Khamis, 27 Oktober 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Anya Corke Mungkin SAMAN Pemfitnah PENCABUL BUAH DADA

Posted: 27 Oct 2011 07:54 AM PDT

Anya Corke kini merupakan seorang pelajar falsalah dan sastera Russia di Wellesley College, Amerika Syarikat. Beliau pernah memenangi empat kali juara catur Hong Kong, dan beliau adalah seorang pemain catur grandmaster semenjak tahun 2004.


Lahir di Amerika Syarikat dan berpendidikan di sekolah Kennedy dan West Island, Anya Corke tidak pernah pergi ke Pulau Pinang, tidak pernah bersekolah di Malaysia dan tidak pernah bertemu dengan remaja berusia 16 tahun yang dituduh, Marcus Lim Whai Khai, iaitu anak lelaki kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Apabila minggu lalu. selepas gambarnya yang diambil daripada pertandingan catur di Austria, tetapi gambar papan dan buah catur telah disunting keluar – mula muncul di dalam blog-blog di Malaysia dengan perkataan yang menunjukkan dia tela dicabul. Bersebelahan dengan gambarnya adalah Marcus dengan kata-kata "pencabul buah dada".

Blogger-blogger UMNO, parti politik terbesar di negara ini yang mewakili kaum Melayu menimbulkan fitnah ini dengan mendakwa Marcus telah mencabul gadis berusia 16 tahun di SMJK Heng He di Georgetown, Pulau Pinang, menggunakan pengaruh bapanya untuk melepaskan dirinya daripada dihukum guru-gurunya dan membayar RM200,000 kepada keluarga mangsa untuk menutup mulut mereka.

"Saya tidak pernah berjumpa atau dengar sesiapa yang terlibat. Saya tidak ke sana selama tujuh tahun dan bingung dengan siapa mereka mengaitkan saya," kata Corke. "Pada satu pagi seorang kawan saya dari menghantar mesejdan memberitahu saya telah terlibat dengan konspirasi politik dan saya sangat terkejut. Ia berlaku secara tiba-tiba."

Ditanya samada dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli-ahli politik yang menimbulkan khabar angin itu, ibu Anya, Mei Sun berkata: "Sebagai ibunya, saya akan melihat pilihan yang ada untuk membelanya daripada perkara-perkara seperti ini."

Lim Guan Eng berkata bahawa UMNO dan ahlinya seperti Novandri Hasan Basri dan Khairy Jamaluddin telah menyebarkan khabar angin itu melalui blog dan Twitter.

Walaupun selepas Lim mengeluarkan kenyataan tersebut, Khairi Jamaluddin – Ketua Pemuda UMNO – masih tidak insaf dan men-tweet kepada ahli DAP: "Bro, apa yang pemimpin BN dan keluarganya kena daripada pihak pembangkang lebih teruk lagi."

MICHELLE YEOH Bakal CEBURI Politik Malaysia?

Posted: 26 Oct 2011 07:08 PM PDT

Jika seorang artis seni, Datuk Michelle Yeoh, yang baru-baru ini menarik perhatian dunia kerana melakonkan watak pejuang kebebasan Myanmar Aung San Suu Kyi dalam filem The Lady akan menyertai politik Malaysia tidak lama lagi, siapakah yang akan menjadi pilihannya?.

Menurut sina.com, pelakon superstar dari Malaysia itu sedang menimbangkan akan melibatkan diri dengan serius di dalam politik Malaysia dan akan menyertai pilihan raya umum akan datang.

Bekas gadis Bond tersebut masih belum membalas jawapan kepada Daily Chilly yang meminta penjelasannya mengenai perkara itu.

Tetapi ketika ibu bapanya dihubungi, - Datuk Yeoh Kian Geik dan Datin Janet Yeoh menafikan mempunyai apa-apa maklumat tentang cita-cita politik anak perempuan mereka itu.

"Saya tidak fikir dia akan (menceburi politik)," menurut ayah kepada Datuk Yeoh, yang merupakan seorang ahli politik yang dihormati di Ipoh, Perak. "Dia tidak pernah mencaritakan apa-apa kepada saya, tetapi saya akan tanya kepadanya."

Menyuarakan pandangan yang sama, Datin Janet berkata sambil ketawa: "Saya telah mendengar berita ini daripada kawan-kawan saya, dan saya rasa ia lucu. Saya tidak tahu bagaimana cerita itu muncul. Anak perempuan saya tidak pernah membincangkan mengenai politik dengan saya...."

Tiada ulasan: