Khamis, 17 November 2011

Addin

Addin


Sperma di Atas Kepala Lady Gaga

Posted: 17 Nov 2011 10:00 AM PST

LONDON - Bintang pop paling populer di dunia ini kembali menarik perhatian. Saat akan menghadiri wawancara dengan pembawa acara obrolan Alan Carr, Lady Gaga memamerkan topi merah muda yang menyerupai sel sperma. Topi itu serasi dengan warna gaun panjangnya yang menyapu lantai. Meskipun berbentuk topi baja, Gaga tampak lebih elegan saat ia terus tampil dengan busana yang lebih sopan.

Dia terlihat mengenakan beberapa pakaian berbeda selama beberapa hari terakhir, tetapi tidak dengan gaya gilanya. Tentu saja masih ada unsur kejutan dengan gaunnya, tetapi penyanyi itu terlihat mengenakan gaun yang lebih pas.

Saat meninggalkan studio ITV sore hari setelah tampil di acara Alan Carr, Gaga mengenakan jaket paduan hijau, hitam, dan emas dengan sepasang celana panjang hitam dan topi bergaya parabola ciri khasnya. Gadis berambut pirang itu juga mengenakan kacamata hitam dengan detail rantai emas dan sepasang sepatu bertumit tinggi.

Pemecatan direktur kreatifnya mungkin terkait dengan perubahan gaya Gaga. Meskipun merupakan teman dan kolega lama, Gaga dilaporkan memecat koreografer dan direktur kreatifnya, Laurieann Gibson. Menurut MediaTakeOut.com, bintang pop itu putus hubungan setelah 'pertengkaran sengit'./kompas 

Addin :

Dunia akhir zaman.. manusia semakin hilang pedoman hidup

Ketua Cawangan UMNO Desak Shafie Afdal Letak Jawatan

Posted: 17 Nov 2011 07:27 AM PST

Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Kunsul Nahul, menyokong penuh kenyataan Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang menyarankan agar pemilihan calon untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 perlu mengambil kira perubahan lanskap politik semasa bagi memastikan BN terus memerintah. Kenyataan Datuk Seri Shafie bahawa kita harus berpijak di bumi nyata memang tepat kerana senario politik sekarang benar-benar sudah berubah dan tidak boleh menggunakan kaedah atau cara lama. 
 
Calon yang ada mesti ditapis sedalam-dalamnya," kata Kunsul. Bagaimanapun kata Kunsul, Shafiel harus melihat perspektif tersebut dari segi yang berbeza iaitu dari dalam diri beliau sendiri kerana kepimpinan beliau sebagai Naib Presiden UMNO tidak lagi relevan disebabkan beliau kini menjadi beban kepada parti.

"Dalam hal ini, sewajarnya Shafie patut berasa malu dan tidak lagi membuka mulut kerana beliau sedang disiasat berhubung penyelewengan di dalam MARA dan KKLW seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara," jelas Kunsul yang bimbang BN akan kehilangan sokongan jika Shafie tidak berundur.

Kunsul turut menyokong gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan bahawa BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk menjadi calonnya pada pilihan raya umum Ke-13, asalkan calon berkenaan boleh menang.

"Tetapi memandangkan Shafie kini sudah menjadi beban kepada UMNO dan BN, maka sewajarnya beliau tidak lagi bertanding pada pilihanraya umum dan pemilihan UMNO akan datang," kata Kunsul yang agak kesal kerana Shafie gagal melepaskan ingauan ngeri rakyat Sabah kerana beliau disifatkan sebagai 'Menteri Pelesit'.

Gelaran tersebut tidak baik untuk seorang Menteri Kanan dan juga Naib Presiden UMNO, tetapi itulah hakikat yang sepatutnya Shafie terima kerana beliau telah melakukan pembaziran yang begitu ketara; bukannya melalui tuduhan melulu.

Sekalipun tuduhan belum terbukti dan Shafie belum disiasat SPRM atau dihadapkan ke Mahkamah, tetapi dari segi moral, Shafie sudah kotor dan turut memalitkan UMNO dan mengheret BN dalam Skandal Penyelewengan MARA dan Projek Top-Up KKLW seperti yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

"Jalan terbaik yang sedia ada, BN terpaksa mengorbankan Shafie dan beberapa pemimpin BN di Sabah bagi memastikan pilihanraya umum ke 13 adalah era baru BN," kata Kunsul yang mengharapkan Perdana Menteri berani melakukan Transformasi Politik demi survival BN yang semakin kurang popular di Semenanjung Malaysia dan mula malap di Sabah kesan daripada kelakuan curang Wakil Rakyat BN./sabahkini

Pelik Tapi Benar : Guan Eng Minta Beri Peluang Kedua Kepada Tsu Koon

Posted: 17 Nov 2011 07:12 AM PST

KUALA LUMPUR - Dalam nada dan kenyataan yang agak pelik tetapi benar, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berpendapat, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon perlu diberi peluang kedua bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi menebus kekalahannya pada pilihan raya yang lalu. 

Sambil menyatakan rasa simpatinya kepada presiden Gerakan itu, Guan Eng berkata, Tsu Koon seharusnya dibenarkan bertanding memandangkan beliau juga kini merupakan seorang menteri kabinet.

"Saya rasa simpati kepada beliau,sepatutnya beliau diberi peluang bertanding lagi. Kalah dan menang dalam pertandingan adalah perkara biasa. "Kalau kali kedua pun kalah lagi, tak mengapalah. Lepas itu kalau mahu bersara dalam politik pun tidak mengapa," katanya di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Guan Eng mengulas mengenai pengumuman Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung keputusannya untuk tidak bertanding dalam PRU-13 nanti sama ada di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimen demi menyelamatkan Gerakan dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun Tsu Koon akan terus berada dalam politik termasuk mengetuai Gerakan, BN Pulau Pinang dan kedudukannya sebagai naib pengerusi BN Pusat. Pada PRU-12, Tsu Koon yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang tewas di kerusi Parlimen Batu Kawan kepada calon DAP.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang kini mengambil alih tempat Tsu Koon di Pulau Pinang mendakwa keputusan untuk tidak bertanding itu bukan kehendak peribadi Tsu Koon sebaliknya dibuat selepas menerima tekanan daripada parti-parti komponen BN. "Perkara ini merupakan tekanan terhadap beliau oleh BN terutamanya media yang dikawal Umno dan MCA.

"Saya simpati dengan layanan yang diterima beliau. Jelas sekali keputusan itu merupakan misi berjaya bagi Umno yang tidak mahu beliau terus bertanding. "Sebagai menteri dan presiden sebuah parti komponen, sudah pasti beliau nak bertanding lagi," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai kesan pengunduran Tsu Koon dalam pilihan raya nanti kepada kedudukan DAP di Pulau Pinang, Guan Eng berkata: "Setiap pilihan raya adalah sukar. Tak kisah sama ada Dr Koh Tsu Koon bertanding atau tidak. "Kesukarannya ialah bagaimana kita nak yakinkan rakyat dan buktikan bahawa kita boleh berkhidmat."/mStar 

Siapa Kencing Muhyiddin Yassin?

Posted: 17 Nov 2011 05:30 AM PST

Iklan projek dipaparkan di akhbar tempatan dan 80 peratus kontraktor kelas F di Sabah diberikan harapan mendapat projek Kumbahan di semua sekolah di luar Bandar melalui agen yang dilantik 'Tangan Misteri' di Kementerian Pelajaran. Ikuti pengakuan jujur dua orang mangsa yang tertipu dan kemudiannya menyedari yang 'agen' yang menguruskan projek mereka, Adrian Khong, sinonim dengan 'Bomoh Temberang' dalam cerita P.Ramlee.

Mungkinkah Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah turut berlakon dan kemudiannya membahagikan harta rompakan sesama mereka? Tonton Videoklip SIAPA KENCING MUHYIDDIN YASSIN?  -  Sabahkini

Addin :

Cerita penglipur lara dari Sabahkini.net


Selangor Sertai PRU13 Hanya Selepas Jun 2012

Posted: 17 Nov 2011 05:15 AM PST

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kerajaan negeri hanya akan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya diadakan selepas enam bulan pertama tahun 2012. Abdul Khalid berkata pihaknya berbuat demikian kerana tidak mahu terjejasnya pelaksanaan Bajet 2012 yang telah diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berakhir di sini hari ini.

 Menurut beliau, perkiraan tempoh enam bulan tersebut adalah tepat terutama dalam memastikan hasil ekonomi negeri dapat disalurkan kepada rakyat Selangor. "Kerajaan negeri tidak akan menyertai PRU-13 kerana kita mempunyai bajet yang telah diluluskan, sekurang-kurangnya selepas enam bulan.

"Namun jika terpanggil (untuk bertanding dalam) PRU-13, kerajaan negeri akan menyertainya, ini bermaksud pada Jun, Julai, Ogos dan seterusnya," katanya dalam sidang media selepas tamat sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini. Katanya, langkah ini adalah janji kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan bahawa negeri Selangor akan menyertai PRU-13 sekiranya menepati tempoh yang ditetapkan.

Pilihan rakyat

Jelas beliau, penetapan tempoh enam bulan ini juga bukan bermaksud kerajaan negeri tidak yakin untuk bertanding dalam PRU-13, kerana keputusan siapa akan menang adalah pilihan rakyat. "Yakin atau tidak itu terpulang kepada pilihan rakyat, kerana kita menang pun atas keyakinan rakyat dan rakyat pula bukan suruh kita asyik berpilihan raya.

"Sebaliknya rakyat mahu pembangunan, pilihan raya selepas tiga tahun adalah tidak munasabah berbeza dengan tarikh PRU selepas empat tahun," katanya. Ketika ditanya sama ada langkah ini mendapat persetujuan parti komponen Pakatan Rakyat, Abdul Khalid berkata, parti sentiasa mendapatkan pandangan kerajaan negeri dalam isu ini. "Saya rasa parti percaya sekiranya ini berlaku ia lebih senang untuk pilihan raya dijalankan," ujar beliau.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman mengambil alih pentadbiran pada 2008, beliau mendapati peruntukan bajet bagi tahun berkenaan telah dihabiskan dalam tempoh tiga bulan sahaja akibat PRU-12 diadakan pada awal tahun, iaitu bulan Mac. Sebelum ini, kerajaan negeri pernah menegaskan bahawa pihaknya berhak untuk tidak menyertai PRU yang dijadualkan Kerajaan Pusat, sebaliknya boleh menetapkan tarikh sendiri./fmt

MCA Hina Rakyat Malaysia

Posted: 17 Nov 2011 04:27 AM PST

Tindakan MCA yang tidak mahu membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi merupakan langkah yang terkebelakang, malah menghina rakyat. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, cadangan MCA itu melambangkan mentaliti feudal parti itu yang jelas tidak melambangkan nilai demokratik. "Mereka (MCA) memperlakukan rakyat lebih teruk dari kanak-kanak, seolah-olah rakyat tidak tahu berfikir untuk diri sendiri dan tidak tahu apa-apa.

"Orang yang tidak tahu apa-apa tentang apa yang berlaku di Malaysia bukanlah mereka yang berada di luar negara. Yang tidak tahu apa-apa ialah mereka berada di dalam negara dan terus mengundi Barisan Nasional kerana media di Malaysia memang dikawal ketat oleh BN," katanya.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata demikian mengulas bantahan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Ei Kim Hock yang tidak bersetuju agar rakyat Malaysia yang berada di luar negara dibenarkan mengundi.

Menurut laporan Malaysiakini, Ei dipetik sebagai berkata, "Pengundi yang menetap di luar negara tidak patut dibenarkan mengundi. Kita melihat perkara ini dengan serius kerana mereka yang tinggal di luar negara tidak mengetahui dan tidak benar-benar memahami keadaan di Malaysia."

Justeru Guan Eng yang juga Adun Air Puteh berkata, setiap rakyat yang memegang pasport Malaysia tetap merupakan rakyat Malaysia dan berhak untuk mengundi.

"Cadangan MCA itu sangat menghina, dan ianya perlu dikutuk. Adakah semua rakyat Malaysia yang memegang pasport Malaysia tidak setia pada negara? "Jika begitu, mereka (MCA) patut tanya (Menteri Pelancongan MCA Datuk Seri Dr) Ng Yen Yen. Dulu beliau pernah ada status pemastautin tetap di Australia…Adakah ini bermaksud beliau bukan rakyat Malaysia?" katanya. 
 

Ini Bukti Pemimpin UMNO Benarkan Rasuah

Posted: 17 Nov 2011 04:17 AM PST

Pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO bergegas untuk mempertahankan yang tak dapat dipertahankan pada hari Selasa. Objek yang cuba mereka pertahankan ialah Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno dan juga menteri Wanita mengenai penglibatan beliau dalam skandal RM250 juta NFC. Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa Shahrizat tidak harus dipersalahkan, dengan alasan bahawa suami dan keluarganya yang menguruskan projek NFC.

"Layaknya seperti yang mereka ingin menegaskan bahawa dia tidak tahu apa yang suami dan anak-anaknya sendiri lakukan. Beliau adalah ibu dalam keluarga itu, dan adakah mereka tidak berbincang atau bercakap tentang kondo RM10 juta tersebut dihadapan beliau. Bukankah itu pelik? "Naib Presiden PKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Adakah mereka mengatakan bahawa suami dan anak-anaknya tidak akan bercakap tentang NFC sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik? Adakah maksud mereka dia tidak tahu bahawa keluarganya mendapat projek NFC dan oleh itu tidak ada percanggahan dari segi kepentingan? Semakin banyak alasan Umno semakin ia menjadi tidak masuk akal. Kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh Abdullah Badawi dan Muhyddin sangat mengecewakan, lebih buruk daripada Khairy memandangkan status mereka lebih tinggi. "
Alasan hambar

Sejak minggu lepas, projek nasional untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu dan mengekalkan harga murah telah menjadi perhatian umum. Ia telah diberikan kepada keluarga Shahrizat manakala dia adalah seorang Menteri Kabinet Persekutuan.

PKR, yang meniup wisel skandal itu menegaskan tidak ada tender terbuka yang diumumkan. Ia menuduh keluarga Shahrizat memperoleh lebih daripada RM83 juta dan pemberian diskaun besar yang bernilai berjuta-juta untuk perniagaan makanan dan minuman yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat.

Tetapi kejutan terbesar adalah bagaimana NFC boleh mengeluarkan cek untuk membeli kondo mewah di Bangsar yang bernilai kira-kira RM10 juta untuk Shahrizat dan keluarga beliau.

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno, telah menegaskan bahawa ini adalah kerana NFC mempunyai lebihan tunai sementara menunggu peluang ladang satelit daging lembu dan sebagai langkah 'jangka pendek', NFC telah memutuskan untuk melabur dalam pasaran hartanah bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik . Penjelasan jenaka Khairy hampir menjadi kejutan untuk berita itu sendiri yang kini telah dilabel sebagai skandal 'kondo lembu'.

"Perniagaan itu dijalankan oleh keluarganya dan dia tidak terlibat." Sama ada ia adalah tepat untuk MP Kinabatangan Bung Mokhtar menyeru peletakan jawatan beliau, saya rasa beliau boleh berfikir untuk dirinya sendiri. Penjelasan oleh syarikat semestinya boleh membantu orang ramai untuk memahami isu ini dengan lebih baik, "beritahu Muhyiddin kepada pemberita pada hari Selasa.

"Apabila ditanya individu-individu berkenaan. "Adakah ia ada kaitan dengan Shahrizat? Itu adalah suaminya ... Shahrizat tidak terlibat, jadi jangan tanya dia. Jika Shahrizat merupakan Ketua Pegawai Eksekutif jadi pasti [anda boleh meminta beliau menjelaskannya] tetapi sekarang dia tidak terlibat dan adalah tidak adil untuk melabel beliau sebagai terlibat, "Abdullah Badawi juga memberitahu pemberita pada sidang akhbar yang berasingan.

Rasuah melalui proksi

Kehambaran alasan yang ditawarkan oleh orang-orang atasanUmno menarik kritikan yang lebih tajam. Abdullah Badawi dan Muhyiddin dituduh cuba untuk menjustifikasikan penggunaan 'proksi' untuk mengesahkan apa yang sebenarnya adalah rasuah.

"Jika apa yang Abdullah Badawi dan Muhyiddin katakan adalah benar, maka sesiapa pun boleh menjalankan rasuah dengan menggunakan nama keluarga atau nama rakan-rakan mereka dan mereka dianggap tidak terlibat dan tidak akan dipersalahkan atau didakwa," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"Lihat bagaimana kayanya anak-anak Mahathir. Keluarga Adullah Badawi juga sangat kaya termasuk Khairy sendiri. Anak Najib sekarang juga sedang mencipta gelombang dalam pasaran saham tempatan. Bolehkah kita mempersoalkan aktiviti anak-anak dan keluarga mereka tetapi masih membiarkan Umno elit terus memerintah negara dan meneruskan rasuah yang jelas memberi manfaat kepada diri mereka sendiri. Lemparkan persoalan itu kepada rakyat Malaysia dan dapatkan pandangan daripada orang ramai. Adakah rasuah melalui proksi itu ok?

Rombakan Kabinet

Sementara itu, semua mata tertumpu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekitar spekulasi bahawa beliau telah bersedia untuk membubarkan Parlimen atau melakukan rombakan kabinet. Najib yang mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua BN pada malam ini telah menegaskan bahawa tidak akan ada pilihan raya tahun ini.

"Jika ada rombakan Kabinet, kita ingin lihat sekiranya Najib akan mengekalkan menteri yang terbabit dalam skandal NFC itu. Seperti yang kita tahu, lembu perlu tinggal di ladang-ladang dan tidak di kondo. Tetapi di Malaysia ,lembu boleh hidup dalam kondo tetapi bukan di ladang. "kata Guan Eng kepada pemberita.

Walaupun BN menuduh PKR membuat tuduhan tidak berasas, laporan Audit Negara yang dikeluarkan bulan lepas telah mengkritik NFC. Laporan menyatakan bahawa NFC sekarang dalam kacau-bilau dan pengeluarannya pada tahun 2010 hanyalah 3289 ekor lembu atau 41.1% daripada sasaran yang sepatutnya./mc

Rahim Thamby Chik Buat Onar Lagi

Posted: 17 Nov 2011 12:04 AM PST

Siapa tidak kenal dengan Rahim Tamby Chik, bekas Ketua Menteri Melaka yang pernah dihadapkan ke Mahkamah kerana dakwaan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur. Dia yang kemudian dilepaskan mahkamah atas campur tangan politik, kini cuba mencari nama dengan mencipta sensasi baru pula - kononnya ada usaha untuk menjadikan Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menakluk Putrajaya.

Sketsa terbaru dicipta Rahim ini adalah yang kedua selepas usaha menyebarkan video seks yang konon membabitkan Datuk Seri Anwar dengan pelacur China gagal untuk meyakinkan rakyat beliau punya masalah moral. Lagu yang sama juga pernah didendangkan pembelot Bayan Baru, Zahrain Mohamed pada Julai, rujuk sini.

Hanya kerana Kuli kelihatan aktif memperjuangkan hak Kelantan mendapatkan royalti minyak dari kerajaan pusat, itu bukan alasan terkukuh untuk mengatakan Kuli sudah layak memimpin Pakatan Rakyat apatah lagi menjadi Perdana Menteri jika berjaya memerintah negara nanti.

Untuk memimpin Pakatan Rakyat perlukan lebih dari sekadar kelihatan popular dalam isu-isu tertentu, untuk memimpin Pakatan Rakyat perlu tahu bagaimana menyatukan kepelbagaian idealogi yang terdapat pada komponen-komponen utama yang membentuk Pakatan Rakyat hari ini.

Kuli semasa memimpin Semangat 46 (S46) pernah cuba mewujudkan 2 gagasan parti politik iaitu Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dianggotai S46, PAS, Berjasa, HAMIM dan KIMMA serta Gagasan Rakyat (S46, DAP, PBS & PRM) untuk bersaing dengan BN dalam kempen pilihanraya 1995.

Kewujudan 2 entiti politik pembangkang berlainan yang masing-masing diketuai S46 itu sendiri adalah bukti kegagalan Kuli untuk menyatukan pelbagai parti politik di Malaysia seperti mana yang dilakukan Anwar hari ini melalui pembentukan Pakatan Rakyat.

Kegagalan pembangkang mengekalkan jumlah kerusi yang dimenangi pada 1990 dalam pilihanraya umum 1995 adalah bukti kepada kenyataan itu. S46 itu sendiri dibubarkan pada 1996 dengan Kuli menjilat ludahnya kembali untuk menyertai UMNO.

Justeru mana mungkin Kuli boleh mengatasi Anwar dalam hal memimpin Pakatan Rakyat dan negara jika kita berjaya menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Tambahan lagi bila Kuli sudah menyatakan kesetiaan tidak berbelah baginya kepada UMNO walaupun terasa diketepikan pucuk pimpinan apabila pandangannya tidak diterima.

Jadi tak usahlah Rahim Tamby Chik cuba menimbulkan keregangan hubungan dalam Pakatan Rakyat dengan menimbulkan curiga pula. Walau apa pun terjadi, Anwar adalah bakal Perdana Menteri dan pemimpin Pakatan Rakyat. Tiada siapa pun, apatah lagi Rahim Tamby Chik yang boleh menafikan kenyataan itu.

Tiada ulasan: