Rabu, 26 Oktober 2011

shalehudin

shalehudin


Bahana kalau hidung kena cucuk... haha...

Posted: 25 Oct 2011 11:33 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang sengaja dilewatkan 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 oleh Bee End pada 7 Okt lalu telah mendedahkan lebih kelemahan dan kegagalan pengurusan pentadbiran kerajaan Bee End dan ini merupakan satu perkembangan yang mengaibkan negara.

Janji hanya tinggai janji... Sungguhpun Piem Umno Datuk Seri Najib mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi.

Tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan.

Tradisi laporan ketua Audit Negara mengetengahkan pelbagai kelemahan ― lebihan perbelanjaan, projek gagal dilaksanakan, pengurniaan projek tanpa melalui tender dan ketiadaan penyenggaraan sewajarnya termasuk ke atas Stadium Nasional dan Stadium Putra di Bukit Jalil.

Menurut Anwar, antara projek dan aktiviti tersebut adalah:

― Kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4 peratus daripada pencapaian objektifnya.

― Kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi. Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri.

― Kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan. Program penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak dilaksanakan oleh tiga syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd.

Mengikut perjanjian penswastaan, jalan persekutuan yang perlu disenggarakan setakat 14 Julai 2003 ialah sepanjang 1,326km dan telah meningkat kepada 1,566km setakat 31 Disember 2009. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaan jalan persekutuan adalah kurang memuaskan walaupun sejumlah RM462.46 jua telah dibelanjakan untuk penyenggaraannya bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010.

― Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan.

Laporan Ketua Audit Negara turut menyentuh Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua berjumlah RM60 bilion yang dilancarkan pada 10 Mac 2009 bertujuan merangsangkan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat.

Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu tahun 2009 dan 2010 dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion. Sehingga 31 Disember 2010, Kementerian Kewangan telah mengagihkan RM13.23 bilion kepada 27 kementerian/jabatan/skim untuk melaksanakan 51,560 projek.

Daripada jumlah yang diagih, hanya RM10.09 bilion (76.3 peratus) telah dibelanjakan melibatkan 49,169 (95.4 peratus) projek. Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2010 terhadap sembilan program di enam kementerian/jabatan yang melibatkan 201 projek mendapati kesemuanya telah siap dilaksanakan dengan bayaran berjumlah RM426.69 juta kecuali satu projek iaitu Pembinaan Jambatan Sungai Padas Kedua, Beaufort, Sabah.- TMI

Keajaiban dalam bencana di Turki

Posted: 25 Oct 2011 08:15 PM PDT

 
Gempa bumi itu yang berlaku di Ercis, Turki pada Ahad lalu telah meruntuhkan lebih 2,000 bangunan dan menyebabkan 366 orang terbunuh. Bagaimanapun, boleh dikatakan satu keajaiban telah berlaku bilamana bayi perempuan berusia dua minggu dikeluarkan dari celah-celah runtuhan sebuah bangunan apartmen 72 jam setelah gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda timur Turki.

Imej-imej di televisyen semalam menunjukkan beberapa anggota penyelamat yang memakai pakaian berwarna oren bertepuk tangan semasa bayi berkenaan dikeluarkan dari celah-celah runtuhan. Seorang anggota penyelamat mengendong bayi dalam keadaan bogel itu yang bernama Azra Karaduman.

Bayi itu kemudian dibalut dengan selimut dan diserahkan kepada anggota-anggota paramedik. Ibu bayi itu mendakap bayi tersebut di dada semasa para anggota penyelamat menemui mereka. Mereka turut melakukan usaha untuk mengeluarkan ibu bayi itu termasuk neneknya yang masih hidup.

"Saya amat teruja. Apa lagi yang perlu saya perkatakan. Biarkan Tuhan membantu mereka," kata seorang lagi nenek bayi itu, Sevim Yigit kepada Reuters.

Menurutnya, bayi itu dilahirkan dua minggu lalu. - Agensi

 
 
 

Tiada ulasan: