Addin |
- Rahsia Gaddafi Yang Kita Tidak Tahu.. (2)
- Industri Hotel Di Melaka Bakal Gulung Tikar
- Laporan Audit : Shafie Afdal Wajar Letak Jawatan
- Laporan Audit : Insuran Bot Melaka River Cruise Di Perbaharui W'pun Sudah Rosak
Rahsia Gaddafi Yang Kita Tidak Tahu.. (2) Posted: 27 Oct 2011 09:03 AM PDT Mengapa Saya Tidak Kutuk Gaddafi - Tukar Tiub Tuan yang saya muliakan: [TT] Tuan menulis kepada saya dan bertanya kenapa saya memberi penghormatan kepada Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis dan mengutuk Kolonel Gadaffi. Tuan terus bertanya dan menghambat dengan soalan kenapa saya bersimpati dengan seorang ditaktor yang telah merampas kuasa semenjak tahun 1969. Tuan bertanya apakah saya tidak tahu bahawa selama 42 tahun ini Libya tidak pernah melihat kepimpinan selain dari Kolonel Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis tentang kezaliman yang berlaku di Libya. Tuan yang saya muliakan, Saya juga disedarkan bahawa Kolonel Gadaffi ini telah memberi pembelajaran percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti di Libya. Saya juga sedar bahawa Gadaffi memberi warga Libya perubatan percuma. Saya juga sedar yang Gadaffi telah menggunakan duit minyak petrol untuk membuat rumah dan memberikan secara percuma kepada warga Libya. Saya juga sedar Gadaffi memberi sokongan kepada banyak perjuangan pembebasan antarabangsa pada tahun-tahun 70'an dahulu. Sokongan dana dan diplomatik untuk PLO, Japanese Red Army, IRA dari Ireland Utara, ETA dari Sepanyol – termasuk juga menyokong dan memberi dana dan senjata kepada Moro National Liberation Front dari Mindano. Dalam masa yang sama - saya amat sedar bahawa ruang demokrasi amat sempit di Libya. Saya sedar Gadaffi memerintah Libya tanpa ada pemilihan. Gadaffi naik tahtha kerana rampasan kuasa. Dalam hal ruang demokrasi saya tidak bersama menyokong Gaddafi. Malah ketika Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), ABIM, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Melaya (PBMUM) - mengangkat dan menjulang Kolonel Gadaffi pada tahun tujuh puluhan dahulu – saya secara sinis telah mentertawakan kumpulan kumpulan ini. Ketika ini Gaddafi sedang menjual agama dengan Buku Hijaunya. Gadaffi membuat Buku Hijau kerana Pengerusi Mao pada ketika itu ada Buku Merah. Saya tersenyum sinis apabila melihat kumpulan-kumpulan Islam amat senang ditipu. Saya perhatikan mereka memiliki kecetekkan fikrah dan gagal untuk memahami konsep ruang demokrasi yang lebih luas. Ini berlaku lebih dari 30 tahun dahulu. Ini ketika saya telah bangun menyokong perjuangan adil rakyat Vietnam. Kita saya menyokong pejungan rakyat Kamboja. Kita kami anak muda keluar ke jalan raya untuk bersetiakawan dengan rakyat Palestine dan warga Afrika Selatan. Ketika ini anak muda seluruh dunia sedang bangun melawan kuasa imperialis Anglo-Amerika. Biar saya jelaskan disini. Saya tidak pernah menghalalkan apa sahaja bentuk kezaliman. Sama ada kezaliman yang dilakukan kerana idealoji kiri seperti di Russia dan di China, atau kerana dogma agama di Iran dan Pakistan atau atas nama keselamatan seperti di Malaysia dan di Israel. Kezaliman adalah kezaliman tidak kira dari mana datangnya. Yang dizalimi tetap terseksa. Tuan yang saya hormati, Disini biar saya luaskan pandangan siasah agar kita bukan hanya memahami Gaddafi dengan Buku Hijaunya atau dengan Libya wujud tanpa pilihanraya. Saya ingin membuka wacana yang lebih luas. Dalam bahasa German, saya ingin membuka wacana realpolitik – politik yang dieja dengan huruf k. Saya harapkan apa yang saya huraikan ini akan membuka fikrah kita bersama untuk melihat tanda dan makna politik yang sedang berlaku dihadapan mata kepala kita. Tuan yang saya hormati, Libya ialah anggota OPEC – negara pengeluar minyak. Ertinya Libya negara kaya. Ertinya jika duit minyak tidak digunakan secara membazir. Atau digunakan hanya untuk isteri Gadaffi membeli intan berlian dari kedai Jacob di New York atau membeli beg tangan Jane Birkin – sudah pasti warga Libya tidak hidup lumayan. Ini tidak berlaku di Libya justeru pendapatan warga Libya adalah yang tertinggi di Afrika. Sebagai anggota OPEC kelihatan Libya dibawah pimpinan Kolonel Gadaffi selalu membantah keputusan dan cadangan OPEC yang diajukan oleh Saudi Arabia. Arab Saudi sering mengajukan dasar pengeluaran minyak yang tidak akan menggangu gugat sistem ekonomi kapitalis yang dikepali oleh Amerika Syarikat. Saudi mahu harga minyak petrol terus rendah. Amat jelas - Raja Saudi adalah budak suruhan Amerika yang paling setia. Raja Saudi akan menjaga kepentingan ekonomi kapitalis Amerika lebih baik dari menjaga Makam Nabi. Dasar Saudi yang pro Amerika inilah yang sering ditibai oleh Gadaffi. Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah dalam politik antarabangsa Gadaffi ini ialah sosok anti imperialis. Justeru sokongan Libya terhadap gerakan pembebasan antarabangsa pada tahun tahun 70an dahulu wajib dilihat dalam konteks ini. Kerana anti imperialis ini Gadaffi ialah ' budak jahat' dalam kitab rujukan Rumah Puteh. Kolonel ini tidak disukai oleh kuasa Anglo-Amerika. Kolonel Gadaffi tidak disukai oleh Shell, Esso, BP atau Cheveron Oil – kerana semua syarikat ini dikekang dari masuk menjarah minyak di Libya. Dalam pandangan geopolitik kaum imperialis dan kaum pemodal antarabangsa Gaddafi telah membuat beberapa kesalahan. Biar saya terangkan kesalahan Gadaffi ini. Kesalahan-kesalahn inilah yang membuatkan bala tentera NATO datang menyerang Libya dan membunuh Gadaffi. Tuan yang saya muliakan biarkan saya senaraikan satu demi satu kesalahan Kolonel Gadaffi ini. Di harapkan tuan akan terbuka mata dan hati untuk memahami siasah dunia dengan lebih lengkap. Jika tuan memahami ini maka saya berharap tuan memahami kenapa saya menyokong Gadaffi. Pertama: Gaddafi telah mengeluarkan dana lebih dari 300 juta dolar Amerika untuk membuat sistem Satelit Afrika. Sistem satelit ini membolehkan 42 negara-negara Afrika berkomunikasi bebas dari kongkongan sistem komunikasi syarikat-syarikat Eropah. Saban tahun sebelum adanya sistem Satelit Afrika ini – negara negara Afrika terpaksa membayar 500 juta dolar satu tahun harga sewaan. Gaddafi membebaskan negara Afrika. Kaum pemodal antarabangsa lesap mata pendapatan sebanyak 500 juta dolar setahun. Kedua: Gadaffi telah merancang untuk menubuhkan AMF – African Monetary Fund. Lembaga AMF ini berperanan seperti International Monetary Fund (IMF)– meminjamkan dana untuk negara Afrika yang memerlukan. Bezanya AMF ini bukan untuk mencari keuntungan. AMF ini bukan untuk memberi hutang atau menjadi Along untuk negara Afrika. AMF bertujuan membebaskan negara-negara Afrika dari sistem penjajahan ekonomi yang sedang memiskin benua ini. Lembaga AMF ini juga akan mewujudkan Central Bank of Africa yang beribu pejabat di Abuja Nigeria. Ini bererti nilai duit Afrika bukan lagi ditetapkan oleh dolar, bukan lagi ditetapkan oleh pound sterling atau ero. Dengan wujudnya Central Bank of Afrika ini maka putuslah penjajahan ekonomi kaum pemodal antarabangsa dengan benua Afrika. Gadaffi juga akan mewujudkan Africa Bank of Investman a yang beribu pejabat di Libya. Tujuan bank ini ialah untuk mencari modal dan melabor di negara-negara Afrika. Semua lembaga keewangan ini akan diwujudkan pada tahun 2011. Semua perancagan telah berjalan dengan lancar. Semua perjanjian telah ditanda tangani. Kini semuanya tinggal impian. Kini semuanya dimusnahkan oleh serangan Nato. Ketiga: Kuasa imperial Anglo-Amerika tidak mahu Afriak bebas. Kuasa imperialis mahu rakyat Afrika terus bodoh dan dibodohkan. Ramai warga Afrika datang belajar di Libya. Sistem pembelajaran pecuma di Libya menjadi ancamaan kepada kaum pemodal. Bertambahnya warga Afrika yang bijak bermakna berkurang pula pengaruh kuasa pemodal antarabangsa di Afrika. Justeru, kaum pemodal antarabangsa mahu Afrika terus diperintah oleh para ditaktor seperti Mobutu Sese Seko, Idi Amin Dada atau Emperor seperti Bokasa. Melalui Lolonel Gadaffi kesatuan African Union menjadi satu organisasi yang bukan sahaja beretorik tetapi berupaya melakukan sesuatu. Melalui duit minyak Gadaffi telah menyalurkan dana yang banyak ke negara-negara Afrika. Ini dilihat oleh kaum pemodal sebagai satu yang bahaya. Sebagai satu ancaman. Bahaya kerana jika Afrika bangun membina negara mereka sendiri maka kaum pemodal antrabangsa dan kehilangan tempat untuk merompak dan menjarah kekayaan. Tuan yang saya hormati, Tiga pekara yang telah dilakukan oleh Gadaffi ini telah dengan terang-terang menentang kepentingan kaum kapitalis antrabangsa. Semua ini adalah jenayah Gadaffi terhadap kaum pemodal antrabangsa. Semua ini adalah kesalahan Gadaffi terhadap imperialis Anglo-Amerika. Jelas, apa yang saya tuliskan bukan jenayah Gadaffi terhadap warga Libya. Ini bukan bermakna Gadafy ini seorang sosialis – tidak. Apa yang Gadaffi lakukan ialah secara jujur dia ingin membebaskan Afrika dari cengkaman kaum pemodal antarabangsa. Tuan yang saya hormati, Pekara yang saya tulis ini tidak akan dilaporkn oleh CNN, BBC, New York Times , Washington Post atau pun Utusan Melayu. Tidak ada media arus perdana yang berani menyentuh pekara ini. Laporan yang kita baca, dengar dan tonton hanya menyatakan bahawa warga Libya telah bangun menentang Kolonel Gadaffi. Apakah ini betul? Saya hanya ada satu pemintaan kepada tuan yang saya hormati. Sila cari gambar, sila cari klip di YouTube, sila selidiki semua media dunia – adakah pernah tuan ternampak beribu-ribu anak anak muda berkumpul menentang Gadaffi seperti di Dataran Tahrir? Adakah tuan pernah terlihat gambar puluhan ribu rakyat Libya berdemo menentang Gadaffi seperti demo Bersih 7 Julai dahulu? Atau ternampak gambar beribu-ribu anak anak muda berdemo dan terus bermalam berminggu-minggu di Benghazi? Tidak. Tuan jangan membuang masa. Imej ribuan anak muda Libya berdemo ini tidak wujud. Kerana bukan warga Libya yang bangun menyerang kerajaan Gadaffi. Yang datang menyerang ialah soldadu upahan Amerika dan jet pengebom Nato yang bertungkus lumus siang dan malam menyerang Libya. Sejarah Libya ini tidak tamat disini. Saya akan sambung lagi minggu hadapan.(TT) Tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN terbaru Addin : Semoga kita tidak hidup dalam terkeliru dan terpinga-pinga. Moga Allah S.W.T menunjukkan dan memandukan kita ke jalan yang benar. Semoga Allah S.W.T mengampuni dosa-dosa beliau dan seluruh umat Islam.. Wallahualam.. | ||
Industri Hotel Di Melaka Bakal Gulung Tikar Posted: 27 Oct 2011 12:14 AM PDT
Kerajaan pimpinan Ali Rustam semakin dihimpit masalah kewangan sehinggakan mengenakan caj warisan bagi hotel dalam Melaka. Adakah industri perhotelan Melaka akan gulung tikar ekoran daripada caj yang dikenakan oleh kerajaan negeri yang sedikit sebanyak mengurangkan pelancong menginap di hotel. Berikut adalah ketidakpuasan pihak hotel terhadap kerajaan negeri mengenai caj warisan yang dikenakan terhadap hotel-hotel dalam Melaka. Tiga persatuan hotel enggan membayar caj warisan sebanyak lima peratus bagi semua jenis hotel yang ditetapkan kerajaan negeri berkuat kuasa September lalu. Tiga persatuan itu ialah Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA) dan Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO). Pengerusi MBHA, Hendon Puteh berkata, keputusan mengarahkan pemilik hotel membayar caj warisan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dua bulan sekali itu tidak munasabah. Menurutnya, caj itu dianggap membebankan pelancong yang berkunjung ke negeri itu terutama pada cuti hujung minggu dan cuti umum. ''Keputusan yang dibuat kerajaan negeri amat mengejutkan kerana pelanggan terpaksa membayar dua caj iaitu enam peratus cukai kerajaan dan tambahan lima peratus caj warisan," katanya dalam sidang akhbar di Hotel Casa De Rio di sini semalam. Lebih membebankan kata Hendon, caj itu dikenakan mengikut jumlah hari pelanggan menginap. ''Keadaan ini boleh menyebabkan pelanggan mengurangkan tempoh menginap dan mungkin juga ada di antara mereka yang akan membatalkan hasrat menginap di hotel kerana bayaran yang membebankan," katanya. Pengarah Eksekutif MAHO, Shaharuddin M.Said menyifatkan keputusan mengenakan caj tambahan itu boleh menjejaskan industri pelancongan di negeri ini. ''Walaupun mendapat keuntungan lebih sedikit melalui caj itu tetapi untuk jangka masa panjang semua pemilik hotel akan mengalami kerugian besar apabila pelancong enggan datang ke sini'' katanya. Sehubungan itu katanya, tiga persatuan itu ingin mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. Katanya, setakat ini sebanyak 137 ahli persatuan hotel bajet sebulat suara enggan melaksanakan caj warisan sebanyak lima peratus itu. | ||
Laporan Audit : Shafie Afdal Wajar Letak Jawatan Posted: 26 Oct 2011 08:07 PM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa agar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal atau lebih sinonim dengan gelaran 'Menteri Pelesit' meletakkan jawatan jika masih bermaruah kerana Skandal MARA dan KEMAS yang didedahkan Ketua Audit Negara melibatkan kementeriannya. Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi mencabar Shafie membuktikan bahawa dakwaan Ketua Audit Negara tidak benar dan semua operasi MARA dan KEMAS mengikut akauntabiliti kerajaan. "Jika selama ini KKLW dan menterinya dianggap sebagai 'Penjenayah Kolar Putih' yang dilindungi undang-undang kerana terus melaksanakan projek BELB menggunakan Bateri Asid Plumbum Makanan yang berbahaya untuk kanak-kanak, kini lebih memalukan apabila menjadikan nasib kanak-kanak Tabika KEMAS lebih teruk daripada khinzir yang diternak dikandang," kata Citra yang kesal kerana kepincangan tadbir urus KKLW menyebabkan agensi di bawahnya melakukan kekejaman moral dan penderaan fizikal terhadap kanak-kanak. Selain diberi makanan tidak berkhasiat dan bertaraf 'sampah', kata Citra, Kanak-kanak Tabika KEMAS tidak diberi vitamin selama lebih dua tahun, sedangkan khinzir yang diternak di kandang diberikan vitamin yang mencukupi. Mengikut Laporan Audit 2010, KEMAS tidak membeli Multivitamin pada 2009 kerana silap urus dan peruntukan RM2.77 juta dikembalikan begitu sahaja disebabkan mereka tidak mempunyai pengalaman dalam bidang e-bidding. Tetapi pada 2010, berlaku lagi kesilapan apabila kontraktor dilantik menarik diri kerana kesilapan meletakkan harga serendah RM3.68 juta dan dipersetujui menteri KKLW tanpa sebarang tindakan terhadap pembekal terbabit. Sehubungan itu Jabatan Audit Negara berpendapat, kegagalan perolehan tender bagi tahun 2009 dan 2010 telah mengakibatkan kesemua kanak-kanak Tabika KEMAS tidak dibekalkan multivitamin dan ini boleh menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat bekalan vitamin bagi pertumbuhan dan perkembangan minda mereka. "Jika isu perolehan MARA dan KEMAS gagal ditangani Kementerian yang selama ini layak digelar 'Pembunuh Kanak-Kanak' (bateri plumbum) maka adalah tidak mustahil isu pembangunan dan projek 'Top-Up' mampu dilaksanakan KKLW secara ekonomi, efisyen dan efektif," kata Citra yang kesal kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus menerus melindungi menteri Kabinet BN yang rasuah dan menyalahguna kuasa./sabahkini | ||
Laporan Audit : Insuran Bot Melaka River Cruise Di Perbaharui W'pun Sudah Rosak Posted: 26 Oct 2011 06:16 PM PDT Bot Tak Daftar dan Dilesenkan : Semakan Audit mendapati 9 buah bot penumpang yang dibeli antara bulan Mei hingga September 2009 masih belum didaftar dan dilesenkan. Bot-bot ini telah beroperasi tanpa lesen yang sah untuk tempoh 13 hingga 17 bulan. Hasil teguran Audit, Perbadanan telah mengambil tindakan dan kesemua 9 buah bot tersebut telah dilesen dan didaftarkan pada 1 November 2010. Insuran Bot Diperbaharui Walaupun Bot Telah Rosak : Semakan Audit mendapati Bot Tun Teja telah diinsurankan untuk tempoh 8 Julai 2009 hingga 29 Julai 2011 dengan bayaran premium berjumlah RM3,464 walaupun telah rosak sejak awal tahun 2009. Keadaan bot Tun Teja yang rosak adalah seperti di gambar (atas). Kos Penyenggaraan Bot Dibayar 2 Kali : Semakan Audit terhadap baucar bayaran penyenggaraan bot MRC pada tahun 2009 mendapati pembekalan aksesori bagi bot Puteri Hang Li Po dan Hang Lekir telah dibayar sebanyak 2 kali berjumlah RM12,312. Kutipan Bagi Tiket Hop-On Hop-Off : Semakan Audit mendapati pengambilan tiket dan penyerahan wang kutipan hasil tidak direkodkan. Semakan lanjut menunjukkan hasil kutipan jualan tiket HOHO bagi tempoh Jun hingga Disember 2010 yang diserahkan ke kaunter berbeza sejumlah RM17,970 berbanding bilangan tiket yang dikeluarkan kepada ketua jurumudi. Hasil Jualan Tiket Digunakan Untuk Perbelanjaan Tunai: Semakan Audit selanjutnya terhadap rekod kutipan pada 31 Mei 2010, 1 Jun 2010 dan 5 Jun 2010 mendapati hasil kutipan berjumlah RM43,867 digunakan untuk perbelanjaan tunai semasa Pesta Sungai Melaka walaupun telah menggunakan sistem e-Ticketing. Blog PJ Melaka |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan