Khamis, 17 November 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pengerusi NFC sahkan dana NFC diguna untuk beli Kondo.

Posted: 17 Nov 2011 06:13 AM PST



KUALA LUMPUR, 17 Nov ― Pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah keputusan perniagaan bijak, demikian menurut Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail hari ini.


Menjelaskan kontroversi yang timbul, beliau berkata, sekiranya wang itu ditempatkan di dalam bank, kadar pulangan tahunan hanya 2.6 peratus.

"Berbanding pelaburan sektor hartanah, ia mampu menjana keuntungan tahunan 12.9 peratus serta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 yang disalurkan kepada syarikat dan bukannya individu," katanya di Gemas hari ini.

Kata beliau, masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum dilaksanakan.

"Justeru, sambil menunggu pelaksanaan projek seterusnya, saya fikir duit geran yang masih belum digunakan itu perlu dilabur supaya mendapat keuntungan," katanya pada sesi taklimat media di pejabat ladang NFC, demikian menurut laporan Berita Harian Online.

Sebelum ini pembangkang memetik Laporan Ketua Audit Negara mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

Salleh adalah suami Shahrizat.

Dalam pada itu, Salleh belum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ekoran kenyataannya mengenai isu NFC.

"Kami sekeluarga perlu duduk semeja dan berbincang sebelum memutuskan langkah susulan yang perlu diambil," katanya.

Peguam NFC, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang turut hadir pada sidang media itu berkata, beliau sudah menasihatkan anak guamnya bahawa tindakan undang-undang ke atas pendakwa boleh dilakukan kerana tuduhan yang dilemparkan tidak berasas.

Bagaimanapun katanya, beliau hanya boleh memberi nasihat dari segi perundangan dan menyerahkan kepada anak guamnya untuk membuat keputusan.


The Malaysian Insider

Isu Fidlot : Polis belum terima laporan dari SPRM lagi?

Posted: 17 Nov 2011 02:50 AM PST



Ketua Polis Negara kelihatan terkejut apabila diminta mengulas isu fidlot itu sambil memberitahu perkara berkenaan merupakan kes SPRM, bagaimanpun apabila dikatakan bahawa SPRM sudah memindahkan isu berkenaan kepada polis, Ismail berkata beliau perlu meneliti perkara tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.


SPRM kata kes Polis, laporan akan diserahkan kepada pihak Polis.. sudah beberapa hari berlalu namun laporan masih tidak sampai kepada pihak Polis.. apa cerita ni?

Bila isu melibatkan pemimpin UMNO biar beratus ribu juta RM sekalipun penyelewengan dilakukan tindakan mereka amat lambat dan lembab sekali, tapi jika ianya melibatkan pihak Pakatan Rakyat sepantas kilat mereka bertindak..


*****************************

NFC: Kami belum terima laporan lagi, kata IGP

SHAH ALAM, 17 Nov ― Tan Sri Ismail Omar berkata beliau belum menerima sebarang laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu projek kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Setakat ini, saya belum menerima apa-apa lagi," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Deepavali di ibu pejabat polis kontinjen Selangor di sini.

Ketua Polis Negara kelihatan terkejut apabila diminta mengulas isu itu sambil memberitahu perkara berkenaan merupakan kes SPRM.

Bagaimanapun apabila dikatakan bahawa SPRM sudah memindahkan isu berkenaan kepada polis, Ismail berkata beliau perlu meneliti perkara tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Isnin lalu, SPRM berkata agensi itu tidak boleh menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek NFC, sebaliknya menyerahkan polis.

Katanya aduan berkaitan hanya boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, SPRM berkata setelah diteliti aduan diterima minggu lalu, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan telah mengaklasifikasikan perkara tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa suruhanjaya sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM).

"Sehubungan itu, SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak polis. Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009," kata suruhanjaya.

Khamis lalu, PKR mendakwa NFC telah membayar RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC).

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata apartmen mewah di One Menerung, Bangsar itu direkodkan oleh NFC, projek ternakan lembu yang dikurniakan kepada keluarga Shahrizat, sebahagian daripada "pinjaman" RM83 juta disalurkan kepada NMLC.

"Mereka kata akaun pinjaman RM250 juta bagi projek ini diteliti dengan ketat. Adakah kondominium ini bagi lembu untuk tinggal," katanya.

Saifuddin berkata sebanyak RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun NFC di CIMB cawangan di Taman Tun Dr Ismail di sini kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.

Pada hari yang sama, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa juga membuat laporan mengenai pendedahan salah laku pecah amanah di NFC, di pejabat SPRM Shah Alam.

The Malaysian Insider

Survey kata hanya Pencacai UMNO yakin BN mampu tawan Pulau Pinang

Posted: 17 Nov 2011 01:48 AM PST



KUALA LUMPUR, 17 Nov ― Majoriti pengundi kalangan kaum Melayu tidak yakin Barisan Nasional (BN) boleh merampas balik kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum akan dipanggil waktu terdekat.


Kajian kendalian Ilham Centre berkaitan persepsi dan tanggapan orang Melayu menunjukkan keadaan itu disebabkan perpecahan dalaman Gerakan dan ketiadaan Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang melepaskan jawatan perdana menteri dua tahun lalu, dalam kepimpinan Umno pusat telah menggelapkan harapan BN untuk kembali memerintah Pulau Pinang.

Kajian itu dijalankan awal bulan lalu dengan memfokus 720 responden dari dua kerusi Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri - yang kesemuanya berada dalam tangan Umno-BN. Salah satu kerusi Parlimen melibatkan Kepala Batas yang penyandangnya ialah Abdullah sendiri.

Pagi tadi Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang turut mengetuai BN Pulau Pinang mengumumkan tidak akan bertanding pilihan raya umum ke-13. Beliau tewas pada pilihan raya umum 2008.

Berhubung soal sama ada BN akan memerintah semula kerajaan negeri Pulau Pinang hanya 18.6 peratus yakin manakala 16.4 peratus mengatakan tidak. Pun begitu responden yang mengatakan tidak pasti adalah dalam lingkungan 60.8 peratus.

Berhubung soalan sama ada Pakatan Rakyat akan kekal memerintah negeri itu, 25.3 peratus bersetuju berbanding 17.8 peratus mengatakan tidak. Sekali lagi bilangan mereka yang tidak pasti agak tinggi iaitu 56.7 peratus.

Daripada 720 respoden yang ditemui itu, seramai 57 peratus merupakan pengundi dikategorikan sebagai mereka atas pagar manakala 43 peratus lagi kalangan ahli Umno.

Bagamanapun menurut hasil kajian itu, pengundi Melayu mengharapkan agar nasib mereka dibela dan lebih mendekati mereka dan prihatin atas segala masalah mereka.

Pengundi-pengundi Melayu juga mahukan bantuan secara terus kerana mereka tidak suka kepada persaingan, kata hasil kajian itu sambil menambah, "jika boleh, salurkan bantuan secara terus, bukan berlumba-lumba dengan kaum lain."

"(Mereka) mahukan bantuan 'one-off' dalam bentuk tunai dan keperluan harian kerana itu lebih menyebabkan mereka yakin kepada kepimpinan kerajaan negeri.

"Mahukan agar kerajaan negeri tidak bersikap 'bias' dan mengamalkan diskriminasi dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan," katanya lagi.

Selain itu, pengundi-pengundi Melayu mahukan tokoh atau calon yang boleh duduk bersembang, turun ke bawah 'down to earth' dan boleh sedia mendengar segala keluhan dan masalah mereka.

Hasil kajian Ilham Centre ini juga menunjukkan bahawa Umno Pulau Pinang dilihat didominasi oleh Melayu "berketurunan mamak."

"Oleh itu, pengundi Melayu agak skeptikal dengan kelompok ini. Namun begitu, orang Melayu masih lagi melihat dan meyakini bahawa Umno adalah harapan dan pilihan terbaik bagi mereka untuk terus membela nasib dan masa depan orang Melayu Pulau Pinang," katanya lagi.

Di samping itu, Umno yang memiliki 11 kerusi Dewan Undangan Negeri, yang kesemuanya dimenangi tiga tahun lalu, tidak mempunyai tokoh yang dikatakan berkaliber dan berdedikasi setelah kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam PKR dan Pakatan Rakyat dan peletakan jawatan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, dipecat dari Umno pada September 1998 dan kemudian menubuhkan PKR.

"Namun rakyat masih lagi bergantung harap dengan Umno," katanya lagi.

Ilham Centre juga berkata orang Melayu di kawasan kajian tidak mengetahui segala dasar baru kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

"Mereka lebih cenderung kepada segala manfaat yang mereka akan terima secara 'one-off' sama ada dalam bentuk bantuan kebajikan dan barang-barang keperluan harian seperti; beras, gula, tepung, telur dan wang tunai kerana ia lebih dirasai berbanding dengan pengumuman program dan rancangan pembangunan yang bernilai jutaan ringgit," katanya lagi.

The Malaysian Insider

Survey kata Guan Eng lebih dihormati dari pemimpin UMNO/BN

Posted: 16 Nov 2011 11:39 PM PST



Pengundi BN dan atas pagar di Pulau Pinang mempunyai tanggapan negatif terhadap DAP di negeri itu tetapi anehnya menghormati Ketua Menteri Lim Guan Eng melebihi pemimpin mereka sendiri.


Menurut tinjauan badan penyelidikan bebas, Lim dikenali dan dihormati 30 peratus rakyat, diikuti timbalannya Mansor Othman (13.1 peratus), Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (3.3 peratus) dan Pengerusi Umno Datuk Zainal Abidin Osman (2.8 peratus).

Manakala lain-lain - difahamkan kebanyakannya pemimpin bahagian - mendapat 50.8 peratus, demikian menurut kajian Ilham Centre pada 7 hingga 9 Oktober lalu.

"Sama seperti mereka melihat DAP, iaitu mereka meyakini bahawa pimpinan negeri ini adalah Cina dan kerajaan negeri dipimpin oleh Cina.

"Walaupun begitu, Lim lebih dikenali dan disegani dengan sikap humble (rendah diri), mudah mesra dan sering kali dilihat turun padang," kesimpulan tentang dasar kerajaan negeri dan Lim dalam tinjauan itu dipetik.

"Namun, atas sentimen dan prejudis Umno, beliau tetap dilihat sebagai Cina yang mengancam Melayu."

'kerajaan Cina'

Kajian itu dijalankan di tiga kawasan parlimen kubu kuat BN - Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Bayan Lepas - terhadap 720 pengundi Melayu terdiri daripada anggota BN dan atas pagar.

Ketiga-tiga kawasan parlimen itu dimenangi oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Syed Ameruddin Syed Ahmad.

Ketiga-tiga pemimpin Umno itu tidak tersenarai langsung antara tokoh kepimpinan negeri dan tempatan yang dikenali dan dihormati dalam kajian itu.

Berhubung kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat pula, 45.6 peratus responden tidak setuju bahawa nasib Melayu akan terbela, sebanyak 20.3 peratus setuju; manakala 29.2 peratus tidak pasti dan 5 peratus lagi tidak memberikan respons.

Laporan tinjauan itu menyimpulkan, situasi yang sedang dihadapi DAP berbeza dengan kepimpinan GERAKAN sebelum 2008 apabila ia dilihat dipimpin BN.

"Ini menunjukkan bahawa doktrinisasi media terhadap Pulau Pinang dilabel sebagai 'kerajaan Cina atau DAP' memberi kesan positif kepada Melayu dan dilihat berjaya.

"Oleh itu, imej kerajaan negeri dilihat sebagai kerajaan DAP bukannya Pakatan Rakyat," laporan itu dipetik.


Malaysiakini

Hapuskan ISA? Terbukti kini, Najib hanya bersandiwara...

Posted: 16 Nov 2011 07:48 PM PST


Apabila Najib dalam ucapannya sempena menyambut Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan menghapuskan ISA, bagaikan lalang ditiup angin juak-juaknya yang dulu menyokong ISA turut menyokong tindakan Najib menghapuskan Akta yang mereka sokong itu.


Muhyiddin juga tidak melepaskan peluang untuk mengampu Najib dengan sebaiknya, katanya "langkah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah keputusan bersejarah kerana ia memerlukan kebijaksanaan dan keberanian politik."

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menjilat Najib sehingga menganggap Najib punyai jiwa besar dan semangat pejuang demokrasi seperti John F Kennedy tokoh pejuang hak asasi universal.

"Akta ISA merupakan akta yang diwarisi sejak zaman pemerintahan Inggeris. Pemansuhannya adalah amat bertepatan dengan kehendak semasa kerana zaman sentiasa berubah. Cara dan corak pemerintahan yang lebih terbuka ini adalah bukti kepada dunia bahawa PM komited untuk melakukan perubahan demi perubahan menyelusuri politik semasa dunia." tambahnya.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Lokman Noor Adam berkata keputusan pemansuhan ISA yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini sememangnya satu keputusan yang sukar dan hanya mampu dilakukan oleh seorang yang benar-benar berani dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.

"Selaku bekas tahanan ISA yang sempat bersama tahanan-tahanan lain lebih dua tahun, saya tahu betapa pentingnya undang-undang pencegahan di negara ini.

Isnin lalu dengan penangkapan membabitkan sekurang-kurangnya 10 hingga 14 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah membuktikan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya 'sandiwara'.

Sandiwara untuk mendapat sokongan rakyat dan mengejar popularity semata-mata. tak lebih dari itu sebenarnya..

Saksikan Video ucapan Najib di bawah...





Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: �Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya, iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah).� - (Hadis riwayat Bukhari)

Berita berkaitan.

10 aktivis Islam yang ditahan di bawah ISA di Tawau

TAWAU: Sepuluh guru-guru agama dan aktivis Islam ditahan di sini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh satu pasukan pegawai-pegawai polis dari ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman.

Operasi memerangi keganasan oleh Pasukan Tugasan Khas yang diketuai oleh DSP Azman Omar. Pihak polis tidak memberi sebarang maklumat mengenai penangkapan.

Keluarga tahanan telah dimaklumkan pada hari Selasa bahawa saudara-mara mereka telah ditahan di bawah ISA yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. Mereka boleh disimpan yg putus hubungan dgn selama 60 hari, selepas Menteri Dalam Negeri boleh menahan mereka selama dua tahun.

Menurut sumber, mereka yang ditangkap adalah semua ahli-ahli PAS atau penyokong, termasuk guru-guru agama yang dihormati di daerah Tawau.

Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Aling mempersoalkan tangkapan yang katanya dibuat tanpa waran, notis atau apa-apa maklumat terlebih dahulu. Beliau juga mengadu bahawa operasi polis yang dijalankan di hadapan isteri dan anak-anak.

Beliau berkata polis harus menjelaskan keadaan sebenar supaya berita penangkapan tidak akan disalah tafsir dan meningkatkan andaian negatif mereka yang ditahan ".

Beliau berkata polis bersenjata dan kasar. Mereka turut merampas komputer riba dan wang tunai beberapa.

Mohd Aminuddin berkata operasi polis itu semua lebih mengejutkan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja diumumkan pada bulan September bahawa ISA akan dimansuhkan.

"Orang ramai yang terkejut dengan penahanan ISA," katanya.

"Perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan telah menyebabkan keadaan huru-hara dalam keluarga tahanan," katanya. Beliau menuntut 10 hingga akan segera dibebaskan tanpa syarat atau didakwa di mahkamah.

Ketua Polis Tawau Ibrahim Chin enggan mengulas tetapi media tempatan menyatakan bahawa terdapat kehadiran polis yang berat di sepanjang jalan ke lapangan terbang Tawau di kawasan Apas di mana tangkapan telah dibuat.

Menurut sumber, penangkapan boleh bagi apa-apa bilangan sebab, termasuk ancaman keganasan di Sabah. - Malaysian Must Know the Truth

Najib kata tanah Orang Asli dilindungi.. tapi....

Posted: 16 Nov 2011 05:38 PM PST



Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 November lalu "Kerajaan akan berusaha melindungi tanah hak milik Orang Asli daripada dicerobohi.


"Kita mesti buat survey (ukur) dan kita mesti gazetkan tanah-tanah ini supaya harta Orang Asli ini kita dapat lindungi, kita dapat pertahankan," tambah beliau semasa melakukan lawatan kerja dalam Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan 3 di Perkampungan Orang Asli di sini hari ini.

Najib berkata langkah mewartakan tanah milik Orang Asli itu akan dilaksanakan menerusi pindaan Akta Orang Asli 1954 serta dirunding dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Mempertahankan dari apa benda entah.. Mempertahankan seolah-olah ianya milik UMNO sehingakan pemilik asal kehilangan hak turun-temurun ke atas tanah adat mereka..

300 Orang Asli bantah depan SUK NS

SEREMBAN: Lebih 300 Orang Asli dari seluruh Negeri Sembilan hari ini menyuarakan bantahan selama tiga jam di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini berhubung Dasar Baru Pemilikan Tanah Orang Asli.

Sejurus selepas itu, mereka menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membantah cadangan kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar baru itu.

Jurucakap 'Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Negeri Sembilan' (JKKOANS), Ezuli Langkap berkata pihaknya membantah cadangan itu dengan sekeras-kerasnya sepertimana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia 22 September lalu.

"Kami juga kesal dengan kenyataan Menteri Besar yang mengatakan masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan adalah setinggan.

"Setiap keputusan yang dibuat tanpa merujuk dan berbincang dengan kami. Beliau langsung tidak sensitif kepada masyarakat kami.

Sebaliknya beliau telah memperlekehkan masyarakat kami yang merupakan masyarakat asal Negeri Sembilan dan Malaysia", kata Ezuli.

Tanah adat

Mengikut Ezuli, pelaksanaan Dasar Baru Pemilikan Tanah Orang Asli nanti akan menyebabkan mereka kehilangan hak turun-temurun ke atas tanah adat mereka.

"Semua tanah adat kami akan diambil alih kerajaan. Seterusnya kerajaan akan beri dua ekar tanah yang akan dimajukan samada oleh Felcra atau Risda.

"Selepas itu kami tak perlu lakukan apa-apa dan bayaran sebanyak RM1,500.00 dalam bentuk saham lot akan diberikan setiap bulan.

"Kami membantah langkah ini kerana dengan ini kami akan kehilangan hak ke atas tanah adat resam kami yang kami usahakan sejak zaman nenek moyang kami.

"Malah kami mampu mencari pendapatan melebihi dari apa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri. Contohnya ketika ini ramai di antara kami menoreh getah, menjual petai dan akar kayu," jelas Ezuli.

Ezuli mendesak kerajaan negeri agar membatalkan dasar pemberimilikan tanah yang dicadangkan oleh kerajaan pusat.

Beliau menggesa supaya keseluruhan wilayah tanah adat mereka diiktiraf mengikut Artikel 26 dalam Undang-Undang Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDRIP) berkenaan dengan hak Orang Asal.

Free Malaysia Today

Tiada ulasan: