kita kaji secara halus tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, untuk mengalahkan BN dalam pilihanraya kali ini bukanlah satu perkara yang mustahil malahan ianya merupakan keadaan yang agak mudah bagi parti-parti pembangkang untuk memenangi pilihanraya ini.

Ingat kepada slogan ABU (asalkan bukan Umno), undilah mana-mana parti yang lain. Insyaallah segala akta yang menekan boleh kita hapuskan. — aspanaliasnet.blogspot

Najib dah arahkan Berahim pi main jauh-jauh... kahkahkah...

Posted: 27 Nov 2011 03:00 AM PST


AGM Umno: Jangan singgung kaum lain semasa bahas, nasihat Najib

KUALA LUMPUR, 26 Nov ― Sementara ramai pemimpin kanan Umno melihat perhimpunan minggu depan sebagai sangat penting, Presidennya Datuk Seri Najib Razak mahu perwakilannya tidak menyinggung perasaan kaum lain semasa menyertai perbahasan.

Nasihat itu dilihat sebagai penting ketika Umno, parti teras Barisan Nasional (BN), bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, dijangka diadakan awal tahun depan.

"Menggunakan bahasa dengan waras dan sedar yang mereka bukan berucap hanya untuk 3,000 perwakilan yang berada di dalam dewan, tetapi juga 28 juta rakyat Malaysia yang juga meneliti ucapan mereka," kata beliau (gambar) dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini sempena perhimpunan agung tahunan 2011 yang bermula Selasa ini.

Menjawab soalan mengenai harapan pada para perwakilan Umno pada perhimpunan kali ini, Najib yang juga Perdana Menteri memberitahu, yang paling penting ialah mereka mesti memperlihatkan imej pada pengundi luar bahawa Umno parti yang sanggup berubah dan tahu bagaimana menilai hati nurani rakyat, akan melakukan yang terbaik untuk rakyat.

"Sebab kita selalu menekankan Rakyat Didahulukan. Jika kita ingat kepada dua perkataan itu, Umno akan mendapat sokongan yang lebih menyeluruh lagi," kata presiden ketujuh Umno ini.

Pandangan sebelum ini perwakilan-perwakilan Umno membahaskan isu dengan menyinggung kaum-kaum lain dan ia menjadi salah satu sebab kepada kekalahan teruk pada pilihan raya umum 2008.

Mengenai cabaran untuk mengangkat agenda Bumiputera dan bagaimanakah kaum Melayu menjadi lebih yakin kepada Umno, Pengerusi BN ini memberitahu, beliau yakin hakikatnya tidak ada alternatif berdaya maju kepada Umno sebenarnya dari segi kepentingan Melayu dan Bumiputera.

"Sebab, kita lihat pergantungan kepada orang lain tidak beri kita keyakinan bahawa mereka boleh dan mampu melaksana apa yang dituntut orang Melayu dan masyarakat," kata beliau yang mengetuai Umno sejak Mac 2009.- TMI

Rosmah 'Low Profile'? Kahkahkah...

Posted: 27 Nov 2011 01:30 AM PST

Rosmah "low profile" sebelum Perhimpunan Agong Umno

Oleh Nawawi Mohamad
Wanita-wanita ternama seperti Ratu Elizabeth Margaret Thatcher, Aung San Suu Kyi dan Hillary Clinton sering mendapat tempat di dada-dada akhbar. Kisah wanita-wanita yang bereputasi tidak baik seperti Marie Antoinette, Marilyn Monroe, Lizzie Borden, Elena Ceausescu, Imelda Marcos dan Winnie Mandela juga sering dipaparkan.

Selalunya, yang tidak begitu baik itulah yang mendapat liputan media dan mempunyai impak lebih dalam media antarabangsa juga di negara-negara mereka sendiri seraya mencipta sejarah.

Malaysia mempunyai versi yang sama untuk wanita yang penuh skandal yang diciptanya sendiri kerana ingin menjadi lebih penting daripada apa yang beliau layak. Bukan itu sahaja, beliau ingin pengaruh yang lebih besar dan sering menunjuk-nunjuk.

Ada yang mengatakan bahawa wanita ini ada persamaan dengan Imelda Marcos yang mempunyai 3000 pasang kasut.

Setelah dalam pagar Putrajaya!

Ramai rakyat Malaysia yang telah menonton video beliau di Youtube yang memburukkan beliau dan menuduh beliau melakukan pelbagai perkara jahat dengan niat. Sehingga kini, beliau belum lagi menangkis tuduhan-tuduhan tersebut atau menyaman mereka yang menuduh beliau.

Kemudian, tibalah masa beliau dapat tinggal di kediaman rasmi Perdana Menteri yang beliau dambakan itu yang terletak di Putrajaya.

Itu belum cukup memuaskan beliau kerana selepas menduduki kediaman itu, beliau terus membelanjakan RM65 juta untuk mencantikkan kediaman itu seperti yang dilaporkan sebuah media online.

Kemudian, beliau memberi tumpuan kepada pejabat rasmi suaminya dengan mengadakan pejabat sendiri yang beliau panggil FLOM (First lady of Malaysia/Wanita pertama Malaysia). Tidak pastilah sama asa untuk melihat gerak geri suaminya itu atau menghalang pertemuan dengan mana-mana jurubahasa Mongolia, atau pun untuk beliau sama-sama membelanjakan akaun perbelanjaan suaminya yang tidak akan habis.

Suaminya sangat takut atau sangat menghormati beliau sehingga sanggup menghantarnya untuk mewakili negara di beberapa negara Timur Tengah termasuk Arab Saudi.

Disebabkan beliau tiada jawatan rasmi, beliau telah dituduh campur tangan dalam pentadbiran Suaminya, Perdana Menteri Malaysia. Mereka yang ada di Putrajaya turut bercakap mengenai beliau yang pernah memarahi suaminya yang besar tetapi lemah itu.

Sumbangan beliau setakat ini

Mari kita lihat sumbangan beliau setakat ini.

Wanita Pertama, Rosmah Mansor telah berjaya menghimpunkan wanita-wanita pertama daripada negara Komonwel. Untuk ini, beliau telah dituduh melakukan perbelanjaan besar untuk suatu perhimpunan yang tidak membawa apa-apa hasil kepada negara walaupun negara terpaksa berhadapan dengan kesempitan bajet.

Malangnya, Rosmah juga telah dibabitkan dengan pembunuhan kejam seorang wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu seorang jurubahasa. Beliau telah menangkis tuduhan tersebut dan polis juga telah mengenakan tuduhan fitnah ke atas penuduh beliau. Orang kata, beliau sentiasa dapat apa yang beliau mahu- katakan sahaja.

Rosmah juga pernah digambarkan membawa sebuah beg Birkin yang direka dan dikeluarkan oleh Hermes of Paris. Harga beg tersebut dikatakan benilai USD9000 hingga USD150000 mengikut jenis bahan yang digunakan untuk membuatnya.

Beliau juga pernah dilihat memakai gelang Zebra safari hitam putih 65.77 karat yang dibuat daripada berlian hitam putih dan emas putih 18-karat. Gelang ini datang daripada Jacob & Co, yang telah menghantar kepada beliau cincin bernilai USD 24 juta untuk di "inspek".

Gaya hidup mewah

Kegilaan Rosmah terhadap kehidupan mewah di New York dan Bandar-bandar besar serata dunia telah di dokumenkan dengan begitu lengkap. Ini ada kaitan dengan keakraban beliau dengan seorang hartawan muda Low Taek Jho aka Jho Low, yang sering membelanjakan wang yang banyak bersama wanita-wanita terkenal samada pelakon dan selebriti.

Pada 16 April 2010, New York Post telah melaporkan bahawa beliau dan suami beliau telah diberikan penghormatan dalam sebuah parti mewah kerana beliau mendapat anugerah yang ramai percaya hanya direka pihak perhubungan awam beliau sendiri.

Parti tersebut telah di emcee oleh pelakon dan pelawak Jaime Fox dan dihadiri ramai pelakon termasuk Charlize Theron dan Robert De Niro. Penyanyi yang memenangi anugerah Grammy Leona Lewis juga membuat persembahan dan juga Harlem Boys Choir.

"Low Profile" sehingga tamat persidangan Umno

Walaupun dengan pelbagai pencapaian beliau dan sikap berani mati beliau, ada juga awan hitam yang membayangi Rosmah. Beliau dikatakan sebagai antara punca kejatuhan Umno.

Dengan Perhimpunan Umno yang dijadualkan bulan depan, tidak hairanlah beliau terpaksa beralih ke bawah tanah dan jadi "low profile" sehinggalah ianya selamat untuk beliau keluar bersuka ria kembali.

Beliau mungkin mengkritik pembangkang tetapi beliau semestinya tahu bahawa musuh sebenar beliau adalah orang Umno yang beliau pelawa dengan senyuman untuk masuk ke kediaman indah beliau di Putrajaya. Mereka inilah yang akan mendapat faedah daripada kejatuhan suami beliau, presiden Umno yang semakin goyah setiap hari.

Sudah ada buku anti-Najib yang dikeluarkan oleh bekas ketua Umno bahagian yang menyeru Ahli Umno untuk menyingkirkan Najib yang dilihat sebagai Playboy lemah dan bukanlah pemimpin yang dinamik yang diperlukan Umno.

Tidak lama lagi aka nada buku beracun yang sememangnya tren orang Umno yang akan menjadi buku yang laris yang akan menjatuhkan Rosmah seraya menyedarkan beliau kepada realiti.

Malaysia Chronicle

Koi pelan parah dah Najib nih...

Posted: 27 Nov 2011 12:00 AM PST

Satu lagi kemelut Najib: Kabinet arah semakan semula Akta Perhimpunan Aman

Dalam usaha untuk meminimakan kerosakkan, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah melihat semula Rang Undang-undang Perhimpuanan Aman yang telah dikritik oleh pelbagai kumpulan masyarakat dan dikatakan bakal menjadikan Malaysia lebih teruk daripada Myanmar dari segi kebebasan hak asasi dan demokrasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz telah dipilih untuk menjadi kambing tambatan dan Najib yang sudahpun lemah itu dilindungi kerana harga politik kemelut terbaru ini mungkin terlalu besar untuk beliau bayar.

Secubit Garam

Berdasarkan laporan yang belum disahkan daripada akhbar bahasa Cina, Kabinet telah mengarahkan Nazri untuk menyemak semula rang undang-undang itu yang mengandungi senarai peruntukan yang menyukarkan rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka mengenai apa jua isu.

Sehinggalah perkara ini dapat disahkan, saya akan ambil ia dengan secubit garam. Tetapi, ini sepatutnya langkah yang terbaik yang harus diambil oleh BN. Pokoknya, bagaimana mereka hendak menyelamatkan Najib dalam prose itu? Beliau sudahpun dalam masalah kerana populariti beliau telah menurun selepas Perhimpunan Bersih pada 9 Julai lepas dan sekarang beliau buat satu lagi kesilapan. Untuk mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai rang undang-undang itu dan Nazri telah membentangkannya semasa beliau berada di luar negara adalah sesuatu yang sangat bodoh." Ujar timbalan Presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"Najib semestinya telah memeriksa kandungannya sebelum memberi lampu hijau kepada Nazri. Ini bersama dengan ISA dan pemansuhan undang-undang darurat sepatutnya menjadi legasi beliau jadi mustahillah beliau tidak tahu menahu mengenainya apa lagi beliau dan sepupu beliau Hishamuddin (Menteri dalam Negeri) telah beriya mempertahankan undang-undang itu. Kebocoran ini mungkin hanya untuk menguji reaksi rakyat dan ini menunjukkan betapa lemahnya pentadbiran beliau selepas satu demi satu kesilapan yang mereka lakukan.

Pusingan U pantas

Sememangnya Najib, beberapa hari yang lepas telah mengisytiharkan bahawa Rang Undang-undang Perhimpuanan Aman merupakan satu "langkah besar untuk kerajaan". Tetapi, dengan protes terkini daripada Majlis Peguam, nampaknya Najib tidak dapat melompat dengan lebih cepat.

Berdasarkan laporan akhbar cina, Najib telah mengarahkan Nazri untuk meminda rang undang-undang tersebut dan menspekulasi bahawa jumlah hari pemberitahuan kepada polis mengenai perhimpunan diubah daripada 30 kepada 10, namun tetap jauh lebih besar berbanding 5 hari yang diberi kepada rakyat Myanmar untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum mereka berkumpul di tempat awam.

"ini bukanlah suatu undang-undang yang kami sebagai peguam boleh lihat masuk ke dalam statut tanpa berbuat apa-apa. Ia bukanlah undang-undang yang kami mahu generasi akan datang untuk warisi dengan senang-senang tanpa bantahan dari kami. Sekiranya undang-undang ini masuk ke dalam buku statut, generasi akan datang akan mewarisi sebuah negara yang jauh daripada moden dan progresif." Ujar Presiden Majlis Peguam Negara, Lim Chee Wee pada hari Jumaat.

"Adalah sangat memalukan yang Burma boleh mencadangkan satu undang-undang yang lebih demokratik berbanding kita. Ia merupakan satu penghinaan kepada rakyat Malaysia kerana kita dijanjikan demokrasi tetapi sekarang ia jelas bukan." Kata pemimpin Bersih Ambiga Sreenevasan, seorang peguam terkenal dan bekas Presiden Majlis Peguam Negara.

Tiada jaminan tulen, undang-undang ini akan memberi kuasa penuh kepada polis dan rayuan sepenuhnya kepada menteri. Ini bukan demokrasi." Kata Pemimpin Pembangkan Anwar Ibrahim kepada wartawan. Beliau kemudiannya memimpin Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk menentang rang undang-undang tersebut di Parlimen.

BN perlu rang undang-undang itu untuk sekat perbezaan pendapat

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar percaya bahawa Umno-BN akan tetap meneruskan rang undang-undang itu supaya ia dapat menyekat mana-mana penyuaraan pendapat yang akan muncul seiring dengan PRU 13 nanti.

"Mereka tahu Bersih 3.0 akan berlaku oleh sebab itulah mereka mahukan undang-undang ini." Shamsul memberitahu partinya semasa krogress yang berlangsung pada hari Jumaat, hasil daripada perhimpunan yang meminta pilihanraya yang adil dan bebas disertai oleh beribu-ribu rakyat di Kuala Lumpur pada tahun 2007 dan Julai lepas.

"Sekiranya mereka sekat kita, dan jika ada berlaku penipuan, kita akan gunakan jalanan. Lupakan pilihanraya dan kita guna jalanraya!"

Malaysia Chronicle

Kes haru biru: Mayat berulat atas siling

Posted: 26 Nov 2011 10:26 PM PST

POTONG... anggota bomba memotong besi penghadang bumbung bagi membolehkan mayat dibawa keluar.

SEBERANG JAYA: "Daripada mula lagi saya berdebar, memang sejak awal seperti dapat dirasakan ada orang di bumbung rumah.

"Telahan saya terbukti benar, tetapi mengejutkan apabila terjumpa sekujur tubuh seorang lelaki dalam keadaan tertiarap," kata seorang pekerja syarikat pendawaian elektrik.

Pekerja syarikat pendawaian elektrik yang tidak mahu dikenali itu menemui mayat berkenaan berhampiran kotak penyambung utama bekalan elektrik di bumbung sebuah rumah di Kampung Jalan Baru, dekat sini, jam 12 tengah hari semalam.
Dia kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan mayat tidak dikenali itu.

Menurutnya, dia ke rumah yang baru siap pembinaan itu selepas dimaklumkan oleh kontraktor mengenai ketiadaan bekalan elektrik di kediaman terbabit, jam 11 pagi.

Katanya, dia memeriksa bekalan elektrik dari tiang bekalan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tetapi didapati ada arus elektrik disalurkan ke rumah berkenaan.

"Saya mula mengesyaki ada masalah pada kotak sambungan bekalan di bumbung rumah dan ketika itu juga saya mula merasakan sesuatu perkara buruk berlaku.

"Bagi memastikan masalah yang berlaku, saya naik ke bumbung sebelum menemui mayat itu," katanya.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang berusia 20 hingga 30-an adalah penduduk berhampiran dan ditemui dalam keadaan berulat, berbau dan kehitaman, dipercayai terkena renjatan elektrik.

Polis mendapatkan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membawa turun mayat lelaki terbabit.

Difahamkan juga, turut ditemui berhampiran mayat lelaki berkenaan adalah beberapa gulungan wayar yang dipercayai baru dipotong dari rumah dalam proses akhir pembinaan itu.

Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.- myMetro

Betoi ka Shamsul Iskandar ni bodo...

Posted: 26 Nov 2011 08:00 PM PST

PM Melayu: Percaturan Shamsul yang akhirnya memerangkap diri

Lim Hong Siang
Mungkin ia sesuatu yang sukar untuk dibayangkan, apabila Timbalan Presiden partinya datang dengan membawa "semangat zaman (zeitgeist)" dalam ucapan perasmiannya; malah dalam ucapan dasar dirinya memetik bekas Timbalan Presiden yang menekankan "keadilan untuk semua" sebagai prinsip perjuangan parti - namun akhirnya "Perdana Menteri untuk Melayu" pula yang menjadi tumpuan - dalam kongres sayap pemuda sesebuah parti yang mendakwa membawa politik baru dengan melaungkan "Keadilan Untuk Semua".

Untuk berlaku adil kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin, cabaran "pindaan perlembagaan untuk menjamin agar jawatan Perdana Menteri hanya disandang orang Melayu" - sememangnya dilontarkan dalam konteks di mana siri pengkhianatan UMNO terhadap Melayu disenaraikan. Seperti biasa, kenyataan sedemikian akan cuba dipertahankan sebagai "langkah percaturan politik", dan ia telah diakui secara tidak langsung oleh Shamsul sendiri dalam sidang media selepas itu, apabila mendakwa ianya sekadar "cabaran untuk UMNO". Bagi mereka yang masih mahu membela ketua AMK ini, mungkin hanya boleh memberikan alasan "barangkali pengolahannya kurang baik".

Sebelum kita pergi jauh kepada soal idealisme, biar kita kupas beberapa persoalan di sebalik kenyataan ini. Andaikan ini sebagai langkah percaturan politik untuk memerangkap UMNO, apakah ia strategi yang bijak?

Mati dua kali

Pertama, "cabaran sedemikian" semestinya menembak diri di depan komuniti bukan Melayu. Apa tidaknya, AMK mencabar UMNO untuk melakukan sesuatu yang lebih bersifat "perkauman", dari kaca mata bukan Melayu. Padahal kebanyakan bukan Melayu akur dengan realiti politik bahawa PM disandang Melayu, cuma, apa perlunya "jaminan perlembagaan"? Pendirian Ketua Pemuda DAPSY Anthony Loke jelas, bahawa ini mungkin bukan masanya PM disandang bukan Melayu, tetapi cadangan untuk menyekat bukan Melayu melalui pindaan perlembagaan semestinya dilihat sebagai langkah undur ke belakang.

Mungkin dari perhitungan Shamsul (gambar), seandainya UMNO tidak berbuat demikian, maka ia mampu membongkarkan kemunafikan UMNO di depan masyarakat Melayu, lantas Melayu sedar dan mengalihkan sokongannya dari UMNO. Jikalau inilah perkiraanya, maka ia jelas naif - kerana UMNO terkenal sebagai parti politik perkauman. Strateginya senang, seandainya UMNO membalas cabarannya dengan menawarkan agar ahli parlimen PKR atau PAS menyokong bersama agar pindaan ini dibuat, apa pula pendirian PKR, malah Pakatan Rakyat?

Di sini langkah percaturan politik Shamsul ini mematikan PKR untuk kali kedua, di depan Melayu - sungguhpun dua kali Shamsul terselamat dalam pemilihan sebagai Ketua AMK.

Masalah kepimpinan Shamsul

Ia mungkin boleh disifatkan sebagai "bodoh", dari segi strateginya. Padahalnya ia bukan kali pertama Shamsul Iskandar melakukan kesilapan sedemikian. AMK di bawah pimpinan Shamsul pernah mencadangkan "Kongres Anak Melayu" untuk membincangkan masalah Melayu, dalam kongres AMK pada Mei 2010. Tiada masalah untuk PKR membincangkan masalah Melayu, padahal ia lebih dilihat sebagai masalah "pengolahan" pada ketika itu, jikalau dibandingkan dengan kes hari ini.

Apa yang menjadi persoalannya - adakah kongres itu telah diadakan untuk meredakan kerisauan Melayu? Jika jawapannya ya, apakah pula hasilnya?

Di sini masalah pimpinan Shamsul Iskandar - prestasi, atau hasil kerja. Pernah beliau mendakwa mahu mengumpul 100 ribu tandatangan dari seluruh pelusuk Malaysia untuk membantah pembinaan Menara Warisan Merdeka, tatkala kehangatan suara bantahan dalam laman internet. Tepuk dada tanya selera, di manakah petisyen tersebut, yang dijanjikan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri?

Budaya bercakap besar (atau kosong) dan "hangat-hangat tahi ayam" ini yang menjurus kepada kelemahan AMK pada hari ini. Tiada prestasi yang terserlah untuk diserahkan. Ketika menggulung perbahasan pada hari ini, sekali lagi Shamsul mendesak, mengugut untuk turun ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional, seandainya pilihan raya terus sarat dengan penipuan. Anak muda yang progresif tidak ada masalah dengan "jalan raya". Masalahnya cuma, sejauh manakah kemampuan AMK untuk mobilisasi demonstrasi jalanan, sedangkan lebih setengah kerusi dewan dikosongkan sebelum kongres melabuh tirai?

Hilang arah

Mungkin kegagalan untuk menunjukkan prestasi yang unggul menjejaskan keyakinannya, yang menjurus kepada situasi "serba tak kena". Ucapan meskipun bersemangat, tetapi berkerut-kerut dahi audiensnya. Apabila Shamsul melontar cabaran ini kepada UMNO, beliau seolah-olah lupa bahawa AMK adalah sayap pemuda untuk sebuah parti politik yang mahu mendepani zaman. Beliau bukan mencabar UMNO untuk mengambil selangkah ke depan - agar persaingan politik membawa kemajuan dalam pendemokrasian, sebaliknya cuba "memerangkap" musuh politiknya untuk berundur ke belakang. Sebagai kesudahannya, dirinya yang terperangkap.

Parti politik yang disuntik semangat zaman menggagaskan sesuatu yang progresif. Selama ini parti pembangkang meraih simpati, tidak dipersalahkan kerana golongan progresif memahami situasinya yang tercengkam dalam ruang bersuara yang sempit. Ideal yang progresif tidak diketengahkan, dikhuatiri bakal mengundang serangan UMNO, dan pembangkang tidak mempunyai saluran untuk menjelaskan pendirian atau pandangan mereka.

Namun simpati ini seolah-olah diambil kesempatan, sehingga mengeluarkan sesuatu yang konservatif, bercanggah dengan politik reformasi, malah semangat zaman! Seandainya situasi ini berlarutan, ia bakal membawa krisis identiti kepada AMK. Shamsul tidak perlu berteori atau memetik konsep canggih dalam ucapannya. Beliau hanya perlu menjawab, "Apakah yang membezakan antara AMK, dengan Dewan Pemuda PAS, DAPSY, dan Pemuda UMNO?"

Ditangkap masa nak rogol mangsa ke 20...

Posted: 26 Nov 2011 07:00 PM PST

Ancaman perogol bersiri berakhir

SUSPEK (gambar kiri) ditangkap ketika cuba merogol mangsa ke-20 dalam asrama pekerja yang terletak di dalam bangunan ini di Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Pemburuan polis Kelantan terhadap seorang lelaki yang dilabelkan sebagai penjenayah seks paling dikehendaki berakhir apabila dia ditangkap oleh orang awam ketika cuba merogol mangsa dalam sebuah asrama di sini kelmarin.

Gadis berusia dalam lingkungan 20-an itu yang bekerja sebagai jurujual sepatutnya menjadi mangsa ke-20 lelaki tersebut.

Namun kegiatan licik suspek yang juga penganggur berusia 29 tahun itu memerangkap diri sendiri apabila suaranya dalam rumah perempuan itu menarik perhatian jiran mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seorang wanita yang bertugas sebagai penjaga asrama tersebut pada pukul 11.10 pagi kelmarin.

Penjaga asrama itu bersama dua lelaki yang juga pekerja di sebuah kedai datang menyiasat atas kepercayaan ada penghuni membawa masuk teman lelaki tetapi kemudian terkejut mendapati suspek cuba merogol mangsa yang diikat dengan wayar seterika.

"Dua pekerja itu kemudian menangkap lelaki tersebut sebelum diserahkan kepada polis.

"Saya nampak ada kesan luka pada pipi mangsa dan tangannya diikat dengan wayar seterika," kata wanita berusia 30 tahun itu yang enggan identitinya didedahkan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek tetapi enggan mengulas lanjut.- Kosmo

Umno dah silap gertak orang daa...

Posted: 26 Nov 2011 06:00 PM PST

Aziz Bari: Saya tiada hasrat tanding PRU, Umno pun boleh jemput jika sudi

Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 27 Nov — Prof Dr Abdul Aziz Bari yang diselubungi siri kritikan termasuk teguran Sultan Selangor baru-baru ini menegaskan, beliau tiada langsung cita-cita mahu menyertai politik ataupun bertanding pilihan raya meskipun kalangan pemimpin Umno mencabarnya berbuat demikian.

Pakar perlembagaan itu menjelaskan, memberi pandangan di pentas ceramah pembangkang termasuk PKR baru-baru ini bukan bermakna beliau berhasrat mahu terjun ke dalam arena politik.

Sebaliknya, menurut Aziz (gambar), beliau terpaksa menggunakan peluang-peluang diberikan apabila ruang-ruang lain ditutup dan disekat, antara lain ditarik balik jemputan menyampaikan kertas kerja di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) minggu lalu pada saat-saat akhir.

"Selain tidak lagi dibenarkan bercakap di atas pentas akademik seperti yang berlaku di KUIS tiga hari lalu saya sebenarnya telah mula ditekan sejak setahun kebelakangan ini.

"Jabatan dan institusi yang dalam orbit Umno-BN tidak lagi menjemput atau membenarkan saya bercakap," kata Aziz kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas perkembangan semasa membabitkan diri beliau.

Katanya, ada raja yang tidak senang dengan "saya meskipun saya mempertahankan institusi beraja. Apa pun masih ada kalangan kerabat diraja yang menyokong saya."

"Misalnya saya berucap pada ceramah anjuran Angkatan Muda PKR di Gelang Patah (kelmarin sempena kongres tahunan), sebab ketuanya anak murid saya, dia jemput saya, saya beri pandangan.

"Malangnya ada anak-anak murid saya dalam Umno tidak mahu jemput saya . . . apa saya nak buat?" katanya lagi.

Ekoran teguran Sultan Selangor dengan menyebutkan nama beliau secara langsung dalam titah ucapannya minggu lalu, ada penganalisis politik dan ahli-ahli politik Umno menggesa Aziz turun gelanggang politik.

Awal bulan ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz, yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.

Justeru katanya, Aziz, yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri berhubung satu kenyataan menyentuh titah Sultan Selangor berkaitan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas gereja di Damansara Utama, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.

Ketika itu Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Dalam ulasannya, Aziz menambah, "secara jujur saya mengatakan saya tidak bersedia pun untuk bertanding dalam pilihan raya atau bercita-cita mahu jadi ahli politik."

"Nak bertanding dalam politik, sertai politik perlu duit. Siapa yang sanggup bagi duit. Saya tiada persediaan. Kalau keadaan mengizinkan, saya lebih suka bekerja seperti sekarang sehingga pencen," kata ahli akademik ini.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, jika Umno sanggup mengundang saya untuk memberikan pandangan, saya mengalu-alukan, saya bersedia, tetapi jangan kata saya digunakan oleh pembangkang," katanya lagi.

Aziz menambah, di negara-negara maju ahli-ahli akademik berpolitik perkara biasa dan hanya di Malaysia, "itu pun ketika Umno sedang nazak, menyokong parti pembangkang lain dari Umno dianggap kesalahan."

"Di England tokoh akademik seperti Prof Harold Laski diketahui berfikiran kiri sehingga digelar 'red professor'. Sementara itu sarjana perlembagaan Prof Wade diketahui berfikiran konservatif dan anti-Parti Buruh. Di Scotland, sarjana sains politik John Mackintosh, pernah menjadi ahli parlimen Glasgow," katanya lagi.

Tambah beliau, Barisan Nasional sendiri sebenarnya mempunyai ramai pemimpin yang pernah menjadi akademik seperti bekas timbalan perdana menteri di era Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Musa Hitam dan bekas-bekas menteri pusat Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Dr Fong Chan Onn.

"Jadi apa masalahnya? Umno kena sedar bahawa zaman dan masa untuk mengugut sudah berlalu," katanya lagi.

"Yang lebih parah ialah kita punyai ramai (naib-naib canselor) VC, rektor, dekan yang penakut dan lebih Umno dari para pemimpin Umno sendiri.

"Saya nak sebut bahawa menyertai politik bukan pilihan atau opsyen tetapi tanggungjawab; khususnya untuk memperbetulkan sistem yang kian tidak demokratik, menekan dan autoritarian," jelas beliau dengan lebih lanjut.

Tambahnya, mereka yang lebih suka bermain dengan retorik adalah ahli-ahli akademik yang takut hilang jawatan atau lebih teruk lagi memang tidak punya kelayakan untuk jawatan itu selain mengampu dan membodek sahaja.

Kad Pengenalan kita dah macam tak dak harga

Posted: 26 Nov 2011 05:45 PM PST

Keselamatan Negara Mesti Jadi Keutamaan

Oleh Riduan Mohd Noor

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa kesal kerana kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan operasi membanteras sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing menyebabkan berlaku lagi kes tangkapan terhadap warga tersebut baru-baru ini. Lebih mendukacitakan, operasi penangkapan terbaru di Pusat Latihan KIWA, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di buat oleh orang awam.

DPP Malaysia melihat isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing merupakan suatu isu yang sangat besar kerana ia melibatkan kedaulatan negara kita. Kad pengenalan Malaysia adalah suatu dokumen paling penting terhadap rakyat, dan ia tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya. Ia perlu di kawal ketat melalui Jabatan Pendaftaran Negara yang bertanggungjawab terhadap setiap butiran peribadi rakyat.

DPP Malaysia merasa terkilan kerana pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) lambat menghidu kegiatan seumpama ini dan tidak bersungguh-sungguh menentangnya sehingga ia boleh berlaku dengan mudah. Sudah dua kali ia berlaku dan PDRM masih tidak boleh membanteras kes ini. DPP Malaysia percaya, kes ini sudah banyak kali berlaku di merata-rata tempat di negara ini termasuk di Sabah. Tangkapan ini hanya satu kes kecil daripada sejumlah kes besar yang dilaporkan berlaku.

DPP Malaysia mengesyaki adanya sindiket menggunakan individu tertentu yang berkuasa mengeluarkan kad pengenalan sesuka hati kepada sesiapa sahaja. Ia juga menunjukkan ada usaha terancang oleh pihak tertentu bagi tujuan pilihanraya umum. Dengan mendaftarkan warg asing sebagai rakyat Malaysia, membolehkan mereka mengundi dan seterusnya memenangkan 'pihak tertentu' yang amat terdesak untuk menang dalam PRU ke 13.

DPP Malaysia mendesak Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab terhadap kes ini. Beliau perlu menjelaskan mengapa berlaku dua kali penangkapan namun tiada tindakan diambil. Selain beliau DPP Malaysia mendesak Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara meletak jawatan kerana cuai dan gagal menjalankan tugas dengan baik.

DPP Malaysia mengingatkan kerajaan bahawa keselamatan negara dan rakyat perlu menjadi keutamaan. Jangan menggadai negara hanya untuk meraih undi dalam PRU ke 13, 'ibarat menang sorak, kampung tergadai'. Rakyat Malaysia tidak boleh menerima warga asing menjadi warganegara ini dengan mudah serta menjadi pengundi yang seterusnya sebagai penentu kemenangan sesebuah kerajaan dalam PRU ke 13 nanti.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Awat Najib takut sangat kat kaum lain tu haa...

Posted: 26 Nov 2011 05:13 PM PST

AGM Umno: Jangan singgung kaum lain semasa bahas, nasihat Najib

KUALA LUMPUR, 26 Nov ― Sementara ramai pemimpin kanan Umno melihat perhimpunan minggu depan sebagai sangat penting, Presidennya Datuk Seri Najib Razak mahu perwakilannya tidak menyinggung perasaan kaum lain semasa menyertai perbahasan.

Nasihat itu dilihat sebagai penting ketika Umno, parti teras Barisan Nasional (BN), bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, dijangka diadakan awal tahun depan.

"Menggunakan bahasa dengan waras dan sedar yang mereka bukan berucap hanya untuk 3,000 perwakilan yang berada di dalam dewan, tetapi juga 28 juta rakyat Malaysia yang juga meneliti ucapan mereka," kata beliau (gambar) dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini sempena perhimpunan agung tahunan 2011 yang bermula Selasa ini.

Menjawab soalan mengenai harapan pada para perwakilan Umno pada perhimpunan kali ini, Najib yang juga Perdana Menteri memberitahu, yang paling penting ialah mereka mesti memperlihatkan imej pada pengundi luar bahawa Umno parti yang sanggup berubah dan tahu bagaimana menilai hati nurani rakyat, akan melakukan yang terbaik untuk rakyat.

"Sebab kita selalu menekankan Rakyat Didahulukan. Jika kita ingat kepada dua perkataan itu, Umno akan mendapat sokongan yang lebih menyeluruh lagi," kata presiden ketujuh Umno ini.

Pandangan sebelum ini perwakilan-perwakilan Umno membahaskan isu dengan menyinggung kaum-kaum lain dan ia menjadi salah satu sebab kepada kekalahan teruk pada pilihan raya umum 2008.

Mengenai cabaran untuk mengangkat agenda Bumiputera dan bagaimanakah kaum Melayu menjadi lebih yakin kepada Umno, Pengerusi BN ini memberitahu, beliau yakin hakikatnya tidak ada alternatif berdaya maju kepada Umno sebenarnya dari segi kepentingan Melayu dan Bumiputera.

"Sebab, kita lihat pergantungan kepada orang lain tidak beri kita keyakinan bahawa mereka boleh dan mampu melaksana apa yang dituntut orang Melayu dan masyarakat," kata beliau yang mengetuai Umno sejak Mac 2009.- TMI

Video: Dia tak cari redha orang...

Posted: 26 Nov 2011 03:43 PM PST

Tiada ulasan: