shalehudin |
- Ada wartawan Indonesia ambil rasuah
- Khairy oiii, BANGANG tu simpan la kat orang lain sama... kahkahkah...
- Kisah dinasour UMNO pulak dahh... kahkahkah...
- Kisah Najib lagi nih, habih ROSAK...
- Mau berpeluh dahi Najib... kahkahkah...
- Ohhh Marina... Ohhh Awang... kahkahkah...
- Tindakan bengong PSC yang dicucuk hidung...
- Ku Li masih kuli yang lemah... kahkahkah...
- Sharizat terkorban bersama lembu-lembunya...
- Pecacai UMNO wajib baca nih... kahkahkah...
- Bengong sampai ke mampuih...
- Perlu baca: Pasai apa pakar bedah ni masuk Islam...
Ada wartawan Indonesia ambil rasuah Posted: 13 Nov 2011 09:30 AM PST JAKARTA: Demi ganjaran wang berjuta-juta rupiah, segelintir wartawan Indonesia didakwa sanggup menyiarkan laporan tidak tepat atau berat sebelah. Bertambah parah, bagi menjaga kepentingan pihak yang menawarkan sogokan itu, wartawan- wartawan terbabit sanggup mereka cerita, termasuk isu-isu melibatkan politik, undang-undang dan ekonomi. Amalan buruk itu didedahkan seorang wartawan yang mahu dikenali hanya sebagai Danu Pratama (bukan nama sebenar) kepada akhbar Jakarta Globe, kelmarin. Danu, yang sudah tujuh tahun bekerja sebagai wartawan, berkata dengan melakukan pekerjaan itu beliau dapat mengaut upah antara 7.5 juta rupiah ($1,071) hingga ratusan juta rupiah. Beliau menjelas bahawa sogokan itu mengambil kira sejauh mana kepentingan sesuatu isu itu didedahkan, sumber yang membiaya dan sebesar mana dakwaan mahu diperbesar atau dimanipulasi sama ada di media cetak atau elektronik serta media baru. 'Saya tidak melakukannya (menerima sogokan) sendirian kerana jika hanya saya seorang, ia nampak terlalu ketara. 'Biasanya saya akan melakukannya bersama rakan-rakan. Semuanya lima wartawan dan saya bertindak sebagai penyelaras dan berurusan dengan sumber yang memerlukan khidmat kami,' kata Danu sambil mendakwa kerja itu turut diamalkan oleh wartawan daripada organisasi media yang kononnya dianggap 'bersih' dan mempunyai kewibawaan. Pendedahan Danu turut menarik perhatian seorang wartawan kanan tempatan yang mengakui budaya 'menyogok' wartawan menjadi sebahagian daripada amalan dalam kerjaya kewartawanan di Indonesia. 'Bahkan, sesetengah pejabat pemerintah dan syarikat swasta menyediakan peruntukan kepada pihak media yang kononnya disebut sebagai 'elaun kenderaan',' kata pengerusi Gerakan Wartawan Bebas Indonesia (AJI), Encik Nezar Patria. Beliau mendakwa pihak-pihak yang menyokong budaya negatif itu lazimnya mempunyai senarai nama wartawan yang selalu membuat liputan acara mereka dan mereka dibayar 250,000 hingga satu juta rupiah. 'Kebiasaannya yang menerima wang itu terdiri daripada wartawan yang bekerja di organisasi media yang tidak mempunyai kewibawaan kredibiliti atau syarikat yang menawarkan gaji kecil,' dakwa Encik Nezar.- WKR |
Khairy oiii, BANGANG tu simpan la kat orang lain sama... kahkahkah... Posted: 13 Nov 2011 08:05 AM PST Khairy Jamaludin - Jangan pertahankan isu NFC. Ianya amat memalukan Oleh Aspan Alias Lepas satu isu timbul satu isu yang melibatkan pemerahan wang rakyat yang di lakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan keluarganya dalam jumlah yang besar dan tidak terfikir oleh sesiapa yang mempunyai sedikit daya pemikiran yang baik. Isu yang terakhir yang kita dengar setakat ini ialah isu NFC (national feedlot centre) yang melibatkan keseluruhan keluarga Ketua Wanita UMNO dan seorang Menteri yang masuk ke dalam Jemaah Menteri negara melalui pintu belakang itu. Dengan terbongkarnya tindakan mencuri ini maka ramailah pemimpin-pemimpin UMNO yang membuat kenyataan sambil berbohong di Parlimen dengan menyatakan yang projek lembu itu adalah projek yang berjaya. Muhyiddin Yassin yang bertanggung jawab untuk menjadikan projek ini menjadi realiti telah meminta Noh Omar untuk menjawab dan mempertahankan Sharizat di dalam parlimen tetapi beliau menyepi dan tidak berkata apa-apa. Tindakan Muhyiddin untuk meminta Noh Omar untuk menjawab itu memang tindakan yang bijak kerana jawapan yang sebodoh itu hanya boleh diberikan oleh orang seperti Noh Omar itu. Yang mengejutkan saya ialah penglibatan Khairy Jamaludin membantu Noh Omar mempertahankan tindakan keluarga seorang ahli jemaah kabinet negara dengan mengatakan yang projek itu adalah projek yang berjaya. Khairy menambah lagi kekalutan dengan memberi tahu rakyat yang pembelian kondominium berharga RM10 juta itu adalah tindakan yang betul kerana untuk mengelakan wang lebihan syarikat itu dari 'idle' di dalam akaun syarikat. Khairy yang baru mula hidup ini sedaya upaya untuk memperbodohkan orang ramai. Khairy yang selama ini saya anggap pemimpin berpotensi dalam UMNO dan negara sekarang sudah menampakan dirinya sudah terpengaruh dengan budaya mempersendakan rakyat. Mungkin Khairy terpaksa bersama-sama Noh Omar menganggap rakyat ramai ini bodoh dan boleh diperlakukan apa sahaja terhadap mereka (rakyat). Dengan tindakan Khairy memberikan alasan yang jembel untuk mempertahankan Sharizat dan keluarganya saya telah dapat membuktikan teori yang saya selalu sebut; sehebat mana pun dan sehandal mana pun pemikiran dan kepimpinan seseorang itu, apabila terlibat di peringkat kepimpinan UMNO seseorang itu akan menjadi lemah pemikiran dan akan selalu bertindak bodoh mempertahan perkara yang tidak boleh dipertahankan lagi. Pendeknya UMNO hanya mampu untuk merosakan pemikiran orang ramai dengan menyakinkan perkara yang bathil itu di terima sebagai perkara yang hak. Apa sahaja yang buruk yang di lakukan oleh mana-mana pemimpin tertinggi UMNO itu mereka (pemimpin UMNO) akan berpusu-pusu mempertahankan kesalahan sesama mereka. Dalam isu NFC ini amat jelas kerajaan sedang cuba untuk memperlembukan orang ramai dengan projek lembu ini. Mereka menggunakan lembu untuk melembukan kita semua. Mereka seolah-olah meminta kita semua bertepuk tangan kerana kegagalan projek ini dan menganggapkan yang projek ini adalah projek berjaya. Noh Omar dan Khairy seolah-olah menganggap yang kita di bawah ini semuanya lembu yang tidak tahu mengira dan membaca. Kalau perbahasan yang bodoh ini datangnya dari Noh Omar tidak meagapalah kerana itu pun kemampuan ahli parlimen Tanjung Karang itu, tetapi kalau perbahasan yang seperti ini datangnya dari Khairy Jamaludin ianya amat memeranjatkan bukan sahaja saya yang tidak sepertinya ini tetapi juga dari ramai ahli masyarakat yang bertanya kepada saya kenapa universiti teragong dunia ini mengeluarkan produk seperti Khairy Jamaludin. Apa pun yang berlaku sekarang ini rakyat perlu melakukan tuntutan untuk mendapatkan kembali hidup di dalam sebuah negara yang kita sanjungi seperti yang kita semua alami dahulu. Caranya ialah untuk rakyat beramai-ramai melakukan pembetulan ini dan yang paling tepat waktunya ialah semasa pilihanraya yang akan datang. Kita tidak mahu lagi membaca lapuran ketua audit negara yang sama kandungannya seperti yang kita sedang baca sekarang ini tertulis dalam lapuranya pada tahun-tahun yang akan datang. Kepada Khairy elok kita ingatkan supaya janganlah mencari isu yang lembab seperti ini untuk mendapatkan apa yang saudara idamkan dalam UMNO ini. Elok cari isu yang lain kerana kalau beliau masih mempertahankan Sharizat ianya adalah 'self defeating' bagi beliau. Sepatutnya saya tidak masuk campur dalam hal Khairy ini tetapi saya tidak tahu kenapa saya masih ada sedikit 'soft spot' terhadap pemimpin muda ini. Khairy ini seorang pemimpin yang baik dan berpotensi tetapi beliau menjadi ahli parti yang salah untuk beliau. |
Kisah dinasour UMNO pulak dahh... kahkahkah... Posted: 13 Nov 2011 05:55 AM PST Nasihat Toksik daripada dinasor yang semakin pupus aka Dr M Oleh Ismail Dahlan Sesalan besar saya sebagai seorang kanak-kanak adalah keadaan bahawa dinasor telah pupus sejak 65 juta tahun. Sungguhpun begitu, ramai yang meminati binatang ini dan ini jelas menerusi populariti filem-filem seperti Jurassic Park dan Ice Age. Malangnya, dinosaur yang masih wujud antara kita adalah tidak comel atau menakjubkan. Saya bercakap tentang bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohammed, yang sudah mencecah usia 85 tahun dan mungkin menyedari bahawa masanya sudah hampir sampai lalu, beliau muncul untuk terlibat dengan usaha menyebarkan kebencian sebanyak mungkin dalam masa sesingkat mungkin . Beliau umpama ular yang mempunyai patukan yang paling beracun dan terus hidup dalam taman kita; Malaysia. Beliau masih terus ingin berusaha untuk memecah belahkan perpaduan dalam negara dengan racun beliau. Beliau nampaknya mempunyai empat objektif besar, pertama; untuk menyebarkan kebencian antara kaum dan rakyat Malaysia, kedua untuk memutuskan siapa yang akan menerajui negara ini, yang ketiga untuk memastikan bahawa ketiga-tiga anak beliau yang tidak seberapa itu dapat juga memerintah negara ini suatu hari kelak apabila beliau sudah tiada dan akhir sekali melenyapkan nama Anwar Ibrahim di arena politik negara. Semua ini malangnya akan gagal. Perkara yang pelik untuk diperkatakan seorang diktator Pada Khamis lepas, Mahathir telah membuat beberapa kenyataan yang muncul dalam berita. Pertama, beliau mengisytiharkan bahawa memperjuangkan hak individu adalah tidak bertamadun. Majoriti katanya, perlu diberi keutamaan berbanding minoriti. Masalahnya, bagi individu-individu yang tidak bertamadun seperti Mahathir sendiri, semasa beliau menjadi Perdana Menteri, beliau sepatutnya tahu apakah yang dimahukan oleh golongan majoriti. Beliau kemudian memusnahkan institusi di negara ini dan menjadikan institusi-institusi tersebut lemah dan menyedihkan seperti yang kita dapat lihat pada hari ini serta memperkayakan kroni beliau seperti Daim Zainuddin, Tajuddin Ramli, Francis Yeoh, Tan Sri Ananda Krishnan dan Vincent Tan dan beliau juga membenarkan rasuah berleluasa di Malaysia hingga ke hari ini. Salah satu masalah dengan Mahathir adalah tidak penting kepadanya sama ada anda melakukan rasuah atau tidak, beliau hanya mahu tahu sama ada anda menyokong beliau atau tidak. Kemustahilan Matematik Hak-hak individu adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh diganggu oleh seorang diktator tua yang ganas. Majoriti adalah gabungan individu. Kita boleh berikan Mahathir satu salinan karya John Stuart Mills tetapi ia adalah sesuatu yang sia-sia untuk seseorang yang hanya berkhidmat untuk diri sendiri dan hipokrit. Mahathir hanya mengambil berat perihal dirinya sendiri. Mahathir kemudian sering menegaskan bahawa orang Melayu berada dalam bahaya kerana boleh pada bila-bila masa menjadi golongan minoriti di Malaysia. Ini, sudah tentu, mustahil dari segi matematik. Tetapi Mahathir bukanlah ahli matematik, dia adalah satu 'demagogue' dan mereka bukanlah ahli dalam fakta mahupun angka. Dalam hujah Mahathir, orang Melayu yang membentuk 60% daripada penduduk Malaysia akan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Sebenarnya, hanya dua kumpulan, penyokong BN dan penyokong Pakatan Rakyat. Terdapat juga fakta bahawa penyokong BN semakin berkurangan setiap hari. Oleh itu, hujah Mahathir bahawa orang Melayu, yang membentuk 60% daripada rakyat Malaysia, yang mempunyai kadar kelahiran tertinggi dan potensi terendah untuk berhijrah akan menjadi minoriti; adalah tidak munasabah. Betul, anda patut malu dengan diri anda sendiri Mahathir juga mengajar rakyat Malaysia untuk berasa malu jika mereka tidak memberi 100% daya usaha kepada apa-apa perkara yang diserahkan kepada mereka. Mahathir harus ambil nasihat ini sendiri, melainkan jika dia merasakan ia adalah terlalu pahit untuk ditelan. Bekas Perdana Menteri ini melihat sendiri kegagalan projek-projek meganya seperti Proton, Perwaja dan Menara Berkembar yang terus diseret dalam senario ekonomi negara hingga ke hari ini. Hasilnya negara kini berdepan dengan pelbagai masalah seperti kadar jenayah tinggi, ketegangan kaum, kebanjiran pekerja asing dan pelbagai lagi yang diwujudkan semasa pemerintahan Mahathir. Jika ada sesiapa yang perlu belajar erti perkataan malu, ianya adalah Mahathir sendiri. Walau banyak manapun buku-buku yang tidak jujur yang beliau tulis tentang dirinya sendiri, ia tetap tidak boleh ubah semua itu. Dan seperti beliau, legasi beliau haruslah dimasukkan ke dalam tong sampah. Malaysia Chronicle |
Kisah Najib lagi nih, habih ROSAK... Posted: 13 Nov 2011 04:27 AM PST |
Mau berpeluh dahi Najib... kahkahkah... Posted: 13 Nov 2011 01:30 AM PST Kerajaan Negeri Perlu Teliti Cadangan Hapus Cukai Pintu SHAH ALAM, 11 NOV : Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali menyarankan supaya Kerajaan Selangor meneliti semula cadangan untuk menghapuskan pembayaran cukai pintu di negeri ini kerana ia dapat meringankan sedikit bebanan rakyat.Namun cadangan ini memerlukan mekanisme terbaik agar pihak berkuasa tidak mengalami penurunan dalam hasil pendapatan, katanya. Menurut Azmin, cadangan yang dikemukakan itu adalah baik, namun implikasi kewangan kepada kerajaan harus diteliti terlebih sebelum ia boleh dilaksanakan bagi mengelakkan kerajaan negeri daripada menanggung bebanan tinggi. "Maka sebab itu saya membuat kajian berhubung soal jumlah unit pegangan bagi kos rendah dan kos sederhana dan daripada situ kita dapat melihat apakah kemampuan kerajaan negeri," katanya ketika ditemui wartawan di lobi Dewan Annex, SUK hari ini. Bagaimanapun jelas beliau, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan mengambil inisiatif untuk menjayakan projek ini perlu diberi insentif tambahan oleh kerajaan negeri. Ini kerana katanya, dengan pelaksanaan dasar ini, kutipan hasil bagi PBT akan berkurangan sekaligus memerlukan insentif untuk menampung kos pengurusan setiap PBT. |
Ohhh Marina... Ohhh Awang... kahkahkah... Posted: 13 Nov 2011 12:00 AM PST Ohhh Marina… — Awang Selamat 13 NOV — Antara individu yang menjadi perhatian dalam isu program Seksualiti Merdeka ialah Marina Mahathir. Beliau tampil pada satu sidang akhbar baru-baru ini mempertahankan program itu. Sejak dahulu lagi, Marina dilihat mempunyai kelainan kerana lebih bersikap liberal. Menurut Marina, beliau telah lebih 20 tahun memperjuangkan hak golongan LGBT, orang miskin dan mereka yang telah didiskriminasi. Marina mempunyai hak untuk menyuarakan apa sahaja pandangan dan kepercayaannya. Tetapi beliau juga harus menerima hakikat bahawa pandangan beliau juga boleh disanggah. Untuk rekod, ramai orang Islam tidak selesa dengan sikap terlalu liberal beliau yang dilihat merugikan agama dan bangsa. Majoriti yang menentang pemikiran beliau, punya asas dan hujah yang bernas. Suara majoriti juga adalah suara demokrasi. Janganlah melihat diri sendiri sahaja betul dan pihak lain salah. Awang setuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin bahawa program Seksualiti Merdeka tiada kena mengena dengan hak asasi manusia. Ia lebih kepada strategi mempromosi budaya songsang. Awang juga setuju dengan kenyataan Timbalan Menteri, Dr Mashitah Ibrahim bahawa perbuatan memperjuangkan amalan songsang yang bertentangan dengan fitrah manusia sama seperti melakukan jenayah. Maka menjadi harapan ramai agar Marina lebih sensitif dalam isu-isu kritikal yang membabitkan keagamaan dan asas kenegaraan. Sebenarnya golongan LGBT di negara ini tidak ditindas walaupun ada beberapa kes terpencil. Realitinya ialah sebahagian daripada golongan itu mahukan pengiktirafan ala Barat seperti perkahwinan sejenis dan banyak lagi yang bertentangan dengan budaya murni. Selain itu, ia ada agenda tersurat dan tersirat yang ada hubung kait dengan anasir luar. Apakah pendirian beliau jika suatu hari nanti ada perarakan pesta LGBT di negara ini dan apakah itu juga bermakna memperjuangkan hak LGBT? Malaysia bukan negara Barat. Membenarkan persekitaran yang memudahkan nilai-nilai Islam, budaya murni dan institusi kekeluargaan dihakis adalah ancaman terbesar. Jika Marina tidak setuju, itu hak beliau. Tetapi jangan memandang mudah suara majoriti yang mahu mempertahankan budaya murni. Awang juga ingin mengucapkan tahniah kepada polis kerana bertindak segera demi menjaga keharmonian negara, meskipun diperlekehkan oleh pihak tertentu. Ancaman kini muncul dalam banyak bentuk termasuk menerusi golongan yang menggunakan hak asasi sebagai topeng. Waspadalah. — Mingguan Malaysia |
Tindakan bengong PSC yang dicucuk hidung... Posted: 12 Nov 2011 10:00 PM PST BERSIH TAK DIIKTIRAF OLEH PSC – minkini Ambiga Sreenevasan tetap dianggap sebagai wakil individu ke sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan proses pilihan raya (hari ini walau berkeras bahawa beliau hadir sebagai wakil gabungan NGO berkenaan). Pengerusi PSC, Maximus Johnity Ongkili berkata, Ambiga hadir sebagai wakil individu dan begitu juga empat lagi yang mengiringi bekas presiden Majlis Peguam itu ke sesi pendengaran hari ini. "Tidak, anda bercakap sebagai Ambiga," kata Ongkili ketika Ambiga memperkenalkan dirinya sebagai wakil BERSIH 2.0. Malah, beliau juga enggan menerima memorandum yang dikemukakan Ambiga kerana muka hadapan dokumen berkenaan diterakan logo BERSIH. Bengong betoi puak puak PSC nih.... Iktiraf atau tak iktiraf bukan penting.... Yang penting Bersih 3.0 sedang diambang... Yang penting Bersih 3.0 sedang digerakkan... Yang penting ada lebih 100,000 sedang bersiap sedia untuk turun ke jalan raya... |
Ku Li masih kuli yang lemah... kahkahkah... Posted: 12 Nov 2011 08:37 PM PST Ku Li Tidak Realistik dan Masih Bermimpi - Karpal GEORGETOWN, 13 Nov 2011 - Pengerusi DAP, Karpal Singhberkata Presiden Amanah Tengku Razaleigh Hamzah 'hidup dalam dunia sendiri' dan bersikap tidak realistik dalam menyatakan reformasi perlu dijalankan terlebih dahulu jika sebarang pilihanraya umum dilakukan. Karpal berkata, bekas presiden Semangat 46 itu 'terlepaspeluang terbuka' menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas membubarkan Semangat 46 dan menyertainya UMNO. Beliau turut menyindir Tengku Razaleigh Hamzah dan berkata pengikut setianya telah mengkhianati perjuangan beliau dan kini menjawat jawatan menteri dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak, merujuk kepada Datuk Seri Wira Utama Rais Yatim dan Datuk Ahmad Shabeery Chik. Karpal turut menempelak Tengku Razaleigh, lebih dikenali sebagai Ku Li kerana lemah dan tidak mempunyai stamina bertahan dalam politik kem pembangkang dan tunduk kepada perangkap politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed. Dalam pada itu, beliau turut menyentuh kritikan kerap Ku Li yang didokumenkan dalam sebuah buku 'Kesilapan-kesilapanNajib' (Kesilapan Najib), hasil tulisan bekas Timbalan Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju Shahbudin Husin menunjukkan sikap sebenar pemimpin tersebut dan parti UMNO yang berpuak-puak untuk menjatuhkan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO.- KLpos |
Sharizat terkorban bersama lembu-lembunya... Posted: 12 Nov 2011 07:44 PM PST Dendam Lembu Terbalas Oleh MSO PKR mengambil masa lebih setahun untuk membalas 'dendam' apa yang dilakukan oleh pemuda liar yang didokong Umno Selangor ke atas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Khalid pada tahun pertama beliau jadi MB telah memberi lembu korban kepada kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak. Pemberian lembu korban itu dianggap sebagai perbuatan salah dan ada unsur-unsur rasuah. Alasannya naif kerana lembu itu diberi kepada parlimen di luar Selangor sedangkan duit digunakan membeli lembu adalah duit kerajaan Selangor? Laporan kepada SPRM dibuat oleh sebuah badan bebas atau Ngo yang menguruskan perihal rasuah lembu korban itu. Kalau tidak silap saya Nazree Yunus yang tampil membuat laporan SPRM ke atas Khalid. Ketika itu Nazree adalah budak suruhan dan anak didik Ezam Mohammad Nor di dalam sebuah badan bertindak apa dinamakan Gerak. Nazree hari ini sudah menyertai PKR dan menjadi Ketua Angkatan Muda PKR di Negeri Sembilan. Beliau tidak ikut jejak bekas bosnya kembali menjilat butut Umno dan diberikan upah menjadi senator boy. Ketika itu riuh randah fasal lembu. Khalid sendiri jadi malu kerana beliau digelar lembu. Sepanduk menguntuk MB yang berbunyi berbagai kata-kata penghinaan diangkat untuk menjatuhkan imej dan maruah Khalid. Antara kata-kata itu "MB Bodoh Macam Lembu", "Khalid Lembu" dan sebagainya. Bunyi sepanduk itu sebenarnya menggambarkan khalayak yang membawa kepala lembu tersebut yang lebih primitif daqripada orang yang belum tamadun dan tahu tekan lif untuk naik ke menara KL. Bila dibuat aduan SPRM secepat kilat pula membuat siasatan ke atas laporan dibuat Gerak itu. Akhirnya SPRM mendapat Khalid tidak bersalah dan tidak ada unsur rasuah. Itulah politik, lembu korban untuk dibuat kebajikan pun dibawa ke SPRM. Apa yang diterima Khalid sama yang diterima Nik Aziz di Kelantan yang hendak pergi tunai haji pun dibawa ke SPRM. Sampai MB itu terpaksa membatalkan niat untuk ke Makkah. Tuhan itu Maha Adil dan Maha Membalas. Hari ini keaiban yang dirasai Khalid itu dan sebahagian orang dalam PKR itu sudah terbalas. Kalau ia sebagai dendam PKR kerana menghina MB mereka, kini ia terbalas. Pendedahan yang dibuat oleh PKR berhubung penyelewengan dalam projek fedlot bernilai RM250 juta yang diberikan kepada keluaraga Sharizat Jalil telah menjawab cerita sebenarnya. Pendedahan bagaimana pengusaha projek itu telah membeli kondominum bernilai RM9.8 juta menyebabkan semua penghinaan ke atas Khalid sebelum ini terjawab. Pendedahan itu menebus aib kerana fitnah. Kini yang ternyata bermain dengan lembu dan mencuri wang rakyat ialah menteri UBN dan bukannya MB PKR atau Pas. Apa yang berlaku seperti mana didedahkan Saifuddin Nasution Ismail itu sungguh mengaibkan sekali. Apa lagi ia melibatkan maruah dan integriti perdana menteri, timbalan persana menteri, menteri pertanian dan asas tani, menteri wanita, ketua pemuda dan lain-lainnya. Orang ini mula cuba menyumbat rahsia busuk ini (penyelewengan) ini dengan kain buruk persis menyumbat mulut lembu berair agar tidak meleleh air liur. Tetapi Tuhan Maha Berkuasa. Kalau sudah busuk, ia tidak dapat dilindungi dengan sebatang lalang lagi. Betapa ia dikunci dan ditutup kemas kemen tetapi bila ia busuk ia akan berbau juga. Curahlah berdozen minyak wangi ia akan tetap membusuk, menerawang ke lubang hidung rakyat jelata. Pihak PKR telah berjaya menghidu bagaimana wang untuk projek lembu itu disalah gunakan membeli kondo di Bangsar bernilai RM9.8 juta. Itu yang telah didedah yang belum terhimbau busuknya masih banyak. Peruntukan untuk projek lembu itu banyak. Nescaya ada lagi. Pendedahan itu bukan saja memalu, mengejut tetapi melucukan. Peruntukan untuk projek lembu digunakan untuk beli kondo. Benar kata Saifuddin kondo dan lembu tak ada kena mengena langsung. Sebenarnya masih banyak penyelewengan dan tembelang busuk UBN yang belum didedah. Yang terdedah itu hanya tidak sampai 1 persen. Selepas ini akan ada lagi pendedahan demi pendedahan keburukan dan penyelewengan dilakukan UBN. Logiknya tidak dinamakan kerajaan UBN kalau ia bukan menyonglap wang rakyat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemberi maklumat terutamanya berhubung bukti transaksi wang untuk pembelian kondo berkenaan. Anda sebenarnya adalah wira negara kerana keberanian anda rakyat dapat tahu akan "mahabul"nya kerajaan UBN ini. Terima kasih juga kepada tiga pemimpin pelapis PKR yang berani dan ulet Saifuddin, Rafizi dan Tian Chua kerana menguruskan pendedahan itu secara sistemetik sekali. |
Pecacai UMNO wajib baca nih... kahkahkah... Posted: 12 Nov 2011 06:51 PM PST Bayangkanlah jika anda memilih BN… Oleh Wan Pok Wan Malini Cubalah bayangkan jika dalam pilihan raya ke-13 akan datang, anda memilih untuk mengundi Barisan Nasional. Mungkin kerana anda lebih mudah terpengaruh dengan isu-isu remeh daripada perkara-perkara utama dan lebih besar dalam menentukan nasib serta masa depan kita semua. Walau apa pun alasan yang anda diberikan untuk memilih BN, beberapa perkara utama sudah hampir pasti akan dilaksanakan oleh kerajaan BN yang didalangi UMNO yang telah terbukti sanggup berbuat apa sahaja semata-mata mahu terus bergayut di tampuk kuasa Tiga kemungkinan besar yang akan berlaku adalah: 1. GST akan dilaksanakan. Ia adalah goods and services tax (GST) atau cukai barangan dan perkhidmatan. Jika UMNO-BN menang, maka seluruh rakyat Malaysia akan terpaksa menanggung cukai ini pada semua barangan harian dan perkhidmatan. Contohnya, barangan seperti satu pek sabun cuci yang berharga RM10 kelak akan menjadi RM10.60 (setakat ini cukai perkhidmatan yang dikenakan biasanya 6 peratus). RM0.60 ini mungkin tidak banyak bagi kita untuk satu jenis barangan, tetapi cuba anda bayangkan jika dalam satu hari anda perlu membeli 5 jenis barangan yang jumlah puranya RM50, anda akan perlu menambah RM3 untuk cukai tersebut. Adakah jumlah ini masih sedikit? Jika dalam seminggu kita berbelanja RM200 untuk barang keperluan harian, maka jumlahnya akan menjadi RM12. Bayangkanlah dalam sebulan dan setahun, berapakah jumlah yang kita terpaksa bayar? Itu belum masuk kos-kos lain seperti bayaran pinjaman rumah, kereta, motosikal, minyak, servis, tol, telefon dan lain-lain. Soalannya, ke manakah wang cukai ini akan pergi kelak? Masuk poket siapa? Dan apa pula yang akan kita (rakyat) perolehi darinya? Adakah rakyat dijamin akan mendapat mutu perkhidmatan perubatan (hospital) yang terbaik? Atau adakah kita akan dapat mutu perkhidmatan pelajaran dan pendidikan yang terbaik? Bayangkanlah jika ini terjadi, siapa pula akan membantu kita? Setakat ini belum kedengaran kerajaan BN mahu menarik balik cadangan memperkenalkan GST walau pun banyak pihak telah membantahnya. Yang diperlukan BN ialah mandat rakyat untuk mengenakan sebanyak mungkin cukai terhadap rakyat. Untuk apa kerajaan BN perlukan begitu banyak wang yang terpaksa dicukai daripada rakyat sendiri? Tepuk dada tanya selera. 2. Kes rasuah dan salah guna kuasa akan terus berleluasa Kini isu terbaru membabitkan keluarga menteri UMNO, iaitu kes National Feedlot Corporation (NFC) yang dianggarkan berjumlah RM280 juta. Wang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu adalah wang dari cukai rakyat dan sumber negara. Kontrak pula diberikan kepada syarikat keluarga seorang menteri. Walau pun dengan alasan syarikat terbabit telah mengikuti segala prosedur dan mempunyai kebolehan, dari segi etikanya, ia tidak mencerminkan ketelusan kerajaan dalam membelanjakan wang kita (rakyat). Itu cuma satu contoh terbaru sahaja. Soal skandal kewangan, rasuah, penyelewengan kerap berlaku dalam pentadbiran BN. Dalam kes Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), mantan menteri-menteri pun terlibat. Dalam kes mantan seorang menteri besar yang berumah terlalu besar dan sepatutnya tidak mampu dimilikinya sudah menjadi kes mahkamah. Tentunya banyak lagi kes sedemikian yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin kerajaan yang terlalu lama memerintah. Baru-baru ini juga, Ketua Audit Negara telah mendedahkan pelbagai kes yang melibatkan salah urus hingga menyebabkan kerajaan (wang rakyat) rugi berbilion ringgit dalam masa setahun. Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan, antara lain, telah menyatakan Kementerian Pelajaran adalah antara sembilan kementerian/jabatan yang mencatat perbelanjaan sebenar melebihi peruntukan. Hasilnya tidak nampak ke mana kerana pelajar dan guru Malaysia tidak pula dianggap antara yang terbaik di dunia, kalau tidak pun di rantau Asia Tenggara. Laporan itu juga mendedahkan kos pengambilan balik tanah bagi projek Lebuh Raya Senai-Desaru meningkat hampir 103 peratus dengan kerajaan terpaksa menanggung tambahan sebanyak RM375.60 juta. Malah, Ketua Audit Negara juga mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Berikut beberapa barang yang dibeli dengan harga yang tidak masuk akal sama sekali dilaporkan dalam laporan berkenaan: • Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan • Katil boleh lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100 • Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90 • Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79 • Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60 Jika mengambil kira wang RM280 juta dalam kes NFC, dicampur dengan skandal PKFZ yang bernilai berbilion-bilion ringgit itu, serta ditambah pula dengan ketirisan wang dari laporan Ketua Audit Negara itu, bayangkalah berapa banyak lagi wang rakyat yang akan hangus jika UMNO-BN terus diberi mandat untuk mengurus ekonomi negara. Mengapa kerajaan UMNO-BN membiarkan pembaziran yang amat dahsyat itu sedangkan masih ramai golongan miskin dan berpendapatan rendah, khususnya di Sabah dan Sarawak, yang memerlukan pembelaan? Kata orang dulu-dulu, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. 3. ISA mungkin dimansuhkan tetapi diganti dengan undang-undang yang lebih zalim dan kejam Pada 15 September 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa pentadbirannya akan memansuhkan undang-undang zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pengumuman itu pada hakikatnya hanya menyebut 'akan' tanpa penjelasan jangka waktu yang sebenar. Jelas bahawa ia satu mainan politik yang terdesak untuk meraih undi rakyat. Malah, ISA yang kononnya mahu dimansuhkan itu akan digantikan dengan dua (2) akta baru yang belum dijelaskan lagi kepada rakyat tentang isi kandungannya, hatta gambaran kasar tentang undang-undang baru itu juga masih tidak diterangkan. Jika anda memilih untuk mengekalkan kerajaan UMNO-BN dalam PRU akan datang kerana janji-janji Najib, perlu diingat bahawa amat sukar bagi Perdana Menteri untuk mengotakan janjinya. Walau pun anda mungkin yakin niatnya baik, pimpinannya kini dipengaruhi unsur-unsur perkauman yang bersifat fasisme dan menolak perubahan, termasuk yang mengatakan hak asasi manusia itu adalah ajaran agama baru yang mengancam keselamatan negara. Begitu juga reputasi Najib dalam isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang mana beliau telah berjanji untuk memberi kebebasan berkumpul di stadium tetapi janji hanya tinggal janji. Malah, tindakan zalim pihak berkuasa yang menangkap rakyat yang memakai baju kuning serta bertindak ganas pada hari perhimpunan 9 Julai lalu, membuktikan tidak ada apa-apa perubahan akan berlaku; lebih teruk dikekang kebebasan jika UMNO-BN diberi mandat sekali lagi. Kesan dari itulah maka pentadbiran Najib dikecam oleh dunia kerana gagal bertindak bijak dalam memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman dan mengamalkan hak kebebasan bersuara. Pimpinan tunggang terbalik Malah pentadbiran UMNO-BN telah dilihat sebagai flip flop atau tunggang terbalik dalam banyak isu penting yang lain, dan semua ini menjadikan rakyat semakin gelisah seolah-olah tiada kepastian dalam hidup di bawah pemerintahan yang tak keruan itu. Contoh paling nyata adalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSI). Bila dilancarkan dahulu tanpa merujuk kepada rakyat, khususnya ibu bapa dan guru-guru serta pelajar, dicanangkan betapa pentingnya Bahasa Inggeris. Bila mahu dimansuhkan pun dibuat perkara yang sama, dengan menggunakan alasan mahu memartabatkan Bahasa Malaysia. Dalam kes Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) di mana Mahkamah Rayuan telah pun mengisytiharkan Seksyen 15 (5) (a) yang menghalang hak mahasiswa untuk mengamalkan hak politik sebagai tidak sah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan. Sepatutnya kerajaan UMNO-BN menghormati keputusan ini tetapi sebaliknya mereka berdolak-dalik mencari jalan supaya mahkamah yang lebih tinggi membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang waras, munasabah dan adil itu. Berhubung penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen mengenai Reformasi Sistem Pilihan Raya, Najib sendiri tidak berani memberi jaminan bahawa PRU ke-13 tidak akan diadakan sebelum jawatankuasa itu selesai melaksanakan tugasnya untuk memenuhi tuntutan rakyat bagi mewujudkan pilihan raya yang adil, bersih dan demokratik. Malah, lebih awal dari itu semua, Najib telah mencanangkan slogan 1Malaysia apabila menjadi Perdana Menteri. Tak sampai setahun, segala niatnya dihancurkan oleh kumpulan-kumpulan yang menentang perubahan. Kerana itu janji Najib amat sukar untuk dipercayai lagi. Mengapa Perdana Menteri begitu lemah dan takut untuk berhadapan dengan kumpulan-kumpulan minoriti yang jelas mensabotaj agendanya yang mahu mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian itu? Bayangkanlah betapa mendung dan gelapnya masa depan kita jika UMNO-BN terus memerintah… – Roketkini.com |
Posted: 12 Nov 2011 04:30 PM PST Rumah kayu Saifuddin Nasution dicanang 'Istana' Perkataan apa lagi yang selayaknya untuk dipanggil kepada bloggers penjilat? Bodoh? Bangang? atau Baghal?? Rumah YB Saifuddin Nasution dalam gambar di bawah boleh dicanang sebagai 'istana'? Hebat rumah Saifuddin Nasution ni. Kalau kita tengok dari luar pun reka bentuknya dah makan juta. Penuh gaya wa cakap lu beb. Kalau belah dalam pulak macam mana? Mesti lagi dasyat kan? Hehehe Apa pun tahniah lah Penyokong Keadilan dan juga pakatan haram yang dibawah tu. Terus teruslah ditipu oleh pemimpin hangpa. Psssttt . . .Duit dari mana tu beb si saifuddin Nasution rembat?Hehehe - PapaGomo (Pecacai no wahid berbangsa UMNO...) Woii baghal... Kalau atas tu ko panggil istana, yang kat bawah tu apa hah?? PONDOK??? 'Pondok' MB Terengganu Ini pulak 'Pondok' Senator Jamil Khir 'Pondok' Zakaria Md Deros 'Pondok' Ketua Pemuda Umno Sabah Malas sungguh puak-puak penjilat ni nak pikir siapa tipu siapa.. Pemimpin mana yang tipu orang bawahan? Jenis otak selut.. Bloglist |
Perlu baca: Pasai apa pakar bedah ni masuk Islam... Posted: 12 Nov 2011 03:25 PM PST PAKAR BEDAH MASUK ISLAM KERANA KEBENARAN KISAH FIRAUN Dr. Yahya Maurice Bucaille Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille. Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L'Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu. Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, 'dirawat' segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet. mumia Firaun, Ramsess II Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. "Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!" Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat. Kisah Firaun dalam al-Quran Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. "Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan," bicara hatinya sendirian. Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: "Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu". (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan. Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: "Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92)." Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi. Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: "Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini." Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur'an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge. Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. "Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. "Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden," katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah. - Khalilfah |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan