Addin |
- KSN Tidak Risau Berbelanja Lebih.. Apa Kejadah Kenyataan Macam Ni?
- Ada Rahsia Besar Umno BN Cuba Sembunyikan Dalam Laporan Audit 2010?
- Rahsia Gaddafi Yang Kita Tidak Tahu..
- " Saya Yang Bunuh Gaddafi "
KSN Tidak Risau Berbelanja Lebih.. Apa Kejadah Kenyataan Macam Ni? Posted: 26 Oct 2011 09:30 AM PDT Hari ini terbahak-bahak ketawa semua kakitangan awam yang tidak dapat kenaikan gaji bukan kerana gembira, tetapi ulasan KSN berkenaan dengan audit oleh Ketua Audit Negara. Tok KSN tidak risau kalau berbelanja lebih dan harga pembekalan tidak ikut harga patut, tetapi risau kalau laporan audit disediakan tidak lengkap. Apa sudah jadi ni? Sebanyak RM3.78 Billion di dalam tulisan menggambarkan hanya peruntukan tambahan seolah RM3.78 ringgit sahaja. Mengapa tidak ditulis dengan angka audit dan perakauanan yang betul supaya orang kampung tahu ianya seperti berikut: RM3,780,000,000.00 sahaja peruntukan tambahan. Berapa banyak kosong dan akan mengosongkan perut kita rakyat Malaysia. Baru laporan audit yang betul. Anda fahamkah kenapa hanya ditulis juta atau billion, ini bagi mengaburi mata masyarakat yang tidak faham Billion itu apa. Huhuhu…sekali lagi dikelirukan selepas subsidi bohong dari kerajaan BN. Apabila diulas oleh Ketua Audit Negara mungkin KSN tidak baca dengan tepat, bahawa KAN memberitahu bahawa tender tertutup yang membekalkan barangan nilainya lebih 4 kali ganda dari nilai pasaran atau dalam bahasa perniagaan ialah 400%. Di dalam hukum Islam muamalat harga itu tidak wajar dan boleh diletakkan di dalam katagori HARAM. Di mana Ustaz Zahirudin yang mahir tentang Muamalat untuk menasihati petender-petender kerajaan dalam tender tertutup untuk menasihatkan para peniaga muslim ini. Mengapa tidak wujud di dalam perbincangan perniagaan Islamik? Sebagai seorang KSN yang power di dalam kakitangan kerajaan sepatutnya KSN membuat siasatan setelah diutarakan oleh KAN. Pastikan petender-petender dan juga syarikat yang mendapat tender disiasat oleh SPRM. Sementara itu kepada petugas penjaga tender di jabatan-jabatan yang terlebih budget mestilah digantung untuk siasatan lanjut. Ini baru jawapan yang rakyat dan kakitangan awam mahukan. Seandainya jawapan seperti yang KSN jawab tadi seorang pekerja N17 seperti saya juga mampu membuat ulasan terhadap teguran Ketua Audit Negara. Saya betul-betul hairan, mengapa sebuah kerajaan yang dikatakan telus dan sentiasa dipantau oleh SPRM masih ada lagi ketirisan kewangan. Jangan tanya Tok Najib, apa perlu buat. Jika begitu lebih baik, tanya sahaja pada Kak Ros yang lebih mahir. Semoga KSN ambil tindakan drastik, kerajaan sudah tiada duit lagi. Gaji kami semua tidak naik, elaun pun dah macam nak kena tarik balik. Banyangkan jika semua kakitangan awam ambil cuti sebulan dari meja penyambut tetamu sampailah kepada meja CC, apa akan jadi. Menteri, KSN dan PM yang buat kerja. Sekarang KSN mesti kena fikirkan sebenarnya budget yang terlebih guna iaitu RM3,780,000,000.00 adalah duit kenaikan gaji kami dan bonus kami. Jika KSN sudah tidak mampu bertugas, ramai lagi PTD yang menanti KSN untuk jamuan perpisahan. Semoga KSN insaf dan bertindak tegas agar mereka yang melakukan penyelewengan diambil tindakan. Ramai lagi orang yang menganggur di luar sana menanti untuk jawatan tetap di dalam agensi kerajaan. alumnihmsb@yahoo.com Addin : Kalau macam ni punya kenyataan..wajib letak jawatan.. | ||
Ada Rahsia Besar Umno BN Cuba Sembunyikan Dalam Laporan Audit 2010? Posted: 26 Oct 2011 07:31 AM PDT Sekali lagi Laporan tahunan Ketua Audit Negara (KAN) mendedahkan penyelewengan, kepincangan, keborosan dan keraguan dalam sistem pentadbiran khususnya berkaitan kewangan. Mungkinkah ada bukti-bukti lain yang lebih besar disembunyikan dari pengetahuan umum. Ini kerana Laporan ini terlebih dahulu diserahkan kepada kabinet sebelum didedahkan kepada Parlimen dan umum. Sedangkan menurut perlembagaan Malaysia Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan menyebut LKAN perlu disediakan oleh ketua audit negara dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum dibawa ke Dewan Rakyat. "Perkara ini salah dan saya percaya boleh dibawa ke mahkamah. Dalam perlembagaan, di mana ada kabinet disebut (terlibat)? Lagi pun, kabinet sebahagian daripada player," kata Professor Abdul Aziz Bari "Secara logiknya juga, kalau bentang pada kabinet, buat apa perlu ada (jawatan) ketua audit negara." Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang pada 21 Oktober lalu menjelaskan, sejak 1982, LKAN dimaklumkan kepada kabinet sebelum dibentangkan supaya kerajaan dapat mengetahui isu yang dibangkitkan dan bersedia memberi penjelasan apabila diperlukan. Beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat baru-baru ini mempersoalkan ketiadaan laporan itu semasa pembentangan Belanjawan 2012, antaranya anggota parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang mahu perdana menteri menjelaskan kelewatan itu./mutaligat Addin : Addin percaya ada perkara penyelewengan yang lebih besar di sembunyikan oleh Umno BN dalam Laporan Audit 2010. Jikalau tidak kenapa berlaku kelewatan dalam pembentangannya? Kenapa perlu melalui kabinet terlebih dahulu, sedangkan hanya perlu diserahkan kepada Yang Di Pertuan Agong terlebih dahulu. Ini terang-terang satu penderhakaan oleh kabinet Umno BN... membelakangi Yang Di Pertuan Agong. | ||
Rahsia Gaddafi Yang Kita Tidak Tahu.. Posted: 26 Oct 2011 02:35 AM PDT Ketika kita mengatakan Moammar Qaddafi adalah taghut, diktator, , murtad, sekuleris, sosialis, penyambung Musthafa Kemal Ataturk, Fir'aun, dan Musailamah al-Kadzab dari Libya, banyak kalangan terkejut, kaget, dan kebingungan. Tidak sedikit pihak yang marah, benci, mengumpat, dan balas melemparkan tuduhan . Misalnya tuduhan anjing NATO, pro USA, pro-Barat, teroris, fundamentalis, radikalis, Wahhabi, antek Saudi, dan seterusnya. Namun, tahukah Anda siapa sebenarnya Moammar Qaddafi itu? Berikut Menyingkap Rahsia Kelam Sosok Qaddafi, bagian pertama. Mereka hanya mengenal Qaddafi dari kegarangannya mengkritik rejim-rejim negara Arab yang memang boneka AS dan Barat. Mereka mengerti jati diri Qaddafi dari sesumbarnya untuk membebaskan Palestin, melawan AS dan Barat, atau menjatuhkan rejim-rejim diktator di negara-negara Arab. Mereka memahami sosok Qaddafi dari permusuhannya kepada AS, Barat, dan zionis Israel. Mereka mengenalinya dari julukan Barat kepadanya sebagai teroris, , pelopor revolusi di dunia ketiga, musuh Barat, anti Barat, dan julukan lainnya yang kerap menghiasi media massa. Sosok Qaddafi yang meledak-ledak melaluiy pidato berapi-api di pertemuan Negara Liga Arab, atau Majlis Umum PBB, itulah standard mereka memberikan pandangan SANGAT POSITIF kepada Qaddafi. Bagi mereka, Qaddafi adalah pahlawan dunia Islam. Mereka tentu saja tidak banyak mengetahui kejahatan dan kekafiran Qaddafi yang dilakukannya secara terang-terangan, dan berulang kali, dengan penuh kebanggaan diri, tanpa rasa malu dan canggung sedikit pun. Mereka tentu saja tidak meneliti kejahatan dan penghinaan Qaddafi terhadap Allah SWT, Rasulullah SAW, Al-Qur'an, as-Sunnah, syariat Islam, dan ibadah-ibadah mahdhah dalam Islam. Mereka tentu tidak mengerti betapa lembaga-lembaga dakwah dan keilmuan Islam berskala internasional telah mengeluarkan fatwa dan himbauan serta dakwah kepada Qaddafi untuk bertaubat dari seluruh kekafiran yang ia telah lakukan. Mereka tidak mengerti, puluhan ulama dari berbagai negara telah memfatwakan kekafirannya. Mungkin mereka juga tidak mengetahui, selama puluhan tahun masa kekuasaannya, ribuan muslim dan muslimah Libya telah mengalami penindasan luar biasa kejam dari Qaddafi. Mulai dari penangkapan, penyiksaan, pembunuhan, pemenjaraan, pemerkosaan, dan seterusnya. Aktivis dakwah dan jihad yang memperjuangkan syariat Islam dikejar-kejar dan ditindas. Banyak tokoh dan aktivis harus melarikan diri ke luar negeri untuk menghindari kekejamannya. Selama 42 tahun masa kekuasannya, dakwah Islam mengalami masa-masa kelam. Kita akan mengambil referensi penulisan dari buku karya Syaikh Abdurrahman bin Hasan Al-Libi, seorang ulama dan mujahid Libya yang berjihad fi sabilillah bersama mujahidin Libya (Jama'ah Islamiyah Muqatilah, Libya) melawan rejim taghut Qaddafi. Buku yang diterbitkan pada bulan Dzulhijah 1418 H (1997 M) tersebut diberi judul Qaddafi Musailamatul 'Ashr (Qaddafi, Musailamah Moden ) dan diberi kata pengantar oleh seorang ulama besar dan mujahid Libya, Syaikh Abu Mundzir As-Sa'idi Al-Libi. Sungguh sebaik-baik dan setepat-tepat sumber adalah para ulama Libya sendiri yang bertauhid, berdakwah, dan berjihad fi sabilillah, karena mereka puluhan tahun menjadi saksi langsung atas seluruh kekafiran dan kekejaman Qaddafi./tenteraislam Addin : Yang Addin tau.. semasa pemerintahan Gaddafi, beliau suruh menghilangkan ayat 'Qul' dalam setiap ayat-ayat Al-Quran.. ini apa hukumnya? | ||
Posted: 25 Oct 2011 06:06 PM PDT
"Kami menangkapnya," kata petempur dalam video tersebut seperti dikutip Daily Mail, Senin (24/10/2011). "Saya memukul wajahnya. Sejumlah pejuang lain ingin membawanya pergi dan saat itulah saya menembaknya, dua kali: di wajah dan di dada." Untuk membuktikan klaimnya, petempur itu kemudian memamerkan apa yang tampaknya merupakan kemeja yang berlumuran darah milik Khadafy, lalu menunjukkan cincin emas yang ia katakan ia ambil dari jari mantan penguasa lalim yang sudah tak bernyawa itu. Klaim sensasional itu muncul bersamaan dengan video paling jelas dan paling mengerikan saat Khadafy dipukuli secara kejam pada waktu penangkapannya, yang kini muncul di dunia maya. Video itu menunjukkan diktator yang berlumuran darah itu setelah ia dikeluarkan dari tempat persembunyiannya di Sirte, kota kelahirannya. Ia lalu ditendang dan ditinju oleh para penangkapnya. Dengan meneriakkan "Allahu Akbar", dan suara tembakan senapan serbu dalam latar belakang, para petempur itu menganiaya Khadafy yang mengalami pendarahan di sebuah lahan kosong dan memasukkannya ke sebuah truk yang sedang menunggu. Dalam adegan gila-gilaan itu, para pemberontak menghujani pukulan terhadap mantan pemimpin Libya itu. Mereka menarik dia dengan menarik rambutnya dan menyepakkan debu ke wajahnya. Khadafy yang terluka tampaknya tetap diam, berupaya untuk bertahan dari serangkaian pukulan yang mengarah ke wajah dan kepalanya. Pada awal film itu terdapat animasi digital yang menyatakan bahwa itu merupakan hasil karya Freedom Group TV. Menurut halaman Facebook grup itu, mereka merupakan "kelompok jurnalis warga (yang) misinya membiarkan dunia tahu apa yang terjadi di Libya". Tidak ada petunjuk di halaman Facebook atau situs mereka tentang siapa yang mungkin berada di balik kelompok itu atau yang mendanai pekerjaan mereka. Dua video tersebut, yaitu pengakuan pemuda yang menembak Khadafy dan tentang adegan mengerikan yang terlihat jelas, muncul sehari setelah pemimpin baru Libya, Perdana Menteri Mahmoud Jibril, mengatakan ia berharap penguasa lalim yang dibenci itu tetap hidup agar bisa diadili. Apa yang tampaknya merupakan eksekusi singkat terhadap Kolonel Khadafy minggu lalu itu telah menodai reputasi Pemerintah Libya yang baru. Aliansi internasional dari Dewan Transisi Nasional (NTC) telah mendesak pemerintah baru itu untuk melakukan penyelidikan./kompas |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan