AdukaTaruna |
Kini gua melalui apa yang telah lu orang lalui. Posted: 13 Nov 2011 01:06 AM PST Oleh : AdukaTaruna Blog gua dah menjadi blog baby. Member suruh gua tukar kaler pink. Kah3.. tionaseng. Label peribadi. Gua just nak share apa yang baru gua lalui. [1] Anak sulung gua ketika gua umur 30. Bermakna dia baru 20 ketika gua 50. Umur adik2nya? Rugikan? Sebab gua andaikan jika gua sampai umur 50, gua dah sakit2 dah tu. Gua eksiden teruk 3 kali masa muda. Dan ada effect sket skang ni pun. Harap2 gua mati dalam keadaan tak menyusahkan orang la. Amin. [2] Anak gua lahir dalam keadaan tak menangis. Gua runsing gile. Sms memember minta doakan. Alhamd.. doc sahkan anak gua sihat. Tapi still gua tak dapat dengar dia menangis. Bini gua pun. Bila dipindahkan dalam wad, baby lain menangis. Anak gua plak tido. Kalau tak tido, terkebil2. Malam tu, time gua kerja, baru bini gua sms, dia menangis. Gua punya bersyukur tahap Gred A gua ingat time tu. [3] Lepas berak dan kencing, baby boleh blah dari hospital. pada permulaan baby berak dengan kerap. Tahap Jeans Francois keracunan makanan. Mujur bini Hj Osama telah bekalkan gua tips. Beli Nappy Liners. Atas atas pempes. Jadi, jimat sket pempes. Mula2 dalam sehari dua, berak kaler Zambry. Kencing kuning BERSIH 2.0. Gua risau gak. Cadang nak mengadu kat misi yang datang nanti. Alhamd. Masuk hari 3 dan seterusnya, berak kaler kuning, kencing dah jernih. Selalu gak gua kena tembak sebelum, semasa dan selepas mandi. Jate boh. Ado pistol. [4] Hajat memang nak ikut silibus. Susukan anak dengan susu cap gantung semata2 selama 6 bulan. Tapi tak kesampaian. Anak gua hisap kuat sampai berbunyi. Kulit susu bini gua sampai terkopek dan berdarah. Masa anak gua lahir, gua takda rasa nak menangis pun walau bersyukur sangat. Tapi melihatkan bini gua menggigil tahan sakit, menitik air mata setiap kali bagi susu, gua ada rasa sebak sket. Ada orkid dalam hati ma. Gua tak study apa pun tentang susu tambahan sebelum ni. Gua doa, Allah tujukan hati gua untuk susu yang tepat. Gua ke Hypermarket Pantai Timur. Round sambil servey susu tambahan. Nak kasi sementara susu bini gua sembuh. Gua pilih produk yang ada jenis paling sedikit. jadi, kalau anak gua tak serasi, takla membazir. Gua bukan orang senang. Susu mahal bai. Pusing punya pusing, gua jumpa produk yang ada dijual paling sedikit, adalah Lactogen. Produk Nestle jugak, bro. 350g RM8.50. Yang lain semua 500g. [5] Alhamdulillah. Anak gua punya perut serupa gua. Boleh makan hampir kebanyakan makanan. Maybe berkat tak pantang time mengandung. Makan apa sahaja. Berak dia pun tak berubah kaler. Cuma, dia punya hisap susu, memang tahap kete turbo. Kuat gile bai. 350g dalam 5-6 hari jer. 2 minggu dah muat2 besen mandi yang gua beli. Cer tengok bidio tu. lepas ni kena mandi duduk la pulak. [6] Selama 2 minggu ni, gua ingat 2-3 kali jer dia menangis. Tu pun tak lebih seminit. yang lain ialah rengekan. Time dia lapar. Atau rimas time kena mandi. Terjadi satu kali, bila gua nak mandikan, gua dapati pempes dia penuh dengan berak. Banyak giler dan sudah keras.. Sampai kulit bontot merah dan berbintik. Menandakan dah lama dia berak. Problem sebab dia tak bagi signal. Mulai hari itu, gua tak tunggu dia menangis untuk skodeng pempes. Gua cek sekerap yang mampu. [7] Khai Muhammad Taruna suka tido siang. Kejutkan pun dia buat dek jer. Sua puting susu pun dia tak nganga. TGNA paksa masuk kurma pun dia ketap mulut sambil lari2kan kepala. Problem kepada gua dan bini ialah anak gua akan segar biji mata time pukul 3-5 pagi. Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!! Memang tak menangis. Tapi kalau kita biarkan dia terkebil2 dalam 5 minit begitu, dia akan merengek. Kena pangku la plak!!!!!!! |
PERKASA dibelasah rakyat di Johor. Posted: 13 Nov 2011 12:06 AM PST Oleh : AdukaTaruna Sumber : Utuseks Malaysia Dari sumber FB, anggota bawahan PERKASA ini bernama Jamil Hussin. hanya anggota bawahan yang ditipu untuk berada di depan kerana polis melindungi mereka. Tapi, apabila diambil tindakan kerakyatan, ketua mereka lari dahulu. Bukanlah kita menyeru kepada keganasan. Tetapi menyeru kepada seni mendapatkan hak. PERKASA yang datang dengan soalan atau hujah, dipersilakan. Dialu2kan. Malah lebih bertamadun dianjurkan debat secara matang dan professional. Tetapi jika datang dengan niat mahu membuat keganasan, maka inilah seni yang diambil. Dalam menempatkan diri kepada satu situasi respek musuh yang sama jika mahu mematuk dilubang luka yang sama di masa2 akan datang. Apa yang boleh dipelajari dari insiden ini. Setelah berkurun lamanya PAS mendidik ahlinya supaya bersabar-bodoh? 1. Polis yang tidak beraksi untuk setiap aktiviti ganas pro BN telah TERPAKSA take action. Dilaporkan 150 anggota FRU terpaksa bergegas ke tempat kejadian bagi menyelamatkan NGO BN itu. 2. Selepas ini mana2 ceramah Mat Sabu (khususnya), di luar Kelantan, akan menjadi seperti di Kelantan. BN hanya berani berbuat jahat dalam gelap. Calarkan kereta yang di parking jauh, spray kereta, letak CD lucah. 3. BN akan berfikir 80 kali untuk melakukan aksi2 primitif selepas ini. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan