Rabu, 26 Oktober 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Gitar amal Wakaf Che Yeh batal kerana tekanan Kementerian Kesihatan.

Posted: 25 Oct 2011 10:27 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Sori geng. Gitar Amal Wakaf Che Yeh terpaksa dibatalkan ekoran tekanan Kementerian Kesihatan. Semalam bini gua keluar cecair. Sebab gua bodoh bab2 ni (anak sulong), gua pun pergi check di HUSM. Risau beb.

"Salam. Nak bertanya ni. Saya tak tahu sebab anak sulong. Isteri keluar cecair. Saya takut air ketuban ke apa ke. So, nak check. Tapi kalau bukan, dan lambat lagi, saya nak bawa dia balik."

"Minta buku merah."

"Eh.. dah lebih due 3 hari. Register isteri di bahagian kecemasan sana, yer."

"Tapi kalau takda apa2, boleh bawa balik tak?"

"Mana boleh. Dah masuk, mana boleh nak bawa balik. Keputusan kat doktor."

"Saya just nak pasti jer. Sebab isteri ada keluar air. Tapi tak sakit apa2 pun. Kalau takda apa2, saya nak bawa balik. Nanti bila betul2 nak bersalin baru saya bawa."

"Kena check dulu. Dan bila dah check, tak boleh bawa balik ikut suka. Result pada doktor. Kalau baby lemas cane?"

Pendek story, isteri gua belum terbuka lagi. Doktor tahan bini gua (masuk wad) sebab over due. Bermakna Kementerian Kesihatan beri tekanan kepada gua untuk membatalkan acara gitar amal. Sorry la bro...

p/s : Aniwei... thanks pada kerajaan BN kerana kemudahan kesihatan kepada rakyat. Ianya sangat2 bernilai kepada gua. Terasa sangat2. Harap kerajaan pengganti BN akan buat yang lebih baik lagi. Kalau berlaku sebaliknya, suasana politik selepas BN membuatkan gua boleh cari Menteri Kesihatan sampai opis. Lu upah la samseng Rusila pun.

Tiada ulasan: