Ahad, 27 November 2011

Addin

Addin


Panas!! Blogger Lumpuh Akibat Kecuaian Hospital

Posted: 27 Nov 2011 02:00 PM PST

Seorang Blogger Sabah yang juga Ahli Persatuan Blogger Sabah (PBS) No 77 yang menggunakan nama Komot Bin Simpodon nama sebenar Raily Ritus Bin Munsin, 20, kini ditahan di Hospital Queen Elizabeth kerana lumpuh akibat kecuaian pihak hospital. Beliau telah pergi mendapatkan rawatan susulan penyakit TB di Wad C5, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu pada 18 November 2011. Ketika rawatan sedang dijalankan, beliau mengadu sakit di bahagian perut. Beliau kemudian dirujuk untuk membuat scan/imbasan dan mendapati ada saluran usus yang sempit dan perlu pembedahan teleskopik.

 Oleh kerana pihak keluarga tidak diberitahu terlebih dahulu akan pembedahan tersebut, maka adalah amat mengejutkan apabila pihak hospital menghubungi melalui telefon yang pesakit berada dalam keadaan tidak stabil dan meracau-racau.

Setelah ditenangkan oleh doktor dengan memberi ubat dipercayai ubat pelali, maka Pesakit tersebut hanya dapat berbaring di atas katil. Oleh kerana menyangkakan bahawa pesakit tersebut masih di bawah pengaruh ubat, maka pihak keluarga tidak bertindak apa-apa ketika melihat pesakit ini tidak mampu untuk duduk dan tangan di sebelah kiri lumpuh. Bagaimanapun setelah pesakit ini ditempatkan di wad biasa, doktor yang bertugas gagal memberi jawapan apa sebenarnya yang berlaku dan apa jenis rawatan yang bakal diberikan.

Menurut beliau segala tindakan seterusnya akan hanya dapat dibuat pada hari selasa 30 November 2011 kerana pada hari itu, barulah semua Doktor bertugas kerana cuti. Persoalannya sekarang, kami amat terkejut kerana seorang pesakit yang boleh berjalan sendiri pergi ke Hospital tiba-tiba menjadi lumpuh kerana rawatan di Hospital.

Dari pengamatan saya, layanan oleh para doktor hanya melepas batuk ditangga kerana beranggapan orang yang datang ke Hospital kerajaan hanya orang miskin dan tidak boleh berbuat apa-apa terhadap mereka. Tambahan pula, mereka tidak berani untuk memutuskan apa tindakan seterusnya di atas kecuaian mereka in

Pihak keluarga telah membuat Laporan Polis di Balai Polis Karamunsing pada 26 November 2011, jam lebih kurang 2.30 petang melalui laporan bernombor Tanjung Aru/005634/11. Pihak keluarga masih mencari Peguam atau badan-badan tertentu yang dapat membawa perkara ini ke pihak atasan supaya tidak akan berlaku di masa akan datang sekiranya kerajaan benar-benar prihatin kepada rakyat.

Untuk makluman semua Blogger, Raily Ritus Munsin adalah Pelajar tahun akhir di Politeknik Kota Kinabalu yang sedang dalam peperiksaan akhir dan mewakili Sabah dalam pertandingan mencipta Robot di Univesiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 2010. Raily (pesakit) masih berada di katil No.5, Wad C5, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dan Ahli PBS yang ingin melawat boleh menghubungi keluarga beliau di talian 013 8817736 Duali (Abang Pesakit) atau saya sendiri./sabahkini

Najib Sedih Tak Dapat Tokoh Maal Hijrah

Posted: 27 Nov 2011 07:52 AM PST


Muka Najib nampak poyo dan sedihhh..mungkin nak jugak dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah..Santai dan Bantaii..

Karat E-Jau
 

Muhyiddin Usah Mimpi Nak Jadi PM

Posted: 27 Nov 2011 06:43 AM PST

Sejarah membuktikan hanya seorang sahaja Perdana Menteri dari Johor meskipun Umno di negeri ini dianggap sebagai yang terkuat, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution. Katanya, sejarah persaingan di peringkat kepimpinan tertinggi negara membuktikan pemimpin Umno dari negeri itu dipinggirkan seperti yang berlaku kepada Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Musa Hitam.

"Jadi belum tentu Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menjadi Perdana Menteri. Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri kerana kebetulan Tun Razak meninggal dunia dan lihat bagaimana dia kemudiannya disingkir Dr Mahathir kerana dikatakan kesihatan tidak baik," katanya ketika berucap di Kongres Nasional KEADILAN di Pulai, Johor.

Saifuddin merujuk perkembangan KEADILAN di Johor yang dianggap lebih baik berbanding pengalamannya ketika mengadakan ceramah lima tahun dahulu. "Sekarang sambutan lebih baik. Ribuan yang hadir," kata beliau.

Beliau memberi contoh ceramah yang dihadirinya di sebuah rumah di kampung Bendahara, semalam apabila tuan rumah berkenaan tidak gentar meskipun berdepan dengan ugutan pihak polis. "Nampaknya sekarang ketakutan rakyat Johor sudah hilang," katanya optimis.

Sementara itu, Saifuddin mengucapkan tahniah kepada perwakilan yang sanggup hadir sejauh dari Kelantan dan Kedah. Malah katanya, ada perwakilan yang terpaksa bersesak dalam kereta dan mengambil cuti untuk hadir ke Kongres bagi mendengar amanat pimpinan parti.

"Mana lagi tempat kita nak muhasabah diri kalau bukan sewaktu Kongres. Kalau nak ubah kepada budaya kena mula dari sekarang. Ambil pengajaran dan bawa balik resipi perjuangan," kata Saifuddin./kd

Melaka Bakal Jatuh Ke Pakatan Rakyat Pada PRU 13

Posted: 27 Nov 2011 04:58 AM PST


Pemerhati politik dan ahli akademik, Professor Abu Hassan Hasbullah dan meramalkan Pakatan Rakyat akan menawan Melaka. Tersentak dengan kenyataan ini, pimpinan Umno Melaka terutamanya Ali Rustam pasti akan menggelabah. 
 
Antara program yang sering di lakukan oleh Umno Melaka ketika ini ialah mendekati jemaah surau dan masjid di sekitar Melaka. Di khabarkan, jemaah surau dan masjid makin cenderung untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Penceramah di surau dan masjid ketika ini adalah di kalangan penyokong dan pendokong PAS dan Pakatan Rakyat. Mungkin ada asasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Professor Abu Hassan, kita sama-sama tunggu dan lihat.

Kemelut Najib, Kabinet Arah Semak RUU Perhimpunan Aman

Posted: 26 Nov 2011 09:00 PM PST

Dalam usaha untuk meminimakan kerosakkan, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah melihat semula Rang Undang-undang Perhimpuanan Aman yang telah dikritik oleh pelbagai kumpulan masyarakat dan dikatakan bakal menjadikan Malaysia lebih teruk daripada Myanmar dari segi kebebasan hak asasi dan demokrasi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz telah dipilih untuk menjadi kambing tambatan dan Najib yang sudahpun lemah itu dilindungi kerana harga politik kemelut terbaru ini mungkin terlalu besar untuk beliau bayar.

Secubit Garam

Berdasarkan laporan yang belum disahkan daripada akhbar bahasa Cina, Kabinet telah mengarahkan Nazri untuk menyemak semula rang undang-undang itu yang mengandungi senarai peruntukan yang menyukarkan rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka mengenai apa jua isu.

Sehinggalah perkara ini dapat disahkan, saya akan ambil ia dengan secubit garam. Tetapi, ini sepatutnya langkah yang terbaik yang harus diambil oleh BN. Pokoknya, bagaimana mereka hendak menyelamatkan Najib dalam prose itu? Beliau sudahpun dalam masalah kerana populariti beliau telah menurun selepas Perhimpunan Bersih pada 9 Julai lepas dan sekarang beliau buat satu lagi kesilapan. Untuk mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai rang undang-undang itu dan Nazri telah membentangkannya semasa beliau berada di luar negara adalah sesuatu yang sangat bodoh." Ujar timbalan Presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"Najib semestinya telah memeriksa kandungannya sebelum memberi lampu hijau kepada Nazri. Ini bersama dengan ISA dan pemansuhan undang-undang darurat sepatutnya menjadi legasi beliau jadi mustahillah beliau tidak tahu menahu mengenainya apa lagi beliau dan sepupu beliau Hishamuddin (Menteri dalam Negeri) telah beriya mempertahankan undang-undang itu. Kebocoran ini mungkin hanya untuk menguji reaksi rakyat dan ini menunjukkan betapa lemahnya pentadbiran beliau selepas satu demi satu kesilapan yang mereka lakukan.

Pusingan U pantas

Sememangnya Najib, beberapa hari yang lepas telah mengisytiharkan bahawa Rang Undang-undang Perhimpuanan Aman merupakan satu "langkah besar untuk kerajaan". Tetapi, dengan protes terkini daripada Majlis Peguam, nampaknya Najib tidak dapat melompat dengan lebih cepat.

Berdasarkan laporan akhbar cina, Najib telah mengarahkan Nazri untuk meminda rang undang-undang tersebut dan menspekulasi bahawa jumlah hari pemberitahuan kepada polis mengenai perhimpunan diubah daripada 30 kepada 10, namun tetap jauh lebih besar berbanding 5 hari yang diberi kepada rakyat Myanmar untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum mereka berkumpul di tempat awam.

ini bukanlah suatu undang-undang yang kami sebagai peguam boleh lihat masuk ke dalam statut tanpa berbuat apa-apa. Ia bukanlah undang-undang yang kami mahu generasi akan datang untuk warisi dengan senang-senang tanpa bantahan dari kami. Sekiranya undang-undang ini masuk ke dalam buku statut, generasi akan datang akan mewarisi sebuah negara yang jauh daripada moden dan progresif." Ujar Presiden Majlis Peguam Negara, Lim Chee Wee pada hari Jumaat.

"Adalah sangat memalukan yang Burma boleh mencadangkan satu undang-undang yang lebih demokratik berbanding kita. Ia merupakan satu penghinaan kepada rakyat Malaysia kerana kita dijanjikan demokrasi tetapi sekarang ia jelas bukan." Kata pemimpin Bersih Ambiga Sreenevasan, seorang peguam terkenal dan bekas Presiden Majlis Peguam Negara.

Tiada jaminan tulen, undang-undang ini akan memberi kuasa penuh kepada polis dan rayuan sepenuhnya kepada menteri. Ini bukan demokrasi." Kata Pemimpin Pembangkan Anwar Ibrahim kepada wartawan. Beliau kemudiannya memimpin Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk menentang rang undang-undang tersebut di Parlimen.

BN perlu rang undang-undang itu untuk sekat perbezaan pendapat

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar percaya bahawa Umno-BN akan tetap meneruskan rang undang-undang itu supaya ia dapat menyekat mana-mana penyuaraan pendapat yang akan muncul seiring dengan PRU 13 nanti.

"Mereka tahu Bersih 3.0 akan berlaku oleh sebab itulah mereka mahukan undang-undang ini." Shamsul memberitahu partinya semasa krogress yang berlangsung pada hari Jumaat, hasil daripada perhimpunan yang meminta pilihanraya yang adil dan bebas disertai oleh beribu-ribu rakyat di Kuala Lumpur pada tahun 2007 dan Julai lepas.

"Sekiranya mereka sekat kita, dan jika ada berlaku penipuan, kita akan gunakan jalanan. Lupakan pilihanraya dan kita guna jalanraya!"/mc

Blogger Aduka Taruna, Ngaku Saje Ler..

Posted: 26 Nov 2011 07:00 PM PST

Blogger Aduka Taruna
Apa masalah ko Aduka Taruna? Aku baca tulisan ko di SINI. Bila ko buat tuduhan kat Ketua AMK yang kononnya mahu gunakan perhimpunan BERSIH 3.0 untuk bela nasib Anwar berpandukan laporan Malaysiakini, bukan main lagi ko hentam Shamsul. Tapi bila Malaysiakini betulkan laporan dia, ko pulak kata berapa Anwar bayar kat wartawan Malaysiakini... Ko tak biasa ke dengar Malaysiakini selalu betulkan laporan yang mereka siarkan? 

Habis tu, semua pembetulan oleh Malaysiakini tu kena bayar ke? Ko jangan jadi bodoh sangat Aduka. Kalau Malaysiakini dah buat silap, dia betulkan balik laporan dia, ko pun patut la betulkan laporan ko yang silap tu. Mengapa ko pusing pulak kata Anwar yang bayar? Pasal tu la asyik suka `langgar' orang....lama-lama kepala otak ko pun jadi bengap....semua orang salah, ko je la yang betul...Memang patut pun ko kena `sebijik' kat Rusila dulu...


Aku pun mulanya mahu tulis gak nak kutuk Ketua AMK kalau benar dia nak gunakan BERSIH 3.0 itu untuk Anwar. Tapi, aku tak lah sebodoh ko Aduka....nak langgar semua orang. Aku siasat dulu betul ke tak. Sebelum Malaysiakini betulkan laporan tu, aku dah tahu awal dari kengkawan aku yang dok dengar apa yang Sam cakapkan....memang lari dari apa yang Malaysiakini laporkan awalnya. Jadi, memang patut pun Malaysiakini betulkan yang salah tu.....

Ko punya nak cover malu...ko tuduh pulak Anwar yang bayar kat Malaysiakini supaya betulkan laporan tersebut. Ko pun tulis, ada kawan ko wartawan Malaysiakini yang bagitahu Anwar call supaya laporan tersebut dibetulkan. Ko jangan nak bodohkan orang la Aduka.....Apa standard Anwar nak bayar wartawan Malaysiakini? Selama ini pun banyak gak laporan Malaysiakini yang hentam Anwar disiarkan, mengapa Anwar tak nak bayar supaya ditarik balik?

Aku rasa elok ko tarik balik la tuduhan ko tu....takde malunya nak mohon maaf kalau ko dah buat salah....kecuali ko memang bodoh sombong !! - budakmental


Tiada ulasan: