Ahad, 13 November 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Isu Fidlot : Kenapa orang-orang Nong Chik dikatakan bertepuk tangan gembira?

Posted: 13 Nov 2011 08:56 AM PST



Seorang ahli Pergerakan Wanita Umno, yang memegang potfolio yang tidak kurang penting dalam pergerakan itu telah mendakwa semenjak timbulnya isu Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abd Jalil para penyokong atau orang-orang Raja Nong Chik bertepuk tangan kegembiraan.


Ini kerana selain Sharizat yang dianggap sebagai calon tradisi di parlimen itu, nama lain yang disebut sebagai calon ialah Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Aku kurang pasti mengapa orang-orang Nong Chik sudah mula yakin bahawa Shahrizat tidak akan lagi dicalonkan berikutan kontroversi Pusat 'Feed The Lord' Kebangsaan itu, kerana hingga kini baru dua pendedahan tentang penyelewengan dana untuk projek tersebut didedahkan.

Dalam pendedahan pertama, Rafizi dari KeAdilan telah telah mendedahkan pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

Dan Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan keuntungan faedah daripada simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

Rafizi juga telah mendakwa Shahrizat dan keluarganya didakwa memboroskan sebanyak RM827,579 dari dana NFC untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009.

Pendedahan kedua pula KeAdilan mendedahkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli sebuah kondominum mewah berharga RM9.8 Juta.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, NFC telah membuat empat transaksi pindahan wang dari akaun semasanya di sebuah bank tempatan di cawangan Tun Dr Ismail, kepada sebuah pemaju hartanah terkemuka.

Transaksi pertama RM699,870.00, transaksi kedua melibatkan RM694,150.00, ketiga RM4,199,220.00 manakala yang ke empat RM4,164,900.00 menjadikan jumlah keseluruhannya ialah RM9,758,140.00.

Keseluruhan transaksi telah dibuat pada hari yang sama iaitu pada 2 Disember 2009.
Menurut Rafizi pendedahan berikutnya akan dilakukan dalam minggu yang akan datang, bersamalah kita nantikannya.

Berbalik kepada orang-orang Nong Chik yang kini bertepuk tangan gembira itu..

Selain dari menyedari bahawa Kerusi Parlimen Lembah Pantai sukar untuk dipertahankan oleh Nurul Izza berikutan pertambahan mendadak undi pos dari sebanyak 149 undi pos direkodkan pada 26 September 2011 kepada 2180 pengundi pada 2 November 2011 iaitu peningkatan 1,363 peratus.

Mungkin mereka tahu agaknya bahawa dengan RM257 Juta dana untuk Pusat 'Feed The Lord' Kebangsaan banyak perkara lagi boleh dilakukan selain dari makan angin dan membeli Kondominium.



Dengan dua pendedahan dilakukan mereka sudah gembira bagaimana agaknya perasaan mereka menyambut pendedahan-pendedahan seterusnya.

Aku juga difahamkan pihak KeAdilan melakukan pendedahan berdasarkan transaksi lengkap account National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang diperoleh mereka dari sumber yang terpaksa dirahsiakan demi menjaga kepentingan pemberi maklumat.

Adakah orang-orang Nong Chik tahu apa yang akan didedahkan seterusnya?.. hanya mereka yang mampu menjawabnya…



Khairy yang tidak ada kena mengena dengan projek ini tiba-tiba melantik dirinya sendiri sebagai jurucakap National Feedlot Corporation, kelihatan sibuk mempertahankan Shahrizat.

Sebenarnya beliau telah menutup ruang Shahrizat untuk menafikan dakwaan pembelian Kondominium bernilai RM9,758,140.00 itu.

Ini kerana tak tahu dari mana sumber yang beliau dapat, Khairy mengatakan bahawa pembelian Kondominium tersebut adalah satu pelaburan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

Satu kenyataan yang menjelaskan bahawa memang benar Keluarga Shahrizat telah menyalahgunakan dana yang diperuntukkan untuk National Feedlot Corporation.

Apa tujuan Khairy?.. mahu menyelamatkan atau membantu membunuh karrier politik Shahrizat?

Ada juga yang berkata Khairy lantang dalam isu ini kerana ladang National Feedlot Corporation terletak dalam kawasan Parlimen sepupunya sendiri, Dato Shaziman Mansor, Menteri Kerja Raya.

Adakah kita sedang menyaksikan satu acara cantas mencantas di dalam UMNO menjelang Pemilihan Agung UMNO sekarang ini?

Cantas untuk membunuh karrier politik seseorang dengan meminjamkan pisau kepada pihak lawan..

Memang dahsyat budaya cantas mencantas dalam UMNO Baru ini… sanggup membekalkan senjata kepada musuh untuk membunuh sahabat yang menghalang matlamat.

Berita berkaitan sila baca di SINI

Langkah bawa Felda ke Bursa umpama ‘gali kubur’ peneroka

Posted: 13 Nov 2011 08:11 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Nov ― Bekas naib presiden kanan Felcra Datuk Ramleli Buyong menyifatkan penyenaraian Felda Global Ventures Sdn Bhd di Bursa Malaysia sebagai "projek gali kubur peneroka."

Ini kerana menurut Ramleli, pasaran saham tidak menentu dan keadaan akan berubah sekiranya harga jatuh.

Bercakap pada sidang meja bulat anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Ramleli berkata perkara sama berlaku ke atas Felcra selepas ia disenaraikan.

"Saya teringat gerakan dalam Felcra ketika itu Datuk Hamzah Zainuddin (pengerusi Felcra), saya dan kumpulan saya menentang keras cadangan itu.


"Penyenaraian adalah jahat, ada motif yang jahat... menggali kubur peneroka.Ia ada tujuan tertentu, dalam penyenaraian biasanya orang kata untuk cari modal tapi sebenarnya nak tampung biawak hidup yang ada. Sama macam semasa Felcra hendak disenaraikan, ini projek gali kubur peneroka," katanya.

Sementara itu dua panel sidang meja bulat iaitu bekas pegawai Bank Negara Dr Rosli Yaakob dan bekas penolong kanan pengarah Kastam Malaysia Razman Ramli menyifatkan penyenaraian itu boleh menyebabkan warga peneroka kehilangan aset dan insentif yang dimiliki selama ini.

Selain itu Rosli berkata, penyenaraian Felda Global Ventures Holding dilihat "menyegarkan semula" idea membawa Felda Holdings Berhad ke Bursa Malaysia oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lapan tahun lalu, namun gagal kerana ditentang warga Felda.

"Nampaknya cadangan ini menggantikan cadangan Tun Mahathir untuk menyenaraikan Felda Holdings Berhad pada 2004, namun dibantah peneroka Felda. Kalau dulu Felda Holdings Berhad dicadangkan tapi kali ini syarikat yang memiliki 49 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad pula dicadangkan," katanya.


The Malaysian Insider

Isu Fidlot : Ada Blogger yang telah dibayar untuk pertahankan Shahrizat?

Posted: 13 Nov 2011 06:56 AM PST



Hari ini isu National Feedlot Centre (NFC) semakin heboh diperkatakan. PKR telah menjadikan isu ini sebagai senjata untuk menyerang kepimpinan UMNO apatah isu ini melibatkan keluarga kepada Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil.


Daripada maklumat yang kami perolehi, "wanita pertama" negara, Datin "Hajjah" Rosmah Mansor memberi "blessing" kepada Shahrizat dalam isu National Feedlot Center (NFC). Benarkah Datuk Seri Najib juga tahu tentang ini akan tetapi mendiamkan diri kerana ini adalah "habuan" kepada Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO dan kesetiaannya kepada beliau dan isterinya?

Di dalam usaha untuk menyelamatkan Shahrizat, berberapa laman web dan blogger telah mendapat arahan "berbayar" untuk memastikan serangan terhadap Ketua Wanita UMNO itu dapat ditangkis. Di antara blogger yang mendapat arahan ini adalah Papagomo dan Parpukari. Lihatlah bagaimana mereka bermati-matian menyelamatkan Shahrizat dalam blog mereka.

Sementara itu, kami juga menerima maklumat tentang pergerakan menentang Najib di dalam UMNO. Habuan telah mula turun agar blogger-blogger elit dalam UMNO mula menyerang Najib. Blogger-blogger seperti Another Brick In The Wall dan Bigdogdotcom bakal menyerang Najib dengan lebih dahsyat tidak lama lagi.

Apakah yang bakal berlaku kepada UMNO sebagai parti Melayu terbesar di Malaysia?


Sumber : Selamatkan UMNO

Khairy! Jangan jadi bodoh macam lembu bila pertahan isu Lembu Fidlot.

Posted: 13 Nov 2011 05:34 AM PST



Lepas satu isu timbul satu isu yang melibatkan pemerahan wang rakyat yang di lakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan keluarganya dalam jumlah yang besar dan tidak terfikir oleh sesiapa yang mempunyai sedikit daya pemikiran yang baik.


Isu yang terakhir yang kita dengar setakat ini ialah isu NFC (national feedlot centre) yang melibatkan keseluruhan keluarga Ketua Wanita UMNO dan seorang Menteri yang masuk ke dalam Jemaah Menteri negara melalui pintu belakang itu.

Dengan terbongkarnya tindakan mencuri ini maka ramailah pemimpin-pemimpin UMNO yang membuat kenyataan sambil berbohong di Parlimen dengan menyatakan yang projek lembu itu adalah projek yang berjaya.

Muhyiddin Yassin yang bertanggung jawab untuk menjadikan projek ini menjadi realiti telah meminta Noh Omar untuk menjawab dan mempertahankan Sharizat di dalam parlimen tetapi beliau menyepi dan tidak berkata apa-apa. Tindakan Muhyiddin untuk meminta Noh Omar untuk menjawab itu memang tindakan yang bijak kerana jawapan yang sebodoh itu hanya boleh diberikan oleh orang seperti Noh Omar itu.

Yang mengejutkan saya ialah penglibatan Khairy Jamaludin membantu Noh Omar mempertahankan tindakan keluarga seorang ahli jemaah kabinet negara dengan mengatakan yang projek itu adalah projek yang berjaya. Khairy menambah lagi kekalutan dengan memberi tahu rakyat yang pembelian kondominium berharga RM10 juta itu adalah tindakan yang betul kerana untuk mengelakan wang lebihan syarikat itu dari 'idle' di dalam akaun syarikat.

Khairy yang baru mula hidup ini sedaya upaya untuk memperbodohkan orang ramai. Khairy yang selama ini saya anggap pemimpin berpotensi dalam UMNO dan negara sekarang sudah menampakan dirinya sudah terpengaruh dengan budaya mempersendakan rakyat. Mungkin Khairy terpaksa bersama-sama Noh Omar menganggap rakyat ramai ini bodoh dan boleh diperlakukan apa sahaja terhadap mereka (rakyat).

Dengan tindakan Khairy memberikan alasan yang jembel untuk mempertahankan Sharizat dan keluarganya saya telah dapat membuktikan teori yang saya selalu sebut; sehebat mana pun dan sehandal mana pun pemikiran dan kepimpinan seseorang itu, apabila terlibat di peringkat kepimpinan UMNO seseorang itu akan menjadi lemah pemikiran dan akan selalu bertindak bodoh mempertahan perkara yang tidak boleh dipertahankan lagi.

Pendeknya UMNO hanya mampu untuk merosakan pemikiran orang ramai dengan menyakinkan perkara yang bathil itu di terima sebagai perkara yang hak. Apa sahaja yang buruk yang di lakukan oleh mana-mana pemimpin tertinggi UMNO itu mereka (pemimpin UMNO) akan berpusu-pusu mempertahankan kesalahan sesama mereka.

Dalam isu NFC ini amat jelas kerajaan sedang cuba untuk memperlembukan orang ramai dengan projek lembu ini. Mereka menggunakan lembu untuk melembukan kita semua. Mereka seolah-olah meminta kita semua bertepuk tangan kerana kegagalan projek ini dan menganggapkan yang projek ini adalah projek berjaya.

Noh Omar dan Khairy seolah-olah menganggap yang kita di bawah ini semuanya lembu yang tidak tahu mengira dan membaca.

Kalau perbahasan yang bodoh ini datangnya dari Noh Omar tidak meagapalah kerana itu pun kemampuan ahli parlimen Tanjung Karang itu, tetapi kalau perbahasan yang seperti ini datangnya dari Khairy Jamaludin ianya amat memeranjatkan bukan sahaja saya yang tidak sepertinya ini tetapi juga dari ramai ahli masyarakat yang bertanya kepada saya kenapa universiti teragong dunia ini mengeluarkan produk seperti Khairy Jamaludin.

Apa pun yang berlaku sekarang ini rakyat perlu melakukan tuntutan untuk mendapatkan kembali hidup di dalam sebuah negara yang kita sanjungi seperti yang kita semua alami dahulu.

Caranya ialah untuk rakyat beramai-ramai melakukan pembetulan ini dan yang paling tepat waktunya ialah semasa pilihanraya yang akan datang. Kita tidak mahu lagi membaca lapuran ketua audit negara yang sama kandungannya seperti yang kita sedang baca sekarang ini tertulis dalam lapuranya pada tahun-tahun yang akan datang.

Kepada Khairy elok kita ingatkan supaya janganlah mencari isu yang lembab seperti ini untuk mendapatkan apa yang saudara idamkan dalam UMNO ini. Elok cari isu yang lain kerana kalau beliau masih mempertahankan Sharizat ianya adalah 'self defeating' bagi beliau.

Sepatutnya saya tidak masuk campur dalam hal Khairy ini tetapi saya tidak tahu kenapa saya masih ada sedikit 'soft spot' terhadap pemimpin muda ini. Khairy ini seorang pemimpin yang baik dan berpotensi tetapi beliau menjadi ahli parti yang salah untuk beliau.

Tajuk asal ialah Khairy Jamaludin - Jangan pertahankan isu NFC. Ianya amat memalukan

Ditulis oleh Aspan Alias

UMNO peralat budak Sekolah buat kecoh..

Posted: 13 Nov 2011 05:09 AM PST

PASIR GUDANG – Pakatan Rakyat (PR) kesal dengan sikap provokasi yang dibuat sekumpulan pemuda dalam usaha dan cubaan untuk menggagalkan Ceramah Isu Semasa Bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Perjiranan Sembilan Taman Air Biru, di sini, malam kelmarin.

Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas Johor, Syed Othman Syed Abdullah mendakwa, sekumpulan pemuda dipercayai Pemuda Umno yang membuat kekecohan melambangkan sikap pemimpin di Pasir Gudang yang mengamalkan politik kebudak-budakan.


Menurutnya, PR mencabar Pemuda Umno berdebat secara terbuka untuk membuktikan siapa pengkhianat Melayu sebenar sebagai jalan penyelesaian agar insiden kekecohan tidak lagi berulang.

"Kami kesal kerana kekecohan dan tindakan provokasi ini sudah kali keempat dilakukan oleh sekumpulan anak muda yang sama.

"Kita akan membuat satu memorandum untuk diserahkan kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menghentikan politik kotor seperti ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Syed Othman turut menyifatkan, kehadiran lebih 3,000 orang ke ceramah berkenaan membuktikan gelombang perubahan politik di Pasir Gudang akan berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, PR yakin Johor akan membuat kejutan besar pada PRU akan datang memandangkan dalam setiap program kebajikan yang diadakan masyarakat tidak lagi segan untuk bersama PR.

"Kita yakin rakyat akan memilih PR daripada jumlah sokongan yang semakin bertambah dan gelombang perubahan akan berlaku selagi tiada taktik kotor yang digunakan dalam PRU.

"Kami berterima kasih kepada pihak berkuasa yang berjaya mengawal keadaan dari terus berlaku perkara yang tidak diingini," katanya.

Sementara itu, Setiausaha PKR Negeri, Syukur Ayub berkata, tindakan kumpulan pemuda itu membakar bendera PKR adalah tindakan provokasi luar batasan yang boleh mencetuskan rusuhan antara ahli parti.

Menurutnya, tindakan mencalarkan dan mengetuk kereta Mohamad Sabu sehingga kemik serta merosakkan kenderaan orang ramai yang hadir tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara demokrasi.

"Kami kesal kerana mereka sanggup memanipulasikan remaja sekolah untuk menimbulkan kekecohan setiap kali PR membuat ceramah di Pasir Gudang.

"Kami minta hentikan apa yang berlaku kerana kami mendapat permit yang sah dan kami tidak pernah membuat kacau terhadap ceramah yang diadakan mereka (Umno)," katanya - Sinar Harian

Lagi gambar sila lihat di SINI

Rumah Saifuddin Vs Rumah Pemimpin UMNO

Posted: 12 Nov 2011 05:39 PM PST



Seperti biasa.. bagai dijangka, apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan juga Blogger Pro Pakatan Rakyat mendedahkan penyelewengan ataupun penyalahgunaan kuasa pemimpin UMNO/BN maka Blog-blog Pro UMNO akan menyerang peribadi pemimpin Pakatan Rakyat itu..


Berikutan dengan pendedahan pembelian Kondominium bernilai hampir RM10 Juta oleh Keluarga Shahrizat menggunakan dana yang diperuntukkan untuk National Feedlot Centre (NFC) maka peribadi Saifuddin menjadi sasaran begitu juga dengan Rafizi yang dijangka menjadi sasaran seterusnya...



Dua keping gambar diatas dikatakan rumah milik Saifuddin.. disiarkan dalam sebuah Blog kebanggaan penyokong UMNO, disertai dengan tulisan dibawah..

Hebat rumah Saifuddin Nasution ni. Kalau kita tengok dari luar pun reka bentuknya dah makan juta. Penuh gaya wa cakap lu beb. Kalau belah dalam pulak macam mana? Mesti lagi dasyat kan? Hehehe

Apa pun tahniah lah Penyokong Keadilan dan juga pakatan haram yang dibawah tu. Terus teruslah ditipu oleh pemimpin hangpa.

Psssttt . . .Duit dari mana tu beb si saifuddin Nasution rembat? Hehehe

Itu kata dia.. kat bawah ni pulak kata aku..

Psssttt . . .Duit dari mana tu beb depa kat bawah ni rembat? Hehehe

Milik siapakah MAHLIGAI ini?



PERCAYAKAH ANDA… sebuah rumah banglow mewah dua tingkat berwarna biru serta dihiasi langskap persekitaran yang menarik ini merupakan rumah seorang pemimpin tertinggi Umno Terengganu.

Wah!! Kaya betul pemimpin tersebut sehingga boleh buat rumah dan 'Istana' yang hebat-hebat. Siapa pun pasti akan mengenali pemimpin tersebut.

Awang sedia maklum bahawa pemimpin ini sebenarnya datang dari keluarga miskin dan susah. Ayahandanya seorang 'penyadak nyior' (pengait kelapa) yang miskin serba kekurangan tetapi mampu melahirkan seorang anak yang kaya-raya.



Pemimpin Umno tersebut diperingkat bahagian politik merupakan Ketua Umno Bahagian di hujung negeri Terengganu Darul Iman.

Jika diperingkat negeri pula jawatan politiknya agak besar iaitu sebagai orang nombor dua di negeri 'Darul Runtuh' ini.- Sepenuhnya sila baca di SINI


Besarnya Istana ADUN BN!

"KUALA NERUS - Belum pun masuk dua penggal menjadi wakil rakyat, nafsu seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) berstatus 'ustaz' mengalahkan 'raja'.

'Istana' milik wakil rakyat tersebut dibina di Kampung Banggol Tok Jiring berhampiran dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Terengganu.



Seorang kontraktor memaklumkan kepada Buletin, kos keseluruhan hartanah tersebut bernilai lebih RM1 juta.

Persoalannya, bagaimana mungkin kemampuan seorang 'wakil rakyat biasa' yang belum pernah dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu, boleh mengumpul kekayaan semewah itu dan layak memiliki sebuah Istana.

Namun, di kalangan komuniti kontraktor, pemimpin serta ahli Umno di Dun berkenaan sedia maklum dan cukup mengenali wakil rakyat tersebut digelar sebagai 'Adun 10 persen'.- sepenuhnya sila baca di SINI

Milik siapakah Istana Ini??

Milik siapakah Istana ini??

Ciri-Ciri Istana..
~ Terletak di Teluk Gong (7KM dari persimpangan)Kelang, Selangor.
~ Dibina dalam kampung dan dikelilingi rumah kampung.
~ 3 Tingkat, terdapat swimming pool dan 2 taman kecil.
~ Digelar sebagai Istana Kampung kerana terletak dalam sebuah kampung.
~ Dibina berdasarkan Ala Arabian.
~ Dibina oleh seorang pemimpin yang berpangkat Datuk.
~ Mula dibina pada tahun 2007.



Seterusnya sila lihat di SINI


rumah saya RM1 juta


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kontroversi banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, boleh menjejaskan moral Umno dan BN.

Sehubungan itu beliau menggesa Dr Mohd Khir supaya menjelaskan punca pembiayaan rumah beliau yang dikatakan bernilai RM24 juta itu.

"Beliau perlu menjelaskan di mana beliau memperoleh wang... tak bolehlah kata RM3 juta. Saya pun ada rumah juga, rumah saya RM1 juta saya belanja di The Mines, rumah dia berapa kali besar daripada (rumah) saya," katanya.

Betul ka Tun, Rumah Tun berharga RM1 Juta saja?

Tak apa korang nilailah sendiri..

Ini adalah gambar-gambar rumah Tun Mahathir (Bapak kepada Mukhriz) dirakam pada 5 October 2008 semasa majlis rumah terbuka Hari Raya tahun lepas..


Rumah kelahiran di Alor Setar

Kalau rumah Khir Toyo dicelah Bukit, tapi rumah Mahadet diatas bukit

Seterusnya sila lihat di SINI

Ini rumah Mukhriz..

Sebahangian dari gambar-gambar rumah Dato Mukhriz yang dirakamkan ketika "house warming" suatu masa dulu.

Terkedu aku bila seorang sahabat yang bukan berugama Islam bertanya, kenapa dia buat house warming? tak buat doa selamat macam you buat semasa nak masuk rumah baru you dulu??




Lagi gambar sila lihat di SINI

RM3.5 Juta saje...

Tengok.. aku pinjam RM3.5 juta saja..

Tapi ada... orang kata Rumah Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam dibina di atas dua lot tanah berkeluasan 52,041 kaki persegi mencetuskan kontroversi apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim, mendedahkan bahawa kos keseluruhan binaanya sebanyak RM24juta.

Kedua-dua lot tanah berkenaan yang berjumlah RM4juta mempunyai tempoh pajakan selama 99 tahun yang ermula sejak 20 Mac 1987 dan berakhir pada 19 Mac 2086 di daftarkan di bawah nama Mohamad Khir Toyo dan isterinya Zahrah Kechik.

Dan berita dari The Star pula mengatakan rumah yang masih kosong itu dianggarkan bernilai RM24Juta, dan dikatakan telah dibina diatas tapak 2 lot Banglo. Khir Toyo dikatakan telah membeli lot yang pertama dengan harga RM2.9Juta manakala lot yang kedua dibeli kemudian dengan harga RM900,000 sebelum membina banglo dia.. Dia juga dikatakan telah membelanjakan lebihkurang RM20Juta untuk perabut dan lain-lain yang diimport dari Bali..






Lagi gambar sila lihat di SINI

Cukuplah kot??? Ada banyak lagi...

PapaGomo sila jawab.. Duit dari mana tu beb depa kat bawah ni rembat? Hehehe

Tiada ulasan: