Addin |
- Mayat Gaddafi Akan Di Kebumikan Di Tempat Rahsia
- Timbalan Menteri Pangajian Tinggi Sedih Tindakan UIA Terhadap Aziz Bari
- 'Road Tour' Seks Umno Untuk PRU 13
- Kisah Kaum Penan Yang Di Tindas Rejim Taib Mahmud
- Shafie Afdal Pelesit Dan Parasit Bagi Umno?
- Shafie Afdal Pelesit Dan Parasit Bagi Umno?
- Panas!! Kes Bunuh Libatkan Inspektor Polis Semakin Kusut..
Mayat Gaddafi Akan Di Kebumikan Di Tempat Rahsia Posted: 20 Oct 2011 03:00 PM PDT MISRATA - Tubuh yang diduga jasad bekas pemimpin Libya Muammar Qadhafi dibawa ke sebuah tempat rahasia. Hal tersebut diungkapkan pejabat Dewan Transisi Nasional (NTC) Libya, Kamis, 20 Oktober 2011. Qadhafi dikabarkan tewas akibat luka yang diderita saat penangkapannya, Kamis. Penangkapan Qadhafi terjadi saat pertempuran di kampung halaman Qadhafi di Sirte. "Jasad Qadhafi ada dalam unit kami di sebuah mobil dan kami membawanya ke sebuah tempat rahasia karena alasan keamanan," ujar Mohamed Abdel Kafi, seorang pejabat NTC di Misrata kepada Reuters. Qadhafi memerintah dengan tangan besi selama 42 tahun. Pria berusia 69 tahun tersebut berkuasa setelah menggulingkan Raja Idris pada 1969. Saat itu, Qadhafi hanya seorang kapten. Di pengujung kekuasaannya di Libya, Qadhafi mengklaim sebagai "Raja dari Raja". Gelar tersebut didapatkannya saat pertemuan pemimpin-pemimpin suku di Libya pada 2008. Pada Februari lalu, demonstrasi warga Libya berujung pada lengsernya Qadhafi./tempo |
Timbalan Menteri Pangajian Tinggi Sedih Tindakan UIA Terhadap Aziz Bari Posted: 20 Oct 2011 08:36 AM PDT Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau "terganggu dan sedih" mendengar isu pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengambil tindakan ke atas pensyarah undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari – diberi surat tunjuk sebab dan digantung perkhidmatan.Aziz juga ditegah memasuki kampus UIA sehingga siasatan ke atas beliau selesai."Saya terganggu dan sedih mendengar kes ini. Saya tidak semestinya setuju dengan smua pendapat Aziz Bari. Kalau benar dia bersalah, wajar dihukum," kata beliau dalam satu kenyataan SMS lewat petang ini. Kata beliau, oleh kerana kes ini masih dalam siasatan, "tindakan UIA menggantungnya saya dapati timbulkan persoalan." "Saya telah minta laporan bertulis, ia belum saya terima," katanya. Saifuddin (gambar) yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata beliau juga menerima maklumat bahawa ada pihak termasuk mahasiswa yang ingin menyatakan pembelaan terhadap Aziz. "Itu hak mereka," katanya merujuk kepada tindakan perhimpunan protes di kampus induk UIA di Gombak esok. Dalam pada itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab mengecam sekeras-kerasnya tindakan UIA menggantung tugas Aziz Bari. Katanya, tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'. "Oleh yang sedemikian, SMM menyatakan pendirian sekeras-kerasnya mengecam tindakan tersebut. Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, UIA seharusnya mempertahankan Prof Dr Abdul Aziz Bari atas dasar kebebasan akademik dan kebebasan berpendapat. "Justeru, SMM akan melakukan mobilasi mahasiswa secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk mengadakan demonstrasi di Masjid Universiti Islam Antarabangsa," katanya. Beliau berkata, SMM menjangkakan hampir 1,500 orang mahasiswa dan anak muda akan hadir untuk turut serta. Sebelum ini, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kini mengikuti program felo di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) menyifatkan tindakan pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung perkhidmatan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai "satu tindakan paling tidak bertamadun dalam dunia akademik." "Saya membaca berita penggantungan Prof Dr Aziz Bari. Bagi saya itu adalah satu tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik. "Ternyata perlantikan 'kepimpinan baru di UIA' itu tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. |
'Road Tour' Seks Umno Untuk PRU 13 Posted: 20 Oct 2011 07:33 AM PDT Tidak cukup dengan tuduhan ke atas anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang berumur 16 tahu itu, UMNO melancarkan satu lagi serangan ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Untuk menarik orang ramai ke ceramahnya, UMNO mengeluarkan satu rakaman seks yang didakwanya menunjukkan Anwar mengadakan seks dengan seorang pelacur dan disiarkan sebelum makan malam bersama 2,000 orang pegawai kerajaan – yang menjadi tulang belakang sokongan terhadap UMNO. Pornografi sangatlah mendalam di dalam tradisi UMNO, sehingga pemimpin seperti Ketua Penerangan Ahmad Maslan tidak terfikir apa-apa dengan penyiaran cebisan-cebisan satu pasangan meraba-raba dan bersiap sedia untuk melakukan hubungan seks di layar besar semasa Pelancaran Program Informasi di Dewan Jubili Perak pada hari Sabtu. "Mereka ini tidak malu," kata Ketua Penerangan PKR Perak Zulkifly Ibrahim kepada Malaysia Chronicle. Polis bertindak ke atas UMNO? Zulkifly telah membuat laporan polis di atas isu itu kerana pihak penganjur telah melanggar undang-undang dengan membuat tayangan lucah secara umum. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang menjangka pihak polis akan mengambil tindakan ke atas UMNO, sebuah parti Perdana Menteri Najib Razak. Juga hadir pada majlis itu adalah Menteri Besar Perak Zambry Kadir, Naib Presiden UMNO Shafie Apdal dan Menteri Kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah. Ahmad Aslan menafikan video itu ditayangkan tetapi mengakui bahawa klip-klip yang pernah ditayangkan di saluran kawalan kerajaan TV1 dan TV3 disiarkan sewaktu makan malam. Beliau tidak menjelaskan kenapa itu dilakukan atau melihat apa-apa yang aneh dengan menayangkan cebisan-cebisan itu di hadapan penonton yang besar. "Ia hanyalah apa yang pernah disiarkan di TV1 dan TV3, dan juga gambar-gambar yang telah disiarkan di Utusan (Malaysia) dan akhbar-akhbar lain. Saya bukannya bodoh untuk melakukan ini," Ahmad dilaporkan berkata. Beliau langsung dihentam kerana kata-kata selorohnya itu. "Dia mungkin tidak bodoh tetapi tidak beretika untuk melakukan lagak seperti itu," MP Bukit Gantang PAS Nizar Jamaluddin berkata pada Malaysia Chronicle. Serangan seks Dalam apa yang dilihat sebagai serangan seks terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang melancarkan kempen terhadap Guan Eng pada hujung minggu, mendakwa anak lelakinya telah mencabul teman sekolahnya dan kerana itu terpaksa dipindahkan ke sekolah lain. Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan menafikan kejadian itu. Beliau juga membidas pemimpin-pemimpi UMNO di atas tindakan mereka yang "tidak bertamadun" dan "kejam" terhadap anaknya. Semua tumpuan ke atas Timbalan Presiden PAS Mat Sabu. Bloger-bloger UMNO dijangka akan mengungkit kembali dakwaan seks telefon dan khalwat terhadapnya tidak lama lagi, sebagai tektik untuk mencemarkan pemimpin-pemimpin utama Pakatan di ambang pilihanraya umum ke-13, yang dijangkan akan berlangsung awal tahun depan. "Kelihatan seperti Najib dan UMNO akan mengadakan lawatan seks ke seluruh negara sebelum PRU-13. Ini adalah persediaa besar yang telah mereka sebutkan dan ini yang mereka tawarkan kepada rakyat Malaysia. Tiada benda yang kukuh untuk masa depan kita, cuma seks dan pornografi," Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle./mc |
Kisah Kaum Penan Yang Di Tindas Rejim Taib Mahmud Posted: 20 Oct 2011 07:00 AM PDT Kaum Penan merupakan suatu kaum yang unik yang mendiami hutan Sarawak. Kaum-kaum lain telah menetap di kawasan-kawasan penempatan di kawasan pedalaman sejak beratus-ratus tahun dahulu, tetapi kaum Penan terus dengan kehidupan berpindah-randah mereka. Dengan memiliki kelengkapan hidup yang ringkas dan sederhana, mereka tidak akan risau jika mereka kehilangan satu-dua jenis barangan mereka itu, tetapi mereka lebih menghargai dan menghayati hutan rimba tempat mereka bergantung hidup. Maka itulah sebabnya mereka bersungguh-sungguh mempertahankan kawasan mereka dari diceroboh oleh syarikat-syarikat pembalakan yang rakus dan kasar. Namun kita tidak seharusnya mengatakan kaum Penan adalah kaum yang mundur dan ketinggalan dari arus pembangunan. Sesiapa di kalangan kita yang masih befikiran sempit seperti itu, akan melihat kehidupan ini seharusnya berajakan wang ringgit semata-mata. Kaum Penan mengetahui nilai tinggi hutan belantara Borneo, sebuah hutan tertua di dunia ini. Jika Taib tidak begitu tamak dan haloba, terlalu dahagakan kekayaan, beliau sudah lama telah mengambil kira khazanah hutan yang bernilai tinggi sebagai sumber ubat-ubatan, DNA, pelancongan, penyelidikan saintifik yang tersimpan di dalam hutan belantara Sarawak itu. Taib telah mengubah lanskap hutan belantara yang telah diranapkannya menjadi sebuah kawasan tanaman untuk sejenis pokok sahaja. Ini telah menyebabkan hakisan tanah yang sangat buruk dan jika tidak dikawal, akan wujud padang pasir di negeri Sarawak suatu hari nanti. Malah Taib telah mengganggu apa yang dikatakan sebagai 'paru-paru dunia', iaitu kawasan hutan yang menjadi penyerap karbon dioksida yang amat merbahaya, dan seterusnya menyumbang kepada Pemanasan Global. Kaum Penan amat faham mengenai perkara ini, walaupun tidak ramai di kalangan mereka yang berpeluang bersekolah, dan mereka tetap akrab dengan persekitaran sedemikian, termasuk segala kehidupan dan tumbuhan di dalamnya. Atau, mungkin Taib memang sengaja enggan memahami, atau beliau telah menjadi pekak dan rabun dek wang ringgit. Kaum Penan tidak mudah menyerah diri Sehingga kini kaum Penan tetap mempertahankan persekitaran mereka walaupun banyak tempat mereka telah dieksploitasi oleh Taib dan samseng upahannya. Taib enggan menghormati kaum Penan walau sekecil manapun, atau mengagihkan mereka kawasan penempatan yang selesa. Rakan-rakan menterinya pula sering dirakamkan sebagai berkata bahawa kawasan-kawasan hutan harus ditebang. Inilah yang boleh dijadikan bukti untuk menuduh Taib melakukan pembersihan etnik suatu masa nanti. Perkara yang boleh membuat kita terkejut adalah keangkuhan orang tua itu telah mengenepikan tanggungjawapnya sebagai Ketua Menteri Sarawak yang bekerja berlandaskan undang-undang yang harus dikuatkuasakan seadil-adilnya bagi melindungi rakyatnya dari diancam oleh mana-mana pihak. Kini begitu banyak laporan mengenai kes-kes cabul kehormatan yang mengganggu kaum minority ini, tetapi Taib tidak sedikit pun menghiraukannya. Seperti kebiasaannya, pasukan polis sememangnya diarahkan untuk tidak menghiraukan sebarang laporan yang dibuat berkenaan dengan kekasaran yang dilakukan oleh taukey-taukey balak dan samseng-samseng mereka – yang berkongsi perniagaan dengan Taib Mahmud. Selama lebih 30 tahun Taib memperolehi kekayaan dari menebang hutan-hutan belantara di Sarawak, tetapi kaum Penan tetap tidak mendapat sebarang faedah, walaupun Ketua Menteri Sarawak itu sentiasa mendendangkan lagu pembangunannya. Selama ini Taib tidak menunjukkan kesungguhannya untuk membuat kad-kad pengenalan atau sijil-sijil lahir untuk kaum Penan, agar mereka dapat menjalani kahidupan seperti warga negara yang lainnya. Terdapat sebilangan kecil sahaja kaum Penan yang ada hak untuk mengundi, itupun diheboh-hebohkan oleh Taib dan menteri-menterinya, suatu perkara yang tidak perlu dibanggakan sangat. Taib memang tahu bahawa kaum Penan tetap tidak akan menyokongnya dalam mana-mana pilihanraya, sebab itulah beliau mengatakan bahawa kaum Penan lah yang menjauhkan diri mereka dari kerajaan tadbirannya, termasuk pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran yang ingin membuat kad pengenalan atau sijil kelahiran untuk mereka. Tetapi jika mencari pokok-pokok hutan untuk ditebang, Taib dan pembalaknya tidak menghadapi sebarang kesukaran, berbanding mencari kaum Penan yang tinggal dalam hutan. Diharapkan filem ini akan memberikan keterangan mengenai usaha kaum Penan yang sedang bersungguh-sungguh mempertahankan kehidupan mereka dan juga sebagai membuktikan berita-berita yang disiarkan dalam Sarawak Report selama ini./sarawakreport |
Shafie Afdal Pelesit Dan Parasit Bagi Umno? Posted: 20 Oct 2011 05:00 AM PDT Memang sah! Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal adalah 'Pelesit' dan sekaligus sebagai 'Parasit' di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Demikian kata Timbalan Ketua Penerangan Angkata Muda Parti Keadilan Sabah, Citra Masadi sebagai mengulas tindakan Shafie yang melakukan sabotaj kepada ekonomi Negara melalui projek 'Top-Up' KKLW bernilai berbilion ringgit, tanpa rasa gentar sedikitpun terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sebagai tokoh UMNO Sabah yang paling disegani di Malaysia, Shafie yang digelar 'Blue Eyed Boy' kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang dengan penuh bongkak dan sombongnya dipanggil sebagai 'Bro' atau 'Big Brother'; sepatutnya menjaga reputasi Perdana Menteri; sebaliknya bertindak sebagai 'Pelesit' dan 'Parasit' kepada UMNO dan Najib. Menurut Citra, 'Pelesit' ialah sejenis makhluk halus, dari golongan jin atau syaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita @ Zahida, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu 'Pelesit' dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya! Manakala 'Parasit' pula adalah serangga kecil atau tumbuhan yang dapat memusnahkan rumah tumpangannya seperti pokok, manusia atau haiwan; menggunakan jaringan organisme lainnya untuk mendapatkan zat nutrisi, sehingga objek yang ditumpangi musnah. "Sebagai Menteri Kanan Najib, Shafie sewajarnya menunjukkan contoh yang baik dan bukannya membelakangkan undang-undang dengan melakukan rasuah secara terbuka melalui pemberian tender KKLW kepada proksi, kroni dan kontraktor yang boleh membayar lebih," kata Citra yang mendesak Kerajaan Malaysia menyediakan Kertas Putih berhubung pembaziran dana awam oleh KKLW. Tegas Citra, mengikut risikan Tim Pemantau AMK PKR, pihaknya telah menghidu rasa tidak puas hati dari kalangan pemimpin UMNO di Kedah, Johor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Trengganu yang marah dengan sikap Shafie yang gagal menjaga nama baik Najib; dengan memberikan tender terhad KKLW kepada kontraktor tertentu yang tidak berkelayakan, tetapi sanggup memberikan komisyen yang tinggi, sedangkan mereka yang turut menyertai tender berkenaan turut menawarkan harga yang optima. "Kita tidak tahu sama ada SPRM masih berperanan mencegah rasuah atau turut menggalakkan rasuah kerana sekalipun mengetahui Tenaga Nasional Berhad (TNBes) turut serta dalam tender BELB Pulau Banggi, tetapi gagal mendapatkan tender berkenaan; namun sehingga ke hari ini belum melakukan sebarang siasatan," kata Citra yang mengesahkan pihaknya turut membuat laporan rasmi kepada SPRM, apatah lagi TNB telah mematerai memorandum persefahaman dengan SPRM. Jika SPRM hanya berminat untuk menyiasat kes rasuah kaki lima, kata Citra, sewajarnya hanya dijadikan sebagai Lembaga atau Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan diketuai Shafie Apdal (Orang Kepercayaan Najib) kerana sehingga kini SPRM tidak pernah memanggil beliau untuk siasatan, sekalipun sudah lebih 313 laporan dibuat terhadap Shafie di seluruh Malaysia. Bagaimanapun, Citra berpendapat, dalam kemelut politik Malaysia, petualangan Shafie membuka ruang yang cukup besar kepada Pakatan Rakyat untuk menambah kerusi di Dewan Rakyat dan merampas lebih banyak negeri yang dijajah BN. "Pakatan tidak memerlukan modal yang besar untuk menumbangkan BN pada pilihanraya umum akan datang kerana Shafie boleh menjadi 'detinator' yang cukup bertenaga menghancurkan kesombongan Najib terhadap kewibawaan palsu Shafie," kata Citra yang menganggap Najib membuat kesilapan besar jika terus memanjakan Shafie dengan peruntukan KKLW yang boleh membeli Sabah, sekalipun rakyatnya menentang keras persekongkolan ini./sabahkini |
Shafie Afdal Pelesit Dan Parasit Bagi Umno? Posted: 20 Oct 2011 01:45 AM PDT Memang sah! Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal adalah 'Pelesit' dan sekaligus sebagai 'Parasit' di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Demikian kata Timbalan Ketua Penerangan Angkata Muda Parti Keadilan Sabah, Citra Masadi sebagai mengulas tindakan Shafie yang melakukan sabotaj kepada ekonomi Negara melalui projek 'Top-Up' KKLW bernilai berbilion ringgit, tanpa rasa gentar sedikitpun terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sebagai tokoh UMNO Sabah yang paling disegani di Malaysia, Shafie yang digelar 'Blue Eyed Boy' kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang dengan penuh bongkak dan sombongnya dipanggil sebagai 'Bro' atau 'Big Brother'; sepatutnya menjaga reputasi Perdana Menteri; sebaliknya bertindak sebagai 'Pelesit' dan 'Parasit' kepada UMNO dan Najib. Menurut Citra, 'Pelesit' ialah sejenis makhluk halus, dari golongan jin atau syaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita @ Zahida, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu 'Pelesit' dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya! Manakala 'Parasit' pula adalah serangga kecil atau tumbuhan yang dapat memusnahkan rumah tumpangannya seperti pokok, manusia atau haiwan; menggunakan jaringan organisme lainnya untuk mendapatkan zat nutrisi, sehingga objek yang ditumpangi musnah. "Sebagai Menteri Kanan Najib, Shafie sewajarnya menunjukkan contoh yang baik dan bukannya membelakangkan undang-undang dengan melakukan rasuah secara terbuka melalui pemberian tender KKLW kepada proksi, kroni dan kontraktor yang boleh membayar lebih," kata Citra yang mendesak Kerajaan Malaysia menyediakan Kertas Putih berhubung pembaziran dana awam oleh KKLW. Tegas Citra, mengikut risikan Tim Pemantau AMK PKR, pihaknya telah menghidu rasa tidak puas hati dari kalangan pemimpin UMNO di Kedah, Johor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Trengganu yang marah dengan sikap Shafie yang gagal menjaga nama baik Najib; dengan memberikan tender terhad KKLW kepada kontraktor tertentu yang tidak berkelayakan, tetapi sanggup memberikan komisyen yang tinggi, sedangkan mereka yang turut menyertai tender berkenaan turut menawarkan harga yang optima. "Kita tidak tahu sama ada SPRM masih berperanan mencegah rasuah atau turut menggalakkan rasuah kerana sekalipun mengetahui Tenaga Nasional Berhad (TNBes) turut serta dalam tender BELB Pulau Banggi, tetapi gagal mendapatkan tender berkenaan; namun sehingga ke hari ini belum melakukan sebarang siasatan," kata Citra yang mengesahkan pihaknya turut membuat laporan rasmi kepada SPRM, apatah lagi TNB telah mematerai memorandum persefahaman dengan SPRM. Jika SPRM hanya berminat untuk menyiasat kes rasuah kaki lima, kata Citra, sewajarnya hanya dijadikan sebagai Lembaga atau Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan diketuai Shafie Apdal (Orang Kepercayaan Najib) kerana sehingga kini SPRM tidak pernah memanggil beliau untuk siasatan, sekalipun sudah lebih 313 laporan dibuat terhadap Shafie di seluruh Malaysia. Bagaimanapun, Citra berpendapat, dalam kemelut politik Malaysia, petualangan Shafie membuka ruang yang cukup besar kepada Pakatan Rakyat untuk menambah kerusi di Dewan Rakyat dan merampas lebih banyak negeri yang dijajah BN. "Pakatan tidak memerlukan modal yang besar untuk menumbangkan BN pada pilihanraya umum akan datang kerana Shafie boleh menjadi 'detinator' yang cukup bertenaga menghancurkan kesombongan Najib terhadap kewibawaan palsu Shafie," kata Citra yang menganggap Najib membuat kesilapan besar jika terus memanjakan Shafie dengan peruntukan KKLW yang boleh membeli Sabah, sekalipun rakyatnya menentang keras persekongkolan ini./sabahkini |
Panas!! Kes Bunuh Libatkan Inspektor Polis Semakin Kusut.. Posted: 20 Oct 2011 12:28 AM PDT Keluarga waris mangsa bunuh, Kartini Binti Borhan, kesal kerana Ketua Polis Daerah Keningau membenarkan anggotanya menggunakan telefon bimbit mangsa, sedangkan telefon berkenaan adalah bahan bukti penting, termasuk cap jari dan SMS yang masuk dan keluar menjelang saat-saat kematian arwah yang menyeramkan. "Saya tidak tahu di mana silapnya OCPD Keningau kerana gagal memantau anak buahnya sehingga mengganggu telefon arwah; sedangkan kita tahu telefon itu mempunyai rahsia besar yang cuba disembunyikan polis sejak awal-awal lagi," kata Ahmad yang pertama kami menghubungi Sabahkini.net ketika PDRM mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mangsa rompakan. Kata Ahmad, persoalannya, siapa yang menggunakan telefon bimbit arwah Kartini untuk menghubungi seorang pegawai kanan polis yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Azizi, iaitu ke nombor 0138515934, sedangkan ketika itu jenazah arwah Kartini berada di Hospital Keningau? "Saya kesal kerana PDRM seolah-olah mempermainkan kami. Kononnya siasatan dilakukan Bukit Aman dan Kepayan, tetapi kenapa Tuan Adnan di Balai Polis Keningau turut menyiasat rakan-rakan arwah, terutama Ling Ling dan menuduh Ah Heng yang membunuh arwah, bukannya Inspektor Rizal?," tanya Ahmad yang meminta Pesuruhjaya Polis Sabah membuat penjelasan kerana ketika pembunuhan berlaku, Ah Heng sedang bekerja jauh dari tempat kejadian. Menurut Ahmad, keluarga beliau ingin tahu peranan Adnan yang mengganggu keluarganya melalui nombor telefon 0192162272, sedangkan mereka telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Bukit Aman dan Kepayan. "Siapa Adnan? Apa peranan dan apa hubungannya dengan Rizal? Kenapa beliau bersusah payah melindungi Rizal? Kita tidak halang polis tahan Ah Heng untuk siasatan, tetapi tidak wajar Adnan tuduh Ah Heng yang membunuh sedangkan siasatan belum selesai," kata Ahmad yang curiga dengan kelibat polis Keningau yang sering mengganggu keluarganya./sabahkini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan