Jumaat, 21 Oktober 2011

shalehudin

shalehudin


Video kecederaan teruk Gaddafi sebelum dibunuh

Posted: 21 Oct 2011 09:00 AM PDT

TV kita rela tayang video seks dari video nih...

Posted: 21 Oct 2011 08:25 AM PDT

Mai kita pakat gelak kat KJ... kahkahkah...

Posted: 21 Oct 2011 05:57 AM PDT

Khairy tunjuk belang: Bila semua gagal, seks dan seks lagi

Oleh Douglas Tan

Dalam kurang daripada 140 abjad, Khairy Jamaluddin mungkin telah menghancurkan peluangnya dan UMNO untuk meraih sokongan golongan atas pagar dan sederhana Malaysia kepada Barisan Nasional di Pilihanraya Umum akan datang.

Beliau telah melakukan dosa besar politik dengan mencemuh bukan lawan politiknya, tetapi anaknya. Cuma budak sekolah, apa yang telah dilakukan oleh Lim Junior untuk menerima fitnah seperti itu? Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang mempunyai semua hak untuk menjadi marah di atas perbuatan keji ini.

Adalah satu hal apabila blogger-blogger pro-UMNO menyebarkan pembohongan dan fitnah di Internet. Ianya uma tersebar ke penonton terhad. Ahli politik memang dijangka menghadapi ritikan setiap hari. Malahan boleh dikatakan kritikan akan membuatkan seseorang itu lebih kuat.

Tetapi, untuk memberi pukulan kepada budak berumur 16 tahun, ini bukanlah lagi perlawanan yang adil. Tiada siapa yang dapat bertoleransi dengan serangan ke atas anak seseorang, samada di pihak kerajaan atau pembangkang. Apabila seorang ahli pembangkang menghentam anak seorang ahli parti pemerintah, di mana anak itu tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya sendiri, ianya haruslah dikutuk. Sama juga dengan keadaan sebaliknya.

Sederhana benar atau tipu

Sekarang ini, Khairy Jamaludin berada dalam keadaan merbahaya. Sebagai Ketua Pemuda UMNO, beliau telah menunjukkan imej sederhana dan pembawa perubahan di dalam parti yang telah kehilangan nilai-nilai mereka dalam usaha mengekalkan kuasa.

Beliau seorang yang muda, berpendidikan tinggi dan boleh bertutur dengan baik, mewakili generasi baru dunia politik di negara ini. Kita juga tahu beliau seorang ayah yang kasih kepada dua anaknya. Bayangkan sekiranya salah satu daripada anak lelakinya berada di posisi Lim Junior. Tidakkah dia akan marah? Kita akan terkejut sekiranya tidak.

Tetapi kenapa pula beliau bertindak menambah minyak pada api dengan dua tweet, pertama pada hari semalam di mana beliau merespon tweet daripada seorang blogger pro-UMNO "@PapaGomo" yang berbunyi "Mungkin dia hancurkan Kampun Buah Pala untuk diganti dengan Kampung Buah Dada", yang boleh dilihat sebagai serangan ke atas Lim Junior.

Pilih lawan sama saiz

Di sebalik penjelasan bahawa budak perempuan itu bukan dari kelas yang sama dengan Lim Junior pun, Khairy tidak berlembut. Dalam responnya apabila diminta untuk meminta maaf, beliau membela komentar dengan men-tweet "Bro, apa yang pemimpin BN & keluarga mereka terima daripada pembangkang lebih teruk lagi. Jangan jadi hipokrit" menjawab kepada Liew Chin Tong dan Satees Muniady. Saya menjawab, melalui @douglast86 "kerana pemimpin BN sedih di atas serangan lalu mereka boleh menjustifikasi serangan ke atas anak LGE?"

Secara peribadi, saya takut impak daripada kedua-dua pihak menuduh masing-masing bermain politik kotor, anak-anak akan dibabitkan bersama. Ini adalah sangat jijik, dengan setiap ibu bapa menghentam perbuatan seperti ini, tidak kira hubungan politik mereka.

Adakah kita nampak Khairy yang sebenar? Bagaimana dengan pembawa perubahan dan cahaya masa depan UMNO? Bolehkah Khairy yang sebenar berdiri?

Sekarang beliau menghadapi kesukaran untuk membaik pulih imej partinya. Mohon maaf harus dipinta, tetapi beliau harus berusaha lebih lagi untuk memadam peristiwa ini daripada memori rakyat. Semoga Tuhan memaafkannya di atas provokasi dan serangan terhadap anak yang tidak bersalah. Di masa hadapan, ingat peraturannya dan pilih lawan sama saiz.

- Douglas Tan adalah seorang pembaca Malaysia Chronicle

Bila la hang ni nak besaq KJ oii... kahkahkah...

Posted: 21 Oct 2011 02:30 AM PDT

Khairy - jadilah seorang dewasa

Oleh Aspan ALias

Khairy Jamaludin mempertahankan tindakan mengisukan anak Lim Guan Eng dan beliau menuduh pengkritik beliau sebagai hipokrit. Ramai yang mengkritik Khairy kerana menurut setengah pihak tindakan Khairy itu merupakan tindakan desperado UMNO.

Lebih memeranjatkan lagi banyak pihak ialah isu itu diperbesarkan oleh Khairy dan beberapa blogger pro UMNO.

Kalau orang lain dari Khairy memanglah tidak memeranjatkan tetapi ianya datang dari Khairy seorang pemimpin UMNO yang agak mempunyai kelas yang agak jauh tingginya dari ramai pemimpin yang lain. Isu seperti ini selalunya hanya permainan pemimpin yang bukan setaraf dengan Khairy.

Tetapi UMNO tetap UMNO, kerana UMNO itu merupakan parti yang tidak mampu membina kepimpinan sebaliknya boleh merosakan orang bijak pandai untuk menjadi jumud pemikiran dan merendahkan kredibiliti mereka. Yang ada di dalam barisan kepimpinan UMNO itu kebanyakan mereka adalah mereka yang tinggi kelulusan akedamik mereka.

Tetapi oleh kerana terpengaruh dengan cara dan budaya UMNO mereka menjadi jumud dan lemah pemikiran mereka dari masa kesemasa. Penyakit UMNO ini rupanya sangat 'contagious' kerana seorang yang hebat seperti Khairy pun boleh dihinggapi oleh penyakit ini.

Itulah sebabnya saya berkali-kali menulis dan memberitahu siapa yang membaca blog ini bahawa ramai di antara pemimpin dalam UMNO itu ibarat ikan mati. Ikan mati sentiasa terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan jika ikan mati itu dikeluarkan dari laut iakan itu akan jadi ikan masin.

Sebaliknya ikan yang hidup jika dikeluarkan dari lautan yang 'environment'nya masin, ikan itu tidak masin tetapi merupakan ikan 'fresh' yang enak dimakan. Di sebaliknya ikan masin hanya diletakan di bibir pinggan sahaja dan di cubit-cubit sedikit untuk menjadi pembuka selera sahaja.

Saya berharap Khairy hanya melakukan kesilapan sahaja, bukannya kesalahan. Orang muda julung berkeris memang begitulah. Seorang anak muda yang sudah pandai memegang dan bermain keris selalunya akan mudah melayangkan langkah untuk berkeris dan kadangkala batang pisang pun disanggahnya.

Walau bagaimana pun saya tetap mengiktiraf Khairy sebagai pemimpin masa depan yang masih ada di dalam UMNO. Walaupun UMNO masih belum tentu mendapat mandat seterusnya dari rakyat. Saya yakin Khairy akan menjadi pemimpin walaupun UMNO itu berkemungkinan berada di pihak pembangkang, sebagaimana ramalan ramai termasuk mereka dari dalam UMNO sendiri.

Sebagai anak muda tentulah ada kecenderungan untuk melakukan kesilapan. Khairy ibarat seorang yang meniti permatang sawah; jika tergelincir kedalam lopak sawah cepat-cepat naik di permatang dan teruskan perjalan politik nya. Insyaalah Khairy akan sampai juga akhirnya ke penghujung permatang sawah yang jauh itu.

Hanya saya ingin memberikan pandangan sedikit. Isu yang diguna pakai oleh Khairy ini memanglah satu isu yang tidak sepatutnya digunakan oleh seorang yang berkelulusan dari university terkenal dunia.

Biarlah orang yang masih mempunyai mentaliti sekolah atap sahaja yang memainkan isu kelas rendah ini. Jaga nama universiti terkenal itu dengan baik. Saya pernah bercita-cita untuk belajar di universiti itu tetapi tidak kesampaian kerana saya tidak cukup kepandaian untuk kesana.

Khairy mesti elak dari di anggap oleh orang ramai sebagai garam yang tidak diperlukan dalam quantiti yang banyak. Bukan kah selalu chef-chef masakan berkata, 'bubuh garam sesedap rasa' sahaja. Lain-lain perkataan Khairy akan hanya di anggap sebagai garam, gunanya untuk menyedapkan rasa masakan sahaja dan tidak lebih dari itu.

Ayuh Khairy, cepat-cepatlah jadi seorang dewasa.

Najib, Anwar... mana lebih jantan...

Posted: 21 Oct 2011 12:30 AM PDT

Najib, Anwar Tunjukkan Kejantanan Anda

Oleh Mohd Sayuti Omar

SYABAS Akademik Pak Sako Universiti Malaya kerana mengambil inisiatif untuk menjadi penganjur kepada debat Bajet di antara Menteri Kewangan, Najib Razak dengan bekas Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim. Menurut laporan, akademik berkenaan akan menguruskan jemputan kepada kedua-dua pihak untuk tujuan itu, Jumaat ini.

Tempat yang dicadangkan ialah di Dewan Tunku Cencelor UM. Molek benar, dewan itu banyak mencatat sejarah dalam menganjurkan debat.

Zaman UM terkenal dengan Debat Agung yang mengundang pelbagai tokoh parti politik, setiap kali diadakan debat agung dewan itu penuh melimpah ke luar.

Saya masih ingat sekitar tahun 1980-an sewaktu menjadi wartawan kecil telah berlangsung debat agung politik yang turut mengundang bekas Naib Presiden Pas, Nakhae Ahmad, manakala wakil daripada parti UBN pula ialah Allahyarham Ikhwan Nasir. Nakhae adalah tokoh Pas yang sering dihantar ke dedabat-debat seperti itu kerana kehandalan dan ilmu agama yang ada kepadan.

Malam debat itu dewan itu penuh sesak. Sejak dari petang lagi orang ramai dan mahasiswa memenuhi dewan itu sehingga melimpah ke luar.

Era itu program debat agung itu menjadi acara tahunan di universiti tersebut. Ia banyak memberi ilmu dan mendedahkan perihal politik kepada mahasiswa. Dengan adanya majlis ilmiah seperti itu telah berlaku pencerahan politik di negara ini. Ia menunjukkan ahli politik kita sedia untuk berdepan secara langsung sambil menjawab dan membalas hujah yang dilemparkan di antara satu sama lain.

Bagaimana pun acara yang saya kira teragung bagi UM yang melibatkan orang luar dihentikan apabila kerajaan gerun dan takut dengan perkembangan serta pengaruh pembangkang yang meluas di kampus universiti. Pemberhentian program itu dikira satu tindakan yang surut ke belakang. Kesurutan itu membawa sampai ke harei ini apabila Menteri Pengajian tinggi yang menjadi kampus tidak berani membuka balik tirai debat berkenaan.

Apabila Akdemik Pak Soko mengajukan itu, saya benar berharap Najib akan sedia menerima undangan Akademik Pak Sako itu. Kalau Pak Sako (Ishak Hj Muhammad) masih ada, beliau pun akan hadir, tersenyum simpul mengikut perdebatan itu. Najib boleh mempertahankan kritikan mengenai Bajet yang dibentangnya baru ini dan dalam masa sama Najib juga boleh menempelak Bajet Pakatan Rakyat yang dibentangkan oleh Anwar. Berbahaslah sepenuh hati dengan mengemukakan fakta dan hujah.

Hanya dengan cara berdepan di pentas saling jawab menjawab hujah masing-masing memberi peluang kepada umum untuk melihat siapa lebih tokoh, lebih berwibawa dan petah dalam berpidato. Serangan secara gelap kepada mana-mana pemimpin baik ke atas Najib maupun Anwar bukan boleh diambil kira dan dijadikan ukuran. Serangan ke ata speribadi secara gelap adalah sikap orang penakut.

Najib ada hujan dan sandarannya kenapa beliau membentang Bajet bernilai RM232.8 billion itu. Manakala Anwar juga ada hujahnya dengan apa yang dikemukakan dalam Buku Jingga dan juga Bajet yang dibentangkan sehari sebelum Najub bentang Bajet negara itu.

Nah berbahaslah dengan profesional dan biarkan orang ramai terutamanya mahasiswa dari jurusan ekonomi, politik dan sebagainya membuat penilaian. Kepada saya kemampuan berfikir, menyelesaikan masalah dan menguruskan negara lebih penting daripada soal moral yang dibangkitkan ke atas kedua pemimpin berkenaan. Apa lagi segala yang dibangkitkan itu mislanya mengenai liwat, pembabitan dalam pembunuhan Altantuya masih bersifat fantasia dan berbau politik hampak.

Apakah Najib bersedia? Saya kira Anwar bila-bila masa untuk berdebat kerana cabaran itu muncul darinya. Najib tidak perlu takut dan gentar. Kalau Ahmad Shabery Chik boleh berbueh mulut berdebat dengan Anwar apalah hendak ditakutkan. Lagipun Najib perdana menteri bukan menteri kontoi seperti Ahmad Shabery.

Kalau Najib menolak dengan berbagai alasan, malulah Najib kepada Ahmad Shabery. Kalau perdebatan itu diambil kira untuk menentukan siapa berhak menjadi Perdana Menteri, ini bermakna Ahmad Shabery masih berkelayakan berbanding dengan Najib.

Beranikah Najib? Tentu takut punya. Saya akan sms Mat Maslan menanyai hal ini.

http://msomelayu.blogspot.com/

Zul Kulim 8 tahun lebih bengong dari Zaid Ibarhim

Posted: 20 Oct 2011 09:00 PM PDT

Menjawab Zul dan Ahli UBN -Liwat Isteri

Alhamdulillah, tak sia-sia saya menyimpan email ini dengan sekian lamanya. Saya amat pelik dan dukacita perkara ini diulangkali yang kedua setelah Zaid Ibrahim dan masakini Zulkifli Nordin sebagai Parlimen Kulim membangkitkan isu "liwat isteri" tiada terkandung dalam enakmen hudud. Saya tidak tahu mengapa Zulkifli selaku peguam syarie yang tahu selok belok hukum islam boleh swing kononnya mahu pukul TKO "Hudud PAS".

Amat tidak adil untuk saya membidas atau menjawab persoalan ini. Maka saya bawakan khazanah inbox saya untuk tatapan umum yakni pada saudara dan saudari Muslimin/muslimat. Saya beranggapan jawapan dari email saya boleh diguna pakai untuk masakini yakni untuk orang yang sering mempersendakan hukum Allah secara sedar.

Saya berpandangan, Allah SWT menjaga kita dengan isu sekarang dengan tersimpan email saya ini sebagai rujukan saya pada satu waktu dahulu. Wa'Allahualam.

Date: Sat, 30 Aug 2003
Subject: KENYATAAN AKHBAR KETUA PENERANGAN MUSLIMAT PAS PUSAT BERKAITAN ISU " LIWAT "

Suatu yang amat malang apabila pemimpin UMNO Kelantan yang tandus dengan isu telah berani pula memainkan satu lagi irama baru berhubung dengan Perkara 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah ( II ) 1993 yang berkaitan dengan hukuman bagi kes liwat. DMPP melihat bahawa usaha ini tidak lebih daripada satu tindak balas desprado kepimpinan UMNO Kelantan dalam keghairahan untuk berkuasa semula di negeri Serambi Makkah tersebut.

Setelah sekian lama iaitu hampir 1 dekad enakmen tersebut diperkenalkan kepada khalayak hanya kini Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan tersebut iaitu Zaid Ibrahim mula membangkitkan isu berkenaan. Ini jelas menunjukkan kepada kita betapa Zaid sebenarnya tidak ikhlas dan tidak "genuine" dalam memperjuangkan isu-isu yang disebut sebagai ketidakadilan kepada isteri itu.

Bahkan ianya tidak lebih daripada satu usaha murahan untuk mencari helah dan mencari-cari kelemahan dalam kerajaan pimpinan PAS khususnya di Kelantan.Pemimpin UMNO seperti Zaid adalah manusia yang tidak berminat dengan kebenaran dan ilmu tetapi lebih berminat dengan kuasa dan populariti meski sekalipun beliau terpaksa menjadi dalang dalam menimbulkan kekeliruan serta salah faham orang ramai terhadap peruntukan syariat Islam.

Adalah sangat perlu dan wajar melihat serta memahami apa jua peruntukan dalam satu-satu undang-undang atau peraturan tersebut secara keseluruhannya bukan setakat melihatnya secara seksyen demi seksyen atau perkara-perkara tertentu sahaja secara terpisah-pisah.

Perkara 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah ( II ) 1993 yang menjelaskan : "Liwat ialah sesuatu yang merupakan persetubuhan di antara lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain isterinya yang dilakukan diluar tabii atau melalui dubur."

Adapun perkataan "selain isterinya" itu tidak pula bermakna bahawa Kerajaan PAS membenarkan seorang suami meliwat isterinya . Tetapi ianya lebih menjelaskan bahawa hukuman hudud tidak boleh digunakan ke atas sisuami yang mempunyai ikatan perkahwinan yang sah dengan isterinya dalam kes tersebut atau dengan perkataan lain peruntukan hukuman ke atas suami yang meliwat isteri bukanlah hudud tetapi dalam peruntukan ta'zir .

Bermakna tindakan suami meliwat isteri TETAP MENJADI SATU KESALAHAN tetapi peruntukan hukuman bagi kesalahannya mengikut syariat Islam tidak di bawah Hudud tetapi pesalah akan dihukum mengikut hukum Ta'zir. DMPP melihat bahawa pihak-pihak yang terbabit dalam menjaja isu ini jelas menampakkan kejahilan mereka yang sebenarnya tentang syariat Islam sebagai "the way of life". Kedangkalan ilmu yang cukup jelas berkaitan dengan sumber dan prinsip dalam perundangan Islam
serta langsung tidak dapat memahami kaedah-kedah usul fiqh yang disepakati dalam Islam.

Adalah amat malang apabila pemimpin politik dalam masyarakat apatah lagi kelompok yang mendabik dada mengatakan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam cuba pula bercakap berkaitan soal hukum atau syariat Islam tanpa terlebih dahulu memahami tasawwur Islam,asas-asas dalam Islam serta sumber dan prinsip-prinsip perundangan Islam.

Ibaratnya seorang akauntan yang bertindak mempertikaikan prosedur kerja yang diamalkan oleh seorang pakar bedah yang sedang berusaha membedah pesakitnya. Sedangkan akauntan terbabit tidak pun tahu risau mana yang patut digunakan pada masa-masa tertentu, keperluan-keperluan lain yang mesti ada semasa tempoh tersebut, sejarah pesakit yang sedang melalui proses pembedahan bahkan tidak juga mengetahui apakah sasaran yang cuba dicapai oleh pakar bedah tersebut.

Bagaimana mungkin? DMPP mengajak semua pihak untuk menginsafi bahawa syariat Islam bukanlah sesuatu yang patut dijaja secara murahan dan bukan juga semata-mata persoalan logik akal atau boleh ditafsir secara bermudah-mudah. Tetapi ianya berhubung dengan tatacara kehidupan manusia yang telah ditetapkan oleh Allah menerusi AlQuran dan kemudiannya dijelaskan secara terperinci lagi melalui sunnah Nabi SAW , Qias dan Ijma' para Ulama'.

Justeru itu, persoalan ini tidak boleh diambil ringan dan dibangkit dengan hasrat untuk menunjukkan kelemahan syariat Islam dalam apa cara sekalipun. Sepertimana contohnya tindakan tidak bertanggungjawab pemimpin UMNO Kelantan itu yang ternyata jahil lagi menjahilkan. DMPP menyeru agar setiap persoalan berhubungkait dengan agama dan syariat mestilah dikembalikan kepada ahlinya ( yakni para cerdik pandai Islam/ ulama' ) dan dibincangkan dengan penuh adab kesopanan dan taqwa yang tinggi kepada Allah SWT.

Berhubung dengan dakwaan Ketua Puteri UMNO, Azalina Said bahawa kononnya kerajaan PAS mengambil sikap lepas tangan dan memperuntukkan hukuman yang lebih ringan iaitu Ta'zir kepada suami yang meliwat isteri ; DMPP memandang bahawa sikap yang ditunjukkan oleh Azalina itu sebagai orang Islam yang tidak faham Islam bahkan ibarat seorang kanak-kanak yang senantiasa mahu dia dapat lebih.

Hukuman bukanlah hak kerajaan PAS tetapi merupakan peruntukan yang telah ditetapkan menurut kaedah dan prinsip-prinsip perundangan dalam Islam. Apa yang penting pada masa sekarang ialah pendidikan dan penjelasan berkaitan kaedah dan prinsip-prinsip itu. Bagi orang seperti Azalina dan Zaid Ibrahim, DMPP merasakan bahawa mereka boleh berusaha untuk mengambil kursus Pengajian Islam yang menawarkan subjek-subjek berkenaan di mana-mana IPTA dalam negara bagi memastikan mereka benar-benar faham dan mempunyai ilmu sebelum secara bermudah-mudah menjadi juara menjaja kes rumahtangga muslim yang sebenarnya mempunyai tempat yang lebih sesuai untuk dimuzakarahkan bersesuaian dengan perkembangan-perkembangan masalah semasa baitul muslim (kekeluargaan Islam ) itu sendiri. Di situlah neraca akhlaq dan ketinggian adab mahkluk yang bergelar manusia.

Akhirnya DMPP menyeru kepada semua wanita Islam di Malaysia agar tidak mudah diseret sama oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memanipulasikan tafsiran kepada peruntukan dalam Perkara 16 itu. Di samping mengingatkan kepada semua wanita Islam Malaysia agar jangan sampai berlaku akhirnya nanti wanita Islam di Malaysia pula bangkit memohon satu peruntukan undang-undang yang baru bagi kesalahan suami merogol isteri sepertimana yang telah digunapakai oleh masyarakat sekular Barat hanya kerana mereka menjadi seorang Islam yang tidak lagi memahami agamanya .

YB. Sen. Siti Zailah Mohd. Yusof
Ketua Penerangan DMPP
29 Ogos 2003"

Video mayat Muammar Gaddafi

Posted: 20 Oct 2011 08:00 PM PDT

Pandai jilat, boleh la dok sampai berkulat...

Posted: 20 Oct 2011 07:00 PM PDT

Salam,
Betoi la kata orang sekarang nih... kena pandai-pandai kalau nak hidup. Sapa pandai jilat, boleh la pegang jawatan sampai berkulat.

Bolg ni bukannya nak sokong Prof Aziz Bari secara meng'khinzir buta' tapi tindakan UIA bagi dia surat tunjuk sebab dan sekaligus menggantung tugas. Apa hal ni sampaikan nak pijak kaki ke UIA pun dah tak boleh... Kata negara kita dah Merdeka, Merdeka taik kucing hampa lagu ni...

Tindakan menggantung tugas yang depa henyak kat Prof Aziz Bari merupakan sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita... kerana tindakan ini lebih pada tindakan mengampu tak kena gaya.... Tak dak asas ilmu langsung... sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta... Fakta perlu dilawan fakta bukan bagai sang gedebe tunjuk kuasa... Bukan fakta dilawan dengan laporan Polis...

Aku sokong kenyataan Dr Asri dalam hal ni yang mengkritik tindakan mengampu yang UIA buat ni adalah tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik... Kepimpinan UIA sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik.

"UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia, telah bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran," kata Dr Asri lagi...

Foto-foto mayat Gaddafi

Posted: 20 Oct 2011 05:00 PM PDT

 
 
 
 
IMEJ yang dirakam menunjukkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi cedera parah sebelum disahkan terbunuh dalam serangan pejuang revolusi di bandar kelahirannya, Sirte, Tripoli, hari ini.- sumber

Aziz Bari: Macam British hukum Tok Janggut

Posted: 20 Oct 2011 03:30 PM PDT

Muhammad Kamil Abdul Munim UIAM

Tidak sukar untuk kita memahami amalan demokrasi di negara ini. Dosa besar dalam amalan demokrasi di Malaysia ialah berkata benar kepada pemimpin. Arak, judi, zina, bukan lagi 'dosa'. Budaya ini mengimbau kembali kepercayaan Melayu kuno terhadap Sultan iaitu sebagai jelmaan tuhan di bumi. Ini jahil dan amalan jahiliyah ini perlu dihapuskan.

Kenyataan Professor Dr Abdul Aziz Bari yang disiarkan di laman berita Malaysiakini telah mencetuskan kemarahan mereka yang jahil tentang peranan sultan sebagai ketua agama Islam berikutan kenyataan Sultan Selangor mengenai serbuan ke atas gereja yang dilakukan oleh Jais baru baru ini. Mereka ingin dilihat sebagai Melayu sejati yang mebela ketuanan Melayu walhal tindakan sedemikian boleh dikategorikan sebagai tindakan 'bodoh' atau 'kurang cerdik' dalam bahasa yang lebih sopan.

Menyamakan titah sultan sebagai titah tuhan adalah syirik. Sultan bukan nabi atau malaikat. Mereka ialah manusia biasa yang diciptakan dari setitis air mani sama seperti manusia lain, mempunyai sifat-sifat yang dimiliki oleh manusia lain seperti bodoh, pemalas, pelupa, rajin dan sebagainya.

Isu sebenar yang di bangkitkan oleh beliau adalah bagaimana peranan sultan dalam menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada mereka. Tidak ada apa-apa yang salah di sisi undang-undang. Bahkan beliau sendiri ialah seorang pakar dalam undang-undang perlembagaan. Justeru beliau mempunyai hak untuk bercakap dalam konteks perlembagaan.

Tindakan menggantung beliau sebagai pensyarah adalah permulaan kepada kesilapan. Modus operandi ini sama digunakan oleh British ketika menentang kebangkitan golongan anti penjajah dengan menggantung mayat Tok Janggut dan di usung di sekitar Kota Baharu bagi memberi amaran kepada mereka yang cuba menentang British. Kini Aziz Bari menjadi simbol amaran kepada ahli akademik yang cuba mendedahkan kebenaran kepada masyarakat maka mereka akan dihukum.

Malangnya situasi ini harus dihentikan secepat mungkin kerana dikhuatiri kesan daripada isu ini boleh meledakkan kemarahan rakyat khususnya dikalangan anak muda kerana penafsiran mereka terhadap institusi diraja sangat kritikal. Risau-risau nanti ada pula gerakan menentang institusi monarki.

Oleh kerana itu, 'hujah mesti dibalas dengan hujah'. Amalan biasa yang dilakukan di Malaysia adalah 'hujah dibalas dengan kezaliman' dan amalan ini harus dihentikan.

Oleh kerana kami berpendidikan, kami benci bila kami diperbodohkan.

Tiada ulasan: