Muslimeen United |
- Lagi Video-Video Menarik Demo UIA Bantah Penggantungan Aziz Bari
- Surat terbuka untuk HIMPUN
- Ribuan Berhimpun Bantah UIA Gantung Prof Aziz Bari (video)
- Ulasan Ulamak Pas, Jelaskan "KeJahilan Gila" ZulDin..!!
- Demo UIA Tegang, Ketua AMK Ditangkap
- RM4.00 saja?? Najib BOHONG lagi.. resit sebagai bukti..
- Kematian Gaddafi, Pengajaran Kepada Najib, Dr M dan BN
- Fitnah Terhadap PAS: Zul Kulim Akan Dirujuk Ke JK Hak Parlimen
- Mayat Muamar Gaddafi diheret dan dikasari
Lagi Video-Video Menarik Demo UIA Bantah Penggantungan Aziz Bari Posted: 21 Oct 2011 09:32 AM PDT SMM Demo Desak UIAM Tarik Balik Gantung Tugas Aziz Bari KUALA LUMPUR: Persatuan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menghantar memorandum bantahan bagi mempertahankan kebebasan bersuara pensyarah di negara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengadakan demonstrasi di perkarangan masjid UIAM sebagai membantah tindakan penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari. -Foto THE STAR oleh: AZMAN GHANI Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab berkata kumpulan berkenaan akan menyerahkan memorandum berkenaan kepada Perdana Menteri yang dijangka mengadakan lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada minggu hadapan. "Kami dimaklumkan Perdana Menteri akan melawat UIAM minggu hadapan, jadi kami bercadang untuk menyerahkan memorandum ini pada masa tersebut. "Ini adalah satu masalah yang serius terhadap pakar akademik kita. Mereka sepatutnya diberikan kebebasan serta ruang untuk menyuarakan pendapat dalam isu kritikal serta berdebat mengenainya," katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di masjid universiti berkenaan pada Jumaat. Terdahulu, kumpulan SMM mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat di perkarangan masjid UIAM menggesa pihak pentadbiran universiti menarik balik penggantungan tugas yag dikenakan terhadap pensyarah undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari. Ahmad Syukri turut memaklumkan bahawa mereka telah menyerahkan memorandum tersebut kepada kakitangan pentadbiran universiti. Dalam demonstrasi berkenaan empat orang pelajar telah ditahan kerana didakwa menimbulkan kekecohan. Ahmad Syukri berkata kumpulan berkenaan akan mengambil tindakan selanjutnya sekiranya pihak universiti masih gagal menangani masalah tersebut dengan segera. Pada Rabu, unit undang-undang UIAM telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Aziz kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti. Surat tersebut dikeluarkan ekoran daripada kenyataannya yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini. Abdul Aziz diberi tempoh sehingga 25 Oktober ini untuk menjawab surat berkenaan dan sepanjang tempoh tersebut beliau tidak dibenarkan memasuki perkarangan universiti berkenaan tanpa kebenaran dekan. Media sebelum ini melaporkan Abdul Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor untuk campur tangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi. Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam. Ekoran tindakannya itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya dan bekas Ketua Pemuda PKR, Senator Ezam Mohd Nor turut menggesa supaya Abdul Aziz disiasat di bawah Akta Hasutan. Pada Rabu, pensyarah kanan UIAM itu telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Bukan itu sahaja, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pergi ke pejabat Abdul Aziz Isnin lalu untuk merekodkan kenyataan berhubung isu yang sama. -mstar |
Posted: 21 Oct 2011 09:26 AM PDT Saya merupakan mahasiswa kelahiran Malaysia. Secara asasnya, jiwa Melayu bergelora di dalam diri saya. Terlalu lama menetap dalam rumah kayu beratap bata berdinding rotan, berkejaran dengan lembu dalam kebun getah, menjala ikan di sungai tepi sawah dan bermain gurah dan gasing di tepi rumah. Belajar quran dengan arwah datuk yang garang, menyalin buku-buku agama karya tangan warisan berzaman dan berjalan ke surau waktu pagi yang dingin itu adalah kegiatan yang menggamit kenangan. Inilah kehidupan beradat beragama yang penuh dengan ketenangan. Tiada lagi perlu dipertikaikan betapa Melayu dan Islamnya saya dalam menulis surat ini untuk tatapan peserta HIMPUN. Setelah dewasa dan berhadapan dengan pelbagai kerenah alam, pandangan berubah, kematangan bercambah, pemikiran tidak lagi berada dalam sifir keluarga, tetapi merebak untuk kepentingan sejagat. Dahulu, dididik bahawa bangsa kita perlu dimartabatkan tanpa menghirau bangsa lain yang bercambah dan membiak di persekitaran. Ini lumrah dilahirkan Melayu, dilahirkan untuk menjadi rasis. Namun, dengan izin Allah, perasaan perkauman itu kurang menebal dalam diri, kerana dibatasi dengan larangan Allah swt terhadapnya. Arakian, bertemulah saya dengan susuk bernama HIMPUN dalam beberapa nafas yang lepas. Mendengar ucapan dan percakapan sekreteriatnya yang begitu bersemangat. Dari percakapannya, jelas fikrah kumpulan yang diwakilinya. Tiada dapat diselindungkan lagi fikrahnya itu. Dari tulisan penulis-penulis pendokong HIMPUN, semakin lama semakin jelas fikrah perhimpunan ini. Jelasnya fikrah ini adalah seperti kuatnya bau durian yang disimpan dalam kereta di waktu tengah hari yang terik panasnya. Dengan memahami fikrah mereka, barulah kita dapat mengikuti secara jelas tujuan perhimpunan ini. Niat murni Adapun niat murni yang ingin disalurkan kepada umat Islam, iaitu mengukuhkan aqidah umat Islam, justeru sangatlah patut disokong oleh sekalian umat Islam. Kerana aqidah yang tepat dan murni adalah diperlukan untuk melahirkan umat yang benar dan berwibawa. Adapun niat yang murni perlu disokongi dengan perlakuan yang benar. Perlakuan yang kebaikannya melebihi keburukan. Perlakuan yang mengambil kira sensitiviti dan perasaan kaum minoriti. Perlakuan yang tidak melanggar hak kafir zimmi yang duduk berlegar bersama kita tanpa ada sedikit pun dalam fikiran mereka untuk memberontak dan menghancurkan rumah ibadat kita. Perlakuan yang tidak akan menikam kita dari belakang sehinggakan orang bukan Islam semakin jauh daripada kebaikan dan keadilan Islam. Siapakah perosak kemurnian niat? Pihak yang merosakkan niat murni ini adalah pihak HIMPUN sendiri. Niat murni ini tidak disusuli dengan perancangan teliti oleh sekreteriatnya. Cuba lihat salah satu daripada objektifnya yang terang menuding jari kepada pihak lain. Objektif itu menulis, "khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011". Dalam sidang media, mereka berkata, "Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka." dengan merujuk kepada kes DUMC sedangkan Sultan bertitah, bahawa JAIS dapat maklumat bahawa berlaku proses tersebut, tetapi, "keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil." Sekreteriat HIMPUN secara semberono melanggar titah raja dengan menyatakan bahawa berlakunya usaha ini walaupun pihak kerajaan sendiri tiada maklumat yang boleh mensabitkan kesalahan terhadap mereka atau dalam bahasa yang senang difahami, "ianya hanya khabar angin sahaja". Malahan, lihat, bagaimana tiada satu pun objektif yang meminta kita kembali kepada ajaran Allah supaya boleh bertahan jika aqidah digoncangkan dengan gempa hujah dari agama luar. Mungkin pihak HIMPUN lupa bahawa jika seseorang itu mempunyai aqidah yang kukuh, mereka tidak akan goyah sedikitpun walau datang seribu paderi dan sami buddha untuk memesongkan aqidahnya. Adakah pihak HIMPUN beranggapan bahawa aqidah umat Islam walaupun sekuat mana pun, mampu dipesongkan oleh paderi dan sami? Adakah pihak HIMPUN beranggapan hujah Islam kurang gagah berbanding hujah Kristian dan agama lain? Target yang salah Jelas sekali target HIMPUN adalah salah. Objektif mereka ada pesongan yang jauh daripada untuk mencapai keputusan yang memberangsangkan untuk kepentingan Islam. Islam memandang usaha yang dilakukan oleh umatnya tidak mengambil kira keberjayaan usaha itu. Tetapi, Islam menyuruh kita membuat sesuatu usaha atas untuk mencapai keputusan yang baik, dengan perancangan yang teliti, dan dengan kesungguhan yang melebihi kesungguhan golongan bukan Islam. Islam melarang umatnya membuat sesuatu tanpa usaha untuk mencapai kemenangan. Cuba lihat, Rasulullah berhijrah dengan penuh teliti perancangannya. Sedangkan, Rasulullah itu pasti akan dilindungi Allah swt. Jika umat Islam yang ingin berhijrah, ditangkap dan dibunuh sekalipun, mereka beroleh syurga kerana usaha mereka mengikuti suruhan Allah. Namun, Rasulullah masih lagi merancang dengan teliti. Mengapa perancangan HIMPUN begitu tidak sempurna? Target sebenar Target yang sebenar yang perlu dihapuskan dengan buluh runcing bersalut racun adalah kelemahan aqidah umat Islam itu sendiri. Kelemahan yang disebabkan oleh tangan-tangan umat Islam itu sendiri. Cuba lihat, betapa banyaknya program realiti TV yang mengajak umat Islam ke arah hiburan yang melaghakan. Cuba lihat berapa banyak konsert yang mengajak pergaulan tanpa batasan. Cuba lihat betapa matapelajaran Pendidikan Islam dianaktirikan sehinggakan ia dianggap picisan. Cuba lihat betapa hukum Islam diaibkan setiap hari oleh umat Islam sendiri. Keimanan yang tinggi kepada Allah berserta aqidah yang murni, pasti tidak akan berupaya dipesongkan lagi. Jadi, pihak HIMPUN perlulah meminta supaya pihak kerajaan mengurangkan hiburan dalam negara kerana ini yang menyebabkan iman rakyat boleh menjadi senipis rambut. Dengan menguatkuasakan akta murtad, murtad masih lagi boleh berlaku, kerana untuk murtad, tidak perlu kepada persetujuan mahkamah. Sambil-sambil tengok TV pun boleh murtad! Kristianisasi Menurut makna dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Kristianisasi ialah istilah bagi gerakan penganut Kristian untuk menyebarkan agama mereka dalam kalangan masyarakat seluruh dunia. Secara jelas dan terang ditulis di laman sesawangnya, "tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini." Tapi, dalam terang mentari suluhan objektif perhimpunan ini sendiri yang menuding jari kepada warga kristian atas kelonggaran aqidah umat Islam, mereka masih lagi cuba mengelirukan dengan pernyataan songsang mereka, bahawa "ia bukanlah provokasi terhadap orang Kristian". Kesan HIMPUN kepada Masa Depan 1. Hubungan antara Islam dan Kristian semakin jauh. Cuba kita teliti dan baca setiap komen-komen antara umat Islam dan rakyat bukan Islam, yang boleh dibaca dalam Malaysiakini dan Malaysian Insider. Disebabkan HIMPUN ini, orang bukan Islam berkeinginan mengadakan juga perhimpunan mereka. Dan, umat Islam membalas dengan kata-kata yang kasar seperti, "tak sedar diri duduk negara orang". Inikah yang ingin dicapai? 2. Umat Islam yang sudah dipesongkan tidak kembali kepada Islam disebabkan HIMPUN ini. Cuba lihat tentatif HIMPUN. Orang yang berharap 250000 orang (seperti yang didakwa Mufti Perak) akan kembali kepada Islam, pastinya manusia yang berfikiran positif tanpa mengetahui hakikat sunnatullah, "iaitu usaha tangga kejayaan". HIMPUN hanyalah satu pertunjukan bilangan umat Islam kepada bukan Islam. 3. Orang Krisitian tetap tidak akan berhenti menyebarkan fahaman mereka walaupun perlembagaan menghalang mereka. Dalam ajaran mereka, menyebarkan Kristian adalah kewajipan, seperti yang ditulis dalam Gospel of Matthew."Go ye therefore, and teach all nations, baptizing them in the name of the Father, and of the Son, and of the Holy Ghost: Teaching them to observe all things whatsoever I have commanded you: and, lo, I am with you always, even unto the end of the world. Amen." Sekatan ini tidak akan menyebabkan mereka berhenti. Adakah umat Islam akan berhenti menutup aurat jika kerajaan Malaysia melarang penutupan aurat? Umat Islam tetap akan menutup aurat, kerana ianya kewajipan agama. Jadi, orang Islam tidak boleh berangan-angan, bahawa dengan adanya akta itu, Kristian tidak akan lagi disebarkan. Penganut Kristian yang kukuh pegangan kepada Kristian tetap akan menyebarkannya. HIMPUN, ataupun Perhimpunan Sejuta Umat ini, secara realitinya adalah program berniat murni tapi, dilaksanakan dengan salah. Ketegangan agama pasti akan berlaku, jika Islam terus dimomokkan sebegini oleh umat Islam sendiri. Jika mahukan kejayaan, pastikan umat Islam dilengkapi dengan kenyataan balas terhadap hujah mereka, serta sediakan hujah dari sebelah kita untuk menunjukkan kemurnian agama kita. Sekian, semoga kejayaan bersama masyarakat beriman. Assalamualaikum wbth. Abdul Manaf Abdullah |
Ribuan Berhimpun Bantah UIA Gantung Prof Aziz Bari (video) Posted: 21 Oct 2011 04:41 AM PDT |
Ulasan Ulamak Pas, Jelaskan "KeJahilan Gila" ZulDin..!! Posted: 21 Oct 2011 04:30 AM PDT Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun. Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah. Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir. " Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ. "Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra'ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah. "Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri," tambah beliau lagi. Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah. Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak. "Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat'ie. "Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman. JuRaGan : Inilah Biawak Hidup yang dipelihara oleh Umno untuk menyerang PAS,Rupanya sang biawak ini jahil Murakab seadanya..kuah3..sama mcm pimpinan Umno yang lain,kasi buang lu punya ketayap beb..memalukan orang Islam saja!! |
Demo UIA Tegang, Ketua AMK Ditangkap Posted: 21 Oct 2011 04:25 AM PDT Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin ditahan oleh pasukan pengawal keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebentar tadi. Menurut beberapa pesanan menerusi Twitter, Shamsul ditahan ketika dalam perjalanan ke tempat mengambil air wudhu oleh lebih 10 anggota keselamatan termasuk polis. Kini Shamsul diiringi keluar oleh pasukan polis keluar dari universiti tersebut tanpa diketahui destinasi yang dituju. Nota: Shamsul Iskandar ialah bekas pelajar undang-undang UIA -GB Bagaimanapun, demonstrasi di hadapan masjid UIAM tetap diteruskan dengan lebih kurang 500 orang membanjiri perkarangan masjid dengan dipantau unit keselamatan universiti dan lebih 20 Siput Babi didtangkan khas dari IPD Gombak. Sementara itu, polis dan unit keselamatan melarang wakil media dan akhbar daripada masuk ke dalam universiti sehingga melarang petugas media yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat di masjid universiti tersebut. Media tidak dibenarkan masuk mulai jam 1230 tengah hari tadi dipercayai arahan pihak universiti sendiri atas nasihat polis dan Umno-APCO. TERKINI!! - Rundingan sedang diadakan antara mahasiswa dengan pihak polis bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku. Sekumpulan mahasiswa hari ini mendesak Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Datuk Dr Zaleha Kamarudin menarik balik hukuman terhadap pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang digantung tugasnya semalam. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak penggantungan tersebut ditarik balik dengan kadar segera "bagi memulihkan imej UIA sebagai institusi akademik yang disegani". Mereka juga mendesak agar pihak universiti mengadakan siasatan secara adil terhadap kenyataan akademik Abdul Aziz dan bukan melalui "tekanan undang-undang-undang yang bercanggah dengan prinsip akademik". "Mahasiswa menuntut agar pihak universiti menghormati prinsip kebebasan akademik selaras dengan tuntutan universal yang termaktub dalam Deklarasi Prinsip Kebebasan Akademik dan Ahli Akademik 1970, Senarai Hak Akademik 2001 dan Kempen Akademik untuk Kebebasan Akademik," kata mereka dalam satu memorandum. Ia akan diserahkan kepada Zaleha selepas perhimpunan membantah tindakan terhadap Abdul Aziz petang ini. Memondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI). - jalanpulang
1,000 berhimpun tuntut 'bebaskan' Aziz Bari Bantahan terhadap penggantungan Abdul Aziz Bari semakin hangat |
RM4.00 saja?? Najib BOHONG lagi.. resit sebagai bukti.. Posted: 20 Oct 2011 08:44 PM PDT Pada 18 Okt. Lalu, Perdana Menteri memuji makanan yang dijual di restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia sambil menyifatkannya sebagai sedap dan berkualiti,selepas menikmati nasi berlaukkan ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom yang dijual kepada rakyat pada harga RM4 di Restoran Ukhwah di Lorong Medan Tuanku. Semalam ada pihak dah pergi untuk mencuba di Restoran itu untuk mengetahui kebenarannya… Dengan bangganya Najib Altantuya memuji harga makanan yang dikenakan... Najib siap bagitau lagi, RM4 saja untuk sepinggan nasi, sepotong ayam goreng kuah kari, kari daging lembu, dan acar buah kah kah kah... Tetapi mengejutkan! Menu sebenar yang berharga RM4 hanyalah sepinggan nasi, sepotong ikan goreng, kangkung masak kicap dan kuah kicap SAHAJA! Anda mahu tau berapa harga sebenar yang rakyat Malaysia kena bayar sedangkan Najib makan cuma RM4?? Sila lihat gambar resit kat bawah... Sumber : Jalan Pulang |
Kematian Gaddafi, Pengajaran Kepada Najib, Dr M dan BN Posted: 20 Oct 2011 08:42 PM PDT Satu lagi pemerintah zalim di Timur Tengah hilang ditelan debu. Satu lagi bab di dalam sejarah dunia telah berakhir dan adalah menjadi langkah yang bijak kepada regim zalim di Malaysia untuk memberi penuh perhatian yang wajar bahawa ia akan berlaku di seluruh dunia - perubahan, demokrasi dan kuasa rakyat. Muammar Gaddafi, yang sebelum ini dengan penuh berani melaungkan untuk "turun berjuang", nampaknya telah turun merayu, jika dirujuk kepada laporan-laporan berita. Beliau telah menjerit "jangan tembak! jangan tembak!" ketika dia diseret keluar dari tempat persembunyian iaitu di Sirte, oleh pejuang NTC Libya. Gaddafi mempunyai banyak peluang untuk keluar sejak beberapa bulan yang lalu tetapi memilih untuk melarikan diri, berdiri menentang tentera gabungan pemberontak Libya dan NATO. Ia seolah-olah menjadi sukar untuk melihat jika anda telah tinggal di khemah terlalu lama. Ada kecenderungan untuk menyiasat profil psikologi diktator Arab yang berterusan dalam memerangi peperangan ini. Saddam juga ditemui di dalam persembunyian. Semasa perang teluk pertama dia pernah melaungkan segala tentangan dan "ibu segala peperangan" terhadapnya akan menjadi satu kekalahan yang memalukan di Baghdad. Gaddafi yang dikelilingi oleh penasihatnya, hanya akan mendengan nasihat yang dia mahu dengar, jika diberikan nasihat yang bertentangan kehendaknya pasti akan menaikkan kemarahannya. Sesiapa yang pernah memberikan nasihat secara jujur dan tidak berat sebelah telah dihapuskan sejak lama dahulu. Itu adalah ciri-ciri kuasa yang dipegang terlalu lama oleh satu parti, dan lebih buruk lagi apabila ia dikuasai oleh individu. Gaddafi telah berkuasa selama 42 tahun. Kehilangan kuasa tidak mungkin wujud di dalam kepalanya dan juga sekutunya. Di Syria, persitiwa yang berlaku agak berbeza seperti di Libya. Rakyat membuat bantahan secara aman, tetapi kerajaan telah menanganinya dengan kasar termasuk penggunaan peluru hidup yang menyebabkan banyak kematian. Ia tidak menghentikan bantahan, malah menyebabkan bantahan semakin tersebar di Syria. Kerajaan kemudiannya menggunakan kereta kebal dan senjata berat terhadap rakyatnya sendiri semata-mata untuk menghantikan bantahan. Kini, laporan menunjukkan bahawa rakyat Syria mula melengkapkan diri mereka untuk bangkit menentang kerajaan. Ia akan menjadi seperti Libya. Namun, kerajaan Syria tidak menunjukkan tanda-tanda mereka telah mempelajari daripada kesilapan Gaddafi dan seolah-olah akan mengulangi sejarah. Berbanding dengan Libya dan Syria, pemimpin-pemimpin Tunisia dan Mesir kelihatan kurang cenderung untuk menggunakan kekerasan maut besar-besaran terhadap rakyat mereka sendiri, walaupun sudah tentu keganasan berlaku. Pilihanraya ke-13, Satu Permulaan Baru? Malaysia, hampir separuh dunia jauhnya, walaupun mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara Arab melalui hubungan agama, budaya dan pendidikan, sentiasa membuat keputusan memilih kerajaan melalui peti undi. Masalahnya,pilihan raya-pilihan raya yang lalu itu sendiri tidak berjalan dengan adil apabila kerajaan BN menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan mereka menang dan sekaligus tidak mencerminkan kehendak rakyat. Ini telah menyebabkan kerajaan berterusan diperintah oleh regim pemerintahan diktator. Dan jika Malaysia mempunyai seorang diktator, ianya adalah Mahathir Mohammed, yang memerintah selama 22 tahun, menolak perbezaan pendapat dan melemahkan institusi negara. Projek-projek mega-mania termasuklah seperti bangunan tertinggi di dunia, dan pusat pentadbiran kerajaan yang baru, Putrajaya. Ia telah menjadi lebih sukar bagi BN untuk memanipulasi pilihan raya di Malaysia Barat, walaupun keputusan pilihan raya di Sarawak baru-baru ini telah banyak yang dipersoalkan. Pemerhati pilihan raya telah diharamkan daripada memasuki negeri, tidak perlu kerana ia adalah pilihan raya yang adil, seperti yang didakwa oleh kerajaan negeri Sarawak. Kerajaan juga mengawal media akhbar dan penyiaran disebalik halangan capaian Internet. Saluran media rasmi, menjadi terlalu berat sebelah kepada BN, menjadikan diri mereka kelihatan seakan tidak berguna kerana mereka tidak lagi dipercayai. Trend ini jelas kelihatan dalam bilangan edaran akhbar mereka, apabila Berita Harian dan Utusan Malaysia akan meneruskan pemberian secara percuma. Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi, adakah boleh dijadikan penamat kepada satu lagi pemerintahan diktator lain di dunia ini, yang telah berkuasa lebih lama daripada pemerintahan rejim gila dan kejam Gaddafi, iaitu regim Barisan Nasional yang telah berkuasa selama lebih daripada 50 tahun?. |
Fitnah Terhadap PAS: Zul Kulim Akan Dirujuk Ke JK Hak Parlimen Posted: 20 Oct 2011 08:33 PM PDT PAS akan rujuk Zul Noordin ke JK Hak Parlimen KUALA LUMPUR : PAS dan Pakatan Rakyat akan mengemukakan usul bagi menghadapkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas kenyataannya yang mengelirukan Dewan Rakyat. Ianya berhubung kenyataan ahli parlimen bebas itu yang mengatakan bahawa "hudud PAS menghalalkan suami meliwat isteri" dan "Mukallaf bagi PAS berumur 18 tahun" ketika membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau mendakwa merujuk kepada 'draf' dan 'enakmen' Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 yang dibuat sewaktu PAS memerintah negeri itu. "Ini satu kenyataan yang cukup memalukan yang dikeluarkan oleh orang Islam untuk memalukan Islam itu sendiri. "Kita anggap Kulim-Bandar Bharu sebagai pembohong," kata Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pada sidang media di parlimen. Turut serta pada sidang media itu Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang), Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau), dan Azan Ismail (PKR-Indra Mahkota). Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, mereka akan menunggu hansard parlimen esok sebelum mengemukakan usul tersebut di bawah perkara 26 (1b) peraturan mesyuarat.-Hrkh Isu liwat isteri: Pakatan mahu Zul ke JK parlimen |
Mayat Muamar Gaddafi diheret dan dikasari Posted: 20 Oct 2011 08:24 PM PDT Menurut Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya. Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah. Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah. Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: "Jangan bunuh saya, anak saya." Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian. Rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin itu sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan. Dalam pada itu, AFP pula melaporkan pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita. "Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi," kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu. "Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan," katanya. Anak juga terbunuh Gaddafi, 69, terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, petang semalam. Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi. Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu. Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu. Bekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya. "Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya)," kata Mlegata. Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet. Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan. ''Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC," kata Mohamed. Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut. Gaddafi menghadapi penentangan daripada rakyatnya sejak Februari lalu sebelum melarikan diri dari Tripoli setelah ibu negara Libya itu jatuh ke tangan pemberontak dengan bantuan NATO pada Ogos lalu. Sejak kejatuhan Tripoli, Gaddafi melarikan dan meneruskan perjuangan untuk kembali berkuasa, manakala sebahagian ahli keluarganya termasuk isteri dan anak perempuannya telah melarikan diri ke Algeria. Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu. Khamis merupakan komander Briged Elit ke-32 tentera yang dikatakan berjaya menumpaskan pemberontak di timur Benghazi pada Februari lalu. Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli. -M'kini |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan