Khamis, 27 Oktober 2011

shalehudin

shalehudin


Caya lah Zul, macam pinang dibelah kapak... kahkahkah...

Posted: 27 Oct 2011 09:19 AM PDT

Tak dak sapa pun yang terkejut dengan perlantikan Zul Kulim sebagai naib presiden Perkasa yang baru dalam Perhimpunanan agung PERKASA hari ini. Malah ramai yang terhibur dan merasakan Perkasa ja lah tempat yang amat sesuai dengan gelaran untuk Zul Kulim, Ahli Parlimen bundle nih...

Memang sesuai sekali, bagai pinang dibelah ngan kapak. Akhirnya, yang ditunggu telah tiba bilamana Zul Kulim telah dengan rasminya dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi Perkasa Muhammad Zahid Md Arip. Lebih menusuk kalbu bila usul berkenaan diluluskan sebulat suara.

Zulkifli (empat dari kanan) mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad.

Perkasa ni adalah koleksi orang-orang lama Umno yang kini dah tak laku dipersada politik Umno. Mereka-mereka ni bukan ditolak Umno tapi tak diendahkan. Bagai melukut ditepi gantang, ada ngan tak dak tak jadi hal punya. Koleksi ni lah yang mendominan Perkasa tika ini.

Jadi elok sangat la, Zul termasuk sekali dalam himpunan orang-orang camni, selain bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin serta seorang lagi bekas angggota kabinet Datuk Khalid Yunus serta juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah juga hadir sebagai jemputan. http://shalehudin.blogspot.com/

Tiada ulasan: