shalehudin |
- Bangsa UMNO dilarang baca, takut kencing tak lawas... kahkahkah...
- Amuk di Dungun: 2 cedera, 6 kenderaan rosak
- Tebai mana gamaknya kulit muka Mahathir nooo...
- Hampa ingat Tengku Razaleigh ni lekeh sangat ka?
- Cerita pasai Mahathir lagii... kahkahkah...
- Bapak ada jawatan, anak suka hati ikut setan...
- Sapa yang baling mercun dalam ceramah Anwar?
- Gambar2 Kemewahan Istana Negara Yang Baru...
- Puspakom pun kena rasuah gak ka...
- Kerana duit, Zarina sanggup tanggung dosa...
- Pak Menteri tolong baca ni!!!
- Haram gunting rambut di kedai gunting bukan Islam
Bangsa UMNO dilarang baca, takut kencing tak lawas... kahkahkah... Posted: 17 Nov 2011 07:11 AM PST Syabas, Khalid Ibrahim yang berani ... Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Selangor memang diakui, oleh banyak pihak, sebagai negeri yang cukup penting dan kritikal, daripada segi ekonomi dan juga politik. Ia merupakan negeri termaju dan menjadi penyumbang utama kepada petunjuk ekonomi negara. Meskipun BN tidak lagi membawa projek mega ke Selangor selepas kalah teruk pada 2008, di bawah Pakatan Rakyat, negeri ini masih mencatatkan jumlah pelaburan kedua tertinggi di negara, berjumlah RM10.6 bilion, dengan 183 projek pelaburan baru, menjadikannya negeri paling diminati pelabur asing dan pelabur tempatan. Bukan saja menyumbangkan 22 kerusi Parlimen, malah senario politik sekitar Lembah Klang mampu mempengaruhi kecenderungan mengundi di seluruh negara memandangkan ramai penduduk Selangor masih balik ke kampung halaman masing-masing setiap kali pilihan raya umum. Justeru, ada penganalisis berpendapat, perubahan politik di Semenanjung hanya berlaku jika Selangor memulakan gelombang itu. Tidak hairanlah, Presiden Umno, Najib Razak masih mengekalkan jawatan sebagai ketua perhubungan Umno Selangor, meskipun negeri-negeri kritikal lain seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu telah dilepaskan kepada pimpinan tempatan. Penulis buku politik, Shahbudin Husin, dalam Kesilapan-Kesilapan Najib, turut menekankan kepentingan BN merampas kembali Selangor dalam PRU13 (meskipun tidak berjaya meraih majoriti dua pertiga di Parlimen) bagi mengelak daripada Najib diasak meletakkan jawatan, untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin, sepertimana pengalaman pahit Abdullah Ahmad Badawi. Semasa saya mewawancara Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Selangor, Cikgu Jaafar Samsudin, 2 Nov lalu, beliau juga banyak bercerita tentang pelbagai taktik licik dan konspirasi Umno untuk merebut Selangor terutama melalui senarai daftar pemilih yang terdedah dengan bermacam-macam manipulasi. Difahamkan, dalam program-program tertutup, di depan penyokong dan jentera parti, pemimpin BN melahirkan keyakinan tinggi mereka untuk mengatasi Pakatan dalam PRU13 nanti. Tentunya ada faktor tertentu menyebabkan mereka begitu yakin ... Meskipun diakui tidak mudah persaingan kali ini, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menampilkan prestasi terbaik, dengan melaksanakan pelbagai tawaran menarik buat rakyat dan melunasi janji program pembaharuan yang memikat. Malah, berbanding negeri-negeri Pakatan lain, Selangor dilihat lebih ke depan, baik dari segi reformasi ekonomi mahupun politik. Sebagai orang media, yang sering tertekan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA), saya masih teruja dengan keberanian Selangor sebagai negeri pertama meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2010, yang memberikan hak kepada rakyat untuk mengakses maklumat berkaitan pentadbiran negeri. NGO berkaitan media diundang khusus untuk memberikan maklum balas terhadap enakmen itu. Begitu juga dengan inisiatif kerajaan negeri memperuntukkan RM600,000 untuk membina papan iklan (billboard) bagi menjayakan kempen memansuhkan ISA di semua 56 kawasan Dun. Juga geran peruntukan RM1 juta bagi membiayai usaha memfailkan bantahan terhadap daftar pengundi baru yang dikeluarkan SPR, terbuka untuk seluruh rakyat Selangor tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan kecenderungan politik. Walaupun Menteri Besar Abd Khalid Ibrahim dilihat tidak begitu menonjol "tindakan siasahnya" tetapi keberanian melakukan pembaharuan politik -- apatah lagi sejak awal mentadbir, terserlah kebijaksanaannya dalam program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) -- amat dipuji. Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2012 pada 9 Nov lalu, di bawah tajuk kecil Program Pengukuhan Demokrasi, "peruntukan sebanyak RM5 juta akan disediakan bagi gerhad terhad dalam mengukuhkan proses pilihan raya yang adil dan bebas di Malaysia ... melibatkan aktiviti kesedaran dan latihan sukarelawan serta pemantau pilihan raya." Kerajaan negeri turut memperkenal "program pembasmian rasuah dan penyelewengan" dengan peruntukan RM15 juta. Pelapor kes rasuah dan penyelewengan dalam agensi kerajaan Selangor yang berjaya dibuktikan akan diberi hadiah oleh kerajaan negeri. Sebagai orang yang pernah naik turun ibu pejabat BPR (kini SPRM) di Putrajaya dan Shah Alam untuk mengadu kes rasuah dan salahguna kuasa bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo, saya menarik nafas lega membaca komitmen Khalid itu. Ramai MB Selangor sebelum ini (antaranya Muhammad Muhd Taib dan Abu Hassan Omar), sama ada diseret ke mahkamah atau tidak, yang pasti, mereka tidak pernah terlepas daripada palitan kotor dakwaan korupsi! Wajar juga disebut beberapa kemudahan buat rakyat, antara lain, pemberian air percuma 20 meter padu, iaitu RM11.40 sebulan atau RM136.80 setahun, membabitkan lebih 1.2 juta isi rumah atau sekitar lima juta penduduk Selangor. Juga program pendidikan seperti Pusat Tuisyen Rakyat (RM2 juta), program SPIES (RM3 juta) dan Generasi Idaman Selangor (RM1 juta), dan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang (RM1 juta). Sumbangan buat warga emas melalui Jom Shopping sebanyak RM10 juta sebelum ini yang disumbangkan Kumpulan Semesta dijangka akan bertambah selari dengan peningkatan royalti perlombongan pasir. Dalam bajet 2012 itu diumumkan peruntukan untuk program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) sebanyak RM7.5 juta; Hadiah Anak Masuk Universiti, RM7.7 juta; Skim Mesra Usia Emas (SMUE), RM20.7 juta; Elaun Anak ke Nurseri, RM3 juta. (Saya dimaklumkan bahawa masih ramai rakyat Selangor tidak menyedari pelaksanaan beberapa langkah pembaharuan ekonomi dan politik di bawah Pakatan. Tentulah lebih ramai penduduk di negeri-negeri lain tidak terkesan dengan usaha reformasi itu. Sedangkan ia harus disebarluaskan agar rakyat seluruh negara dapat membuat perbandingan secara adil terhadap pentadbiran BN dan Pakatan. Harakah turut dituntut lebih banyak menyiarkan "kisah kejayaan" pentadbiran negeri Pakatan dan jangan hanya tertumpu kepada "kisah kegagalan" BN). Apa pun, yang lebih menarik perhatian umum ialah "Geran Selangorku", dengan peruntukan RM300 juta, sumbangan GLC Negeri dan Perbadanan Menteri Besar (MBI). Tentulah program paling menonjol daripada 17 program Geran Selangorku ini ialah tawaran gaji minimum RM1,500 gaji kasar (gross income). Dimulai empat syarikat milik kerajaan negeri yang stabil prestasi kewangannya, seperti PKNS, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) dan Worldwide. Dana RM10 juta akan disediakan untuk menampung syarikat kerajaan negeri yang tidak berupaya untuk menampung kos untuk dasar ini. "Kerajaan negeri akan berusaha meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat yang dimiliki supaya ia layak melaksanakan gaji minimum," tegas Menteri Besar. Pada hemat saya, dua lagi program menarik ialah program jangkaan kehidupan bandar. Khalid menekankan: "Ia penting untuk kita menjangka kehidupan pada masa depan agar adaptasi dapat dilakukan dengan lebih baik dan tidak berlaku kejutan dalam rancangan pembangunan serta budaya; pada masa sama alternatif perkampungan bandar juga boleh diteroka sebagai pilihan." Selangor juga menekankan program pengukuhan budaya. Sebanyak RM3 juta diberikan dalam bentuk geran terhad kepada para aktivis budaya untuk merancakkan aktiviti budaya. Kegiatan ilmu melalui Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) yang baru dan ceria juga harus disokong, termasuk dengan pembinaan perpustakaan desa dan daerah, yang turut disokong GLC. Penyediaan rumah mampu milik melalui PKNS, dengan keluasan 850 hingga 1,000 kaki persegi, dikhususkan kepada golongan berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan, berharga sekitar RM100,000 ke RM150,000, dengan anggaran pembinaan 11,00 unit setiap tahun adalah petanda kerajaan negeri serius menangani kemelut berlarutan yang ditinggalkan BN. Harga rumah berkenaan jauh lebih murah berbanding dengan apa yang diperkenalkan kerajaan persekutuan, iaitu melebihi RM200,000. Cuma, mekanisme untuk menentukan siapa yang berjaya memilikinya nati harus dibuat secara telus agar elemen pilih kasih dapat dihindari. Selain itu, saya kira usaha kerajaan negeri untuk menstrukturkan semula industri perkhidmatan air perlu diberi penjelasan lanjut. Tindakan ini, seperti ditegaskan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dalam sidang Dun, 11 Nov, semakin mendesak kerana industri air di Negeri Selangor adalah fragmented atau bercelaru, tidak efisien dan tarif yang melampau ekoran persetujuan Kerajaan Pusat dengan kerjasama Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran lama untuk menswastakan industri perkhidmatan air kepada 4 syarikat konsesi. |
Amuk di Dungun: 2 cedera, 6 kenderaan rosak Posted: 17 Nov 2011 05:32 AM PST DUNGUN: Dua lelaki cedera manakala cermin enam kenderaan rosak dalam satu kejadian amuk membabitkan seorang lelaki bersenjatakan sebatang cangkul pendek berhampiran Kampung Balai Besar di sini pagi ini. Dalam kejadian 11 pagi itu, cermin tingkap Surau Ustaz Daud Balai Besar turut pecah akibat dihentak dengan cangkul oleh lelaki berusia 30-an itu. Sebelum itu, lelaki terbabit difahamkan mengamuk dan merosakkan harta benda di rumahnya di Kampung Paya selain memecahkan cermin depan lori miliknya sebelum menaiki motosikal dan membawa sebatang cangkul pendek ke jalan Balai Besar. Sampai di sana, lelaki terbabit yang hanya berseluar pendek tanpa memakai baju bertindak memecah cermin belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah Honda Civic yang pemiliknya sedang minum di sebuah warung berhampiran. Suspek yang dipercayai mengalami tekanan akibat masalah kewangan dan rumahtangga kemudian memecahkan pula cermin depan dua lori milik Majlis Perbandaran Dungun di tepi jalan terbabit. Difahamkan selepas itu, lelaki yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu jengkaut itu menghayunkan cangkul yang dipegangnya ke arah seorang penunggang motosikal menyebabkan mangsa terjatuh ketika cuba mengelak. Mangsa, Mohd Fairul Hizar Ruszelan, 23, yang bekerja sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan Sura, berkata dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya apabila secara tiba-tiba suspek muncul dan melibaskan cangkul ke arah mukanya. "Saya sempat mengelak dengan menunduk kepala namun saya hilang kawalan menyebabkan saya terjatuh sebelum sebuah lagi motosikal melanggar dari arah belakang kerana tidak sempat mengelak," katanya. Dalam keadaan ketakutan dan panik itu, dia sempat melihat lelaki itu menerpa ke arahnya dan seorang lagi penunggang motosikal yang terjatuh. Mohd Fairul berkata, dalam keadaan kesakitan akibat kecederaan di sebelah kiri tangan dan kaki setelah terjatuh, dia segera mengangkat pemuda yang melanggar motosikalnya itu dan melarikan diri kerana bimbang dicederakan lelaki itu. Suspek kemudian pergi ke Surau Ustaz Daud dan mandi di dalam kolah di surau berkenaan sebelum bertindak memecahkan tingkap surau terbabit dan cermin sebuah Perodua Viva yang diletakkan di situ. Drama amuk itu reda seketika apabila Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Paya, Zulkifli Yaman, 49, bertindak memujuk suspek yang disifatkan sebagai antara orang yang baik dan tidak pernah menimbulkan masalah sebelum ini. Suasana itu menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan itu menyebabkkan keadan agak sesak dengan kehadiran ramai orang ingin melihat lebih dekat kejadian itu sebelum polis tiba. Setelah hampir setengah jam, suspek meminta agar isteri, anak dan ibunya dipanggil untuk diambil gambar oleh wartawan supaya masalah hidupnya dapat disiarkan. Dia juga meminta agar dibelikan air sirap dan mengkehendaki isterinya sendiri menghantar air itu. Namun selepas terlihat kelibat isterinya, suspek tiba-tiba bertindak agresif dan memecahkan bungkusan air sirap berkenaan sebelum mencekak leher Zulkifli serta cuba menghayun cangkul ke arahnya. Melihat keadaan itu, sepasukan anggota polis berpakaian preman dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun yang sudah bersedia di tempat kejadian menerpa ke arah suspek dan menahannya dengan bantuan orang ramai. Setelah pergelutan berlaku hampir tiga minit, suspek yang berbadan agak gempal berjaya ditahan dan digari sebelum dibawa menaiki kereta peronda untuk dibawa ke IPD Dungun. Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, berkata pemuda terbabit kemudiannya dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut. - BERNAMA |
Tebai mana gamaknya kulit muka Mahathir nooo... Posted: 17 Nov 2011 04:56 AM PST Nasihat Toksik daripada dinasor yang semakin pupus aka Dr M Oleh Ismail Dahlan Sesalan besar saya sebagai seorang kanak-kanak adalah keadaan bahawa dinasor telah pupus sejak 65 juta tahun. Sungguhpun begitu, ramai yang meminati binatang ini dan ini jelas menerusi populariti filem-filem seperti Jurassic Park dan Ice Age. Malangnya, dinosaur yang masih wujud antara kita adalah tidak comel atau menakjubkan. Saya bercakap tentang bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohammed, yang sudah mencecah usia 85 tahun dan mungkin menyedari bahawa masanya sudah hampir sampai lalu, beliau muncul untuk terlibat dengan usaha menyebarkan kebencian sebanyak mungkin dalam masa sesingkat mungkin . Beliau umpama ular yang mempunyai patukan yang paling beracun dan terus hidup dalam taman kita; Malaysia. Beliau masih terus ingin berusaha untuk memecah belahkan perpaduan dalam negara dengan racun beliau. Beliau nampaknya mempunyai empat objektif besar, pertama; untuk menyebarkan kebencian antara kaum dan rakyat Malaysia, kedua untuk memutuskan siapa yang akan menerajui negara ini, yang ketiga untuk memastikan bahawa ketiga-tiga anak beliau yang tidak seberapa itu dapat juga memerintah negara ini suatu hari kelak apabila beliau sudah tiada dan akhir sekali melenyapkan nama Anwar Ibrahim di arena politik negara. Semua ini malangnya akan gagal. Perkara yang pelik untuk diperkatakan seorang diktator Pada Khamis lepas, Mahathir telah membuat beberapa kenyataan yang muncul dalam berita. Pertama, beliau mengisytiharkan bahawa memperjuangkan hak individu adalah tidak bertamadun. Majoriti katanya, perlu diberi keutamaan berbanding minoriti. Masalahnya, bagi individu-individu yang tidak bertamadun seperti Mahathir sendiri, semasa beliau menjadi Perdana Menteri, beliau sepatutnya tahu apakah yang dimahukan oleh golongan majoriti. Beliau kemudian memusnahkan institusi di negara ini dan menjadikan institusi-institusi tersebut lemah dan menyedihkan seperti yang kita dapat lihat pada hari ini serta memperkayakan kroni beliau seperti Daim Zainuddin, Tajuddin Ramli, Francis Yeoh, Tan Sri Ananda Krishnan dan Vincent Tan dan beliau juga membenarkan rasuah berleluasa di Malaysia hingga ke hari ini. Salah satu masalah dengan Mahathir adalah tidak penting kepadanya sama ada anda melakukan rasuah atau tidak, beliau hanya mahu tahu sama ada anda menyokong beliau atau tidak. Kemustahilan Matematik Hak-hak individu adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh diganggu oleh seorang diktator tua yang ganas. Majoriti adalah gabungan individu. Kita boleh berikan Mahathir satu salinan karya John Stuart Mills tetapi ia adalah sesuatu yang sia-sia untuk seseorang yang hanya berkhidmat untuk diri sendiri dan hipokrit. Mahathir hanya mengambil berat perihal dirinya sendiri. Mahathir kemudian sering menegaskan bahawa orang Melayu berada dalam bahaya kerana boleh pada bila-bila masa menjadi golongan minoriti di Malaysia. Ini, sudah tentu, mustahil dari segi matematik. Tetapi Mahathir bukanlah ahli matematik, dia adalah satu 'demagogue' dan mereka bukanlah ahli dalam fakta mahupun angka. Dalam hujah Mahathir, orang Melayu yang membentuk 60% daripada penduduk Malaysia akan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Sebenarnya, hanya dua kumpulan, penyokong BN dan penyokong Pakatan Rakyat. Terdapat juga fakta bahawa penyokong BN semakin berkurangan setiap hari. Oleh itu, hujah Mahathir bahawa orang Melayu, yang membentuk 60% daripada rakyat Malaysia, yang mempunyai kadar kelahiran tertinggi dan potensi terendah untuk berhijrah akan menjadi minoriti; adalah tidak munasabah. Betul, anda patut malu dengan diri anda sendiri Mahathir juga mengajar rakyat Malaysia untuk berasa malu jika mereka tidak memberi 100% daya usaha kepada apa-apa perkara yang diserahkan kepada mereka. Mahathir harus ambil nasihat ini sendiri, melainkan jika dia merasakan ia adalah terlalu pahit untuk ditelan. Bekas Perdana Menteri ini melihat sendiri kegagalan projek-projek meganya seperti Proton, Perwaja dan Menara Berkembar yang terus diseret dalam senario ekonomi negara hingga ke hari ini. Hasilnya negara kini berdepan dengan pelbagai masalah seperti kadar jenayah tinggi, ketegangan kaum, kebanjiran pekerja asing dan pelbagai lagi yang diwujudkan semasa pemerintahan Mahathir. Jika ada sesiapa yang perlu belajar erti perkataan malu, ianya adalah Mahathir sendiri. Walau banyak manapun buku-buku yang tidak jujur yang beliau tulis tentang dirinya sendiri, ia tetap tidak boleh ubah semua itu. Dan seperti beliau, legasi beliau haruslah dimasukkan ke dalam tong sampah. Malaysia Chronicle |
Hampa ingat Tengku Razaleigh ni lekeh sangat ka? Posted: 17 Nov 2011 02:30 AM PST Tidak Layakkah Tengku Razaleigh Jadi PM? Oleh Mohd Sayuti Omar TOKOH Umno yang menjadi dalang dan bertindak sebagai producer bersama di sebalik penayangan video lucah di Cercosa Seri Negara membabitkan Anwar Ibrahim, Abdul Rahim Tamby Chik mendedahkan beliau ada maklumat pihak tertentu merancang untuk memprojekkan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri. Menurutnya beliau ada maklumat yang pihak tertentu berusaha mempelawa ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk jadi perdana menteri sekiranya pembangkang menang. Katanya bagi menjayakan usaha itu pihak terbabit sedang mengenal pasti sekurang-kurangnya 20 ahli politik Melayu berpengaruh bagi bertanding di beberapa kawasan tertentu. Kawasan yang menjadi pilihan ialah kawasan majoriti kaum yang ditandingi UBN. Menurut bekas Ketua Menteri Melaka itu jika usaha ini berjaya ia akan mewujudkan keadaan 50:50 diantara BN dengan Pakatan Rakyat. Di mana suasana ini membolehkan Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon PM bagi menyelamatkan kaedaan. Menerima apa yang Rahim kata itu, ia boleh dianggap sebagai satu teori atau formula untuk mengatasi kemelut politik negara ketika ini jika keadaan dikatakan itu berlaku. Tidak mustahil dengan suasana dan perkembangan hari ini, kedudukan – pencapaian pilihan raya umum ke 12 tahun 2008 masih kekal. Dalam kata lain status quo yang ada akan kekal. Sekiranya ini berlaku ia akan menjadi keadaan bertarik tali di antara BN dengan Pakatan Rakyat. Dalam suasana terjempit beginilah seorang calon atau pihak yang bakal menjadi alternatif diperlukan. Kalau Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon, watak itu rasanya tidak salah kerana semua orang kenal siapa beliau. Beliau dikenali bukan saja di negara ini tetapi dunia luar juga. Kehebatan dan kepakarannya ialah dalam bidang ekonomi dan kewangan. Bahkan dari segi senioriti dan juga wibawa, beliau jauh berwibawa daripada dua perdana menteri sebelum ini. Tetapi sayang nasib tidak menyebelahi politik beliau. Negara sebenarnya kerugian lebih 10 tahun waktu kemuncak era pembangunan Malaysia. Kita tidak mahu menafikan apakah teori itu akan berlaku, munasabah atau tidak. Dalam politik semua tidak mustahil dan pemainnya harus bijak mengatur strategi untuk berjaya dan mencapai cita-citanya. Untuk mencapai kuasa dalam politik orang politik perlu menjadi persis nelayan yang akan menggunakan apa jua kaedah dan alatan untuk memerangkap ikan di lautan dalam. Kalau itulah caranya di pihak Tengku Razaeligh, ia tidak menjadi kesalahan. Beliau sendiri sudah tidak berharap kepada Umno lagi kerana parti itu baginya sudah jauh dari matlamat perjuangan asal. Bagaimana pun sebagai seorang yang setia kepada parti, bekas menteri kewangan itu akan tetap bersma dengan Umno dan tidak akan serit dan letih untuk memulihkannya demi orang Melayu dan negara. Baginya Umno lebih sentimental daripada Semangat 46. Bagaimana pun apa yang menyesalkan kenapa Rahim harus perlu mempertikaikan usaha pihak tertentu itu. Apa hak beliau. Katanya teori itu tidak boleh dipakai kerana perancangan berkompromi seperti itu boleh menggugat kestabilan politik dan menjadi pemerintanh negara ke tahap lemah pada masa akan datang. Kestabilan politik, politik mana... politik Umno? Arif juga Rahim tentang itu. Tetapi pelik kalau Rahim memperakui perancagan itu yang meletakkan Tengku Razaleigh sebagai host, boleh melemahkan Umno kenapa bekas naib Presiden kanan Umno suatu masa dulu itu dibiarkan begitu sahaja. Umno telah menjadikan Tengku Razaleighs sebagai kupang tembaga. Setelah Tengku Razaleigh dirisik orang baru terasa kehilangan. Kenapa jadi mengelabah pula dan beriya berkempen agar menolak usaha itu. Sekiranya Tengku Razaleigh tidak layak untuk menjawat jawatan itu, masakan masih ada sebilangan cerdik pandai dan rakyat mengharapkan itu dari Tengku Razaleigh? Akhir-akhir orang ramai seakan melupai akan usia Tengku Razaleigh, mungkin disebabkan keadaan Umno yang berkucar kasir dan hilang identiti awalnya. Saya yakin Tengku Razaleigh sendiri sudah tidak pelahap untuk mengejar jawatan itu. Kalau pun dia bercakap mengenai politik atau turun padang adalah misi untuk membantu politik bangsa dan negara tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Misalnya penubuhan Angkatan Amanah Merdeka (Merdeka) adalah sebagai wadah atau platform untuk membolehkan beliau memberi pandangan kritis kepada Umno itu sendiri dan juga pihak lain. Rahim harus ingat Tengku Razaleigh tidak keluar dari Umno. Umno adalah parti pilihannya. Kalau pun yang cuba menyingkirkan beliau ialah kalangan para 'berjois' dari Umno sendiri. Para pembodek yang tidak mempunyai nili diri dan kekuatan peribadi saja yang tetap merasakan Tengku Razaleigh sebagai pencabarnya. Mereka ini adalah yang tidak mengenal diri sendiri dan buta warna alam politik. Tindakan Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46, adalah pengorbanan paling bsar buat Umno, kahsnya Mahathir bin Mohamad. Bayangkan kalau Semangat 46 masih hidup sewaktu Anwar dipecat, mungkin Tengku Razaleigh suah menjadi PM. Tetapi takdir telah ditentukan bahawa sebelum Mahathir pecat Anwar (yang kemudian mendatangkan musibah), Semangtat 46 sudah pun dibubarkan. Melihat realiti itu seakan Mahathir hanya menanti Tengku Razaleigh bubar Semangat 46 saja untuk bertindak ke atas Anwar. Kepada Rahim Tamby Chik dan mereka yang menerima teori itu jangan resah dan gelisah. Tidak perlu ada kempen memburukkan Tengku Razaleigh atau merendahkan usaha itu. Sebagai sebuah parti yang berpengalaman Rahim dan Umno harus serahkan kepada rakyat. Sama ada Tengku Razaleigh layak, masih relevan atau tidak untuk menjadi orang nombor satu negara, serahkan saja kepada rakyat. Tengku Razaleigh sendiri pernah mengakui dia sedia menjadi hamba rakyat. Dari sisi lain kebimbangan Rahim itu memberi petanda bahawa gerakan pihak yang mahu menjadikan Tengku Razaleigh sebagai PM, menunjukkan bahawa imej dan keperibadian anak raja Kelantan itu ternyata lebih baik dan sempurna dengan bakal-bakal perdana menteri selepas Haji Najib dan tokoh Umno lain termasuk juga Rahim Tamby Chik. |
Cerita pasai Mahathir lagii... kahkahkah... Posted: 17 Nov 2011 01:30 AM PST Mahathir tak layak bercakap pasal bersatu Oleh Subky Latif ISU orang Melayu tidak bersatu bukan suatu yang baru. Ia telah diperkata oleh UMNO sejak Tunku Abdul Rahman Putra masih ada. Masa itu Parti Semangat 46 sedang bertenaga. Tunku dan Tun Hussein Onn terkeluar dari UMNO (Baru). Para pemimpin UMNO (Baru) menjaja isu apa yang dikatakan perpecahan orang Melayu. Mereka kononnya amat bimbang. Sama seperti yang Dr. Mahathir masih bimbangkan hari ini. Kalau sebelumnya dikatakan Melayu itu berpecah antara UMNO dan PAS saja, kita itu sudah dijadi tiga dengan adanya S46. Menjawab Tunku yang naik pentas PAS masa itu, adanya orang Melayu dalam berbagai parti, bukan tanda perpecahan tetapi ia dibenarkan oleh demokrasi. Dr. Mahathir mengulang lagi, sekarang orang Melayu bukan sekadar berpecah antara PAS dengan UMNO, malah ada pula KITA dan lain-lain. Dulu PAS tak berkawan dengan DAP. Hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC. Tetapi UMNO kata ia bimbang. Sekang mungkin bimbangnya bertambah kerana PAS berkawan pula dengan DAP. Tetapi asas bimbang itu sama dulu dan sekarang. Masa Dr. Mahathir berkuasa dulu, perpecahan orang Melayu bukan sekadar antara PAS dan UMNO. Melayu juga berpecah kepada Semangat 46, Berjasa yang ditaja oleh UMNO dan Hamim pimpinan Tan Sri Asri yang direstui oleh Dr. Mahathir. Sama saja dengan sekarang ada KITA dan PKR. Tetapi adanya KITA itu samalah dengan adanya S46, Berjasa dan Hamim dulu. Adanya sekejap saja dan adanya seperti tak ada saja. Beza sekarang ada PKR yang kedudukannya lebih kuat dari S46. Katakanlah keadaan itu tidak baik pada orang Melayu, maka ia banyak disebabkan oleh politik Dr. Mahathir sendiri. Apa untungnya PAS berada dalam BN? Perpecahan Melayu itu dapat diredakan, malah ia seperti hampir bersatu. Tetapi yang memecahkannya ialah Dr. Mahathir sendiri. Berseteru semula PAS dengan UMNO. Angkara siapa? Jika tidak baik, Dr. Mahathirlah yang menjadikan begiu. Kemudian berpecah pula orang Melayu kepada Berjasa dan Hamim. Siapakah yang mendorongkan wujudnya parti itu? Jangan kata Dr. Mahathir tidak ada peranan. Kemudian tinggal PAS dengan UMNO semula kerana Berjasa dan Hamim ada seperti tidak. Tetapi gara-gara politik Dr. Mahathir memecah belahkan UMNO, muncul pula S46. Orang Melayu terbagi tiga pula. Dari dua jadi tiga. Jangan kata ia bukan angkara Dr. Mahathir! Selepas S46 hilang stamina Melayu kembali berpecah kepada dua semula. Tetapi Dr. Mahathir berkarinah lagi. Ditendangnya pula Anwar Ibrahim dari Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Ia menyumbang kepada keadaan yang ada sekarang. Anwar dan penyokong-penyokongnya dalam UMNO membentuk PKR. Apakah keadaan yang ada ini suatu yang tidak baik bagi orang Melayu? Kalau ia satu malapetaka kepada bangsa Melayu, maka antara orang yang menjadikannya begitu ialah Dr. Mahathir. Punca besar perpecahan itu dalam setiap kejadian adalah dari Dr. Mahathir. Jika dia tidak tendang PAS dari BN, mungkin BN itu boleh menjelma mejadi sebuah parti dominan orang Melayu. Tetapi kerana politik gilanya memperbodohkan Tun Hussein Onn, orang tua terpengaruh lalu menendang PAS. Dato Asri, Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz tidak boleh disalahkan. Mahathir mesti belajar menyalahkan dirinya sendiri. Kalau dia marah orang Melyu jadi begitu, dia kena marah dirinya dulu. Kalau dia menangis, itulah tagis buaya. Tangis yang sudah tidak ada erti. Katakanlah orang Melayu betul berpecah. Yang melebar dan memperkuat perpecahan itu ialah diskriminasi kerajaan UMNO terhadap orang PAS dan anak-anaknya. Orang Islam dan orang PAS yang tidak bersama UMNO dilihat sebagai orang Melayu kelas tiga. Orang Melayu kelas satu ialah UMNO yang menyokong Perdana Menteri. Melayu kelas dua yang tidak menyokong Perdana Menteri dan Presiden UMNO. PAS adalah Melayu kelas tiga. Amalan diskriminasi UMNO itu lebih memecahkan orang Melayu dibandingkan dengan kewujudan beberapa parti Melayu. 22 tahun dia berkuasa dia tidak dapat buat apa-apa untuk menyatukan orang Melayu. Sepanjang masa dia memecahkan orang Melayu. Yang layak baginya bukan menyesali perpecahan itu tetapi menyesali dirinya tidak buat apa-apa untuk menyatukan orang lain. |
Bapak ada jawatan, anak suka hati ikut setan... Posted: 17 Nov 2011 12:00 AM PST Kau Ingat Ko Anak Tok Sidang, Boleh Main Seks Sesuka Hati Gambar hiasan ALOR GAJAH: Tindakan seorang pegawai syarak sebuah tanah rancangan Felda, di sini yang menahan sepasang kekasih yang disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik sebelum didakwa membebaskan mereka menimbulkan rasa kurang senang beberapa penduduk yang membuat laporan itu, malam kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia awal 20-an bersama pasangannya berusia 18 tahun ditahan penduduk serta Imam satu Felda berkenaan selepas didapati berkhalwat dalam sebuah rumah. Penduduk, Qasha Umar, 28, berkata, penduduk terpaksa mengambil masa 30 minit sebelum menyerbu masuk ke dalam rumah disyaki selepas mendapat maklumat mengatakan terdapat sepasang kekasih sedang berdua-duaan. Katanya, ketika serbuan dilakukan, mereka terkejut apabila mendapati seorang wanita tua dipercayai ibu kepada remaja terbabit sedang tidur di bahagian tengah rumah sebelum pasangan itu keluar dari bilik kira-kira 15 minit kemudian. Qasha yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan Felda berkenaan berkata, selepas 15 minit berbual dengan wanita terbabit, muncul seorang lelaki berusia awal 20-an berpura-pura menggaru kepala diikuti remaja perempuan itu. Selepas diperiksa, pihaknya mendapati lelaki terbabit adalah anak kepada seorang sidang kampung dan tangkapan itu adalah yang kedua dilakukan. "Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas lelaki terbabit, kami terkejut apabila dimaklumkan lelaki itu sudah berada di dalam bilik remaja perempuan itu sejak jam 10 malam. "Mereka mengaku sudah melakukan perbuatan itu berulang kali biarpun ibu pasangannya berada di rumah dan berjanji tidak akan melakukannya lagi sebelum pasangan terbabit dibawa ke balai polis berdekatan laporan penahanan," katanya. Menurut Qasha, setibanya di balai polis berkenaan, ibu bapa lelaki terbabit sudah sedia menunggu dan berbincang sesuatu dengan Imam satu yang juga pegawai syarak sebelum anak mereka dilepaskan sekali lagi begitu sahaja. "Dalam hal ini, kami memang tidak berpuashati dengan cara pegawai syarak dan Tok Sidang berkenaan mengambil jalan mudah melepaskan anak sendiri yang melakukan maksiat tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang. "Sebagai ahli jawatankuasa keselamatan di felda ini, saya berharap perkara maksiat seperti ini perlu dipandang serius bukan sebab dia saudara kita atau anak kita, maka boleh dilepaskan tanpa tindakan," katanya di sini, semalam. Sementara itu, Pegawai Syarak yang enggan dikenali berkata, pasangan berkenaan ditahan kerana berdua-duaan di dalam bilik namun pada masa sama ada seorang lagi wanita. "Dalam hal ini, kami sukar mendakwa pasangan terbabit berikutan keadaan itu namun mereka sudah diberikan nasihat serta akujanji agar mereka tidak akan melakukan kesalahan itu lagi," katanya. |
Sapa yang baling mercun dalam ceramah Anwar? Posted: 16 Nov 2011 10:30 PM PST Ceramah Anwar Dicemari Letupan Mercun BATU PAHAT – Satu insiden yang tidak bertamadun telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan meletupkan mercun di tempat ceramah melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di bandar ini, dekat sini, malam tadi. Insiden ini berlaku sewaktu Dr. Zulkifli Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor sedang berucap. Sebanyak dua kali cubaan dilakukan yang disifatkan satu lagi siri provokasi dengan harapan majlis ceramah pada malam tadi gagal dijayakan. Tinjauan mendapati, dua letupan kecil yang berlaku itu, salah satunya meletup berdepan dengan pentas yang turut sama diduduki Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor dan Dr. Boo Cheng Hwa, Pengerusi DAP Johor manakala satu satu lagi, begitu hampir dengan kedudukan wartawan Mtd Benut di sebelah kiri yang juga berhampiran dengan sebuah kenderaan pelbagai guna MPV berwarna hitam. (Asap berkepul-kepul sebaik saja mercun dilontar) Pada awalnya Mtd Pas Benut menyangka letupan itu mungkin berpunca daripada penyambung wayar yang digunakan penganjur bagi membekal tenaga elektrik namun ia tidak berlaku. Cemas dengan insiden ini menyebabkan pelaku berjaya melarikan diri ke semak berhampiran manakala pihak penganjur pula gagal menangkap pihak yang cuba melakukan sabotaj itu. Bagaimanapun, dilaporkan tiada sebarang kecederaan yang berlaku pada kejadian tersebut. Terdahulu, penganjur program turut didatangi rombongan daripada pihak Polis yang diketuai oleh Tuan Din bin Ahmad selaku wakil bagi pihak berkuasa untuk diadakan pertemuan. Manakala penganjur pula menghantar wakilnya iaitu peguam Hassan Karim. (Hassan Karim, Peguam berbincang dengan dua anggota Polis berpangkat besar Tuan Din bin Ahmad dan Tuan Mahazan) Perbincangan yang berlangsung selama lebih kurang 15 minit itu membuahkan hasil apabila majlis tersebut dibenarkan penganjurannya setelah Pihak berkuasa berpuas hati dengan jaminan yang diberikan penganjur tapi bersyarat. Menurut Hassan dengan katanya majlis yang berlangsung itu akan dipantau oleh pihak berkuasa dari masa ke masa bergantung kepada situasi. Beliau berkata pihaknya akan bertanggungjawab dan jika ada sebarang provokasi akan dihadapinya sehingga selesai majlis. "Saya sebagai peguam penganjur, kami adakan rundingan tadi dengan pihak Polis serba mesra, ringkas, bertukar-tukar fikiran dan cadangan. Alhamdulillah Polis beri semacam keizinan tapi bersyarat. "Polis akan pantau majlis ini. Ia bergantung kepada kita. Sama-samalah memahami tugas Polis" ujarnya kepada hadirin sebaik sahaja pihak berkuasa beredar dari tempat ceramah. Sementara itu, Anwar turut dilaporkan berkata pihaknya berasa pelik kerana sebelum ini kehadirannya ke Johor menghadapi pelbagai halangan. Sedangkan ujarnya kehadiran itu bertujuan memberi penerangan dan penjelasan sebaliknya bukan untuk menjatuhkan aib pemimpin UMNO-Barisan Nasional. "Saya nak pergi Rengit (berceramah) dihalang. Adakah saya bawa peluru berpandu. Bukan nak pergi perang !" soalnya lagi. Beliau mengulas perkara ini ekoran kedatangannya ke Pekan Rengit beberapa bulan lalu disekat sehingga jalan Batu Pahat-Pontian ditutup oleh pihak berkuasa. Anwar dalam rangka lawatannya ke negeri Johor sebelum ini telah menghadiri majlis Hi Tea anjuran Pakatan Rakyat di sebuah Restoran di jalan Tanjung Labuh sebelum bergerak ke tempat ceramah di kampung Parit Bilal, Batu Pahat. Ibn_bacoks : Syabas dan tahniah kepada Polis diatas keizinan itu. Maaf dengan prejudis terhadap pihak berkenaan. |
Gambar2 Kemewahan Istana Negara Yang Baru... Posted: 16 Nov 2011 09:00 PM PST Oleh: siasahkini Ya Allah... Mewahnya Istana Negara kita yang baru nieh!! Memukau mata Sk bila tengok gambar-gambar nieh. Istana Negara baru yang dibina dengan kos keseluruhan RM 811 juta ini. Sekali tengok... perghh!, dah macam hotel 7 bintang Burj al-Arab yang dekat Dubai tu... Sama ada ianya satu keperluan, atau pembaziran, korang nilailah sendiri... di bawah ini sekitar 40 keping gambar Istana Negara yang baru... |
Puspakom pun kena rasuah gak ka... Posted: 16 Nov 2011 07:30 PM PST Pemeriksaan Puspakom Untuk Kenderaan 10 Tahun ke Atas Perlu Rasuah? Aduan Rakyat , 15 Nov 2011, Salam…Saya mempunyai sebuah kenderaan persendirian yang berumur lebih daripada 10 tahun. Seperti yang diketahui umum, pemeriksaan Puspakom diperlukan sebelum saya boleh memperbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan tersebut. Setelah mengambil cuti dan menghabiskan sehari suntuk (antara sebabnya adalah perjalanan yang agak jauh ke Puspakom) pada hari ni (14 Nov 2011) untuk tujuan tersebut, akhirnya saya menemui jalan buntu dan tidak tahu lagi apa yang patut saya buat. Pemeriksaan yang pertama (dengan kos RM50) yang dilakukan pada awal pagi mendapat keputusan Gagal. Kegagalan ini berpunca daripada masalah alignment dan brek tidak sekata yang tidak mencapai tahap memuaskan Puspakom. Berbekalkan slip keputusan ini, saya kemudian telah pergi ke sebuah bengkel untuk memperbaiki keadaan alignment dan brek kenderaan. Saya sendiri mengawasi proses tersebut dan mendapati pihak bengkel telah melakukannya dengan memuaskan. Kos keseluruhan servis bernilai hampir RM200 (termasuk alignment, balancing, ganti brake pump, flush dan ganti minyak brek, etc.) Dengan hati yang berbunga-bunga, pada lewat tengahari saya pun sampai sekali lagi di Puspakom Padang Jawa, Shah Alam untuk pemeriksaan kali kedua (RM50). Keputusannya: Gagal. Sebab gagal: Alignment dan masalah brek. Kedua-dua sebab yang sama seperti pada pemeriksaan kali pertama. Saya menunjukkan resit bengkel. Jawapan pihak Puspakom: Cuba cari bengkel lain! Soalan saya: Berapa bengkel yang perlu saya masuk sebelum kenderaan saya boleh lulus pemeriksaan Puspakom? Berapa ratus ringgit saya perlu habiskan di 3, 5, atau 10 bengkel, dan berapa ratus ringgit pula perlu saya habiskan untuk mendapatkan keputusan Gagal berulang-ulang kali daripada Puspakom? Dan adakah saya perlu mengambil cuti berhari-hari hanya untuk berulang-alik dari bengkel-bengkel di serata Selangor ke Puspakom? Saya tidak menyalahkan sistem komputer pemeriksaan di Puspakom, dan saya juga tidak menyalahkan sistem komputer di bengkel-bengkel. Persoalannya sekarang, bagaimana saya hendak pastikan keputusan komputer di bengkel-bengkel sama dengan keputusan komputer di Puspakom? Saya hanya boleh mencuba dari bengkel ke bengkel dengan harapan salah satu daripadanya akan memberi keputusan yang sama dengan Puspakom. Sekiranya ini sahaja penyelesaian yang ada, berkemungkinan saya akan perlu menghabiskan beribu-ribu ringgit dan berminggu-minggu masa saya hanya untuk mendapatkan keputusan Lulus daripada Puspakom. Kenapa Puspakom tidak terus saja menyediakan perkhidmatan servis di sebelah pusat pemeriksaan? Dengan penggunaan mesin dan kakitangan yang sama, sudah tentu pengguna tidak perlu lagi bersusah-payah membuat servis trial and error di pelbagai bengkel lain. Sekarang saya tidak tahu apa yang perlu saya buat. Saya bukannya orang senang (sekiranya saya orang senang, semestinya saya tidak memakai kereta yang berusia lebih dari 10 tahun!) yang boleh menghantar kenderaan ke bengkel berkali-kali sehingga dapat memuaskan pihak Puspakom. Seorang sahabat kepada kakak saya memberitahu bahawa saya perlu mendapatkan khidmat seorang runner atau 'orang dalam' untuk mendapatkan keputusan Lulus (beliau juga merupakan seorang runner), tapi saya rasa berbelah bahagi. Setahu saya, menggunakan runner biasanya melibatkan rasuah. Pada tiang-tiang di Puspakom tertera poster-poster yang melarang rasuah, tetapi nampaknya seperti hanya rasuah yang dapat menyelesaikan masalah saya ini. Saya amat benci dengan rasuah tetapi nampaknya undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan memaksa saya untuk memberi rasuah. Perlukah saya mengorbankan iman saya hanya untuk mendapatkan cukai jalan bagi sebuah kenderaan yang sudah lebih 10 tahun tidak pernah menyusahkan saya atau pengguna-pengguna jalan raya yang lain? |
Kerana duit, Zarina sanggup tanggung dosa... Posted: 16 Nov 2011 06:00 PM PST DOSA SAYA ...SAYA TANGGUNG : ZARINA Abu Nu'man 15 Nov – Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah tampak bersahaja saat diajukan isu gambar seksi di majalah FHM Indonesia edisi Oktober lalu, mengakui ia dilakukan atas pilihannya sendiri walaupun sedar akan mengundang kebencian daripada orang ramai. Ditemui ketika majlis pelancaran filem terbarunya, "Khon Malay", Zarina memberitahu dia menjalani penggambaran fotografi dua bulan lalu di Singapura selepas pihak FHM Indonesia memberi tawaran sebanyak dua kali. "Mereka pernah menawarkan saya untuk melakukan penggambaran fotografi ini sebanyak dua kali tetapi saya menolaknya sebelum ini kerana pakaian yang diberikan terlalu seksi seperti berbikini. "Kali ini saya menerima tawaran mereka kerana pakaian yang diberikan lebih tertutup walaupun menyedari kutukan dan cacian yang bakal diterima," jelas Zarina yang pernah terlibat dengan gambar-gambar seksinya yang tersebar luas di internet sekitar tahun 2008. "Terus-terang saya tidak peduli apa yang orang ingin katakan tentang diri saya. Jadi diri sendiri adalah pegangan hidup saya. Oleh itu kepada sesiapa yang ingin mengutuk atau membenci, saya tidak boleh berbuat apa-apa. "Jika masyarakat ingin bercakap buruk tentang diri saya, ia terpulang kepada mereka kerana saya yang menanggung dosa, lagipun saya dibayar USD3,500 (RM11,000) " luah Zarina. |
Posted: 16 Nov 2011 04:00 PM PST Guru Kerja 9 Jam Mulai Tahun 2012 ?Pak Menteri Tolong Baca!! Kebanyakan manusia lebih selesa berada pada 'comfort zone' mereka. Maka sudah menjadi lumrah manusia untuk menolak pembaharuan apatah lagi jika pembaharuan itu dilihat bakal mengganggu zon selesa tadi. Oleh itu, tidak hairanlah jika tindakbalas terhadap pembaharuan yang dicadangkan tersebut adalah seperti yang tertera di atas. Apapun, sebagai golongan yang rasional (profesional?), Guru tidak sepatutnya terlalu emosional ketika meluahkan pandangan Perkara ini akan dilaksanakan (diuji )di sekolah-sekolah perintis selama enam bulan. Jika maklumbalas daripada sekolah-sekolah itu menyokong pembaharuan itu, guru sebagai pelaksana dasar perlu menerimanya seperti mana guru "terpaksa" menerima dasar-dasar yang sebelumnya. Selamat bercuti kepada warga pendidikan yang bakal bercuti sempena cuti hujung tahun nanti. Kalau boleh bercuti.......isi SSPBS belum habis lagi...........persediaan untuk tahun 2012........rancangan...bertugas semasa cuti......dan di bawah ni pula "unnecessary"(emotional?) guru di sekolah SKM....... Suatu Catatan bagi SEORANG GURU BIASA . PAK MENTERI TOLONGLAH BACA NI!!!) berikut merupakan antara senarai tugas guru-guru disekolah
* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA |
Haram gunting rambut di kedai gunting bukan Islam Posted: 16 Nov 2011 02:30 PM PST Oleh: mahmod "Berdasarkan Kajian Ikut Serta yang telah dibuat sepanjang bulan Januari –Oktober 2011, terhadap kedai Gunting Rambut non-muslim disekitar Bandar Baru Bangi, Seri Serdang Dan Seri Kembangan, Puchong, Kajang, Semenyih. dan Sungai Besi, adalah haram kerana mereka 100% menggunakan berus (Putre Bristle Brush) berus janggut yang diperbuat dari bulu babi. Oleh itu wahai kaum muslimin dan muslimat berhijrahlah ke kedai gunting rambut yang ISLAM dan terjamin HALAL lagi berkat terutama boleh menjana ekonomi umat ISLAM sendiri. Boikot kedai gunting rambut Non muslim mulai sekarang." |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan