Rabu, 23 November 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Tunaikan 8 perkara sebelum berunding

Posted: 23 Nov 2011 05:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 23 NOV : Pakatan Rakyat mengambil pendirian bersedia bertemu dan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung penetapan tarikh pilihanraya secara serentak antara negeri dan pusat.

Namun menegaskan SPR tidak perlu hanya tertumpu kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat disamping Suruhanjaya tersebut perlu melunaskan tuntutan BERSIHN 2.0 terlebih dahulu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. [Seterusnya di sini]

Beriya-iya SPR nak berunding dengan Pakatan Rakyat bagi mengadakan PRU13 serentak seluruh Malaysia kecuali Sarawak. Weh... awatnya??

Macam-macam alasan dia bagi. Ada alasan yang diberikan tu... munasabah. Itu kita pun tahu. rakyat Malaysia kini sudah bijak. Kita cuma tak mahu diperbodohkan dan dibuli serta ditipu oleh SPR. Sebab tu, kita tuntut 8 perkara agar PRU 13 adil bagi semua pihak yang bertanding.

Ada 8 perkara pokok yang dituntut oleh BERSIH 2.0. So... bagiamana dengan tuntutan-tuntutan tersebut?? Takkan buat-buat lupa pulak kot?? Ok ler.... kalau dah lupa biar aku peringatkan. Nah lihat di bawah ini:


So.... how now??

Well.... jawapannya senang jer. Kita boleh kawtim dengan syarat.... tunaikan dulu 8 tuntutan tersebut. Then.... bawak semua kerajaan negeri, kita duduk dan kita bincang. Kacang, kan??

Dalam apa jua rundingan, kita seboleh-bolehnya mahukan situasi win-win agar kedua-dua pihak berpuas hati. Kita tak mahu keputusan berat sebelah. We want a fair and clean election. Itu jer...

Sekarang, SPR ada paham??

No. No. Tarik Balik!!

Posted: 23 Nov 2011 03:14 AM PST

Gambar:Mkini

Orang bodoh jer yang akan terima Akta Perhimpunan Aman yang telah dibentangkan di Parlimen.

UMNO@BN of course ler suka dan akan terima. Sebab... 'udang si sebalik batu' akta tersebut adalah demi menjaga kepentingan politik dan kuasa mereka. Kalau tak berkepentingan kepada mereka, buat apa mereka susah-susah bentangkan.

Itu semua ialah alat untuk membendung kebangkitan rakyat yang semakin hari semakin membenci mereka. Kebebasan rakyat cuba disekat, hak rakyat cuba ditambat. Sebab itu.... para wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat sepakat mengatakan Akta Perhimpunan Aman itu, CAN GO TO HELL!!

'Hosni Mubarak 1Mehsia' sudah kecut perut, mengeletaq lutut. Hahaha... rakyat bangkit mereka sakit.

Pakatan Rakyat hari ini menuntut agar rang undang-undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama ditarik balik.

Sambil menyuarakan bantahan keras mereka terhadap rang undang-undang itu, pemimpin Pakatan berkata ia adalah lebih zalim daripada Seksyen 27, Akta Polis.

"Ini langkah terkebelakang. Semua orang kecewa dan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Abdul Razak telah menghancurkan harapan yang diberikannya dua bulan lalu.

"Sekatan baru itu amat birokratik, tidak demokrasi dan terbuka kepada pelbagai salah guna kuasa," kata supremo DAP Lim Kit Siang.

Bagi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara perkara yang dianggap menindas itu adalah keperluan notis 30 hari yang penganjur mesti kemukakan kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan.

"Ini jelas menunjukkan kongkongan pihak pemerintah terhadap rakyat, sama seperti di negara-negara ekstrim Arab dan Myanmar.

"Rang undang-undang ini juga jelas bercanggah dengan kenyataan asal Datuk Najib yang kononnya mahu menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik di dunia.

"Ucapan beliau pada sambutan Hari Malaysia amat lunak, namun tindakannya cukup menekan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di pejabatnya di Parlimen hari ini.

Justeru, kata Anwar yang juga ketua pembangkang, dalam usaha membantah akta itu, beliau dan ahli-ahli parlimen Pakatan akan menimbulkan bantahan mereka pada persidangan Dewan Rakyat secara berterusan.

Bagi naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, undang-undang baru itu tidak praktikal kerana penganjur perhimpunan perlu memohon 30 hari lebih awal untuk berhimpun.

"Bagaimana jika Israel misalnya menyerang Iran secara mengejut dan kita mahu adakan himpunan, tidakkah undang-undang ini sangat tidak praktikal?" soalnya.

Oleh itu, katanya, Pakatan Rakyat akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) esok jam 1.30 petang bagi membantah rang undang-undang baru itu.

Turut hadir pada sidang media itu adalah setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali; naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; ketua pengarah pilihan raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.-Mkini

Pakcik kayo!! Pakcik kayo!!

Posted: 23 Nov 2011 12:45 AM PST


RM30 000 sorang??

Syabas Tigers!!
Berbalooooi..... wa cakap lu!!

Sukan SEA: Harimau Muda dapat RM30,000 seorang

November 23, 2011

KUALA LUMPUR, 23 Nov — Skuad Harimau Muda kendalian jurulatih Ong Kim Swee yang mengekalkan pingat emas Sukan SEA akan menerima ganjaran RM30,000 seorang daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah.

Berita itu diumumkan pengurus skuad negara Datuk Hamidin Mohd Amin malam tadi.

"Selepas perlawanan menentang Indonesia semalam, Presiden FAM Sultan Ahmad Shah bersetuju mengurniakan RM30,000 seorang bagi setiap pemain di atas kejayaan gemilang mereka itu," katanya dipetik Bernama Online.

Dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta kelmarin skuad bawah 23 tahun negara itu menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Indonesia muncul juara keseluruhan temasya Sukan SEA kali ini dengan 182 pingat emas manakala Malaysia di tempat keempat dengan 59 emas.

Hamidin berkata skuad itu juga akan dihantar ke Sydney, Australia mulai pertengahan bulan Disember bagi menjalani latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab terkemuka di sana.

"Selepas mesyuarat teknikal FAM sebentar tadi, kami telah bersetuju untuk menghantar skuad kendalian Ong Kim Swee ini untuk ke Austalia dan Alhamdullilah Majlis Sukan Negara (MSN) turut menerima dan menyokong hasrat kami ini," katanya.

Sementara itu, beliau berharap peminat bola sepak datang beramai-ramai untuk menyokong Skuad Harimau Muda pada perlawanan kelayakan pra-Olimpik menentang Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Beliau berkata setakat semalam penjualan tiket bagi perlawanan agak mengecewakan dengan hanya 2,000 tiket telah dijual.

Tiket bagi perlawanan itu dijual dengan harga RM40 (Grandstand) dan RM20 (Terbuka).-MI

Sekor lagi 'lembu' menyondol Aziz Bari

Posted: 22 Nov 2011 11:08 PM PST


MAIS larang Aziz Bari bentang kertas kerja di KUIS.

Profesor undang-undang Abdul Aziz Bari, yang sebelum ini didakwa kritikal terhadap Sultan Selangor, telah dilarang oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) daripada membentangkan kerta kerja di satu seminar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). [Seterusnya di sini]

Ini satu tindakan bacul... dungu dan langsung tak profesional daripada pihak MAIS. Tak tahulah samada institusi raja di Selangor tahu dan redha atau tidak, dengan tindakan MAIS ini, sebab setiap kali tindakan bangang diambil... nama istitusi raja di Selangor turut disebut.

Persepsi rakyat.... tindakan mendapat restu daripada Sultan. Mungkin itulah gambaran yang cuba diberikan oleh MAIS bagi merasionalkan tindakan yang diambil?? Kesannya....rakyat makin tidak hormat pada institusi raja dan juga agama, khususnya di Selangor kerana terbabit dengan pelbagai kontroversi yang menyakitkan hati.

Malu.... Malu... Amat memalukan. Nak bentang kertas kerja dalam satu majlis ilmu pun disekat. Itu yang membuatkan rakyat bertambah meluat dan marah dengan puak-puak yang bersekongkol dengan UMNO ni. Semua nak mereka campur adukkan dengan politik. Langsung tak der pendirian sendiri. 2X5 dengan JAIS. Macam lembu kena cucuk hidung atau lembu gila... Sekor menyondol.... dua-dua menyodol.

Haishhh.... kalau kertas kerja yang sepetutnya dibentangkan oleh Prof Dr Aziz Bari digugurkan... BOIKOT jer majlis tersebut.

Syabas MAIS..... kerana telah berjaya menambahkan kebencian rakyat kepada anda dan juga UMNO. Insyaallah.... tindakan ini akan mempercepat perjalanan UMNO ke lubang kubor!!

Winnable Strategy. Winnable Candidates

Posted: 22 Nov 2011 09:15 PM PST


Ubah. Selamatkan Malaysia.

Aha... kepada para pemimpin Pakatan Rakyat, jangan mengharapkan rakyat jer yang berubah. Tetapi.... you all pun kena berubah sama. Ya.... berubah dan berkorban, especially dalam pemilihan calon dan pembahagian kerusi. Berubah dan berkorban, untuk selamat Malaysia. Berubah dan berkorban demi rakyat!!

Yang penting.... mesti ada winnable strategy dan letakkan winnable candidate. Ya... winnable strategy, winnable candidate.

Lantaran itu.... semua parti dalam Pakatan Rakyat serta para pemimpinnyer mesti banyak give and take.... be realistik.... tidak tamak dan eratkan bekerjasama. Jangan kita bercakaran dan berebutan sesama kita. Musuh kita ialah UMNO@BN. Fokus kepada bagaimana nak mengalahkan musuh kita itu.

Kepada mereka yang tak terpilih sebagai calon pula.... jangan cepat melatah, jangan merajuk dan jangan buat sesuatu yang boleh menjejas peluang kita untuk kalahkan musuh kita. Mungkin tak der rezeki kali ini.... Muhasabah dan perbaiki kelemahan diri. Be a better person. May be next time... ada rezeki. Ingat... kita berkorban dan kita berjuang, bukan untuk diri sendiri tetapi untuk kesejahteraan negara dan rakyat. Berjuanglah atas landasan tersebut, insyaallah akan diberkati-Nya.

Para pemimpin atasan parti pula, jangan pilih bulu. Dengar juga pandangan akar umbi kerana mereka lebih mengenali hati budi para peminpin di peringkat bawah ini dan begitu juga 'selera' para pengundi di kawasan mereka.

Para pemimpin atasan parti mesti ubah daripada bersikap pilih bulu ,especially bulu yang tak popular among the voters dan yang cakap tak serupa bikin serta yang ada sifat NATO. Aha... yang tak pandai dan malas buat kerja tapi hanya pandai bercakap dan mengarah saja. Begitu juga yang hipokrit, especially depan para pemimpin atasan parti. Depan orang atas, tunjuk bagus tapi sebenarnya haprak!!

Voters tak suka calon macam tu. Mereka mahukan seorang yang reliable.... dependable... reachable and approachable.... resposible dan accountable.... ada integriti dan berwibawa.... down to earth.... bijak... a good listener and most importantly tak der skandal whatsoever.

Inilah antara kualiti dan kriteria calon winnable yang mesti diambil kira, bukan pilih berdasarkan 'bulu' atau 'orang aku'. Zaman itu sudah berlalu. Sekarang... voters sudah bijak and they are very demanding. They go for 'barang' berkualiti. Sebab... undi mereka amat bernilai.

Kepada Pakatan Rakyat.... selamat bermusyawarah untuk menyelesaikan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU13 nanti. Semoga satu keputusan win-win akan dicapai agar kemenangan berpihak kepada kita, insyaallah. [sini]

Misi kita..... KUBURKAN UMNO@BN!!

Zaaalimm tuuuu...

Posted: 22 Nov 2011 07:45 PM PST


13 orang di Sabah di-ISA-kan kerana... kononnya mereka amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Amat berbahaya kerana...
  • tidak takut mati dan mahu mati jihad
  • merancang mahu membunuh seorang ADUN tempatan
  • merancang untuk menjadikan seorang pegawai polis sebagai tebusan bagi membebaskan rakan mereka
  • telah menjalani latihan gerila
  • pandai bikin bom
  • sejumlah besar senjata api dan bahan letupan telah dijumpai
Oooo.... bahan letupan?? Senjata api?? Bahan bukti tuu. Usiyy... amat serius dan berbahaya tuuu.

Tunggu apa lagi?? Heret mereka ke mahkamah!! Dakwa dan bicarakan mereka. Kalau bersalah, hukum mereka. Biar padan muka mereka.

Tapi, mengapa guna ISA?? Mengapa tahan tanpa bicara mereka??

Zalim dan tak adil tu...

[sumber]

Katakan... BOLEH BLAHH!!

Posted: 22 Nov 2011 06:00 PM PST

Gambar:Mkini

'Nasehat' kita dia berdolak-dalik dan buat pekak. Now, dia pulak nak nasihatkan kita agar adakan pilihan raya serentak. Banyak cantek??


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen semua negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak diadakan serentak.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, beliau akan menemui para pemimpin politik parti Pakatan Rakyat yang memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan berhubung pilihan raya umum ke-13.


Beliau berkata, pertemuan itu bertujuan menerangkan kebaikan pilihan raya peringkat DUN dan Parlimen diadakan serentak antaranya bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerana prosesnya sama.

"Walaupun undang-undang membenarkan pilihan raya umum DUN dan Parlimen diadakan berasingan tetapi SPR lebih suka diadakan serentak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis taklimat untuk pengurus dan penolong pegawai pengurus bagi persiapan PRU-13 peringkat negeri Kedah di Sungai Petani, hari ini.
[Seterusnya di sini]

Harap-harap negeri-negeri Pakatan rakyat akan kekal dengan keputusan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing pada awal tahun depan meskipun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen bagi mengadakan PRU13.

Hai... kerajaan UMNO@BN bukan ke banyak duit. Siap boleh berboros-boros serta membazir-bazir lagi. Lagi syoknyer.... siap boleh masuk poket para pemimpinnyer lagi. So, perbelanjaan untuk mengelolakan PRU 13 secara berasingan shouldn't be a problem, kan?? After all.... undang-undang mengizinkannya, right?? Malaysia Boleh!!!

That's why, biarkan apa sekali pun rasional yang diberikan oleh SPR, katakan right to their face.... BOLEH BLAHH!!


Lagi citer LEMBU

Posted: 22 Nov 2011 04:00 PM PST

Gambar:Mkini

Mana lebih afdal??

RM250 juta diberikan kepada 1 orang yang tak der pengalaman atau RM250 juta itu diagihkan kepada 500 orang yang berpengalaman ??

Canteknya.... adalah sekiranya RM250 juta itu diagihkan kepada 500 penternak yang berpengalaman. Barulah berbaloi....

Tapi, what to do.... komer yang 500 orang tu bukannya laki kepada menteri. Komer penternak biasa jer. Yang 1 orang tu, laki kepada Ketua Wanita UMNO 1Malaysia@Menteri Kabinet Lembu Najib. Mestilah RM250 juta itu dapat ke dia. Apa barang kasik pada komer.... Tak kronisme ler... [sini]

Padan muka yang 1 orang tu sekarang. Skandal RM250 juta itu telah ditelanjangkan. Walau pun orang itu dan orang ini cuba nak cover bangkai 'lembu' tetapi rakyat tetap dapat melihat bangkai tersebut dengan jelas. Eeee..... jijik. Amat jijik.

Oleh sebab, bangkai 'lembu' itu amat jijik dan memualkan, maka PKR akan membuat laporan polis. Biar polis siasat and we'll wait and see, apa yang akan terjadi?? [sini]

Dengar citer.... selain laki Menteri dengan Menteri tu, banyak nama lain yang akan terbabit. Menteri Tani dulu.... Menteri Tani la ni.... dan nama Piem pun ada disebut-sebut. Uuuuu.... orang bebesor tu. Berani ke polis 1Malaysia nak siasat demer, sedangkan demer ada power??

Itu sebab kita kata, wait and see. Polis berani atau tak berani?? Atau.... polis akan mendiamkan diri, buat-buat pekak dan tuli. Atau.... buat-buat macam menyiasat, but in the end... mereka kata tak cukup bukti. Maklumlah..... yang disiasat tu Menteri.

It's late already and I'm very sleepy. So, I'll post this N3 tomorrow morning. Ok, see you then. Bye.... assalamualaikum.

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Posted: 22 Nov 2011 10:24 AM PST


Dari UMNO mereka datang, ke dalam kubor mereka akan diterajang.

Yaahoo...!!
UMNO@BN akan kojol. Mampooss!!

Innalillahiwainnailaihirojiun...


Itulah bakal nasib yang akan menimpa UMNO@BN di Pahang. Johor dan Melaka mengikut firasat penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

Aminn.... Amin.... Aminnn....

KUALA LUMPUR, 22 Nov 2011: Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menjangkakan Umno- BN bakal hilang penguasaan di tiga negeri dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Bercakap baru-baru ini, Dr Abu Hassan yang juga Pensyarah Pengajian Media di Universiti Malaya (UM) berkata, terdapat banyak faktor yang mendorong ke arah jatuhnya tiga kerajaan itu ke tangan pembangkang

Pertamanya, peralihan sokongan golongan anak muda bukan Melayu dan kecenderungan golongan ini untuk mendaftar sebagai pengundi dapat dilihat perkembangan ke arah itu, katanya.

Sementara, kemasukan maklumat alternatif yang dimainkan oleh media baharu dan media alternatif seperti Harakah menyumbang kepada kesedaran golongan di bandar dan meresap ke kawasan berhampiran, katanya.

Beliau yakin dengan permasalahan besar yang dihadapi kerajaan hari ini, sementara tekanan ekonomi amat dirasai rakyat, tiga negeri BN ini bakal dikuasai pembangkang dengan peralihan undi seperti pada tahun 2008.

Ditanya mengenai sebarang kemungkinan negeri-negeri yang dikuasai Melayu seperti Kelantan dan Kedah akan berlaku perubahan, Dr Abu Hassan menyatakan PAS akan terus menerajui Kelantan kerana imej kepimpinan yang sangat memberi keselesaan kepada rakyat.

"Saya yakin, PAS akan terus berjaya mempertahankan Kelantan, jika mood yang ada hari ini kekal sehingga pilihan raya umum akan datang" katanya.

[sumber]

Tiada ulasan: