AdukaTaruna |
- Husam Musa kawen baru. Hantaran RM800 ribu?!
- Kelantan patut bubar DUN berasingan dengan BN.
- Tarikh BERSIH 3.0 jatuh pada Perhimpunan Agung UMNO.
- Selangor bijak adakan pilihanraya berasingan
- Berblog dan berfesbuk gaya seorang abah yang baru.
Husam Musa kawen baru. Hantaran RM800 ribu?! Posted: 24 Nov 2011 08:09 AM PST Oleh : AdukaTaruna Sumber : Baginda Reformasi | Warta Jingga Biasalah tajuk jer. Kasi sek2 UMNO masuk blog gua. Bukan Husam Musa, bro.. Tapi orang yang dipercayai Musa Hasan. Mantan Ketua Polis Negara. Kawen benda yang bagus. Tahniah alhamdulillah. Kawen muda benda halal. Gua jeles. Tapi banyaknya duit bekas Ketua Polis kita... Samseng Cina bayarkan ka? Mustahil. Raja Petra mesti tak percaya dakwaan tu. |
Kelantan patut bubar DUN berasingan dengan BN. Posted: 24 Nov 2011 07:46 AM PST Oleh : AdukaTaruna Anak dah tido, baru bleh taip. Hua3.. gua berpendapat, Kelantan patut keluar dari kebiasaan dengan membubarkan DUN berasingan dari BN. Memang benar hujah TGNA benar, tapi, sekarang berlainan. Dulu Kelantan keseorangan. Kini sudah ada Kedah dan Selangor. Maksud gua, walau berasingan dengan BN, tetapi serentak dengan Kedah dan Selangorlah. Kalau asing2, gua ikut hujah TGNA lah. 1. Jika negeri BN sahaja PRU, PR juga mendapat peluang fokus yang sama. Bukan sahaja BN. Walau gua tak nafikan kelebihan BN yang guna kekuatan kerajaan Malaysia. Puluh juta tenaga PR dari Selangor, Kedah dan Kelantan boleh diagih2kan kepada negeri2 BN yang sedang PRU. 2. Selain itu, gua rasa cecah juta juga orang2 macam gua. Suami mengundi N9, isteri mengundi Kelantan. PRU BN, gua tak kalut, PRU Kelantan gua tak kalut. 3. Jika BN boleh bubar parlimen ikut isu terkini yang memihak kepada mereka, PR juga sepatutnya berbuat yang sama. Contohnya, selepas habis BERSIH 3.0 ke, ketika skandal BN panas ke. Ketika itulah sepakat bubarkan DUN. Puluh juta tenaga PR dari negeri BN yang sudah selesai PRU pula akan diagih2kan kepada Selangor, Kedah dan Kelantan. Memang kalut pensabotaj2 nak sabotaj bai.. Kekuatan akan berkali ganda. 4. Jika Selangor, Kedah dan Kelantan memilih tidak PRN ketika BN PRU, maka; mana2 negeri BN yang bertukar kuasa akan mendapat faktor stabil. Perlu diingatkan, pengundi BN hanya golongan bodoh yang duduk rumah. Pengundi PR adalah golongan aktivis yang keluar. Jadi sebarang kerja2 sabotaj peralihan kuasa sukar nak berlaku. Kerana kekuatan aktivis yang bertambah. Time tu nak musnahkan fail2 di SUK negeri tersebut pun sukar. 5. Jika terdapat 1 atau lebih negeri BN yang bertukar kuasa, ianya meningkatkan moral kepada negeri PR yang bakal PRN. N9 BN perintah 1 kerusi jer bai. Jika status quo, atau penurunan jumlah sokongan terhadap PR, PR mempunyai masa RnD. Masa buy time. 6. Jika negeri PR PRN selepas negeri BN PRU, bermakna BN kena belanja 2 kali. Kena bergaduh 2 kali. Kena cah keting 2 kali. Kena buat kerja 2 kali. Amacam Tok Guru? Harap dapat dipertimbangkan. Nak juga gua ajak sek2 GEGAR tolong kempen kek N9. Nak juga ajak puak2 nogori merasai pengalaman berkempen di Kelantan secara negeri (bukan PRK). |
Tarikh BERSIH 3.0 jatuh pada Perhimpunan Agung UMNO. Posted: 24 Nov 2011 02:46 AM PST Oleh : AdukaTaruna Ada 2 maklumat separa masak. 1. Tarikh BERSIH 3.0 jatuh pada hari yang sama Perhimpunan Agung UMNO. Antara lokasi himpunan yang dicadangkan ialah di PWTC sebelum bergerak ke parlimen. Logistik awam yang terdekat ialah Hentian Putra. 2. Hasan Ali akan bertanding di Johor. Tidak pasti atas tiket apa. Tetapi dipercayai atas tiket BN. Kerusi Pasti Menang BN. Selepas baiah PAS tamat tempoh. Jika atas tiket BN, Hasan Ali dipercayai akan berkempen dengan mendedahkan butiran perjanjian / rundingan 'UG' 'Majoriti Melayu Muslim' yang diketuai oleh Hadi Awang (apa yang berlaku sebenarnya ketika rundingan PAS-UMNO di Selangor). |
Selangor bijak adakan pilihanraya berasingan Posted: 23 Nov 2011 11:51 PM PST Oleh : Pengundi DUN Kota Anggerik Label : Surat dari pembaca Selangor Bijak Adakan Pilihanraya Berasingan Tuan/Puan Editor, Baru-baruini, MenteriBesar Selangor telahmengisytiharkan Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri berasingan dari Pusat sekiranya dipanggil sebelum Jun 2012. (Rujuk laporan akhbar yang dilampirkan bersama surat ini). Bagi saya sebagai anak jati Selangor, ia adalah tindakan bijak. UMNO yang memerintah Kerajaan Pusat telah sekian lama menikmati kelebihan menentukan tarikh pilihanraya seluruh Malaysia. Seringkali parti2 yang bukan Barisan Nasional terperangkap dan tidak bersedia sepenuhnya angkara perkara ini. Pertama kali dalamsejarah, UMNO dipulangkan paku buah keras. Saya lihat sendiri betapa gusarnya pemimpin2 BarisanNasional terhadap keputusan Menteri Besar Selangor ini. Dato Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dengan secara terbuka mengecam keputusan Yang Amat Berhomat Menteri Besar Selangor ini. Namun alasan2 yang diberikan oleh beliau di blog beliau (nohomar.net/portal) adalah sangat-sangat dangkal, bagi saya. Alasan pertama yang diberikan adalah faktor kos yang bertambah akibat pilihanraya berasingan. Sekiranya kos dijadikan isu, mengapa dibiarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar berasingan dari Parlimen? Tidakkah boleh tarikh pembubaran Dewan di Sarawak diselaraskan dengan Pusat seperti yang dilakukan di Sabah? Sudahkah Dato' Noh Omar lupa satu masa dahulu Dewan Undangan Negeri Sabah juga dibubarkan berasingan dari Pusat/Parlimen? Namun, boleh pula diselaraskan. Dato' Noh Omar perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya mengapa Kerajaan Barisan Nasional tidak menyelaraskan tarikh pilihanraya di Sarawak sama seperti di Pusat? Selepas penjelasan itu, barulah Dato Noh Omar berhak mengkritik keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor. Lagi pula, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sendiri telah meminta Perdana Menteri Dato' Najib Tun Razak untuk menghabiskan tempoh sah Parlimen. Dengan kata lain, secara tidak langsung Dr Mahathir menyokong keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor itu. Saya menyeru mereka2 yang tidak bersetuju dengan keputusan ini supaya memikirkan semula pendirian mereka. PENGUNDI DUN KOTA ANGGERIK, SHAH ALAM |
Berblog dan berfesbuk gaya seorang abah yang baru. Posted: 23 Nov 2011 11:13 PM PST |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan