Khamis, 24 November 2011

Addin

Addin


Penyokong Malaysia Lakukan Provokasi Dalam Laman Web Kompas, Indonesia

Posted: 24 Nov 2011 05:00 AM PST

Setelah kekalahan kemenangan pasukan Malaysia ke atas pasukan Indonesia. Laman - laman web yang berpengkalan di Indonesia di provokasi oleh penyokong Malaysia. Iannya ekoran provokasi melampau penyokong Indonesia terhadap pasukan Malaysia yang bertanding di Indonesia. Penyokong Indonesia yang terlalu fanatik membuatkan ramai rakyat Malaysia berasa marah dan meluat. 
 
Akibatnya ada individu yang tak berapa minat bola sepak pun menjadi taksub akibat peristiwa provokasi melampau penyokong Indonesia terhadap lagu "Negaraku" dan pelbagai provokasi yang lain. Kat bawah ini menunjukkan komen-komen pedas penyokong Malaysia di laman web Kompas.. Layan!!

Komen penyokong M'sia di KOMPAS

Baca lagi komen-komen pedas penyokong Malaysia di sini.


Media Sosial, Setakat Mana Persediaan Pakatan Rakyat?

Posted: 24 Nov 2011 01:00 AM PST

20 November, UMNO/BN mengadakan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra yang juga merupakan ibu pejabat UMNO. Perhimpunan yang mengumpulkan hampir 1,500 orang pengamal media sosial pro UMNO-BN dari seluruh negara itu, turut dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Penulis dimaklumkan konvensyen semalam adalah satu daripada beberapa siri program sama yang menghimpunkan pengamal media sosial/baru pro UMNO-BN yang telah diadakan sepanjang tahun ini.

Walaupun penulis yakin majoriti yang datang 'diupah' untuk menghadiri program tersebut (difahamkan antara RM500 – RM100 seorang) tapi itu bukanlah satu alasan untuk kita memandang sepi persediaan UMNO-BN dalam menghadapi 'peperangan siber'.

Konvensyen itu sendiri menunjukkan keseriusan UMNO-BN dalam menghadapi 'peperangan maya' yang bakal berlaku dalam kempen pilihanraya umum ke-13 yang bakal diumum pada bila-bila masa. Maka itu, sesuai dengan namanya 'peperangan', maka Najib mengelarkan peserta perhimpunan ini sebagai 'tentera baru' UMNO-BN.

Dan perhimpunan semalam menandakan bermula pergerakan 'tentera baru' ini dalam menjawab dan membalas serangan dari Pakatan Rakyat, tidak terkecuali mensensasikan fitnah dan pembohongan terutama sekali yang berkaitan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persoalan penulis sekarang ialah, bagaimana pula persediaan sama dipihak Pakatan Rakyat?

Mungkin kita tidak perlu ke tahap mengadakan konvensyen seperti mana yang dilakukan UMNO-BN tapi kita perlukan program-program hampir sama untuk menaikkan semangat dan menggerakkan 'tentera maya' kita pula.

Statistik terbaru menunjukkan bloggers/facebookers Pakatan Rakyat tidak lagi mendominasi alam maya sebagaimana kita mendominasinya pada beberapa pilihanraya yang lepas bermula pada pilihanraya umum 1999.

Kebanyakkan bloggers kita terlalu bergantung kepada portal berita seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Free Malaysia Today dan Harakah Daily untuk mendapatkan sumber berita rujukan. Tidak kurang juga yang 'menceduk' jawapan dari portal berita yang disebutkan untuk membalas serangan cybertroopers UMNO-BN.

Ini bukanlah satu masalah tapi dengan beberapa portal seperti Malaysiakini yang kemorosotan langganan lanjutan dari beberapa penyiaran berita yang disangsikan kebenarannya, sedikit sebanyak imej bloggers 'mesra' Pakatan Rakyat yang memetik berita ini untuk menjawab serangan cybertroopers UMNO-BN akan turut terjejas.

Penulis masih ingat dahulu kita mempunyai barisan bloggers yang begitu hebat dan mendominasi carta web yang mendapat 'hit' tertinggi. Kebanyakkan mereka ini mempunyai susun atur pentadbiran sendiri malah mempunyai 'field reporter' mereka sendiri juga. Antaranya 'TerengganuKite Online', MSO, Siasah Online dan Jeff Ooi (sekadar menyebut beberapa).

Dari segi sokongan kepimpinan juga hebat. Hasil pendedahan dan siasatan oleh para blogger kita digunakan oleh kepimpinan atasan untuk disensasikan di peringkat lebih tinggi, bukan seperti sekarang, bloggers kita pula mensensasikan pendedahan yang dilakukan kepimpinan tertinggi.

Blogger seperti Jeff Ooi diberi pengiktirafan tersendiri apabila dicalonkan dan menang dalam pilihanraya umum 2008 bagi kerusi parlimen Jelutong di Pulau Pinang malah dilantik sebagai Chief of Staff bagi pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dari segi peruntukkan pula kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pada 2009, memperuntukkan sebanyak RM 10 juta untuk tujuan membiayai operasi bloggers dan pengamal media sosial seperti facebook dan twitter yang pro Pakatan Rakyat.

Hebat, memang hebat tapi kenapa sejak 2008, kita mengalami kemerosotan yang agak ketara? Blogger pro UMNO seperti PapaGomo malah Minda Intelek Melayu (MiM) yang hanya diwujudkan pada 2009, sudah mengatasi kita. Itu belum lagi bercakap tentang blog politik seperti MyKMU, Agenda Daily dan sebagainya yang telah wujud lebih lama.

Ini adalah sesuatu yang kita semua perlu sama-sama fikirkan, masa yang ada sudah tidak banyak dan kelebihan pula berada di tangan UMNO-BN kerana mereka berkuasa untuk menentukan tarikh pilihanraya.

Tambah menakutkan, bukan itu saja kelebihan yang mereka ada, sumber mereka juga tidak terbatas dari apa segi sekalipun. Kalau kerajaan negeri Selangor saja memperuntukkan RM 10 juta, bayangkanlah berapa pula yang boleh diperuntukkan UMNO-BN untuk cybertroopers mereka? Komisyen kapal selam saja sudah RM 500 juta lebih, bayang-bayangkanlah saja tu./suaraPR

Kisah Liku - Liku Anak Paderi Bertukar Agama Dari Kristian Kepada Islam

Posted: 23 Nov 2011 09:00 PM PST

Satu cerita benar untuk renungan, nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong.. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsb.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek… Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu)… "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya ke rumah cikgu…"

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- -

- Mengapa orang Islam sembah kaabah? Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 – konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.  Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis….awak mengigau…."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya…………".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan

Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.

Biarlah saya jadi pendakwah bebas.. Saya ingin membilas dosa lalu.. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah..saya sayang emak..saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. Saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita……… Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah…..saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……….Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.

Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu…..Islampun baru setahun jagung….."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.. Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah./gurindam remaja Islam

Najib Tak Layak Jadi PM, Ikut Cakap Bini

Posted: 23 Nov 2011 04:00 PM PST


Bukankah ganjil bahawa kaji selidik selepas kaji selidik yang dikeluarkan pada minggu lalu menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak - dengan bibir merah jambunya yang hanya berjaya memenangi separuh pengundi di Pekan - terus kekal popular. 

Adalah sukar untuk menerima hasil daripada kaji selidik itu yang dilakukan atas dasar meraih wang sahaja memandangkan Najib sendiri ragu-ragu untuk mendapatkan mandat sendiri daripada rakyat. Sebaliknya, dia hanya menggunakan mandat yang diperolehi oleh Abdullah Badawi. 
 
Ini merupakan sesuatu yang penuh kontradiksi. Bagi kaji selidik lain pula, yang kononnya daripada parti-parti pembangkang dan beberapa universiti yang dikawal oleh kerajaan – mereka ini seolah-olah tidak mengambil endah akan hakikat bahawa beliau banyak dibabitkan dengan skandal dan sudah pasti hati nurani Najib sekarang sedang membunuhnya, walaupun secara perlahan-lahan. Isteri beliau Rosmah Mansor pula langsung bukan aset kepada kerjaya politik beliau.

Rosmah juga telah dikaitkan dengan pelbagai skandal yang sudahpun diketahui ramai. Dia seolah-olah tidak dapat mengawal; apatah lagi memberitahu isterinya batas-batas isteri seorang Perdana Menteri. Isterinya itu bersikap seperti seorang yang degil, keras kepala dan menjalani gaya hidup mewah menggunakan wang awam. Altantuya akan menhantuinya seumur hidup Untuk berlaku adil Najib, beliau boleh membuat tuntutan bahawa beliau adalah sepopular Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi di saat-saat terbaik mereka tetapi hantu model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang telah diletup dengan C4 sentiasa mengekori bayangan beliau .

Hantu itu tidak akan menghilang walau bagaimana sekalipun dia berdoa. Kes bunuh tersebut menghantui beliau dimana jua beliau berada dan itu adalah seperti tindakan bunuh diri untuk politik. Beliau enggan memberi sebarang penjelasan kerana merasa dirinya tidak akan terlepas. Bukan itu sahaja, ada lagi kes rasuah Scorpenes yang berjumlah RM 7 billion Itulah sebabnya beliau cuba memandang remeh kes terseut. Malangnya tiada sesiapa pun yang mempercayai hakikat itu. Persepsi rakyat adalah yang paling penting dalam politik.

Kes yang sedang berjalan di Mahkamah Perancis itu mungkin akan memburukkan lagi keadaan untuk Najib pada bulan-bulan yang mendatang dan mungkin sejurus sebelum Pilihan Raya ke-13 nanti. Sekarang pun sudah nampak bahawa Timbalannya Muhyiddin Yassin, menjauhi dirinya daripada Najib apabila berada di khalayak ramai, memberi tanda bahawa sesuatu yang buruk pasti akan timbul tidak lama lagi.

Masih banyak persoalan yang tidak terjawab daripada kes pembunuhan Altantuya: peranannya dalam pembelian kapal selam berbilion-bilion ringgit dari Perancis dan Sepanyol; rekod kemasukan beliau ke negara ini yang dipadam daripada sistem Jabatan Imigresen; hubungan antara Abdul Razak Baginda; pegawai peribadai Najib dan sepupu Altantuya; dan mengapa kedua-dua pembunuh yang disabitkan dalam kes itu masih di penjara dan belum dijatuhkan hukuman mati. Badan Kehakiman perlu memberi banyak penjelasan sebelum PRU 13.

Ini semua adalah persoalan-persoalan yang akan muncul sekali lagi pada GE 13. Liwat II Seolah-olah bau busuk daripada membunuh Altantuya tidak mencukupi, peranan Najib dalam kes liwat II juga menjadi pemberat besar yang tergantung dilehernya. Beberapa pihak yang berkenaan percaya bahawa Najib telah bertemu dengan Saiful Bukhari, lelaki yang telah menuduh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya.

Dakwaan tersebut ditolak oleh pakar perubatan dan seolah-olah mencadangkan,seperti yang telah didakwa Anwar bahawa ada konspirasi peringkat tinggi terhadapnya seperti kes Liwat I Kes Liwat 1, telah dicipta oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang terpaksa membayar harga yang tinggi apabila beliau pula terpaksa melepaskan jawatan disebabkan pemberontakan dalam Umno dan Kabinet Persekutuan yang diketuai oleh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein Onn dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Akhirnya, Mahkamah rayuan memutuskan bahawa Anwar tidak meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya. Malah mereka yang membenci Anwar berasa kasihan terhadapnya dan meninggalkan Umno walaupun mereka masih enggan untuk mengundi beliau. Kes Liwat I telah menjatuhkan Umno dalam pilihan raya. Liwat II, seperti Liwat I telah dicipta oleh Mahathir, dan jelas Umno menanggung kerugian besar dalam pilihan raya.

Perak yang dicuri daripada PakatanRakyat oleh Umno beberapa bulan selepas GE 12 pada tahun 2008, pasti akan kembali kepada pakatan pembangkang. Terengganu dan Malaysia Timur sasaran sedangkan Najib terus bermain-main Selain Perak, PR sedang memburu Terengganu, Negri Sembilan dan melapangkan jalan-jalan di Sabah dan Sarawak, negeri-negeri yang dianggap Deposit Tetap Umno kerana banyak pendatang haram dalam daftar pemilih di sana .

PR telah meningkatkan pendaftaran pengundi tempatan untuk meneutralkan bilangan pendatang tanpa izin dalam daftar pemilih. Najib juga tidak dapat melarikan diri daripada persepsi awam bahawa Mahathir memeras ugut beliau dan beliau dalam keadaan berserah diri pada setiap segi dan sudut. Beliau sekarang sudah nampak perangai sebenar Mahathir yang dirahsiakannya daripada orang ramai selama hampir 22 tahun sehinggalah keluarnya kes Liwat I.

Sejarah akan mengejar kita Skandal Najib selain pembunuhan Altantuya, Liwat I dan Liwat II juga pengkhianatan terhadap orangkuat Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perbalahan terkenal pada tahun 1987 untuk jawatan Presiden Umno dengan Mahathir. Razaleigh tidak pernah memaafkannya dan terus menahan sokongan beliau yang penting dan juga tidak menghalang kemaraan PAS, ahli gabungan PR.

Bau busuk yang sama kuatnya dengan kes Altantuya dari Abdul Razak, ayah Najib, atas peranannya dalam rusuhan Melayu-Cina pada 13 Mei 1969 di mana Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris juga menjadi dalang. Ketiga-tiga dalang ini juga menjatuhkan Tunku Abdul Rahman daripada jawatan Perdana Menteri.

Sihir tidak boleh menukar Najib daripada Katak kepada Putera Najib akan mati dengan kematian perlahan tetapi pasti boleh diduga memandangkan beratus-ratus juta wang pembayar cukai telah digunakan untuk perhubungan awam membersihkan imej beliau. Contoh jelas adalah rentetan 'kaji selidik' populariti beliau. Untuk itu, pujian haruslah diberi kepada ketua media baru yang telah dilantik dan berpusat di NST.

Sungguhpun begitu, yang menyedihkan adalah usaha itu secara terang-terangan memalukan. Ahli silap mata terkenal seperti Houdini pun tidak akan dapat mengubah Najib daripada katak kepada Putera! Sama ada dia mengaku atau tidak, suara hati Najib sedang mendambakan hukuman, dan pembersihan daripada dosa. Sesiapapun boleh meneka bagaimana dan bilakah masa kejatuhan beliau akan tiba.

Mungkin sedikit akan menitiskan air mata untuk Najib dan Malaysia menanti seorang penyelamat yang akan membawanya keluar dari masalah yang telah ditanggung lebih daripada setengah abad. Najib sememangnya bukanlah orang itu.

Tiada ulasan: