Addin |
- Ini Dia Penembak Muammar Gaddafi
- Projek Ini Untuk Kroni UMNO..
- Pembohongan 30 Ahli PKR Keluar Parti, Ali Rustam Kantoi Lagi..
- Harga Minyak Dunia Turun Lagi, Malaysia Bila Pulak?
- Pengajaran Bagi UMNO, Rakyat Ludah Mayat Gaddafi..
- (Video) Lanjutan Isu Kezaliman Jabatan Insolvensi
Ini Dia Penembak Muammar Gaddafi Posted: 21 Oct 2011 09:14 AM PDT
Mantan pemimpin Libya Kolonel Moammar Khadafy bertanya kepada para penangkapnya, "Apa yang kalian inginkan dari saya?", ketika mereka mengerumuninya, Kamis (20/10/2011). Itulah yang terlihat dari sebuah rekaman video oleh seorang jurnalis Libya. Sorenya, Khadafy dipastikan meninggal, namun bagaimana dia meninggal masih meninggalkan sejumlah spekulasi. Seorang dokter anggota tim medis yang mendampingi jenazah Khadafy di ambulans mengatakan kepada AP, mantan diktator itu tewas akibat dua tembakan, masing-masing di dada dan di kepala. Satu versi menyebut, seperti dilaporkan televisi Al Arabiya, Khadafy ditembak tak lama setelah dia ditangkap. Penembaknya adalah seorang petempur remaja berusia 18 tahun yang oleh Al Arabiya disebut bernama Ahmed Shebani. Dalam sebuah foto, tampak Shebani duduk di pundak petempur lain yang mengelu-elukannya. Tangan kiri Shebani mengangkat sepucuk pistol emas yang disebut-sebut milik Khadafy. Remaja itu mengaku dialah yang merampas pistol kaliber 9 mm itu dari tangan Khadafy lalu menembaknya. Tidak ada konfirmasi resmi tentang berita itu. Sementara PM pemerintahan transisi Libya Mahmoud Jibril menyatakan, Khadafy tewas dalam baku tembak yang terjadi setelah penangkapannya./kompas | ||
Posted: 21 Oct 2011 03:44 AM PDT Jaminan Perdana menteri untuk melakukan tranformasi dan liberalisasi ekonomi hanya janji kosong apabila syarikat yang mempunyai kaitan dengan Umno terus menerima kontrak bernilai jutaan ringgit. Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution merujuk penganugerahan tender bagi kontrak pembinaan Hospital wanita dan kanak-kanak kepada syarikat kurang dikenali, Najcom Sdn Bhd dan rakan kongsinya, UEM Group Berhad. Menurut Saifuddin, pembinaan hospital itu dijangka mencecah kos antara RM700 juta hingga 900 juta yang turut dimasukkan dalam Belanjawan 2012 yang dibentang 7 Oktober lalu. "Najcom Sdn Bhd sebuah syarikat berasal dari Pulau Pinang itu merupakan kepunyaaan individu yang rapat dan berhubungan dengan Barisan Nasional. "Projek terbesarnya setakat ini ialah Institut Farmaseutikal Dan Nutraseutikal Malaysia di USM berharga RM80 juta, dianugerahkan pada 2008," kata Saifuddin dalam satu kenyataan media. "Selain ini, projek-projek Najcom Sdn Bhd ialah projek yang kebanyakannya kecil berharga di bawah RM10 juta; jarang sekali sebuah syarikat sebegini padan dengan pengalaman dan saiz untuk menjalankan projek nasional berharga hampir RM1 bilion," kata Saifuddin. Saifuddin berkata, UEM juga diketahui mempunyai kaitan rapat dengan Umno sejak bertahun-tahun, lantaran itu, adalah meragukan projek mahal berkenaan merupakan inisiatif pembiayaan swasta. "Tidak ada keraguan kerajaan akan terlibat membiayai kewangan projek berkenaan dengan pelbagai cara- samada melalui jaminan pinjaman kerajaan untuk syarikat kurang dikenali ini atau penganugerahan aset kerajaan. "BN telah melakukan kaedah pembiayaan melalui pintu belakang ini dalam banyak projek awam yang diumumkan sejak Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pada 2009, termasuk RM55 bilion projek MRT dan pembangunan semula tanah kerajaan di Sungai Buluh dan Sungai Besi oleh entiti swasta," ujarnya. Kata Saifuddin, rakyat wajar mengetahui butiran penuh anugerah itu kepada Najcom Sdn Bhd dan Kumpulan UEM Berhad, termasuk kaedah pembiayaan yang dicadangkan, perbandingan nilai oleh pembida lain dan pertimbangan utama mengenai keupayaan dan pengalaman kewangan Najcom untuk menjalankan projek sebesar itu. "Negara tidak lagi boleh menampung satu lagi kegagalan projek awam pada masa akan datang yang dibebani dengan hutang yang sangat besar terutama apabila BN hampir mencecah had hutang yang ditetapkan parlimen," kata Saifuddin./kd | ||
Pembohongan 30 Ahli PKR Keluar Parti, Ali Rustam Kantoi Lagi.. Posted: 21 Oct 2011 02:20 AM PDT MELAKA, 21 Okt - PAS Kawasan Bukit Katil menggesa akhbar Sinar Harian membuat penafian berita mengenai penyertaan bekas ketua PAS cawangan ke dalam Umno. Setiausahanya, Ramli Dalip menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan akhbar tersebut hari ini bahawa 30 ahli PKR Ranting Bukit Piatu Parlimen Bukit Katil bertindak membubarkan ranting tersebut dan bertindak menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Dalam laporan itu, bekas Ketua Ranting PKR Bukit Piatu, Md Said Abu berkata mereka sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR yang tidak menjaga kebajikan ahli. Gambar dalam akhbar itu juga menunjukkan bahawa bekas Ketua PAS Cawangan Bukit Piatu, Abdul Samad Mamat ada bersama-sama dengan Mohd Ali dan Md Said. Menurut Ramli, malam tadi beliau telah bertemu sendiri dengan kedua-dua bekas pemimpin cawangan PAS dan ranting PKR Bukit Piatu itu. Katanya, mereka menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka telah menyertai Umno dan menyerahkan borang kepada Mohd Ali. "Gambar itu diambil semasa satu majlis yang melibatkan NGO bukannya majlis Umno atau majlis penyerahan borang Umno, mereka telah manipulasikan program tersebut ambil gambar kata Md Said masuk Umno. "Cikgu Samad juga menafikan beliau menyertai Umno dan beliau masih aktif membantu Penyelia PAS Dun Kuala Linggi," ujarnya yang juga anggota Perhubungan PAS Negeri Melaka. Ramli berkata tindakan media itu menyiarkan berita tersebut adalah berniat jahat dan cuba memburuk-burukkan PAS dan PKR khususnya di Bukit Piatu dan Parlimen Bukit Katil. "Kita menyelidik berita tersebut sebelum menyiarkannya kepada umum, ianya memberikan impak yang besar kepada imej individu yang ditunjukkan dalam gambar tersebut," jelas Ramli./hrkh | ||
Harga Minyak Dunia Turun Lagi, Malaysia Bila Pulak? Posted: 20 Oct 2011 09:32 PM PDT NEW YORK - Harga minyak turun di New York seiring dengan pertimbangan para pemimpin Uni Eropa untuk melepaskan 940 miliar euro, atau setara dengan 1,3 triliun dollar AS, demi mengatasi krisis utang. Perancis dan Jerman meminta para pihak untuk menyetujui rencana tersebut pada 26 Oktober 2011. Minyak mentah berjangka turun 0,9 persen seiring dengan pernyataan Kanselir Jerman Angela Merkel dan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy yang menyebutkan, Uni Eropa mungkin akan memadukan dana penyelamatan temporer dan permanen sebanyak 940 miliar euro. "Pasar minyak mentah sedang dikendalikan oleh sentimen atas krisis utang Uni Eropa," ujar David Greely, Head of Energy Research Goldman Sachs Group Inc, di New York, Kamis (20/10/2011) waktu setempat. David menyebutkan, kegagalan untuk menghasilkan sebuah resolusi sehingga menimbulkan ketidakpastian, berdampak besar bagi pasar. Harga minyak mentah untuk pengantaran November turun 81 sen ke posisi harga 85,30 dollar AS per barrel di New York Mercantile Exchange. Kontrak minyak mentah berjangka bulan November akan berakhir hari ini. Harga minyak mentah bulan Desember, yang merupakan kontrak yang paling aktif diperdagangkan, turun 22 sen ke posisi harga 86,07 dollar AS. Sedangkan, minyak brent untuk penetapan Desember justru naik 1,37 dollar AS atau 1,3 persen ke posisi harga 109,76 dollar AS per barel di ICE Futures Europe exchange yang berbasis di London. Dengan begitu, selisih harga antara minyak Brent bulan Desember dan kontrak minyak Nymex melebar menjadi 23,69 dollar AS dari 22,10 dollar AS pada Rabu waktu setempat./kompas | ||
Pengajaran Bagi UMNO, Rakyat Ludah Mayat Gaddafi.. Posted: 20 Oct 2011 08:48 PM PDT PERINGATAN PEMBALASAN UNTUK YANG ZALIM - Terutama kepada Para PEMIMPIN...."fa-inna lilladziina zhalamuu dzanuuban mitsla dzanuubi ash-haabihim falaa yasta'jiluun"....[51:59] Maka sesungguhnya untuk orang-orang zalim ada bagian (siksa) seperti bahagian teman mereka (dahulu); maka janganlah mereka meminta kepada-Ku untuk menyegerakannya. "wa-inna lilladziina zhalamuu 'adzaaban duuna dzaalika walaakinna aktsarahum laa ya'lamuun".....[52:47] Dan sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim ada azab selain daripada itu. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. Ramai PEMIMPIN ISLAM yang di jatuhkan secara AIB oleh Rakyat mereka sendiri....Seperti yang berlaku di Negara-Negara Arab...Iraq, Mesir, Libya dan banyak lagi yang lain. Jangan lah diantara kamu menjejaki tingkah laku yang akan membawa kamu sebagai Pemimpin ke ambang kemusnahan di sebabkan oleh hawa nafsu sendiri yang tidak berlandaskan Ketetapan TUHAN YANG MAHA AGUNG iaitu ALLAH SWT. Peringatan Ihklas dari DrSoul Loren. SIRTE: Ditarik keluar dari pembentungan paip, bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, yang cedera mengangkat tangannya dan merayu kepada Pejuang Revolusi: "Jangan bunuh saya, anak saya." Dalam tempoh sejam, beliau meninggal dunia; tetapi masih hidup ketika rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan./albanjari | ||
(Video) Lanjutan Isu Kezaliman Jabatan Insolvensi Posted: 20 Oct 2011 06:51 PM PDT KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 kerana ia kini kelihatan seolah-olah mempertahankan orang yang memberi hutang, manakala mereka yang diisytihar muflis terus hidup dalam keadaan muflis. Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Maamor Osman berkata akta itu juga mengakibatkan mereka yang diisytihar muflis gagal menjalani hidup seperti biasa kerana perlu mematuhi peraturan tertentu, termasuk tidak membenarkan mereka bekerja dan sebagainya. Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Insolvensi Malaysia agar lebih bertimbang rasa dan adil terhadap mereka yang diisytiharkan muflis. Maamor juga berkata kerajaan perlu menilai semula fungsi Jabatan Insolvensi. "Jabatan Insolvensi perlu mengadakan program rehabilitasi bagi memastikan mereka yang muflis ini boleh dikeluarkan daripada keadaan itu agar dapat bersama semula dengan masyarakat sebagai seorang yang produktif," katanya kepada pemberita Khamis. Beliau berkata PPIM juga akan membuat bancian melalui blognya bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berkaitan jabatan berkenaan./bernama |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan