Khamis, 20 Oktober 2011

shalehudin

shalehudin


Betoi ka ni gambaq Gaddafi...?

Posted: 20 Oct 2011 10:11 AM PDT

 

Video: Banyak sumber sahkan Gaddafi dah mati...

Posted: 20 Oct 2011 07:13 AM PDT

Ada yang tak kena nih... haha...

Posted: 20 Oct 2011 06:29 AM PDT

Ada sesuatu tidak kena dengan Himpun

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.

Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam.

Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.

"Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini," ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily.

Beliau menggariskan lima alasan untuk berasa khuatir dalam konteks hubungan antara agama di negara ini.

Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini.

Di samping itu, ujarnya perhimpunan itu dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama.

"Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Selain itu, tambahnya dikhuatiri nama baik Islam tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain.

Baginya, tema memelihara aqidah tidak salah tetapi mempersoalkan apakah dengan sekadar perhimpunan akan menyelesaikan masalah.

Bukankah, katanya dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain.

"Dan akhirnya saya merakamkan rasa kesal saya terhadap pihak polis yang double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang Bersih untuk berhimpun dalam bilangan peserta yang lebih kecil.

"Jelas ia satu sikap yang di bawah telunjuk pihak tertentu," katanya.

Sapa pun tak kelapaq berkawan ngan depa nih... haha...

Posted: 20 Oct 2011 01:30 AM PDT

Himpun Tidak Hingin Kepada Ezam, Zulkefli dan Ibrahim

Pengerusi bersama Himpun - Perhimpunan Sejuta Umat: Untuk menyelamatkan akidah Mohd Azmi Abdul Hamid (foto) dengan tegas menyatakan tiga manusia, Ezam Mohd Noor, Inche Ibrahim Ali dan Zulkefli Nordin alias Zulkifli 9/10 tidak ada kena mengena dengan perhimpunan yang akan diadakan pada 22 Oktober depan.

Katanya tiga orang ini bukan pengucap utama di dalam majlis berekanaan. Justeru katanya dakwaan atau pun kenyataan mereka bertiga berhubung himpunan itu tidak diiktiraf atau tidak ada kena mengena dengan sekretariat Himpun.

Tegas Azmi lagi himpunan yang bakal menghimpun 100,000 umat Islam itu bebas dari agenda politik mana-mana ideologi. Tegasnya mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasikan majlis itu dengan unsur politik tidak dibenarkan.

Azmi dipetik membuat kenyataan itu ekoran Zulkefli 9/10 yang juga Ahli Parlimen Bandar Baru - Kulim ada mennguar-guarkan beliau akan menjadi salah seorang pemidato utama pada majlis itu. Kata wakil rakyat 9/10 itu beliau akan membangkit beberapa isu kontroversi mengenai kejadian murtad sebelum ini pada majlis berkenaan.

Bagaimana 'senator boy' Ezam Mohamad Nor dan wakil rayat yang menang atas tikit Pas Inchek Ibrahim Ali tidak membuat apa-apa kenyataan berhubung penyertaan mereka. Bagaimana pun pertubuhan Perkasa(m), ikut bergabung dalam Himpun yang melibatkan lebih 60 buah badan bukan kerajaan itu.

Penegasan Azmi itu menjelaskan ketiga makhuluk Allah ini tidak diingini untuk ikut sama membela akidah umat Islam dalam himpun itu. Kenyataan dan penegasan Azmi itu menunjukkan bahawa himpunan 22 Oktober itu benar-benar bebas dari ideologi politik.

Dengan kenyataan Azmi itu boleh difahamkan kehadiran ketiga makhluk Allah itu boleh menimbulkan sesuatu yang tidak diingini dan ini tidak pelek kerana mereka sering bercakap terkeluar dari topik dan konteks sebenarnya.

Adalah diharap Himpun dapat memastikan ketiga makhluk ini yang boleh menjadi liabiliti kepada himpunan itu tidak akan hadir ataupun berada di pentas sederet dengan para pemidato lain. Adalah dikhuatiri kalau mereka lolos ke dalam majlis berkenaan menyebabkan sambutan atau semangat umat Islam untuk berhimpun bagi menyatakan kekuatan dan persepakatan akan terjejas

Sempoi la keeper nih... haha... (siri kendur urat...)

Posted: 20 Oct 2011 12:00 AM PDT

Rukun berbangsa UMNO, kena sebar FITNAH... kahkahkah...

Posted: 19 Oct 2011 09:00 PM PDT

Mat Indon Mali (MiM).. Lu sebar fitnah ka?

Berikutan pendedahan bahawa ada anak seorang VVIP meraba buah dada rakan sekolahnya, beberapa blog pro-Umno dengan membabi buta membuat spekulasi bahawa identiti orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dan amat malang dan lucu sekali, apabila Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian turut percaya dengan berita pembohongan tersebut.

Macam mana seorang menteri begitu mudah percaya dengan spekulasi bodoh macam itu? Jelas, dia ni memang tidak patut jadi seorang menteri pun!Elok join Beraim Ali tidor kat Parlimen ajerrr!

Bukan saja Ahmad Maslan yang kurang bujak itu terpengaruh malah Ahli Parlimen Rembau iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut terpedaya.. hmm.. patutlah orang kata berkawan dengan orang bodoh lama-lama kita turut bodoh.. Khairy membuktikannya disini.

Beriya-iya benar blogger pencacai Umno memaparkan gambar budak-budak tersebut seperti diatas yang di mulakan oleh blogger ini di sini dan diikuti oleh yang lain- seperti di sini dan di sini .

Saya tidak pasti sama ada gambar budak lelaki tu benar anak LGE.Rakan-rakan lain tentu boleh tolong sahkan nanti.Tetapi gambar budak perempuan tu adalah dari gambar asalnya seperti dibawah:

Anda boleh tengok sendiri, budak ini tiada kaitan dengan isu tersebut.Klik SINI
Lim Guan Eng telah pun menafikan cerita merepek mereka.Tidak ada bukti yang kukuh seperti mana gerombolan itu nyatakan yang kononnya LGE cuba menutup isu tersebut dengan RM200ribu!


Kita minta Mat Indon Mali (blogger MiM) yang mendakwa dengan berkata, "Jangan risau! Bukti sudah ada dan jangan bimbang kesahihan cerita MiM !" supaya membuktikan kata-katanya itu.

Nampak sangat gerombolan pencacai Umno ini munafiq!

Sumber : Al Husseyn

MiM tauaMat Indon Mali dikatakan pendatang dari Indonesia, Ibu dan bapanya berasal dari Indonesia dan beliau bukan dilahirkan di Malaysia..

Adakah benar MiM itu Mat Indon Mali?? baca sedikit pendedahan oleh seorang sahabatnya yang mengenalinya semasa belajar dulu di SINI

Aku agak la ni bukan saiz Enot... kahkahkah...

Posted: 19 Oct 2011 07:00 PM PDT

Selepas Hudud Enot Bikin Kontrovesi Lagi.. Kali Ini Kek Bogel Pulak..

 
 
 

Berat betoi dakwaan nih...

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

Memang berat betoi dakwaan nih...
Tak berat mai mana bhai... UMNO yang gagah PERKASA didakwa sebagai samseng...
Dah tu dakwaan tu pulak bukan samseng sebarangan...
Samseng taik kucing... kahkahkah...

Tuhan sayang walaupun didunia orang tak pandang...

Posted: 19 Oct 2011 03:30 PM PDT

Tidak Dikenal Dibumi.. Terkenal Di Langit

Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: "Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu.

Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman , dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu , carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua."

Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W:

"Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni , ya Rasulullah?" Rasulullah S.A.W menjawab: "Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian."

Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W , Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah , akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar , tidak mungkin dia orang yang Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di kalangan orang awam , Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak , badannya putih , yakni putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak , dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau meninggal dunia.

Tiada ulasan: